berniaga tanpa modal

Tiada modal dalam memulakan perniagaan… ini caranya.

Rata-rata, bila ditanya memang minat memulakan perniagaan. Tetapi, ramai juga antaranya yang melengah-lengahkan waktu untuk memulakan perniagaan.¬†Lebih-lebih lagi kerana tiada modal untuk memulakan perniagaan. “Takde Modal” sering menjadi kekangan dalam berbisnes. Apatah lagi kalau perniagaan yang ingin dimulakan adalah perniagaan yang besar.

Hendak melakukan pinjaman perniagaan dari bank, waktu ini agak sukar, tidak seperti dulu. Ada juga yang bergantung kepada ingin mendapat bantuan modal dari kerajaan untuk memulakan perniagaan. Tidak salah kedua cara ini, namun kedua cara ini adalah cara yang tidak pasti akan dapat.

Apa yang pasti adalah usaha kita sendiri dalam mencari modal dan bukan alasan tidak mahu mencari modal.

nomodal

Pernah saya bertanya kepada seorang rakan yang ingin memulakan perniagaan restoran, kekangannya memulakan restoran kerana tiada modal. Saya bertanya, apa yang diperlukan? Jawapannya sewa premis, tukang masa, meja, kerusi, kaunter, barang hiasan dan seribu satu lagi perkara. Jumlah modal yang diperlukan dalam RM200,000.

Saya tanya semula kepadanya, kenapa tidak mula kecil. Buka gerai, atau pushcart, atau gerai mobile yang agak murah, dan kumpulkan duit dulu sehingga cukup untuk membuka restoran.

Jawapannya pula “Alaa… susah la camtu”

Susah?

Terkejut juga saya mendengarnya. Menunggu modal RM200,000 untuk membuka restoran, tidak pula susah. Tetapi memulakan perniagaan kecil dilihat susah? Cuba mencari pinjaman bank atau cuba mendapat geran kerajaan tidak pula susah, tetapi berusaha berniaga dari kecil dan kembang menjadi besar, susah pula?

Pelik juga manusia ni ūüėČ

Tetapi, hakikatnya itu yang terjadi selalu. Ramai yang ingin memulakan perniagaan yang terus besar. Terus nampak hebat, mempunyai premis, pekerja yang ramai, dan peralatan yang canggih. So,  bila keluarga, saudara mara  atau kenalan lihat, nampak agak gah perniagaan yang kita jalankan.

Tidak ramai yang sanggup bermula kecil dahulu, untuk mengumpul modal sedikit demi sedikit, dan kembangkan perniagaan secara berperingkat. Mungkin mereka tidak dapat lihat, perniagaan kecil hari ini, 10-20 tahun yang akan datang boleh menjadi besar dengan usaha yang dilaburkan.

ontable

Masalah yang lebih besar adalah, sekiranya bermula perniagaan yang bermodal besar terus, tanpa pengalaman berniaga, besar kemungkinan perniagaan itu akan gulung tikar. Yang bankrupt pun ramai. Nauzubillah. Mana taknya, pengalaman berniaga kecil pun tiada, masakan pula nak berniaga terus besar? Modal besar, maka tanggungjawab juga besar. Ianya tidak semudah yang dilihat.

Tetapi, sekiranya bermula kecil, maka risiko juga adalah kecil. Namun, apa yang lebih penting adalah pengalaman dan ilmu yang dapat dikumpulkan dalam membesarkan perniagaan yang kecil itu. Pengalaman berniaga akan menguatkan kita sebagai usahawan peringkat demi peringkat. Nanti, bila perniagaan menjadi besar, InsyaAllah segala ilmu perniagaan telah dipelajari dalam perjalanan dari berniaga kecil hingga besar.

Peringatan saya kepada bakal usahawan, tidak perlu menjadikan modal sebagai alasan. Mulakan kecil dahulu. Hendak terus membuka kedai atau jaringan jenama kosmetik sendiri, memang memerlukan modal yang besar.

