Adakah Rasulullah S.A.W. KAYA atau MISKIN?

 Ramai yang membayangkan hidup Rasulullah SAW penuh dengan kemiskininan. Namun, hakikatnya, Rasulullah SAW pernah melalui kedua-dua keadaan tersebut iaitu kekayaan dan juga kemiskinan.

Pernah saya dengar ceramah dari Ustaz Don Daniyal menceritakan kekayaan Rasulullah SAW sebelum mendapat wahyu dan sebelum berkahwin adalah usahawan yang berjaya dan dikenali. Sehingga mas kahwin yang diberikan untuk mengahwini Saidatina Khadijah Khuwailid (yang juga merupakan usahawan wanita yang sangat hebat dan terkaya ketika itu) adalah 10 ekor unta.

Dan tentunya harga seekor unta bukanlah murah.

Apabila mendapat wahyu dan mula menyebarkan Islam, ketika itulah baginda, keluarga dan sahabat-sahabat diboikot. Harta kekayaan telah dirampas. Dan hidup dalam kemiskinan.

Namun apabila waktu Islam mula berkembang, baginda, keluarga dan sahabat-sahabat mendapat kekayaan semula.

Namun begitu, baginda dan sahabat-sahabat memilih jalan hidup yang zuhud. Walaupun kaya, harta kekayaan digunakan untuk disedekahkan dan mengembangkan Islam. Bukanlah untuk barangan material.

Hebat sungguh pemimpin-pemimpin Islam kita satu ketika dulu.

Teringat saya pula pada kata-kata Dato Fadzilah Kamsah. Pernah satu ketika dulu saya berbual dengannya. Kata DFK pada saya ketika itu…

“Irfan, Islam inginkan umatnya cemerlang. Itu yang dituntutkan. Jika belajar dengan cemerlang, kerja dengan cemerlang atau berniaga dengan cemerlang, tentunya pulangan yang dapat juga adalah cemerlang”

Sambungnya pula…

“Di mana letaknya miskin atau sederhana jika semua kita lakukan dengan cemerlang?”

Memang betulpun kata-kata Dato Fadzilah Kamsah. Dan itu yang patut kita lakukan dan contohi.

Jika kita belajar sesuatu itu dengan bersungguh (cemerlang), dan aplikasikan apa yang kita belajar degan cara yang tepat (cemerlang) serta di beri usaha yang sebanyak yang mungkin (cemerlang) pastinya perniagaan yang dijalankan akan menjadi cemerlang. Dan pulangannya pastinya akan jadi hebat. Dan akan menjadi kaya!

Dan bila menjadi kaya, hidup diri dan keluarga selesa, maka lebih banyaklah yang kita dapat sedekahkan kepada mereka yang tidak mampu.

InsyaAllah itulah yang kita inginkan sebagai seorang Muslim yang cemerlang.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.