Program TV “Menjana Impian”

Semalam agak menarik bagi saya- saya dijemput sebagai motivator untuk satu sesi program TV baru “Menjana Impian” terbitan TV9 yang akan disiarkan bulan hadapan. Ucapan tahniah saya kepada TV9 oleh kerana menghasilkan program yang berteraskan kejayaan & motivasi yang amat kurang di TV kini.

Menjana Impian adalah reality TV di mana 16 peserta muda (dari serata Malaysia termasuk luar bandar) di ambil untuk bertanding merebut biasiswa bernilai RM50,000. According to the producer Mr Jafni, program ni macam “The Scholar”, cuma the scholar test IQ, Menjana Impian test pada “soft skills” pelajar-pelajar.

Gambar kenangan: baju merah – peserta, baju orange – producer Bro Jafni, dua di belakang – host, baju biru – hero 🙂

Saya berpeluang bersama pelajar-pelajar (tinggal 8 sahaja tadi) selama 1 jam memberi  beberapa tip (Tip Satu Jam… bukan satu minit 🙂 ) berkaitan dengan kejayaan dan perniagaan.

Antara soalan saya kepada pelajar-pelajar adalah…

“Mengapa mereka yang berjaya dalam perniagaan (jutawan-jutawan) adalah mereka dalam golongan 40-an, 50-an, 60-an? Kenapa tidak ramai pemuda-pemuda yang berjaya dalam perniagaan menjadi jutawan? Bagaimana untuk menjadi berjaya pada usia yang muda?”

Soalan ini saya tujukan kepada pembaca tip satu minit juga. Klik pada comment, dan berikan pendapat. Esok saya akan berikan jawapan saya (dan pelajar) dan juga beberapa tip bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan pada usia yang muda!

Bagi mereka yang tidak pernah tinggalkan comment, atau dah lama tak tinggalkan comment, digalakkan turut serta supaya sama-sama dapat manfaat!

Seronok dapat jumpa anak2 muda yang bercita-cita tinggi! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

57 thoughts on “Program TV “Menjana Impian”

  1. Komen saya tentang umur utk mecapai taraf jutawan..
    Mungkin yang muda walaupun kurang pengalaman hidup tapi mempunyai fikiran yang ‘fokus dan brilliant’, jadi apa yang dibuat kena gayanya..
    Yang berusia sikit mungkin selepas banyak menempuh pelbagai pengalaman baru berjaya sampai ke tahap jutawan, tetapi ada setengah2nya bila meningkat usia, ‘fokus & brilliant’ pun hampir lesu mcm sel tubuh…

  2. Dalam membuat sesuatu perlukan pengalaman dan ilmu. Untuk berniaga pun sama. Perlu tahu selok belok perniagaan atau sekurang2nya produk atau perkhidmatan yang nak dijual.

    Kebanyakan memulakan perniagaan pada usia lewat(maybe 35 or 40 above). Dan kebanyakan memulakan perniagaan pada usia tersebut bukan sebab ‘for the love to business’ tapi banyak memulakan perniagaan sendiri apabila telah bosan dengan makan gaji, sudah cukup ilmu tentang produk atau perkhidmatan, pengalaman yang dirasakan lengkap, atau mungkin kerana ‘network’ atau ‘kenal orang dalam’.

    Usahawan yag sebenar adalah mereka yang tidak meletakkan faktor usia untuk memulakan perniagaan. Berniaga kerana minat dan bukan atas desakan faktor2 lain..

    Just my 2 cent

  3. Assalamualaikum….

    BERANI MEREBUT PELUANG….

    Ramai manusia sebenarnya menginginkan kejayaan dan kekayaan tetapi pada masa yang sama takut untuk merebut peluang yang di depan mata.
    Biasanya hanya yang dah matang,agak berumur dan banyak pengalaman yang ditempuhi tentang segalanya akan berfikir dan merebut peluang untuk menjadi kaya.Yang muda menghadapi takut..takut..takut yang tak sudah-sudah.Tidak berani untuk menghadapi cabaran.Hanya PERNIAGAAN yang boleh membuatkan seorang itu jadi KAYA kalau diniagakan secara betul.Nak harapkan kerja dengan orang..usah mimpi ler…

  4. â€Mengapa mereka yang berjaya dalam perniagaan (jutawan-jutawan) adalah mereka dalam golongan 40-an, 50-an, 60-an? Kenapa tidak ramai pemuda-pemuda yang berjaya dalam perniagaan menjadi jutawan? Bagaimana untuk menjadi berjaya pada usia yang muda?”

    No Opportunity, No Experience, Lack of Experties, Less Orientation, Low Commitment, No Easy Going Biz, Less risk less capital high income biz & Unmatured.

    Kebanyakan orang berasa gementar apabila diberitakan untuk menjalankan/memulakan apa jua jenis aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan. Manusia lebih senang berasa puas hati jika telah memiliki segulung ijazah (penat bertahun mentelaah pelajaran hujung2 kena bayar hutang PTPTN pulak), karier yang baik (gaji lumayan), isteri yang cantik, rumah yang indah dan memakai kereta keluaran tempatan. CUKUPLAH!!!

  5. “No Opportunity, No Experience, Lack of Experties, Less Orientation, Low Commitment, No Easy Going Biz, Less risk less capital high income biz & Unmatured.”

    Kebanyakan orang berasa gementar apabila diberitakan idea/cadangan untuk menjalankan/memulakan apa jua jenis aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan. Manusia lebih senang berasa puas hati jika telah memiliki segulung ijazah (penat bertahun mentelaah pelajaran hujung2 kena bayar hutang PTPTN pulak), karier yang baik (gaji lumayan), isteri yang cantik, rumah yang indah dan memakai sebuah kereta keluaran tempatan. CUKUPLAH!!!

