Saya pun mulakan perniagaan internet baru…

Mungkin ianya satu tabiat, bagi saya, setiap tahun, saya akan mulakan satu perniagaan internet baru. Kesemua perniagaan yang saya mulakan bermula kecil sahaja. Tidak meggunakan modal yang besar, ataupun pekerja. Dan kesemuanya menggunakan Internet sebagai platfom.

Bila guna internet, itu yang tidak perlu modal yang besar dan pekerja.

Selepas 3 tahun menjalankan perniagaan di Dubai yang pelbagai, tahun ini saya dapat lihat “gaps in the market” dan permintaan dalam food and beverage industry di dubai, terutamanya restoran-restoran mewah di sini dan menghasilkan perkhidmatan untuk pasaran ini.

Point saya sebenarnya bukanlah mengenai perniagaan saya. Tetapi mengenai “multiple source of income”.

Saya memiliki bebrapa aliran pendapatan. Dari royalti menulis buku, produk-produk saya di Internet, perkhidmatan yang dijalankan, dan juga beberapa perniagaan online dalam negara dan luar negara termasuk di Dubai kini.

Ramai antara kita hanya mempunyai 1 atau 2 aliran pendapatan sahaja. Namun sekiranya kita lihat mereka yang berjaya dalam bidang kewangan, mereka mempunyai 4…5 atau lebih aliran pendapatan.

Sebab itulah saya suka membina perniagaan online (walaupun kecil) tetapi, perlahan-lahan kembangkannya satu demi satu menggunakan teknik dan startegi perniagaan internet.

Sedikit pengakuan…

Saya memulakan beberapa perniagaan dan kembangkannya bukan hanya kerana pulangan dari segi wang. Tetapi, bagi saya sekiranya saya tidak mulakan sesuatu yang baru dan aktifkan dan cabar minda saya…. nanti saya akan jadi tersangat bosan!

Ya, saya jenis yang akan rasa “rimas” kalau tiada projek baru. I always want to start something new. A new venture. Kalau tidak, nanti saya bosan.

Bila saya mulakan sesuatu baru, saya akan belajar sesuatu baru. Dan ini sering memberi saya semangat dan momentum setiap hari dan setiap tahun.

Jadi, ianya win-win situation. Bukan sahaja multiple source of income dapat memberi pedapatan tabahan kepada saya dan keluarga, tetapi juga ia dapat penuhan masa saya dan cabar diri saya sendiri supaya tidak bosan dan sentiasa melakukan perkara baru!

Pernah kah anda berada dalam keadaan ini? Mungkin wang bukan merupakan masalah utama, dan anda mempunyai masa. Tetapi anda rasa ingin cuba sesuatu baru, a new veture untuk aktifkan diri sendiri.

Perniagaan di internet

Sentiasa saya beringat dan bersyukur sejak 20 tahun lalu telah belajar cara memulakan perniagaan di internet. Sejak itu, tidak lagi saya menoleh ke belakang dan terus menerus menggunakan internet sebagai platform utama perniagaan.

Dengan mempunyai ilmu perniagaan online, apabila saya mempunyai idea ingin memulakan sesuatu perniagaan, tak sampai 1 minggu, InshaAllah perniagaan itu akan bermula sudah di internet. Kalau ada rezeki, pendapatan baru (multiple source of income) juga bermula.

Platform Internet membolehkan kita memulakan perniagaan dengan mudah dan murah. Dengan hanya mempunyai laman web, dan media sosial kini, ia merupakan langkah pertama untuk menjana pendapatan tambahan.

Kerja dari rumah

Ketika menulis ini, saya berada di rumah. Walaupun mempunyai pejabat di Dubai Marina (sungguh cantik pemandangannya!), tetapi sering kali pejabat itu adalah untuk sebarang appointment dan meeting sahaja. Saya lebih suka dan selesa melakukan kerja dari rumah. Dan ini yang saya lakukan sejak 20 tahun lalu.

Salah satu manfaat menjalankan perniagaan online adalah dari segi kebebasan masa di mana saya boleh melakukannya di mana sahaja dan pada bila bila masa pun. Teringat saya sejak anak sulung saya dilahirkan lagi, saya sudah pun menjalankan perniagaan dari rumah. Ketika itu, bukan zaman Google, Facebook, YouTube, Instagram dan Whatsapp. Ketika itu, zaman ALtavista, Netscape, Lycos, Infoseek dan Ask Jeeves!

Kini, anak sulung sudah pun remaja (dan tambah lagi 3 anak), dan saya masih lagi bekerja dari rumah!

20 tahun berlalu dan perniagaan Internet kini…

20 tahun kini berlalu dan perniagaan internet merupakan platform utama serata dunia dalam memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan. Tidak kira perniagaan besar atau perniagaan kecil-kecilan menggunakan internet dan media sosial.

Sering juga saya fikirkan. Sekiranya 20 tahun lalu saya tidak belajar perniagaan internet, dan tidak memulakan perniagaan online, agak-agaknya apa yang saya lakukan hari ini?

Wallahualam. Allah SWT adalah perancang yang terbaik!

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.