Fri 25 Sep 2009
Wah.. hampir seminggu juga saya cuti beraya
Kini mula ramai pulang dari kampung masing-masing…
Suka saya umumkan satu kempen yang bakal dijalankan bernama “Simpan Challenge” pada bulan November ini. Kempen Simpan Challenge bertujuan untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai tabiat menyimpan.
Sebenarnya, menyimpan mempunyai “seni” dan strateginya tersendiri. Ramai yang menganggap, menyimpan sekadar menahan diri kita dari berbelanja. Sebenarnya, ianya lebih daripada itu yang bakal dikongsikan ketika bulan “Simpan Challenge”

Matlamat “Simpan Challenge” mudah sahaja, iaitu memberikan tip dan strategi yang praktikal bagaimana anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 1 bulan. Mudahkan?
Insyaallah hari Selasa ini saya, dan pengasas Simpan Challenge, Abang Abu (daripada ebook mentor Jutawan) akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai Simpan Challenge ini di MHI, TV3. Alhamdulillah, walaupun Simpan Challenge masih lagi diperingkat awal, tetapi telah pun mendapat kepercayaan berbagai pihak terutamanya media.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai dan inginkan maklumat lanjut, klik butang di bawah
Tip Satu Minit yang berkaitan:


September 26th, 2009 at 9:32 am
IK, daripada pakar pemasaran internet boleh bertukar jadi pakar kewangan nih
Saya baharu dapat kerja. So, duit tak banyak mana lagi. Nak menyimpan pun agak susah. Tapi satu perkara je yang saya masih praktikkan sampai hari ini yang saya ingin konsi dengan anda iaitu SIMPAN WANG SYILING ANDA!
Saya menyimpan wang syiling dalam tupperware plastik (tahan panas). Sekarang tupperware tu dah penuh dan melimpah-limpah. So, lepas ni saya kena kira la duit tu (dengan gaya penyamun dalam cerita Nujum Pak Belalang
)
Saya pernah kira sebelum ni. Jumlahnya dalam 100 lebih. Skrg pasti sudah bertambah lagi.
September 26th, 2009 at 9:51 am
Assalamualaikum
Entry terbaru ini memang best.Diharap akan ramai yang akan kongsikan idea dan strategi.
Lebih ramai lebih bagus. Harap-harap biarlah sampai 100 idea & strategi.
Saya secara peribadi sudah memulakan “simpan challege” ini agak lama juga.
boleh rujuk di sini:
http://fathuri.com/my-1st-million/
Harapa-harap dengan idea yang bakal diperolehi di sini nanti dapat saya bergerak ke fasa berikutnya dengan lebih pantas lagi.
Menjawab soalan IK di atas,
“So, sebelum, kami ceritakan dengan lebih lanjut mengenai Simpan Challenge ini, dan bagaimana anda boleh menjimat RM1,000 dalam masa satu bulan, ingin juga mendengar pendapat dan idea anda…
Bagaimanakah anda menyimpan? Apakah strategi dan tip-tip anda dalam menyimpan?
Strategi saya adalah:
1)Mendapatkan diskaun setiap kali membeli-belah.(servis kereta, beli barang elektrik, beli ikan, beli kain, beli barang-barang dapur, etc) Walau pun hanya beberapa sen akan saya simpan untuk impian sejuta itu.
2)Semua duit yang saya dapat dari orang (hadiah solat hajat, lebihan duit yang diberi kerana tolong belikan barang orang, duit raya,etc walaupun jumlahnya hanya beberapa sen juga akan saya simpan terus kedalam akaun khas impian sejuta)
3)Membuat buku log khas perbelanjaan setiap hari.Disediakan table untuk kategori perbelanjaan makanan, sedekah, sewa, bil2, petrol, dall). Jumlah perbelanjaan setiap hari akan di masukkan pada ruangan mingguan dan bulanan. Perbelanjaan ini akan dipantau setiap hari supaya tidak melebihi bajet yang disediakan untuk setiap kategori. Akhirnya pada hujung bulan, akan dapat dikenal pasti mana kategori yang ada +ve dan -VE jumlahya. Kemudian mana2 yang +VE. akan top up pada kategero yang -ve. Kesimpulannya apa cara perbelanjaan mesti tidak melebihi bajet yang disediakan.
Sekian, salam ceria & inspirasi
Oh ya, jika ada sesiapa dari pembaca blog ini yang mahu sama-sama mengejar impian sejuta anda. Sila tinggalkan komen di blog saya pada ruangan “idea & impian”
Moga kita boleh jadi kawan, insyaAllah kawan yang saling memberi manfaat
Assalamualaikum
Fathuri
“pemburu impian”
www.fathuri.com
www.fathuri.ws
September 26th, 2009 at 10:11 am
Salam IK,
Tak terlewat lagi untuk saya ucapkan selamat hari raya buat IK dan keluarga..
Waktu-waktu selepas raya ni susah sikit nak bercerita pasal simpan menyimpan ni. Duit dah banyak digunakan, maklumla untuk raya..