    Kerisauan yang teramat sangat muncul apabila terpaksa meninggalkan alam pekerjaan yang sangat hebat dengan gaji yang lumayan semata2 untuk menceburkan diri dunia perniagaan yang belum tahu untung ruginya. UNTUNG SABUT TIMBUL, UNTUNG BATU TENGGELAM. Sedangkan kos sara hidup, bayar hutang PTPTN, installment rumah & kereta, alat solek isteri (maklumlah isteri cantik), belanja anak ke sekolah dsbnya menyebabkan ada sesetengah terutamanya di kalangan profesional berasa amat takut untuk mengambil risiko akan kegagalan di dalam BIZ. HMMM KALO DARI AWAL DAH INGAT GAGAL, GAGAL JUGAK LAH AKHIRNYA KAN?

    Sebab itu kalau difikirkan secara mendalam, kebanyakan TYCOON bizmen yang berjaya adalah terdiri daripada mereka di kalangan bukan profesional. Cthnya Boon Siew datang dari Tanah Besar China, cakap Melayu pun tak tahu sepatah tetapi 3/4 tanah PULAU PINANG kepunyaan SIAPA? Vincent Tan bekas penjual life Insurance, sebutkan siapa lagi? Bagi mereka peluang (opportunity) yang datang dalam hidup hanya sekali, pergunakan dengan secukupnya apa sahaja peluang yang hadir didepan mata anda. Risiko, modal, jaringan perniagaan dan apa sahaja rintangan selain itu hanyalah sebagai dugaan semata.

    Sebab itu tidak ramai bizmen yang mempunyai segulung ijazah PhD yang berjaya menjadi JUTAWAN. Kerana sikap sesetengah kalangan profesional, apabila mendapat peluang di depan mata, apa yang difikirkan adalah risikonya terlebih dahulu, hutang banyak, apa yang ada sekarang sudah lebih dari mencukupi, dsbnya. Tetapi bagi yang bukan profesional, biz bagi mereka ‘is a way of life’, take it or leave it. Opportunity comes only once, to live u have to take it, otherwise u will die.

    UNTUK BERJAYA KITA KENA BELAJAR SITUASI SEBENAR DALAM MENANGANI ‘RISIKO’. Paling penting jangan mudah PUTUS ASA.

  6. KEGAGALAN & KESEDARAN

    Yang muda-muda selalunya tidak menyedari kegagalan yang telah mereka tempuhi. Kerana terlalu banyak berhibur, mereka membiarkan saja diri mereka gagal dalam hidup.

    Setelah sedikit berusia, berkahwin dan mempunyai tanggungjawab, hiburan dalam hidup mereka makin berkurangan dan mereka makin menyedari akan betapa banyaknya kegagalan yang telah mereka lalui. Lalu barulah mereka mulai menumpukan segala pekerjaan ke arah kejayaan yang sebenar…mungkin itulah sebabnya?

    Alangkah bagus sekiranya saya sedar dari masa remaja lagi dan fokuskan ke arah kejayaan itu.

  7. “Kejayaan dan kegagalan adalah pilihan
    pilihlah untuk BERJAYA”………..

    Tidak kira siapa pun samaada yang muda atau yang tua kalau dah niat dan setkan minda
    untuk berjaya dan kekayaan..semuanya boleh
    asalkan pilih untuk BERJAYA.

  8. Salam
    Bagi pendapat Darin, faktor suka bertangguh dan tidak yakin pada kemampuan diri adalah penyebab utama mengapa anak-anak muda sukar untuk menjadi jutawan, berbanding mereka yang lebih dewasa. Ditambah pula dengan pemikiran di mana dalam usia muda adalah waktu untuk “enjoy”.

  9. Pada saya golongan 40-an ke atas yang berjaya sebenarnya telah memulakan langkah ke arah kejayaan sejak awal lagi, contohnya pada usia 20-an. Padanlah life begins at 40.

    Banyak faktor yang menyebabkan seseorang mudah untuk berjaya di usia 40-an. Antaranya: banyak pengalaman yang terkumpul termasuklah kegagalan, simpanan (modal)sudah mencukupi, fikiran yang lebih matang, pengetahuan (ilmu) yang banyak…

    Mereka yang telah berjaya juga telah melalui berbagai liku (mencuba berbagai cara, trial and error dsbnya). Merekalah yang mengorak langkah dan mempermudahkan jalan untuk orang muda sekarang. Maka itu cara terbaik untuk kita berjaya atau menjadi jutawan di usia muda adalah…. dengan meniru apa yang telah dibuat oleh mereka yang berjaya tu? Bukan! Jangan meniru saat-saat trial and error atau saat-saat susah payah mereka, tetapi dapatkan formula yang telah mereka perolehi. Ada tu, rajin-rajinlah cari.

  10. Assalamualaikum..

    Kematangan dalam mengejar kekayaan dan kepuasan mempengaruhi seseorang untuk memulakan matlamat kejayaan yang hendak dituju. Seseorang yang mempunyai target untuk menjadi kaya pada usia muda akan dari awal lagi merebut peluang apa yang ada di sekeliling mereka. Mereka berani mengambil risiko ditambah pula ada moral support dari keluarga (juga support dari segi kewangan) dan juga rakan-rakan (mereka mungkin tidak sanggup untuk support duit…).