Tetapi, cuba dulu niagakan barangan kosmetik orang lain sebagai agent kecil-kecilan katakan- bina pengalaman dan tambahkan ilmu. Modal juga akan menjadi kecil.  Fikirkan, kalau tidak boleh menjual 100-200 produk orang lain, bagaimana pula hendak menjual 10,000-20,000 atau lebih produk sendiri.

Fikir besar… tetapi mula kecil!

*Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai saya selama 6 bulan di Porgram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Sekiranya anda mempunyai masa untuk berjumpa untuk tahu lebih lanjut program 6 bulan ini, hubungi kami di 03-77292277.

Sekiranya tidak dapat berjumpa, klik di sini  untuk keterangan lanjut. Kami juga menyediakan pembelajaran secara online khusus bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur (baca di ruang Soalan Lazim untuk keterangan lanjut)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

59 thoughts on “Tiada modal dalam memulakan perniagaan… ini caranya.

  1. assalamualaikum irfan,sy liana ingin bertanyakan dgn lebih lanjut tentang permulaan awal utk membuka perniagaan.sy mmg berminat tp sy masih xtahu perniagaan apa yg hendak sy buat.klu boleh irfan bg serba sedikit idea pada sy,mana tau salah satu daripadanya menarik minat sy.
    sekian.

  2. Asalamualaikum.en irfan sya dari kota tinggi,johor.dari kecil sya minat dgn prnigaan,ade x idea2 yg brnas boleh bantu sya.mklumlh zaman skrg nie semuanya internet.dan Modal yg paling utama.mcm2 cara yg sya dh buat tapi x mjadi.jdi berilh cara2 yg trbaik utk mmualakn prnigaan,mohon maaf, tima kasih.

  3. assalamualaikum Irfan,sy teringin utk maju..sy pernah berniaga sebelum ini namun semuanya tak menjadi,saya ingin menambah pendapatan keluarga dan membantu ibu saya yang sakit di kg..boleh bagi apa-apa idea yg boleh menambah serba sedikit kekurangan yg ada pd sy…minta maaf jika mengganggu,terima kasih..

  4. asalamualaikum irfan,,saya teringin utk maju macam org yang daberjaya dlm perniagaan..tapi saya x tahu mcmana caranya..kerana nk mula satu perniagaan kena memerlukan modal..mcam kita nak berniaga tepi jalan goreng pisang…

  5. Slm encik irfan sy ada buat spa dan make up pngantin bergerak..semua sy ada sijil..cume skrng modal je x ada..klau boleh sy nk ada kdai sdiri dan brjaya dlm bisnnes sy..

  6. Saya mmg dah bekerja sbg penjawat awam. Tp saya berminat utk membuka industri kecil. Mcmana saya nak mulakan ?

  7. Assalamualaikum sy ucapkan pd en.irfan,sy sbnrnya memang berminat tentang perniagaan terutamanya perniagaan internet tp sy masih bingung perniagaan apa yg nk dibuat dan xde modal,tlg bg idea…;-)

  8. Salam,en.irfan.sya msih lgi seorang student di IPTA,sye sngat berminat untuk memulakan perniagaan dlm bidang penternakan.kwsan untuk penternakan pon ada.masalah sye adalah bagaimana untuk mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan sye tu?

  9. salam sejahtera en.Irfan..saya seorg ibu tunggal yg ingin sangat membuka perniagaan sendiri untuk menampung pendapatan…pada 2015 bulan 9 tahun lalu sya tlah pun mendapat lesen kedai yg sah di BGN KAPIT SWK.(village & shop lisen).masaalah sya skrg saya ada lisen tapi tak ada modal untuk mula kan perniagaan..sya sgt memerlu kan nasihat, tunjuk ajar dan jga bagai mana cara nya sya mendapat bantuan untuk modal permulaan perniagaan sya. terima kasih

  10. hai.selamat pgi…sya berniaga secara kecil kecilan…sya jga.mengambil tempahan menjahit…tetapi sya banyak kekurangan model….bagaimana kah caranya sya meningkatkn perniagaan sya walaupun kecil dan apa yg perlu sya laku kan agar menjadi seorang yg berjaya….

