Hari ni saya nak beri banyak statistik…

  • 2% daripada orang ramai, terus suka sesuatu yang baru dan menerima sesuatu yang baru
  • 12% daripada orang ramai menerima sesuatu yang baru selepas setahun ianya di pasaran
  • 22% daripada orang ramai akan menerima selepas 2 tahun kemudian…

Jadi, adakah ianya idea yang baik untuk mulakan perniagaan menjual sesuatu yang 100% baru dan berinovasi?

Sekiranya anda ingin menjual sesuatu yang baru di pasaran dan belum pernah dilakukan sebelum ini, fikirkan statistik di atas. Anda perlu mempunyai kewangan yang mencukupi untuk bertahan setahun dua kemudian.

Itupun jangan lupa… lebih 60% lagi masih hanya tunggu dan lihat! ;)
Hendak memulakan sesuatu yang 100% dan belum lagi ada orang buat di pasaran, sememangnya boleh… tetapi, perlu banyak bersabar untuk mendapat penerimaan orang ramai. bersabar dari segi wang tak masuk juga…

Sebolehnya, jangan mulakan sesuatu yang 100% baru sekiranya modal anda adalah terhad.

Inovasi dalam perniagaan bukan bererti perlu 100% berbeza dengan produk yang sedia ada di pasaran… beza 10% pun dah mencukupi.

Kan dah kata… hari ni saya bagi banyak statistik ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan produk dan perkhidmatan ciptaan baru
  • Produk sama tetapi pasaran berbeza
  • 5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)
  • Menambahkan keuntungan #1: Cari pasaran baru