    Mereka yang lambat berjaya dalam bidang perniagaan mungkin kerana pada awalnya mereka menghadapi kegagalan demi kegagalan tetapi dengan usaha yang tidak mengenal jemu, akhirnya mereka berjaya dan orang mula menceritakan kejayaan mereka (masa mereka gagal mungkin tidak ada orang yang peduli).

    Ada juga mereka pada awalnya hanya sekadar pemerhati kepada kejayaan orang lain, disamping menunggu peluang dan mereka belajar dari kejayaan dan kegagalan orang lain dahulu baru mereka memulakan matlamat mereka untuk menuju kejayaan supaya risiko yang mungkin mereka hadapi dapat diminimakan.

    Sekian. Wassalam

  11. 1) tak didedahkan dgn dunia perniagaan
    2) kurang fokus
    3) tiada mentor
    4) berada di zon selesa
    5) sikap ambil mudah
    6) baru disedarkan

  12. Kenapa tidak ramai orang muda yang menjadi jutawan di Malaysia, ini kerana faktor pengalaman dan usia muda banyak dihabiskan dengan melanjutkan pelajaran.

    Memang ramai anak muda yang menjadi kaya tetapi beramai yang menjadi jutawan dalam usia 20an atau 30an?

    Kita boleh memupuk semangat dikalangan remaja supaya bermula menyemai perasaan untuk mencapai impian sejak mereka masih muda.

    Sebab disekolah tidak ada pendidikan bagaimana untuk menjadikan seseorang itu jutawan.

    ilmu dan pengalaman sebenarnya berperanan menjadikan ianya realiti disamping usaha, keyakinan dan tawakal

  13. assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

    Kenapa businessman/women yang berjaya dalam perniagaan dan bergelar jutawan adalah mrk yang berusia antara 40-50 tahun?

    Pertama, perniagaan adalah berkaitan dengan modal. Usia muda, simpanan pun masih kurang lagi, bila dah semakin berumur, barulah modal memulakan perniagaan tu ada. Mmg ada banyak saluran untuk mendapatkan pinjaman, tapi adat org kita ni, taknak tanggung risiko. takut perniagaan yang dijalankan mengalami kerugian.

    Kedua, perkara seperti ini berlaku kepada saya juga. Saya memang berminat giler nak buat business, terutama business internet. cuma masalahnya, selain suami saya, yang lain-lain semua membantah terutama ibu saya sendiri. Dia tak percaya langsung dengan perniagaan. Dah puas saya bagitau macam2. Yang saya dengar daripada ibu saya, saya ni hanya boleh kerja makan gaji saja. Ibu saya nampak perniagaan ni bidang yang akan merugikan dan menyusahkan.
    Itulah, saya faham fikiran orang tua-tua seperti ibu saya ini. Mereka tak terdedah dengan segala perkembangan terkini, termasuk perkembangan dunia perniagaan. yang mereka nampak pada perniagaan adalah ‘kerugian’ sahaja.
    Itulah yang saya nak katakan. Golongan muda yang nak memulakan perniagaan banyak halangannya terutama sekali halangan daripada ahli keluarga sendiri. Motivasi untuk berjaya pun kejap ok, kejap down.

    macam mana nak hadapi keadaan macam ni?

  14. Mengapa mereka yang berjaya dalam perniagaan (jutawan-jutawan) adalah mereka dalam golongan 40-an, 50-an, 60-an? Kenapa tidak ramai pemuda-pemuda yang berjaya dalam perniagaan menjadi jutawan? Bagaimana untuk menjadi berjaya pada usia yang muda?”

    Pandangan saya: Usia sebenarnya bukanlah alasan atau penyebab kejayaan seseorang itu. Tapi disebabkan golongan pemuda tiada dorongan ataupun panduan dan cara pemikiran yang tidak memadang kedepan itulah antara faktornya. Ini tidak dapat dinafikan kerana persekitaran pemuda ini yang lebih kearah “enjoy” pada waktu usia muda ini.
    Ini berlainan dengan golongan 40-an keatas dimana mereka ini telah melalui banyak pengalaman pahit manis dan lebih komitmen dengan masa depan mereka. sekaligus membuat cara pemikiran berbeza dan merancang untuk lebih berjaya.
    Tetapi walaubagaimanapun jika golongan pemuda ini di dedahkan kepada persekitaran perniagaan bermula dari usia seawalnya saya rasa golongan pemuda ini akan lebih berjaya kerana golongan ini lebih kreatif dan energetik.

  15. Ada beberapa cara utk menjadi jutawan (dgn cara betul) dlm usia muda antaranya ialah :

    1) Kalau dulu kita dengar jutawan ialah 40an 50an 60an, ini kita katakan sebagai cara manual iaitu mendapatkan ilmu pengetahuan dulu, kemudian menceburi perniagaan, mendapatkan pengalaman dan seterusnya berjaya..

    tetapi utk jadi jutawan dlm usia muda ini kita perlu gunakan cara automatik, salah satu caranya sekarang ini ialah dgn menggunakan kuasa global iaitu internet. Sesiapa yang dpt menguasai ilmu internet dan bussiness internet, mudahlah baginya utk menjadi jutawan dlm usia muda (dgn syarat belajar ilmu internet di usia muda lah)

    2) utk menjadi jutawan dlm usia muda, mungkin melalui kelebihan yg kita ada, mungkin kita mewarisi perniagaan ayah, atau sudah ada aset yang dibekalkan oleh org tua kita, jadi kita gunakan aset2 tersebut utk memajukan lagi perniagaan mereka disamping memperbaharui dgn perniagaan kita sendiri (dgn kaedah yang sama digunakan oleh mereka serta beberapa penambahbaikan dan inovasi baru dari kita sendiri), maka, dengan mudah kita boleh berjaya seperti mereka dan boleh berjaya lebih daripada mereka seterusnya menjadi jutawan dlm usia muda..