  11. Saya mula berniaga produk mlm tapi saya hanya ahli biasa pendapat saya kita perlu juga modal kerana kalau orang nak beli produk tu kita mesti kena keluar modal dulu pulak tu produk mcm ni perlu modal besar untuk naik pangkat cepat tapi saya tiada modal

  12. Askum…sya bercadang nak buat car wash diatas tanah sendiri,segala peralatan asal telah sya beli,baru siap buat garaj,dah habis stahun terbengkalai kerana takde modal untuk diteruskan.bagaimana untuk sya mendapatkan modal untuk teruskan rancangan sya…

  13. Salam…..irfan sy nk mntak pendapat anda skrg ni sy de jual burger kecil kecilan di pasar mlm lpas tu de satu tmpt ni de buat kiosk kontena dgn hrga swa 1000 sblan…sy nk sgt tmpt tu tp modal tidak cukup,klu lmbt nnti xdapat,ptut ke sy buat pinjaman

  14. Hai asalamualaikum . Saya bisnes online jual kasut . saya nak buka kedai tpi saya tak da modal . Mcm mna saya nak mendapat kan modal tuk buka kedai ?

  15. assalam En. Irfan. sya ibu tunggal Ank 3. sya nk berniaga tapi x bermodal. skrg buat Kueh sikit tumpang org. kalau org cuti sya X Ada income. teringin sgat Ade stall sendiri. saya mmg perlu pndapatan harian. skrg tumpang rumah Adik. family X Suka sya menumpang sini. ada cara X untuk sya .buntu dh nie. mekasih bnyk sudi baca masalah saya.

  16. Assalammualaikum eng irfan.tumpang tnya mcm mana nk buat marketing dlm media social?ade guide line x terutama org mcm sy yg buta it

  17. nk tanya perniagaan saya nk merosot mcm mana nk bagun semula modal kurang pijaman sekarang susah kerajaan tak duit

  18. Assalamulaikum en.irfan..sy daripada sekolah menengah minat dlm perniagaan.sy selalu mengikut perkembangan en.irfan..masalah sy adalah modal.modal xde boleh ke en.irfan bagi idea?

  19. Assalamualaikum Encik Irfan.. saya berasal daripada Sabah berminat untuk berniaga buku, tetapi saya tindak mempunyai sebarang pengalaman dan juga modal. saya berniat untuk berniaga secara kecil-kecilan dahulu.. Boleh Encik Irfan Bagi Pandangan?.
    Terima Kasih..

  20. assalamualaikum en irfan.. sy cume nak minta pendapt. sy ade idea utk buad bisnes.. tp xde modal.. skrg sy apply dekat teraju dgn tekun utk dptkn pnjaman bwh rm10k.. bisnes sy adlh berunsurkan mknanan manis tapi dlm kesihatan yg di kawal. mslh skrg sy takut nk jalankan takut xmenjadi,and takut bangkrap sbb desert nie dh bnyk sgt jenis.. any respons?

  21. assalamualaikum, saya bercita2 ingin membuka sebuah restoran grill. memandangkan usia saya masih muda dan masih mentah dalam dunia perniagaan apakah langkah2 yang harus saya lakukan spt: menyewa kedai, membuat pinjaman bank, mencari pekerja, mengubah suai kedai dan sebagainya…

  22. salam..sekadar berkongsi.sy dah berniaga kecil2an.
    pada yg baru nak berniaga khususnya makanan dan minuman..sy syorkan pergila bekerja sementara di stall stall yg ada sekeliling anda.banyaaak sangat pengetahuan dan selok belok berniaga yg anda boleh dapat dengan bekerja walaupun di tepi jalan. itu sahaja jalan nya.dapat timba ilmu berniaga secara praktikal sambil itu dapat tambah pendapatan.oleh keranan tiada kawan2 yg berniaga,pada mulanya sy bekerja di stall char kuew tiaw selama 2 bulan tanpa upah hanya nak latih diri agar jadi kuat dan melihat bagaimana nak menjual, dan membeli stok. skill ini hanya dapat diperoleh dengan kerja keras dan minat yg sangat tinggi.

    sekadar berkongsi pada yg nak berniaga tapi tak pasti arah tuju.