Saya takde tips yang menarik untuk menyimpan. Saya lebih suka guna potongan gaji untuk simpanan dalam bank atau pelaburan seperti ASB. Cara ni lebih terjamin sebab ia dibuat secara automatik. Kalau duit dah ada di tangan, susah sikit untuk kita menyimpan. Nak belanja lagi senang, hehe..
Itu aje, thanks.
September 26th, 2009 at 10:25 am
Mungkin kena ada matlamat kewangan insyallah baru kita bersemangat untuk menabung.
Kena kurangkan sifat suka bermewah…kecuali duit dah banyak sgt atau dah capai kebebasan kewangan
September 26th, 2009 at 1:05 pm
tak sabar nk belajar!!!
September 26th, 2009 at 1:12 pm
Salam eidul fitri, maaf zahir batin. Selain apa yg di perkatakan diatas….cari pasif income, sertai program affiliate dan ppl, dapat duit tu simpan dlm asb……walaupun sedikit…lama2 jadi byk (jadi bkt tak ndak ler!!)
Rgds,
ZulBM
September 26th, 2009 at 2:28 pm
ehm. satu idea yang bernas. menyimpan..
September 26th, 2009 at 3:19 pm
Menyimpan…bunyinya mudah tapi sukar dilakukan kalau tanpa disiplin dan didikan awal. Bagi saya potongan gaji paling senang ASB atau tabung haji dll.
September 26th, 2009 at 6:22 pm
nak menabung rm1000 sebulan tak mustahil sapapun leh buat
First menuntuut ilmu mantapkan ilmu didada bidang promosi atau apa sahaja biz
Kedua jadikan Hobi dan minat duit
salah satu leh buat panduan ke rahsia ke ebook ke video ke tutorial ke
contoh awak minat akuarium bela ikan
Leh buat panduan akuarium rahsia untuk bela ikan atau apa sahaja
Hobi leh buat duit yang melampau
ADA saya baca blog overseas satu mamat nie keja 15 tahun jual keta then dia malas dan jemu
Tapi beliau banyak ilmu berkenaan keta penjagaan keta dan banyak lagi
Beliau pun berjumpa dengan seornag usahawan dan usahawan itu cadangkan buat ebook video guide untuk bantu orang beli keta dan sebagainya
dia juga pasang affiliate program juga buat ebook hanya mengenakan caj usd12 je dalam RM45 je
lepas 4 bulan dia chek akaun dia usd300 000 dia tak percaya begitu hebatnya ilmu yang beliau miliki dan tahu apa lagi
ada yang minta beliau buat lanjutan apa yang dari first volume ebook beliau
Jadi mustahil ke anda simpan RM1000 sebulan
Tak mustahil RM10 000 sebulan pun leh!!!!!!!!!!!
September 27th, 2009 at 12:12 am
Salam Semua..
Kadang-kadang kita senang untuk merancang tp agak sukar utk laksana..Saya harapkan dengan buka blog IK tiap-tiap hari dapat mengubah supaya rancangan yang dibuat akan saya laksana..:)
September 27th, 2009 at 12:42 am
Salam IK dan rakan2,
Bagus!
Sebenarnya dalam bisnes atau dalam bidang pekerjaan anda, tabiat menyimpan merupakan salah satu cara untuk jadi kaya!
Kebetulan saya juga akan memberikan tip asas wang dan tabiat menyimpan di blog saya..
(Apasal selalu saja sama idea saya demgan IK ni? hmm..):)
www.h2jbiz.com/blog
September 27th, 2009 at 7:25 am
Saya harap dapat belajar sesuatu dari kempen Simpan Challenge ni, kerana saya mengambil masa beberapa bulan untuk dapatkan simpanan sebanyak RM1,000.
September 27th, 2009 at 8:57 am
Kepada yang masih bujang tu, gunakanlah sepenuhnya masa terluang untuk belajar bisnes (kalau minatlah). Boleh menambahkan lagi dana simpanan. Boleh mula ngan bisnes internet.
Kalau dah berfamili, masa agak terbatas untuk part time bisnes. Jgn menyesal di kemudian hari
September 27th, 2009 at 11:17 am
Nampak mudah tapi sebenarnya susah..
Tapi kalau sifu nak syer teknik ni bagus jugak..
www.fathuri.ws
September 27th, 2009 at 5:14 pm
Tahniah kepada IK atas pelancaran kempen yang begitu bermanfaat ini.
Semoga lepas ini saya dan para pembaca dapat mengetahui bagaimana menyimpan wang RM1000 dala masa sebulan.
Bukankah ini perkara baik? Biasanya wang kita tidak akan berpeluang untuk menyimpan sedikit wang kita (walaupun 1%).
Jadi jangan lepaskan peluang ini!
September 27th, 2009 at 5:42 pm
Menyimpan wang secara kekal adalah satu cabaran besar bagi sebahagian besar dari kita. Tidak semua orang boleh menyimpan secara kekal.
Setidak-tidaknya dengan adanya kempen ‘Simpan Challenge’ ni akan dapat MEMBANTU banyak pihak.
Pastinya satu kempen yang amat berfaedah untuk ramai golongan!!!
Cabar diri kita untuk menyimpan!!!
Idea yang baik sekali dari IK !!!
