halal haram

Perniagaan yang halal menjadi haram!?

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa :

Rasulullah SAW lalu berdekatan dengan selonggok makanan, lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda bertanya : “Apa semua ini wahai tuan punya makanan?” Orang itu menjawab “Terkena hujan wahai Rasulullah.” Baginda bersabda : “Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat melihatnya? Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.” (Hadis Riwayat : Muslim, At-Tirmizi.)

halalharam

Berdasarkan hadis di atas, huraiannya adalah seperti berikut :

Di antara sifat Rasulullah SAW ialah baginda sentiasa mengambil berat tentang urusan umatnya termasuklah urusan mu’amalat mereka. Ini mendorong baginda untuk meninjau bagaimana keadaan perjalanan jual beli yang dilakukan oleh umatnya di pasar.

Jelas kelihatan betapa peniaga tersebut telah cuba untuk menipu pelanggan dengan menyorokkan makanan yang tidak elok di bawah. Perbuatan sebegini adalah dianggap sebagai satu penipuan oleh Rasulullah SAW dan amat dilarang keras kerana ia bercanggah dengan tuntutan iman seorang mukmin.

Biarpun makanan itu masih belum rosak tetapi dengan perbuatan sedemikian ia tetap boleh memudaratkan orang lain apabila memakannya kelak. Oleh yang demikian, Elakkanlah daripada menjual makanan yang telah rosak!

Meskipun anda pasti akan mengalami kerugian dan tidak langsung menguntungkan para peniaga tetapi insya-Allah jika kita jujur, akan ada balasan setimpal menanti dan mungkin Allah SWT akan mengurniakan rezeki serta keuntungan melalui jalan yang lain pula.

Teramat rugi apabila rezeki yang sepatutnya kita dapat dengan halal, berubah menjadi haram dan berdosa!

*Berminat untuk memulakan perniagaan Internet? Sertai Program Intensif Perniagaan Internet bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Program separuh masa yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.

girls

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.