    3) utk menjadi jutawan dlm usia muda juga tidak dpt dinafikan memerlukan ilmu sebagai asasnya, tanpa ilmu pengetahuan, tak mungkin seseorang boleh berjaya, ilmu itu pula perlu disokong dgn kekuatan kewangan dan sumber kewangan yang kukuh yang boleh diperolehi daripada agensi2 pinjaman yang kukuh, seterusnya memerlukan usaha yang gigih dlm menjalankan perniagaan, tanpa putus asa, itu sahaja caranya utk menjadi jutawan muda..

    4) dan seterusnya anda boleh fikirkan bersama…

  16. Asslmkm dan selamat sejahtera

    Sistem pembelajaran dan skill Think out of the box antara sebab mengapa ramai yang muda-muda tak dapat jadi kaya. Dah diprogramkan berjaya dalam peperiksaan masuk universiti lepas tu keluar cari kerja yang setaraf dengan kelulusan.

    Pasal tu ramai yang mengangur, tak berani ambil risiko untuk jadi tuan kepada diri sendiri. Mindset tak boleh nak diubah selagi sistem “exam oriented” diteruskan. Memang la keputusan dan kelulusan yang baik itu penting tapi itu tak akan menjamin pekerjaan.

    Orang muda-muda ni kebanyakkan (bukan semua) lebih mementingkan keseronokan, hiburan dan gaya hidup selesa (walaupun ditanggung ibu bapa). Semua tu tak salah asal jangan berlebih-lebih.

    Jadi pengalaman dan kesedaran dirilah akan membantu dalam menjalani hidup dan untuk berjaya tak ada short cut. Betul tak ? Kena mula dari awal barulah boleh jadi jutawan macam .

  17. malas…

    taknak berfikir luar kotak…

    tak minat…

    modal takder…

    mentaliti subsidi…

    itu aje laa…

    lain2 boleh tambah lagi…

  18. Interesting question, saya rasa perkara ini memang sesuai ditanya pada budak2 muda tu supaya mereka berfikir.

    Pada saya, pada usia 20 – 30an, kenapa tidak ramai yang jutawan?
    1. tiada pendedahan untuk jadi jutawan/usahawan.
    2. tiada dorongan dari ibubapa, keluarga.
    3. lebih utamakan pelajaran – belajar sampai U dulu, kemudian kerja (makan gaji).
    4. tiada pendedahan tentang pentingnya mengurus wang – untuk hidup, untuk membantu masyarakat/ummah.

    Saya pun (dalam 40an) kalau ada ilmu2 ini lebih awal, tentu boleh mengubah cara pemikiran dan kehidupan saya sekarang. Tetapi itu bukan bermakna 40an sudah tak boleh, cuma terlambat sikit. Saya juga lebih menumpukan peranan saya sebagai ibu/bapa untuk membuka minda anak2 saya. Kita perlu tunjukkan contoh2 jutawan yang ada sekarang sebagai galakan pada mereka.

    Sekian.
    Ju.

  19. Bagi saya, usia tidak menjadi penhalang seseorang untuk berjaya. Yang penting kita mesti ada matlamat hidup untuk berjaya. Seperti yang Irfan lakukan dahulu….

    Tuliskan matlamat dan cita-cita anda diatas kertas dan simpan dalam wallet, baca hari-hari agar menjadi motivasi dan semangat untuk berjaya.

    Set kan jangka masa untuk dicapai, Insya allah akan makbullah matlamat tu.

  20. Mereka yang bergelar jutawan ini biasanya yang 40an keatas kerana mereka ini bangun dari bawah. dan biasanya mereka ini dari golongan yang susah pd mulanya, sedar dgn nasib ini mereka bekerja keras utk ubah nasib mereka. dari sinilah mcm2 liku2 yg ditempuh dan menjadikan mereka lebih pro dlm bisness sehingga bergelar jutawan. berbeza dgn golongan muda, mereka terperangkap dgn zon selesa, nak kereta mak bapak beli,study mak bapak support. dari sinilah orng muda pikir tak palah mak dan ayah aku ada…
    sebab itulah bagi anak jutawan diorang tak boleh ingat bila mak ayak dia tak der dia mampu utk mengekalkan status jutawan itu..
    dan situasi ini terjadi pd diri saya,,bila dah kahwin skrg saya rasa perit sgt utk manage hidup ini coz segala2nya di support oleh mama dan abh sebelum ini.
    apa2 pun saya respect IRFAN.

  21. Pada pandangan saya,
    Jutawan 40-an ~ 60-an bermula daripada usia yang muda seawal 20-an. Dengan tiada panduan, mereka meneroka “belantara” perniagaan hanya dengan panduan yang sekadar mencukupi. Oleh itu masa yang lama diperlukan.

    Tidak ramai jutawan muda macam Irfan kerana, mereka yang bermula muda mengambil masa lama sehingga usia mencecah 40-an, barulah menjadi jutawan.

    Bagaimana untuk berjaya pada usia muda? “Belantara” pernigaan telah pun diterokai oleh mereka yang sudah mencapai umur 40-an
    ataupun semuda kita, Irfan. Bukit, gunung, lurah, lembah, duri, sungai sudah mereka alami dan ketahui kedudukannya. Buat apa, orang baru macam kita nak redah sekali lagi tanpa mendapatkan nasihat daripada mereka yang sudah berpengalaman?