September 28th, 2009 at 10:17 am
Cara saya cuba menyimpan ialah setiap kali ada syiling dalam kocek saya, saya akan cepat2 masukkan ke dalam tabung yg disimpan di rumah.. Sikit2 lama2 jadi bukit
September 28th, 2009 at 11:29 am
Day1: $0.50
Day2: $1.00
Day3: $2.00
Day4: $4.00
Day5: $8.00
Day6: $16.00…diganda setiap hari.
Ini seperti d ‘Magic of Compounding’
Saya rasa 1mth boleh dapat lebih dr $1000.
So maknanya walaupun dikurangkan separuh, tapi kalau diamal principle ini tetiap hari, insyaallah gerenti menjadi.
September 28th, 2009 at 12:24 pm
Salam aidilfitri untuk IK…saya merupakan silent reader blog anda…baru-baru ni jer nak menonjolkan diri…baru nak belajar buat blog, harap-harap dapat buat macam blog IK ni…mudah-mudahan…hehe..
Saya memang suka menyimpan wang (tak kira la, duit poket, duit hasil kerja freelance, duit ptptn, duit biasiswa, etc)…paling penting kena ada MATLAMAT kenapa perlunya menyimpan duit….Biasanya saya menyimpan untuk 3 kategori, iaitu matlamat jangka pendek, matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka panjang…Lepas tu buat 2 list, satu untuk simpanan tetap (simpanan yang tidak boleh digunakan selain selain kecemasan dan keselamatan) dan satu lagi simpanan yang digunakan dalam waktu tertentu…lepas itu, saya akan mula menyimpan tanpa henti…Siapa kata orng yang masih belajar tak boleh menyimpan…;)
Ok, itu sajalah serba sedikit yang ingin saya kongsikan..Terima kasih kerana membaca komen ini..;)
September 28th, 2009 at 1:34 pm
asm. bab nak simpan menyimpan duit ni memang la bagus.. tapi kena betul2 disiplinkan diri, insyallah akan saya praktiskan
September 28th, 2009 at 5:24 pm
Saudara IK,
Saya merupakan silent reader anda dan bersetuju dengan pendangan anda di dalam website ini.
Pada masa ini, apa yang saya praktik :-
(i) masukkan lebihan wang dalam kocek tak kira syiling atau kertas selepas shopping, atau selepas balik kerja, saya akan terus masuk dalam tabung yang tak boleh dibuka penutupnya. Kalau dulu saya pakai bekas tutup kuih, masuk duit senang, keluarkannya pun senang..so carilah tabung yang susah nak buka dan tak nampak isi kandungannya.
(ii) bayar semua hutang piutang dulu yang akan menyebabkan interest (contoh kad kredit) sekiranya lambat bayar sebelum dateline.
(iii) Anggaran perbelanjaan bulanan hendaklah dibuat terlebih dahulu setelah selesai mengambilkira bebanan tunai. Sebaik sahaja dapat gaji, terus larikan dalam rm100 (at least) supaya kita tak rambang mata tengok duit dalam akaun banyak lagi..
(iv) Beli barangan yang mempunyai kualiti dan fungsi yang sama pada harga yang lebih rendah. Contoh kalau nak makan laici dalam tin (biasanya produk yang terkenal dalam rm3.99, tapi ada pilihan lain beharga rm 1.50). Kualitinya lebih kurang sama sahaja.
Itu pandangan saya yang naif ini. Salam perkenalan
September 28th, 2009 at 7:43 pm
saya sendiri menteapkan target untuk menyimpan sekurang2nya RM20-RM30 setiap hari
tak terllau tinggi dan tidak terlalu rendah
yang pentingnya tindakan kita kekal konsisten
September 28th, 2009 at 8:14 pm
Salam
Dulu nenek saya masa nak masak nasik dia selalu ambik segenggam beras dari setiap pot yang hendak dimasak.Saya tanya kenapa? Nenek saya jawab, ni sebagai simpanan semasa kecemasan.
Hari ini bila difikirkan balik betul apa yang nenek saya lakukan. Simpan sedikit dari apa yg kita dapat. Hari ini 10% dari pendapatan saya adalah utk simpanan.Syor seperti Azizi Ali.
September 29th, 2009 at 7:56 am
Assalamualaikum saudara IK
Saya rasa, ini kali pertama saya menulis di blog anda. Saya sering mendengar tentang kehebatan IK. Tidak kira di akhbar dan di media seperti televisyen.
Entah kenapa, saya tertarik dengan post saudara kali ini. Ia ringkas, tetapi tetap mampu memberi perangsang kepada orang yang membaca blog anda. Mungkin di sebabkan anda ikon perniagaan pada masa kini. Kata-kata anda akan menjadi ‘booster’ kepada sesiapa sahaja yang cuba mencari motivasi.
IK,
Cara yang selalu saya gunakan untuk menabung dan menyimpang adalah seperti berikut;
1)Tetapkan pendirian berapa nilai bajet untuk digunakan sebagai simpanan. Seperti contoh, daripada duit gaji yang di peroleh setiap bulan, anggarkan berapa perbelanjaan anda dan simpan yang tidak di gunakan. Contoh RM150. Walaupun ia tidak banyak, tetapi biarlah ia kekal dan istikhamah. Cuba elakkan diri dari menggunakan duit ini. Ingat, ia adalah ’simpanan’. Kuat kan hati! Elakkan dari berbelanja dengan duit ini.
