Bahayanya fikir negatif

Secara seyap-senyap, pemikiran negatif akan menyelinap masuk dalam minda kita. Dan mula kita merasa ragu-ragu dalam melakukan sesuatu.

Adakalanya kita bermula dengan positif dan penuh bersemangat untuk mencapai kejayaan yang kita idam-idamkan, tetapi, apabila ada suara negatif dari pihak lain, seakan telah memakan diri sendiri dan berjangkit kita pula berfikir negatif.

Inilah penangannya pemikiran negatif.

Ya, ianya sangat sukar untuk dihalang. Lebih-lebih lagi sekiranya negativiti tersebut datang dari pihak lain.

Masalahnya, pemikiran negatif adalah lebih kuat dari pemikiran positif. Hinggakan jika 5 orang berfikir dan berkata-kata positif, dan hanya satu orang yang berfikir negatif dan berkata-kata negatif, lambat laun, kesemua 5 orang tersebut akan berfikir negatif juga- bukan yang negatif itu yang akan menjadi positif! Begitu kuatnya kesan negativiti.

Mengapa ini terjadi?

Ini kerana, pemikiran negatif adalah lebih mudah dari positif.

Contoh:

  • Menyalahkan orang lain kerana kita tidak berjaya (negatif) adalah lebih mudah dari berusaha sehari 4-5 jam untuk mencapai kejayaan (positif tetapi susah)
  • Malas dan tidak melakukan apa-apa (negatif) adalah lebih mudah dari membaca buku-buku ilmiah, mengikuti program-program keusahawanan, dan mencuba perkara-perkara baru untuk berjaya (positif tetapi susah)
  • Mencari alasan (negatif) adalah jauh lebih mudah dari berusaha tanpa henti (positif tetapi susah)

Akibat pemikiran, tutur kata dan perbuatan yang negatif adalah lebih mudah, maka itu yang kita sering lakukan. Psikologi manusia akan melakukan apa yang mudah (negatif) berbandingkan apa yang susah (positif).

Tanya pada diri sendiri, adakah kita benar-benar berusaha (positif) atau kita sering mengambil jalan mudah tidak berusaha dan menyalahkan orang lain? (negatif)

Sebab itulah juga, kita sebagai manusia sering lebih mudah mencari kesilapan orang lain, dan bukan kesilapan diri kita sendiri.

Bayangkan pasangan suami isteri yang sedang bergaduh, dalam keadaan marah dan tertekan, masing-masing bertengkar menyalahkan satu sama lain. Kesemua perbuatan dan kelakuan negatif akan di ungkit-ungkitkan. Maklumlah, sedang marah (negatif).

Sekiranya negatif yang kita fikirkan, maka negatif lah yang kita dapat lihat dan cari. Negatif sahaja yang kita nampak. Dalam pertengkaran suami isteri tersebut, si suami akan menyalahkan isteri- ini tak betul, itu tak betul. Dan isteri pula akan menyalahkan suami- ini tak betul dan itu tak betul.

Dalam keadaan pemikiran negatif, yang positif tidak dapat dilihat.

Pernah tak anda mengalami keadaan ini? Hanya melihat negatif sahaja dan bukan yang positif.

Ianya terjadi pada semua orang. Maklumlah, kita manusia…

Berita baiknya adalah, pemikiran positif adalah tabiat. Ianya bergantung pada individu tersebut.

Sesetengah individu, tidak kira dalam keadaan apa pun akan bersabar dan berfikir positif. Anda mengenali orang sebegini?

Ini kerana, individu tersebut telah mengamalkan pemikiran yang positif sejak dulu lagi dan ianya telah sebati dan menjadi tabiat dalam diri sendiri. Mereka sering melihat perkara-perkara yang positif sahaja oleh kerana itu yang di cari. Tidak suka mencari negatif dan melihat negatif kerana mereka tahu, sekiranya negatif yang di cari, dalam segala kebaikan pastinya mereka akan jumpa yang negatif juga.

Pernah saya bersama seorang yang sangat negatif, seorang rakan saya satu ketika dulu. Sambil berbual, tersebut mengenai seorang kenalan lama kami.

“Eh, si polan (seorang ahli perniagaan berjaya) tu baru-baru ni bina yayasan nak bantu keluarga-keluarga yang susah dikampungnya” saya kata.

Jawab rakan saya itu “Alah… dia tu dari dulu suka menunjuk!”

????

Orang yang negatif pastinya akan lihat yang negatif- walaupun dalam sesuatu kebaikan. Sekiranya negatif yang dicari, maka negatif lah yang akan kita jumpa. Sekiranya negatif yang difikirkan, maka negatif juga yang akan di pertuturkan dari mulut.

Sejak itu, saya telah jauhkan diri darinya. Kerana saya tahu, sekiranya saya bersama orang yang negatif, lambat laun saya juga akan terkesan dan menjadi negatif seperti mereka.

InshaAllah, saya tidak rugi.

Dalam mencapai kejayaan, pemikiran, kata-kata dan perbuatan positif adalah penting. Mereka yang negatif, tidak akan berjaya. Itulah hakikatnya.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.