    Oleh itu, untuk berjaya pada usia muda, mestilah minta dan turut nasihat,tips,”DOs and DONTs” dan sebagainya daripada mereka yang berpengalaman dan berjaya! 🙂

  22. Perasaan takut untuk mencuba sesuatu yang lain selain makan gaji sering membelenggu. Ini berlaku pada diri saya. Takut gagal, takut orang tak nak beli, takut hutang, dan 1001 lagi takut yang membelenggu diri.

    Tapi jauh di sudut hati saya, saya inginkan kebebasan melakukan apa yang saya suka. Macam-macam yang boleh saya lakukan dengan wang. Tapi…. saya takut….

  23. pada saya yg muda2 ni tak terfikir nak jadi jutawan ialah krn keadaan tidak mendesak mrk untuk berfikir mencari wang.
    contohnya student u. mrk dpt biasiswa/ptptn etc. yg senang lagi, ibubapa/kakak/abang yg beri. ada lagi senang biasiswa/ptptn dpt, ibubapa dll kasi lagi tambah.

    biasanya keadaan tanpa sengaja shj yg menyebabkan mrk berfikir untuk jd jutawan atau mempunyai byk wang. cthnya saya dahulu bukan dtg family yg senang. dpt biasiswa n kadang2 papa kasi lg jika dia ada rezeki lbh. tp bila papa pencen, ada 2 adik di u n 3 adik di sek men n rendah. so bru la tfikir nak cari duit tambah. kebetulan roomate masa kat pppitm tu minat biz so kami berdua buka gerai jual bihun n nasi goreng semasa ada Hari apatah dah lupa. first day dpt untung bersih lbh rm100. lps tu bila shj ada peluang, kami buka gerai.

    susahnya belajar ketika itu. tambahan pula biasiswa saya tanggung pula adik2 yg lg dua org kat u td sb course mrk pakai byk duit esp yg medic tu. tp adik2 ni dilindungi sb bila saya abis ja blajar terus keja n depa takan saya benarkan rasa susah tak ada duit semasa belajar. kerja mrk ialah belajar bkn bekerja.

    mentaliti beginilah yg ada pada kebanyakkan ibubapa. sudahnya bila keluar u, tak pandai berdikari.[nasibla dua adik td cikgu n doktor keluar ja dah kerja]. ada sesetengahnya yg saya kenal duduk kat rumah aje tunggu keja yg sesuai. padahal banyak peluang untuk mula berniaga kecil2an. cari pengalaman n kumpul modal. ada internet kat rumah, kerjanya masuk friendster, cari lirik, atau download lagu.

    bila nak senang???

    kesimpulan saya, keadaan dan mentaliti sebenarnya yg memainkan peranan terjadinya situasi spt diatas. pasti ramai lagi ada pendpt yg berlainan saya, kan.

  24. kalau orang melayu boleh jadi jutawan pada usia muda, memang respect la! nak tau pasal apa:

    1. kebanyakan orang melayu berniaga, bermula dari dia, maknanya dia generasi pertama,bukannya warisi daripada keturunan.
    — macam orang cina,dia berjaya pada usaha
    muda
    kerana kerana dia berada pada generasi
    yang kedua,atau ketiga. tak hairanlah!
    macam ganesh kumar 20an, dia diasuh kelas
    komputer masa umur 8 tahun lagi,maknanya
    dia tu generasi kedua sedar komputer.
    — macam irfan khairil, generasi pertama
    — first generation–

  25. Anak muda sekarang terlalu banyak peluang untuk majukan diri. Tapi mereka lalai dan selalu hanya nak seronok saja.

    Lupakan masa lalu jangan sesal masa lalu. Fokus kejayaan masa depan. Apa nak buat sekarang , esok dan seterusnya.

    Anak muda tidak terbuka minda. Jadi kita kena bawa mereka bangun dari lalai. Mereka tidak berani kerana tak de modal, berada dalam persekitaran yang lemah. Orang yang lebih dewasa kene bangunkan anak-anak kita supaya dapat menikmati keselesaan dihari tua. Selangi ada usia carilah kekayaan seumpama kita akan hidup selamanya, buat amal macam kita nak mati esok. waulahualam bisawab…

  26. Pada pandangan saya tidak ramai golongan muda yang berjaya didalam perniagaan adalah disebabkan beberapa faktor antaranya adalah kurangnya pengalaman menguruskan perniagaan, perasaan rendah diri, kekurangan modal, takut serta sikap mereka sendiri yang tidak mahu berusaha untuk memajukan diri sendiri. Biasanya golongan ini suka berkerja makan gaji dan tidak serius berniaga mungkin mereka beranggapan mereka masih muda dan. Pada hal terdapat banyak peluang dan galakan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu seperti kerajaan untuk golongan ini menceburkan diri di dalam perniagaan.

  27. Pendapat saya pula kebanyakan muda mudi sekarang ini di asuh sejak di bangku sekolah lagi dengan hanya pelajaran yang diajar di sekolah.Bila ditanya tentang cita2 kebanyakan dari mereka bercita2 untuk menjadi doktor, engineer, akauntan, peguam dan sebagainya.Tidak ramai yang bercita2 untuk menjadi usahawan dan menjadi jutawan.matlamat utama bagi mencapai cita2 mereka hanyalah belajar dan berusaha mencapai kecermelangan dalam keputusan peperiksaan.secara sedar atau tidak mereka telah diasuh untuk berkerja dengan orang lain.Memang tidak dinafikan kerjaya profesional juga mampu untuk menjadi jutawan.Persoalannya disini mereka tidak didedahkan pada inovasi yang boleh menghasilkan lebih wang untuk mereka seperti bidang perniagaan.Keperluan mereka hanyalah mendapat perkerjaan dan hidup selesa.Apabila mereka sudah pun menempuh alam perkerjaan dan berkeluarga wujud pula satu keperluan tambahan untuk mereka menambah sumber kewangan.Zon selesa mereka tercabar disini dan kesedaran timbul.Barulah mereka mula hendak membina ’empayar’ sendiri.Untuk berjaya pula bukanlah sesuatu yang singkat perlu ambil masa yang lama, perlu merasai jatuh bangunnya dan banyak yang perlu dibelajar.Jadi tidak hairanlah kenapa usahawan2 berjaya dan juga jutawan2 kebanyakanya adalah dalam usia 40,50 dan 60an.Kesimpulannya faktor keperluan,masa dan pengalamanlah yang menyebabkan semua ini terjadi.