2)Sasarkan kepada barangan yang di perlukan sahaja. Cuba elakkan dariapada membeli barangan yang terlalu mahal dan akhirnya tidak di gunakan. Seperti kasut,baju dll. Ia secara tidak langsung boleh mengawal nafsu kita dari terjebak dari pembaziran.
3)Membuat kira-kira perbelanjaan setiap hari jika boleh. Lihat ke mana wang anda di belanjakan, dan siapkan satu log, kawalan perbelanjaan. jadikan ia seperti diari kepada anda. Simpan dan lihat setiap hari.
4)Bagi yang mempunyai wang, anda boleh cuba untuk membuka akaun pelaburan seperti public mutual atau membuka Amanah saham bumiputera. Ia boleh menambah pendapatan anda dalam jangka masa panjang. Nilai wang anda juga boleh meningkat.
Tips-tips kewangan banyak di kongsi oleh ramai orang. Buku-buku yang berkisar mengenai perniagaan dan asas kewangan banyak di sentuh. Cuma adakah kita mahu berubah? Itulah dia namanya ‘challenge!’
Sekian,
fahdi ghazali
pengasas,
www.intelincome.com
September 29th, 2009 at 8:11 am
pendapatan saya sekeluarga cukup bulan ngam2 je….so agk susah sikit nak menyimpan…cukup2 bayar hutang rumah,kereta,keperluan ank2 dan belanja barang2 dapur…so mcmmn ye nak menyimpan?kena plak ekonomi gawat mcm skrg ni….biasa la kj kilang….
September 29th, 2009 at 8:22 am
satu tips yg berguna untuk zaman ini.
ialah maner tidak nyer ,sekarang anak2 kecik pon dah pandai main dgn duit..kalo mereka tidak mengamalkan aktiviti penyimpanan duit saya takut tidak lama lagi akan ada budaya pemboros.x ada saving..ini juga akan mengakibatkan org suka berhutang.
akhirnya ada juga anak muda telah membudayakan balik aktiviti menyimpan dgn adanyer SIMPAN CHALLENGE INI..
tahniah..
disamping memberi info,ada juga peringatan disitu..
tak salah saya katakan kita WAJIB menyimpan..kalo tidak untuk ari ini ,untuk masa dpan.
September 29th, 2009 at 8:26 am
salam…harap dapat belajar cara menyimpan yang lebih efektif dalam kempen ini.setiap bulan pasti tidak dapat menyimpan walaupun saya menerima gaji tetap.harapkan potongan tabung haji dan asb sebagai pelampung.tak taulah sampai bila boleh bertahan.terima kasih atas maklumat yang diberikan.
September 29th, 2009 at 8:28 am
Saya rasa kita kena mulakan tabiat yang sgt baik ini.mulanya memang susah, tapi amal setiap hari, insyaAllah ia jadi mudah. saya mula simpan duit syiling 50 sen dlm bekas minyak rambut. pantang je dpt duit 50 sen, saya pasti simpan.tanpa sedar ianya penuh.saya rasa seronok & skrg simpan dua bekas 20 sen & 50 sen. Kita semua boleh buat…selagi tak cuba …tak terasa nikamatnya
September 29th, 2009 at 8:33 am
dulu saya amalkan dgn kurangkan perbelanjaan setiap hari, kalau sehari belanja rm10 simpan rm1 sehari so sebulan dpt rm30
tp kalau nak simpan banyak2 tu…susah skit, tp akan jadi senang kalau kena caranya
September 29th, 2009 at 8:37 am
Salam buat semua. Suatu yang menarik dan elok dihebahkan kepada seluruh rakyat M’sia. Bagi saya, simpanan boleh dibuat melalui potongan gaji dlm tabung haji dan..bila dpt gaji je, terus buka M2U simpan lagi sekurang2nya rm100 dlm tbg hj gak..duit siling saya susah nk simpan..asyik kena mintak dengan anak2 jer.. tak sabar nk tau tips2 simpan challange.
September 29th, 2009 at 8:50 am
Salam…
IK, saya baru lepas tengok MHI, wawancara IK bersama abang abu masa makan breakfast tadi. menarik juga ’simpan challenge’ ni, tapi saya tak sempat tengok in detail pasal. so boleh tak IK kongsi lagi sekali macamana nak join ’simpan challenge’ ni?
Btw, saya menyimpan guna ASB + Tabung Haji. tak banyak pun simpan, tapi konsisten. cuma kadang2 terguna juga duit yang disimpan tu sebab kadang2 ‘hujan di tengahari’…hehehe..
harap IK dapat kongsi ilmu tentang cara menyimpan duit di zaman kemelesetan ekonomi ni.
Sekian, terima kasih.
September 29th, 2009 at 8:56 am
saya memang berminat dgn tip -tip cara menyimpan wang kerana impian saya adalah untuk menjadi orang kaya yang mempunyai wang bila2 masa saja saya perlukan tanpa menunggu di hujung bulan untuk mendapat gaji.cara menyimpan saya kini cuma melalui potongan gaji setiap bulan dan kadang2 simpanan itu digunakan pada hujung2 bulan sebelum mendapat gaji.