  23. salam.. sy bru setahun hbs belajar.. jd dalam masa setahun neyh saya keje brhnti keje brhnti.. sbb nya keje dlm dunia sales.. kadang2 biasa la mnusia kn.. jd sy mngalah dan trus mngalah.. tkut brgaduh.. tapi sy rasa smpit la kwngan sy disbb kn selalu mngalah.. dan susah nk ad duit smpanan. jd sy rasa sy boleh ad kedai sndri cuma tu la.. modal.. dan xthu bagai mna caranya yg sesuai..

  24. as salam..nak tanya..macammana nak buat marketing..supaya sales meletop..
    saya ada join dropship tpi x tahu nak ikl√†nkan biar org nampak..saya x pandai it..setakat iklan kat wassaap x memberangsangkanlah…..

  25. Salam..sy baru nak berjinak2 dlm dunia perniagaan..sy rancang untuk buka kedai kecil untuk berniaga kosmetik..tp sy x tau mcm mana nak mula…apa yg perlu sy lakukan dahulu..

  26. Assalam .. En irfan, saya baru nak berjinak jinak dalam membuka pet shop, tapi saya zero … Tak tahu nak mula macam mana, perlu ke saya ambil kursus veterinar dahulu atau lesen perniagaan dahulu ?? Saya betul-betul perlukan khidmat nasihat dan tips drp orang yang berpengalaman .. Apa yang patut saya buat ?? Mohon penjelasan. Terima kasih …

  27. Assalamualaikum…irfan.. sy Anira… sy dh mulakn bisnes tp.. nk putarkn balik tu msh x paham..

  28. Assalamualaikum irfan, saya mempunyai perniagaan kecil kecil, sekarang telah meningkat supply catering makanan. Tetapi tidak cukup model untuk membuka sebuah kedai makan kerana keuntungan perniagaan juga di gunakan untuk beli barang keperluan sehari hari, bagaimana cara hendak meningkat kan prestasi perniagaan saya? Tolong tunjuk ajar irfan

  29. saya sangat buntu sekarang sbb hutang keliling pinggang…saya cuba jadi egen dropship pun x menjadi… join dengan kaan kena tipu….dah pening kepala apapun semangat nak mulakan biz tu ada tapi x tau lg biz apa yang sesuai…dalam fikiran nak niaga makanan jer…tapi modal?.. huhu boleh bantu?

  30. Huhuhu……tolong ajarkan sy cara untuk membuat perniagaan secara kecil-kecilan…..secara terperinci

  31. En Irfan..boleh bg idea ttg permulaan bisnes..sya berminat…ttp tdk pandai nak buat..brp modal yg perlu klu nak berniaga pakaian dan kosmetik..

  32. Assalammualaikum…En Irfan, saya seorang surirumah berminat nak buat perniaggaan untuk bantu keewangan suami…tapi saya tak ade modal nak berniaga.Saya perlukan sokongan dan dorongan bagaimana nak mulakan perniagaan.

  33. Sy mmpunyai foodtruck cma skrg ni xde msa utk mnguruskan sb ada komitmen lain. Nk pakai pekerja tp blm mampu. Blh bg pandangan x mcm mna nk sy kembangkan bisness sy tanpa mengabaikan kerja hakiki sy. Tq

  34. Salam..cmne nak mula kan perniagaan tanpa modal?sy nak berniaga ..boleh dpat taw bagaimana tips nya..terima kasih..

  35. Assalammualaikum tuan irfan.saya sebenarnya minat berniaga kedai runcit dan restoran.tapi belum ada modal.skrg ni saya berkerja.harap tuan blh bg pandangan.tq.

  36. salam sy membuka kedai alatulis tetapi modal kerja tidak mencukupi, kerana keuntungan perniagaan juga di gunakan untuk beli barang keperluan sehari hari, bagaimana cara hendak meningkat kan prestasi perniagaan saya,telah cuba mendapatkan pinjaman bank tapi tak lulus

  37. Salam tuan . Sy ada bengkel untuk cat kereta ketuk bodi kereta welding bodi kereta. Tapi sy tak reti nk cari orang dan tambahkan custmer untuk dtg . Apa cara nya ?

