Terdapat ramai usahawan-usahawan yang inovatif dan mencipta sesuatu produk atau sesuatu perkhidmatan yang baru untuk pasaran (belum terdapat di pasaran lagi). Kebiasaannya mereka akan fikirkan, sejurus selepas produk dan perkhidmatan dikeluarkan di pasaran, orang ramai akan berpusu-pusu membeli produk dan perkhidmatan baru tersebut dan perniagaan mereka akan terus berkembang maju.

Namun, sekiranya anda tergolong dalam kumpulan mencipta sesuatu yang baru untuk pasaran perniagaan, anda perlu mengetahui statistik ini…

  • 2% dari pasaran anda akan menerima ciptaan yang baru serta merta.
  • 12% dari pasaran anda akan menerima ciptaan yang baru selepas setahun ianya di dalam pasaran
  • 22% dari pasaran anda akan menerima ciptaan yang baru selepas dua tahun ianya di dalam pasaran
  • 64% lagi akan terus tunggu dan lihat sehingga waktu yang sesuai!

Mencipta sesuatu yang baru untuk pasaran perlu lebih banyak kesabaran dan ketabahan untuk menunggu orang ramai menerima produk dan perkhidmatan tersebut.

Perniagaan Internet dan juga perniagaan bukan Internet yang memasarkan sesuatu keluaran yang baru perlu mempunyai modal yang mencukupi untuk menanggung perniagaan buat satu jangkamasa yang panjang.

Secara psikologi, ini adalah kerana orang ramai akan berasa lebih was-was dengan produk atau perkhidmatan yang baru dan akan mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”.

Bolehkah anda memberi contoh produk/perkhidmatan yang mengalami/pernah mengalami keadaan ini?

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Promosi kepada siapa?
  • Produk sama tetapi pasaran berbeza
  • Kuasa tiga untuk menarik pelanggan
  • Takut kena reject!