  28. ikut hukum dunia & logik, memang yg berumur mempunyai lebih pengalaman, pelajaran, kemahiran (soft & hard), kontak/kenalan/perhubungan dan modal. Org muda ada ilmu yg hebat, cangih tp tak ada pengalaman, kemahiran, kontak dan modal….ia perlu lalui asam garam jd usahawan…proses pelajaran tak mesti akademik tp masuk “University of HardKnocks”.Jd kebanyakan jutawan berumur diantara 40an ke 60an, jarang2 org muda kecuali beliau memang hebat, unik & ada biz model yg org lain x ada.Bill Gates,Jeremy Young (yahoo)dan lain2 adalah cth org muda yg berjaya.
    Anda blh jd macam Gates, Young & juga Irfan kalau anda mulai dahului (leader) bukan follower.Yg plg utama ada keyakinan diri yg tinggi, percaya pd diri sendiri, sabar, perasaan positif dan “never give up”..insyaAllah yg lain akan mengikutinya.amin.

  29. ur effort,being in right track in right time,a little bit of luck(the most right word i 1 2 use is rezeki),dare to take the challenge,just do it n maybe u were born 2 b a great person inspiring other people with ur own success in early age..i guess that..Rezeki yg diberi jgn lupa ada hak yg lain pdnya..so it’s good 2 share with others ur knowledge,experience n skill..like what Mr.Irfan Khairi is doing now..may Allah alwiz bless us..

  30. Helo all, dah lama tak hantar comment. Baiklah pada pendapat saya adalah kerana minda dari kecik lagi kita disuap dengan kisah jutawan – jutawan yang dah tua. Tapi pada hari ini dunia sudah berubah bila mana jutawan – jutawan muda dunia termasuk di negara kita sendiri tampil ke hadapan untuk berkongsi tips/pengalaman ketika mendaki ke puncak kejayaan. Sekian terima kasih.

  31. Mengikut pengalaman saya, ramai org dinegara kita memandang rendah keupayaan tenaga muda. Kononnya tiada pengalaman. Cuba kita renung, bagaimana nak timba pengalaman seandainya tidak diberi peluang??

    Begitu juga terjadi pada saya sebagai seorang pelajar IPT. Ada diantara rakan-rakan menganggap perniagaan internet pada usia muda sebagai membuang masa. Pada hal, perniagaan internet juga satu skop ilmu.

    Terima Kasih pada doktor, kerana telah membuka sebahagian penduduk di Malaysia.

    Assalammuaalaikum.

  32. Mengapa mereka yang berjaya dalam perniagaan (jutawan-jutawan) adalah mereka dalam golongan 40-an, 50-an, 60-an? Kenapa tidak ramai pemuda-pemuda yang berjaya dalam perniagaan menjadi jutawan? Bagaimana untuk menjadi berjaya pada usia yang muda?”

    golongan jutawan berumur 40,50,60-an kebanyakannya tidak mendapat pendidikan formal, mahu tanggung isteri & anak2 tetapi tidak begitu berkelayakan untuk mendapat pekerjaan setaraf kelulusan akademik…

    cuma hanya satu saja perkara didalam ingatan dan yang akan disampaikan keanak cucu “9/10 rezeki adalah berada didalam bidang perniagaan” ….kata2 Muhammad s.a.w.

    itulah yg membakar semangat sepanjang perjuangan dlm kehidupan.

    tidak ramai yang berjaya menjadi jutawan di usia muda…selalunya tunggu dan lihat, takut risiko …

    so kerja makan gaji ..sehingga datang “komitmen2” lain seperti insuran, car loan, house loan, mahu berkahwin, bayaran balik ptptn/jpa.. fuh terlalu banyak…mungkin 1/4 dari gaji seorang siswazah dihabiskan disini sahaja. nak buat macam mana.. saya pun golongan org muda juga.

    hanya yang terlalu kuat dan gagah menempuh cabaran dgn penuh bergaya sahaja mampu menjadi jutawan ditahap ini.

    tapi itu semua tidak mustahil. yang penting kene pandai cari peluang je.

    nak jadi jutawan dml usia muda ..belajar dari kejayaan orang lama… no excuse, never give up, dan kne banyak baca buku2 realiti kejayaan. jgn baca novel tauu … 😛

    kata2 untuk org muda spt saya:
    “its long way to the top..if u wanna ‘rock n roll’.. – petikan (Jack black) school of rock.”

  33. Panjang2 belaka bagi komen. Letih nak baca. Bagi komen pendek2 tapi berisi dah ler…

    Bagi saya, saya setuju dan sama pendapat dengan komen “jumrah” (komen no. 20).