September 29th, 2009 at 9:02 am
Tiap tahun azam saya nk lebihkn menabung dr berbelanja tp tak pernah kesampaian. Tp bila ada kempen ni, cm tak sabar la pulak. Saya berusaha mendisplinkin diri. kalau coins tu ada juga simpan dalam bekas bedak yg dh abis. cm kata D
September 29th, 2009 at 9:02 am
normally apa yg saya buat adalah dpd duit gaji saya akan simpan dalam tabung haji sahaja dlm 150 sebulan then duit belanjan yg husband saya bg about 100 sebulan saya akan simpan juga dlm tabung haji…tp kadang2 terfikir juga dividen tabung haji setahun sekali lambat duit tu nk beranak pinak…mungkin irfan ada cara yg lbh efektif.tq
September 29th, 2009 at 9:04 am
smbung sket lg… cm kata IK pg td kat MHI, gunakan wang kertas. Saya kalau byr parking tu mmg guna wang kertas, so baki tu, masuk dlm tabung bedak.
September 29th, 2009 at 9:26 am
Setiap bulan saya akan asingkan RM100 sebagai tabungan.Ini baru bermula kira-kira 2 tahun yang lalu.Setakat ini wang simpanan saya itu tak pernah berusik.Harap2 keadaan ini akan berterusan dalam jangka masa yang panjang.Cuma saya bimbang kalau2 atas sesuatu desakan yang tak dapat dielakkan maka saya terpaksa ‘mencuri’ wang tersebut, jadi bermakna terjejaslah matlamat saya…setakat ni belum ada apa2 lagi yang mendesak.
September 29th, 2009 at 9:27 am
Pagi ni tegok IK kat TV3 seronok juga cerita pasal ‘Simpan Challenge’. Rasa ingin tahu juga. Selama ini saya menyimpan dengan ikut suka hati aje. Maklumlah saya nak beli rumah. Jadi simpan utk target nak pasang macam2 kat dalam umah tuuu.
Gaji dapat aje saya akan simpan 500 khas untuk umah baru tu, yang lain dibelanjakan. tapi tak penah pun capai target yang saya mahukan.
Dengan adanye ‘Simpanan Challenge’ ini dapat lah juga serba sedikit ilmu penyimpanan yang boleh saya gunakan.
September 29th, 2009 at 9:31 am
Salam,
Sebenarnya saya dah lama menyimpan lebihan syiling dan hasilnya amat memberangsangkan.
Hujung tahun saya anggap ianya bonus untuk diri saya sendiri. Memang berbaloi.
September 29th, 2009 at 9:38 am
ok cuba macam ini plk. Bulan ini pastikan setiap hari simpan RM2.00, kemudian bulan depan sehari rm3.00. Nampaklah peningkatannya.
September 29th, 2009 at 9:44 am
salam,
saya mmg setuju sgt dgn kempen menabung yg anda telah laksanakan itu.Dulu arwah mak saya sering menyimpan syiling 50 sen dan sikap itu sekarang telah diteruskan oleh saya dan insyaallah akan saya terapkan pula kepada suami dan 3 permata hati saya yang
berumur dari 7 hingga 14 tahun
Saya amat brharap dpt brjumpa dgn anda utk memberi bimbingan,nasihat dn sedikit motivasi kpd anak sulung saya yg mengidap dylexsia tp begitu pintar dn cenderung dlm bidang IT..
September 29th, 2009 at 10:15 am
Salam aidilfitri,
buat IK dan semua pembaca.
Saya selalunya menyimpan lebihan duit gaji sebelum mengambil duit gaji berikutnya. Dengan tips terbaru dari ik n abangabu nie, harap boleh tambah simpanan lagi.
sekian terima kasih.
September 29th, 2009 at 10:16 am
IK,
Apa yg saya buat untuk simpan duit,
a) buat potongan gaji untuk anak n saya dlm asb n tabung haji,
b) beli menggunakan wang kertas n simpan lebihan syiling.. tetapi tidak konsisten.. insyaallah, simpan challenge ni buat saya buka mata untuk teruskan tabiat saya ni secara konsisten..
September 29th, 2009 at 11:51 am
sy sebagai pelajar u yg guna duit biasiswa semata-mata rasanya x mampu nak simpan 1000 sebulan…kecuali la buat perniagaan internet…atau buat kerja yg ada side income…tapi bg pelajar yg nak fokus pada pelajaran tanpa melakukan kerja sampingan…. kalu nak simpan separuh drpd biasiswa yg dapat (rm500/bulan) pasti boleh…tp kena ada displin diri yg tinggi…matlamat simpanan dan perancangan yang jelas…kena ikut bajet yg disediakan…
yang pasti budaya menyimpan ni kena pupuk sejak kecik lg…heheh…
September 29th, 2009 at 12:44 pm
salam..saya tertarik dgn kenyataan encik ditv3(MHI)pada 29/9/2009,mengenai meminta potongan keatas setiap perbelanjaan seharian.Perkara telah saya buat tetapi tiada peniaga yang nak bagi potongan ada yang kata harga tetap,tak untunglah,boss takada dan pelbagai alasan yang diberi.Jadi bagaimanakah untuk mendapat potongan harga setiap belanja,apakah lojik potongan seperti encik nyata pada rancangan tersebut???dan bagaimana untuk mendapat nilai tabungan RM1000 dalam masa sebulan???minta penjelasan dari encik dan abang abu
September 29th, 2009 at 12:50 pm
Pada pendapat saya,
Kita boleh buat dengan membuat pembahagian untuk setiap pendapatan kita.