  38. Assalammualaikum.. En.irfan..sye baru sje menjadi ibu tunggal..dan ex suami xde meninggalkan ape2 pun harta untuk saye..senang cerite sye sebatang kara n xde adik beradik.dengan bantuan brim yg bakal sye terime x lame lg…sye nak sgt2 pandangan en.irfan…coz sekarang kos sara hidup semakin tinggi.sye Ade 3 org anak2 yg semuenyer bersekolah…mohon pencerahan pade saye supaye sye tidak di tipu jike saye laburkam sedikit Dari hasil brim tu untuk perniagaan on9.

  39. Hello..sy bnyk bisnes hndak dilakukn cuma mslh modal xda..tmbhan sy alami excident lg Dan xmampu nk bekerja..hmmm skrg ni sy just dduk Rumah n buat krja DLM rmah sprti suri Rumah jg..Encik,tolonglh sy spaya xlg dibelengu kebosan n masalah kewangan ni..please help me..

  40. Assalamualaikum, tuan.. Saya ingin bertanya kepada tuan. Saya mohon pencerahan berkaitan memulakan perniagaan cara bagaimana yea ? Apa step yang pertama saya harus lakukan ? Soalan saya seterusnya kepada tuan , bagaimana saya hendak berurusan tentang stock.

  41. Asalammualikum sahabat,sye nk bukak bisnes sye sendiri,tetapi sye tk tahu mne nk dpt modal ,sye hanye berkeja sebagai operetor kilang,layak ke sye nk dpt kn pinjaman yg begitu tinggi sedikit untuk bisnes sye tersebut,atau ade cara lain tk untuk mencari modal lain yg paham untung rugi bisnes tersebut dan tidak teragak agak untuk memberi pinjaman….

  42. Assalammualaikum
    saya ada buka meja niaga depan rumah..jual produk sendiri..buat ais krim malaysia pelbagai perisa..sambutan menggalakan..cuma masalahnyr kat sini saya kekurangan modal..untuk dapatkan satu lagi freezer yang lebih besar..untuk keraskan ais krim..dan sedikit modal untuk bshan bshan mentah..untuk buat ais krim.tak banyak yang saya perlukan..dalam rm3000 anggaran.saya juga surirumah srpenuh masa.mempunyai 3 anak perempuan.yang sulung masuk uitm shah alam dalam kos fakulti muzik..yang memerlukan kewangan yang banyak..suami keja bahagian lanskap dymm sultan perak.gaji suami tak banyak dalam rm1092
    tak cukup untuk menampung pelajaran anak anak..jika dapat sedikit bantuan pinjman..saya bole besarkan sikit perniagaan saya..tambahkan kuantiti produk saya juai.saya mulakan niaga aiskrim ngan modal yang kecik..rm50.alhamdulilah..cuma sekarang kalau bole nak besarkan srdikit jualan produk saya.terima kasih

  43. assalamualaikum saya seorang penganggur sejak 5 tahun lalu, 5 tahun tidak bekerja hanya duduk rumah hisap rokok minta duit ibubapa. saya cerita kepada seorang hamba ALLAH ni dia tidak percaya. nak tergelak pun ada juga… itulah kisah saya… kifarah yg terus di pendam dan entah bila akan ada akhirnya… : )

  44. assalamualaikum. saya seorang penganggur sejak 5 tahun lalu, 5 tahun tidak bekerja hanya duduk rumah hisap rokok minta duit ibubapa. saya cerita kepada seorang hamba ALLAH ni dia tidak percaya. nak tergelak pun ada juga… itulah kisah saya… kifarah yg terus di pendam dan entah bila akan ada akhirnya… : )

  45. Assalamualaikum, tuan.. Saya ingin bertanya kepada tuan. Saya mohon pencerahan berkaitan memulakan perniagaan cara bagaimana yea ? Apa step yang pertama saya harus lakukan ? dan sy masih xtahu perniagaan apa yg hendak sy buat.klu boleh tuan bg serba sedikit idea pada sy,mana tau salah satu daripadanya menarik minat sy. dan sy nk bermula perniagaan dengan modal yang rendah.

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.