    Irfan berjaya awal pun sebab bermula dengan usia muda. Moga tak leka dan lupa daratan…

  34. Diusia muda:
    a)dari bangku sekolah, sentiasa didedahkah belajar sampai ke universiti, cari pekerjaan yg menjanjikan gaji yg lumayan
    b)Tidak mendapat bimbingan mengenai ‘bebas kewangan’ dan memulakan perniagaan – tidak diajar disekolah dan juga di rumah (kecuali mungkin jika berasal dari keluarga yg berniaga)
    c)apabila dialam perkerjaan dan makan gaji, sudah rasa berada di zon selesa, tidak perlu pening kepala mencuba sesuatu pekerjaan yg baru (seperti menjana wang tambahan – additional source of income)atau memulakan perniagaan.

    Di usia 40,50 & 60 thn:

    a)Banyak pengalaman dalam kehidupan dan perkerjaan
    b)Networking dan sudah establish dalam bidang yg diceburi, opportunity lebih cerah
    c) Lebih matang, lebih berfikir, banyak membaca buku2 motivasi dan buku2 kejayaan orang2 yg terdahulu. Rahsia bagaimana mereka berjaya
    d) dlln

    Bagi saya , usia dan modal bukanlah penghalang utama untuk berjaya. Harus dititik beratkan Usaha, commitment, jgn takut pada kegagalan, mindset yg betul, focus, action, jgn berputus asa dan biar hidup ada tujuan!

  35. Apa-apa pun semua bergantung kepada rezeki seseorang yang Allah kurniakan kepada mereka. Ada yang telah bermula awal seawal usia belasan tahun dan telah mencuba segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang ada tetapi still tidak mendapat kejayaan sehingga mereka meninggal dunia
    Ada yang hanya mengambil masa beberapa tahun dan telah mendapat kejayaan yang membanggakan.Bagi saya ini semua adalah ketentuan ilahi.Yang penting tetapkan matlamat, fokus, lakukan perancangan yang sewajarnya, berusaha keras untuk mencapai matlamat tersebut dan berdoa kepada ilahi.Selebihnya bertawakkal, berserah kepada Allah kerana segala ketentuan adalah dari ilahi. Kita hanya merancang dan segala ketentuan dari Allah. Yang penting lakukan yang terbaik

  36. Usia bukan faktor utama untuk berjaya. Lebih awal anda mulakan sesuatu usaha, maka lebih awal anda berjaya…

  37. Assalamualaikum…
    Pada usia muda, kebanyakkan dari kita masih mencari-cari jejak pekerjaan dan perniagaan untuk ditumpukan sepenuh perhatian. Jika tiada bimbingan dan panduan, amatlah sukar untuk mencapai kejayaan apatah lagi pada usia yang sebegitu muda dengan pengalaman yang amat kurang. maka tidak hairanlah ramai yang mencapai kejayaan pada usia yang menjangkau 40 tahun.. kerana ketika usia telahpun mencapai tahap kematangan sedemikian, maka haluan dan tumpuan pekerjaan dan perniagaan sudah terbina kukuh. Dan itulah masanya datangnya pulangan yang melimpah-ruah.
    kesimpulannya, tanpa bimbingan dan panduan yang berkesan, amat sukar bagi seseorang itu mencapai kejayaan dalam usia yang muda. masa yang lebih lama akan diperlukan untuk memperkukuhkan kemahiran,kewibawaan serta keyakinan.

  38. Usia adalah satu yang subjektif…jika pada usia yang muda kita mempunyai tahap pemikiran dan keyakinan yang luar biasa berbanding orang yang berusia 40-an..50-an…kita mempunyai banyak peluang untuk menjadi jutawan..Thanks .program realiti mampu mengubah kehidupan seseorang..cari bakat dan asah…

  39. di usia muda bawah 40 an masih ramai leka dengan situasi semasa dan gejala gejala yang kurang menyenangkan.tidak berapa berfikir panjang kerana umur masih lagi panjang dan masih ada waktu utk mencari sesuatu.bukan tidak ada pemuda yang berfikiran utk jadi jutawan malah ramai yg berfikir dan bercita cita nak jadi jutawan.tapi masih leka dan terus hanyut apa yang mereka capai.tahap pendangan kedepan waktu masih terbatas bagi mereka.dimana mereka tidak ingin menyelami lebih mendalam tentang kehidupan di masa akan datang.banyak pemuda masih pegang dengan kata kata life have just to fun.cam org kita cakap gak…enjoy sampai rentung.pemuda sekarang suka jadi big spender walau sikit income.so dimana pemuda kita yang boleh nak kumpul dana yang sikit jadi satu dana yang berlipat ganda.yang boleh mencecah kepada dana yang berbillion ringgit.disini saya amat berbangga kepada kerana dapat memberi tips tips yang bernas kepada pemuda pemudi bangsa untk terus lebih maju dan sedar bagaimana boleh mengubah hidup yang lebih success.

  40. Dulu ramai antara kita yang alpa ( termasuk saya tentunya ) tapi biarlah asal kita lambat tapi tidak terlewat untuk kita berusaha keras dari sekarang, sekurang2nya masa kita tidak akan terbuang lagi seperti dulu.

  41. Melewati usia 40an adalah suatu suasana yang amat istimewa bagi diri ku. Pada ketika isteri dan anak-anak mengucapkan “SELAMAT HARI LAHIR KE 40 ABAH!!!!!!!!!”, saya mula tersedar dari tidur. Minda saya mula terfikir, ‘dimana kedudukan diri aku pada waktu ini?’. Sampai bila aku mahu hidup begini. Masalah kewangan sentiasa berligar di persekitaran kehidupanku selama 40 tahun. Aku mula sedar dari tidur. Diriku mendesak untuk berubah. tidak lagi boleh dengan kehidupan cukup makan lagi. Ya! AKU MESTI MENGORAK LANGKAH. Moga apa yang aku citakan akan diperkenankan olehNYA. Insyaallah.