Saya ambil kiraan mudah, dalam sebulan jika kita nak simpan RM1000. Jadi cuba bahagikan kepada 3 bahagian (ini contoh). Satu bahagian untuk perbelanjaan, satu bahagian untuk pembayaran wajib. Satu bahagian untuk Simpanan.
Jadi jika kita target RM1000 untuk simpanan, kita boleh anggarkan wang sebanyak RM35-RM50 setiap hari untuk simpanan. Jadi pastikan kita boleh menyimpan jumlah wang di atas setiap hari.
Ini cuma pendapat peribadi saya sahaja..
Harap Saudara IK bersetuju …
September 29th, 2009 at 1:16 pm
salam irfan akak adalah surirumahtangga sepenuh masa,bagaimana akak nak menyimpan sedangkan segala perbelanjaan diuruskan suami akak termasuk membeli ikan dan sayur akak cuma dpt wang saku dlm rm 50 saja sebln tu pun habis untuk memenuhi keperluan anak2 spt beli buku rujukan,top up dan jajan. anak2 5 orang semuanya masih bersekolah boleh kah irfan bantu akak bagaimana nak menyimpan.kadang2 akak simpan juga duit sen lebihan dari belanja rm 50 tu tapi selalu anak2 minta utk tambahan duit sekolah tak bagi tak sampai hati.
September 29th, 2009 at 1:25 pm
Penting sgt utk mulakan simpanan ni..Kalo dr awal xbiasakan diri samapai bila2 pun kita tak dpt nak menyimpan duit.. Xsabar nak tunggu pelancaran Simpan Challenge ni !!
September 29th, 2009 at 1:29 pm
saya suka simpan syiling lebih byr duit tol. & suka guna duit kertas je, syiling sy simpan especially dlm tabung anak. sebab saya suka tabung 3 anak saya penuh cepat.. pastu saya simpan duit parttime n 5% gaji dlm asb biar susah keluar.
September 29th, 2009 at 2:34 pm
salam.. saya penah tgk dalam oprah. sediakan tiga balang lutsinar (so kite boleh nampak duit yang berkurangan ) untuk tiga keperluan utama kita. 1) bills 2) makan & minum 3) entertainment. masukkan duit cukup2 je untuk setiap balang tu. lebihnya simpan. so kalo ade terkurang, mesti top up dgn duit yang ade dlm tiga balang tu sahaja. itu memotivasikan kite untuk berjimat dan sedar diri. selamat mencuba!
September 29th, 2009 at 3:49 pm
salam,
rm1000 sebulan bagi dgn 30 hari = lebih kurang rm33.34, kesimpulannya setiap hari kena simpan rm33.34, SIAPA ADA IDEA BAGAIMANA NAK DAPATKAN RM33.34 SETIAP HARI UNTUK DI SIMPAN? adakah dgn berniaga, buat part time, atau potong perbelanjaan.”zaman dulu - kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, zaman sekarang - bagaimana nak dapatkan sagu tanpa memecahkan ruyungnya” jawab jgn tak jawab……
“make you happy life, spirit of confidence”
September 29th, 2009 at 4:20 pm
Salam..
Duit simpanan saya majoritinyer saya laburkan dalam dana anak-anak. Harap saya dapat belajar sesuatu disini dari semua yang ada… TQ
September 29th, 2009 at 4:22 pm
sy myimpan wang dgn cra:
1 hari=5.00
tp dt itu sy akn guna jgak…..sbp memerlukan
September 29th, 2009 at 6:07 pm
saya berniaga setiap bulan memang ada simpanan tapi macamana yang menggunakan simpanan agar ianya berkembang selain dari pengeluaran zakat…
September 29th, 2009 at 10:08 pm
Assalamualaikum Abang Irfan Khairi.
saya seorang pelajar tingkatan tiga. Mak saya memberi saya duit saku sebanyak RM20.00 seminggu, macam mana saya nak menyimpannya dalam masa satu bulan?
saya baru dengar daripada ibu saya pasal “SIMPAN CHALLENGE”, tetapi malangnya, ibu saya hanya menonton Malaysia Hari Ini tentang abang hanya sekerat jalan saja. Boleh tak abang terangkan semula pasal “SIMPAN CHALLENGE”?
boleh ke pelajar sekolah macam saya join sekali?
tolonglah saya.
September 29th, 2009 at 10:08 pm
saya simpan kat asb ja dengan buat pinjaman bayaran bulanan potong dari akaun.
September 29th, 2009 at 11:17 pm
Salam IK..