  42. pada pendapat sy mengenai soalan pertama, dalam usia 20an dgn 30an msyrakat kita sekarang masih takut pada usia muda untuk mencuba benda baru khususnya bisnes.kenapa golongan muda kurang brjy jd jutawan?kerana kurang kesungguhan dlm bisnes dan yg utamanya org muda cepat kecewa terutama jika d ganggu oleh masalah CINTA!sekiranya org muda ingin menjadi kaya,mereka perlu sedar akan kepentingan bisnes dan juga puyai komitmen yg tinggi dlm bisnes yg dicuburi.

  43. â€Mengapa mereka yang berjaya dalam perniagaan (jutawan-jutawan) adalah mereka dalam golongan 40-an, 50-an, 60-an? Kenapa tidak ramai pemuda-pemuda yang berjaya dalam perniagaan menjadi jutawan? Bagaimana untuk menjadi berjaya pada usia yang muda?”

    1.Masa umur 20 – 30an, kebanyakan berfikir untuk career development especially golongan graduate. Tetapi selepas umur 35 (mungkin 10 thn experience makan gaji), mereka sudah rasa bosan dengan kerja yang sama. Jadi,pada umur 40an, modal sudah ada, hutang2 sudah banyak langsai(bagi yang beringat la..),kenalan ramai dan sudah masak dengan keadaan ekonomi, maka mereka lebih berani untuk memulakan perniagaan sendiri dan ada diantaranya sudah menjalankan perniagaan tersebut secara “part time”. Jadi bagi golongan ini, tiada masalah untuk memulakan perniagaan sendiri berdasarkan faktor2 di atas.
    2.Kebanyakan tycon2 di malaysia sekarang ini, bermula dari bawah (esp. Malays), dan perniagaan mereka sekarang ini ada yang diwarisi atau bermula dari mereka.Cuma, beberapa kerat saja yang termasuk dlm kategori Billionaire dan ramai millionaire. Generasi pewaris ini biasanya tidak bermula sebagai somebody dlm ekonomi tetapi telah mempunyai banyak pengalamn sbb telah terdedah dari kecil. Jadi, mereka masih memerlukan masa untuk mengmenbangkan perniagaan mereka ke satu tahap dimana mereka mempunyai aset yg bernilai jutaan. Dan, kebanyakn yang kita kenal mereka ini juga berusia 40 ke atas.
    3.Kebanyakan orang juga telah rasa selesa / complacent dengan apa yg mereka dpt dari makan gaji. tidak ada desakan yang perlu bagi mereka untuk tukar kepda cara lain yg lebih berisiko tinggi.Tambahan pula telah mempunyai banyak liabiliti. Dan dengan keadaan ekonomi yg tak menentu, mereka fikir lebih baik makan gaji.
    4. Faktor sosial – kebanyakan orang melayu lebih bersikap bersyukur dengan apa yg ada. Ini sesuatu yg baik dari segi agama. tetapi, keadaan mungkin menjadi sebaliknya jika mereka terdesak. Bermacam2 cara yang akan dicuba utk mendapatkan wang jika, berlaku kemelesetan ekonomi dsb Simpanan kurang . Maka, mereka akan mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya dll yang merugikan mereka. Dan faktor ini menyebabkan mereka tidak berupaya untuk bertahan dari ancaman ekonomi tersbut dan seterusnya merugikan masa mereka utnuk mencapai taraf hidup yang lebih berjaya jika sebaliknya berlaku.

    Kesimpulan saya; Semua yang berlaku ini adalah disebabkan faktor masa yang belum sampai kepada dimana ramai jutawan2 adalah dari golongan muda disebabkan faktor2 di atas.Tetapi, saya rasa, pada masa depan (20 – 30 tahun lagi), bagi generasi2 yang telah dan akan melihat banyak peluang2 untuk berjaya, mungkin lebih ramai akan menjadi jutawan (bukan billionaire) pada masa muda. Cuma, kita sekarang perlu lebih memberi pendedahan kepada mereka dari segi ekonomi dan sosial disamping agama supaya mereka lebih berjaya daripada kita.

  44. umur saya 17 tahun dan dilahirkan pada 31.01.1991, saya telah menceburi peniagaan pelaburan dan baru-baru ini saya teringin sangat menceburi bidang perniagaan internet. Saya begitu minat tentang pelaburan sehingga kawan rapat saya menggelarkan saya bakal orang kaya. 5 bulan, saya membuka satu kilang bata press dan sehingga kini perniagaan itu berjalan dengan lancar dan mengaut untung bersih RM100,000.00. Saya berkerja sebagai bos kilang itu. Barulah saya menceburi bidang pelaburan Soalan yang saya tujukan ialah baikkah saya berminat bidang perniagaan.

  45. KEJAYAAN YG INGIN DIKECAPI ADALAH P TANGGA USAHA YANG GIGIH DAN TAK KENAL ERTI PUTUS ASA.PELUANG SENTIASA ADA DI DEPAN KITA CUMA KITA X TAHU CARA MENGAMBILNYA.SEMAKIN KUAT KITA .BIDANG PERNIAGAAN MELALUI INTERNET INI MEMBUKA MATA SAYA UNTUK TERUS BERUSAHA, KERANA BANYAK PELUANG DAN KEJAAN SUDAH SAYA PEROLEHI

  46. bg sy gnerasi muda krang pngalaman..so perlu timba pnglaman dlu sblum mmulakan ssuatu pniagaan..n lg stu glongan muda mybe tkut nk ambk risiko kggalan

Leave a Reply

Your email address will not be published.