Saya dah kerja hampir 2 tahun…skarang nie, agak susah nak simpan duit kerana terlalu banyak tanggungan..kadang2 duit mkn pun kne blanje rm3 je sehari..hopefully i can learn something from here..TQ
September 30th, 2009 at 12:42 am
tertarik juga nak ikuti simpan challange ni. sebelum ni saya amalkan simpan duit kertas RM1. setiap mlm sebelum tidur, saya akan periksa purse dan ambil semua duit rm1 yg ada dan masukkan dlm satu beg khas. bila berbelanja saya tidak akan gunakan duit rm1 yg ada dlm purse kecuali kalau dah terpaksa. duit tu setiap hjg bln akan dimasukkan ke akn asb anak sebagai simpanan pendidikan dia. Sblm ni saya simpan di satu akaun yg susah nak ekses. tapi susah nak pegi bank tu, kadang2 terpakai balik duitnya. so, masuk dlm asb anak dan buku dia pegang sendiri. segan la sikit nak keluarkan duit tu kan sebab nanti anak ‘bising’ minta ganti…
apapun semuanyua perlukan disiplin dan komitmen…
September 30th, 2009 at 5:20 am
Cara yg berkesan untuk menyimpan adalah “Pay yourself first” atau bayar diri anda dahulu. Apa yg org selalu buat bila dpt gaji ialah bayar semua bil2, ansuran kereta/rumah, barang, dan perbelanjaan. Selepas itu kalau ada duit lebih barulah disimpan. Sebab itu setiap bulan adalah sedikit untuk disimpan atau tiada langsung.
Sepatutnya, anda perlu bayar diri anda dulu dan barulah bayaran lain.Anda sudah bekerja penat lelah pastinya anda yang paling deserve wang gaji anda.
Contoh buat satu akaun khas lain untuk anda dan pindahan automatik setiap bulan ataupun dilaburkan ke akaun pelaburan. Anggaplah ini bil anda yang pertama dan yang paling penting sekali. Pastikan anda sukar untuk keluarkan duit itu (tanpa ATM card). Mulakan dengan 10% drpd gaji anda dahulu dan sedikit demi sedikit tingkatkan kepada 20%-30%.
Cubalah..Tabiat ini kalau diamalkan sejak awal boleh membantu seseorang untuk mengumpul simpanan yang banyak dan teknik/strategi yang berkesan untuk masa depan kewangan anda.
September 30th, 2009 at 11:11 am
salam IK,
tak sabar nak tau pasal simpan challenge nih. So far ada jugak menyimpan sikit2, nasib baik saya ni jenis konsisten. Semua akaun anak2 ngan husband aktif tiap2 bulan menyimpan and harap sangat ada tips yang terbaik untuk lebih efektif dalam menyimpan.
September 30th, 2009 at 4:20 pm
saya berminat sangat nk mengetahui cara2 menyimpan yang berkesan.setiap bulan bila dapatgaji,saya tak dapat nk menyimpan
October 1st, 2009 at 2:35 am
Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk IK sekeluarga dan pengunjung blog Tip 1 Minit ni. Maaf zahir & batin dari saya.
Sebagai surirumah sepenuh masa, banyak kelebihannya. Setiap kali mengemas rumah, pasti jumpa $$. Kalau bukan suami yg lupa nak simpan, mungkin juga anak lupa nak simpan sebab maknya lupa nak ingatkan. Hehe..Setiap $$ yg dikutip pastikan masuk ke tabung ayam(kena pecahkan bila nak dikeluarkan), bak pepatah mengatakan “pecahkan ruyung kalau nak dapat sagunya”. Kalau simpan dalam ruyung, lagi kayo dik…Mana-mana tin susu bayi yg akak jaga pun boleh diguna sebagai tempat tabungan. Tujuannya simpanan untuk anak-anak dan kami(suami/isteri). Jangan lupa simpanan untuk diri sendiri. Ingat hari tua kita..
Bila berbelanja, jangan lupa diri. Perlu bijak menilai antara keperluan & kehendak terutama yg ada anak-anak. Suami & isteri mesti faham tujuan menabung, saling ingat mengingati & disiplinkan diri. Mudah-mudahan berkat yang didapat. Amin..
October 1st, 2009 at 11:45 am
tak sabar rasanya
saya seorang yang susah untuk menyimpan so dengan adanya simpan challenge ni dapat la saya belajar mcm mana nak menyimpan….
October 1st, 2009 at 11:49 am
tajuk kempen pun dah menarik aper tah lagi tip2 nyer. tak sabar nak tau….
October 2nd, 2009 at 10:46 am
simpan challenge saya nantikan untuk mendapatkan lebih banyak tips cara menyimpan.. sekarang ni simpan 40% ($2000) daripada pendapatan ke asb.. cara berjimat: 1) sediakan budget bulanan sebelum gaji keluar
2) duit perbelanjaan keluarga masukkan dalam envelope (sistem envelope)
3) beli barang peribadi mana yang perlu je/tak suka window shopping ataupun apa yg namanya perabih duit jo. tak suka lepak2 kat kedai kopitiam ke apa ke.. isteri mithali..hehe
4) credit card jarang pakai atau bayar habis tiap bulan.
5) pakai kereta sejak 6 tahun dulu.. duduk apartment jo.. (tapi ada rumah landed property)
6) bawa bekal ke pejabat & masak di rumah
7) insuran pendidikan anak2/insuran hidup & medical suami isteri mesti ambil untuk cover klu sakit
8) sedekah kah orang tua dan yg memerlukan jangan lupa.. semoga tambah rezeki
9) beli barang mesti tawar.. shopping raya pun kat uptown je.. hehe (bukan org tahu)
October 4th, 2009 at 8:52 pm
sayapun nak join…cara simpan yang mungkin belum saya tau.Setakat ini saya juga menyimpan di tabung haji.setiap tahun bila ada kenaikan saya dah tolak terus guna potongan gaji ke simpanan. Jadi duit tu taklah terasa dah ada dalam tangan.
October 5th, 2009 at 12:29 pm
cabaran ini memang cukup mencabar sekali. boleh mengelakkan kegawatan kewangan dengan simpanan yang tak seberapa.
bleh elakkan sikap asal nak simpan aje habis, asal nak simpan aje habis kering.
October 5th, 2009 at 2:43 pm
saya pun nak tahu jg,coz saya blm ada simpanan,tp baru2 ini saya masuk kutu,bila nak bayar memang rasa terpaksa tp bila dpkr masa depan rela jg,
gaji saya setakat 650 shj tp banyk nak dtanggung.
blh k simpan 1000 dlm 1 bulan?????
October 6th, 2009 at 12:05 pm
saya secara peribadi pun dah biasa menyimpan..
dan baru2 nie pun saya ader buat mengenai menabung nie..
dan saya pun sign up utk simpan challenge
hope boleh capai 1k utk 1 month!!
http://norlirazali.com/2009/10/menabung/
October 6th, 2009 at 3:26 pm
saya kerja government, gaji x byk tapi stabil. gaji +elaun monthly 3000+, husband pun kerja gov, gaji+elaun monthly 4000+, kalau campur dua tak kurang 7/8 ribu. anak baru sorang tapi takde saving! hu..hu..nk kata boros sgt pun rasanya tidak, dua2 pakai keta proton je..harap2 IK boleh tolong nasihatkan camne nk saving
October 6th, 2009 at 9:17 pm
saya suka dgn tajuk ini anak2 saya telah di ajar menyimpan wang lebihan sekolah ke dlm tabung sendiri bila ckp bulan bawa mrk dan tabung ke bank utk di bankin mrk suka bila lihat duit byk di dlm bank sehingga sekrg mrk berumur 11 - 18 thn anak2 saya masih meneruskan tradisi ini
October 7th, 2009 at 11:05 am
salam…
nak kata pandai menyimpan 2,xjuga.sblm masuk Universiti dulu,pak chu sy suh sy buka asb n blaja simpan duit dlm 2.asb 2 hanya untuk simpan sahaja.jgn keluarkan kalau xperlu.so, sy disiplinkan diri untuk simpan RM200 sbln dri duit pinjaman PTPTN RM3000 1sem dlm asb.di semester 5 ni sy sudah berjaya menyimpan RM4800.alhamdulillah…sy harap dpt ilmu menyimpan lebih dgn simpan challenge ni..
selepas sy tgk video saudara IK n abang abu kt MHI pagi td di web ni,sy terasa rugi juga sbb xsimpan duit syiling y lebih dri p’belanjaan.klu x,mesti pak cik da kayo sekarang…huhu
y penting untuk menyimpan ni disipin diri dan pandai urus kewangan…hrp dpt kongsi ilmu b’sama…
October 13th, 2009 at 11:21 am
Program yang cukup menarik di zaman harga barang makin naik gaji tak naik2 ni he2…Tp xtau lh boleh buat ke x ni nk menyimpan lebih dari berbelanja…
October 15th, 2009 at 3:43 am
Salam Alaik & Salam Ceria..
Saya selalu juga ziarah ke halaman IK ni.Saya suka bab2 motivasi & kewangan ni semua. Saya masih belajar di sebuah Universiti di Jordan. Rata2 yang saya baca semuanya soal tips2 untuk menyimpan bagi mereka2 yg sudah bekerja, bagaimana pula eh cara atau tips2 bagi golongan student cam saya ni eh IK?
November 1st, 2009 at 12:00 pm
SIMPAN CHALLENGE dah mula…..
November 1st, 2009 at 3:20 pm
IK senyap je? hari ni dah 1Nov 09..?!
tak sabar nk mulakan simpan challenge ni
November 2nd, 2009 at 9:58 am
hari ni dah 2hb. Blh masuk lg ke simpan challange?
November 5th, 2009 at 5:50 pm
tak sabar nak mulakan simpan challange semoga dpt menyimpan rm 1000 dlm 30 hari rasanya klu simpan rm 5 sehari boleh dpt banyak tu… nanti nak join simpan challange
November 10th, 2009 at 2:02 pm
Simpan Challenge telah di buka untuk pendaftaran di http://www.irfankhairi.com/simpanchallenge
Yuran pendaftaran RM10 sahaja. Sekiranya pembayaran telah dibuat, dan masih tak menerima tips & strategi harian, email kami di info@rahsiainternet.com
Selamat menjimat!
-ik