Simpan Challenge di MHI, TV3

Pagi tadi, saya & Abang Abu berada di MHI, TV3 menceritakan tentang Simpan Challenge! bagi anda yang ter-miss pagi tadi, ni, saya dah letakkan di YouTube untuk anda tontoni dan ketahui apa ke bendanya Simpan Challenge ni 😉

BERITA TERKINI!

Ikon-ikon dari Telaga Biru Sdn Bhd / Storm Readers termasuk DatoӉ㢠Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, DatoӉ㢠Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Zahazan Mohamed juga turut akan memberi tips dan santapan rohani mengenai wang dan perniagaan kepada mereka yang menyertai Simpan Challenge!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

33 thoughts on “Simpan Challenge di MHI, TV3

  1. assalamualaikum

    waktu dulu-dulu simpan duit dalam tabung buluh, nak pergi bank jauh maklum la ceruk kampung.

    sekarang simpan dalam bank, pasti selamat

  2. Salam IK,

    Saya begitu tertarik dengan program simpan challenge ini. Apabila saya melihat video yang diberikan saya dapati Abang Abu memberikan tips, meminta diskaun apabila membayar.

    Mengikut pengalaman saya bekerja di bahagian tourism, pelancong dari negara arab paling ramai meminta diskaun, sehinggakan ada pengusaha kedai tidak membenarkan pelancong arab membeli apa-apa barang dari kedai tersebut.

    Dan saya sendiri pun, sudah jemu mendengar perkataan diskaun kerana mereka meminta harga yang tidak masuk akal.

    Persoalan di sini, Adakah teknik meminta diskaun itu relevan? dan Bagaimana ingin meminta diskaun cara yang terbaik apabila membayar kepada mereka yang seperti saya sudah jemu mendengar perkataan diskaun? 🙂

    Terima kasih

  3. Bagi saya kalau nak simpan ada macam-macam cara. Antara yang paling mudah boleh jual 2 ketul kek setiap hari dah boleh dapat income RM 20. Separuh boleh beli keperluan harian, separuh lagi boleh disimpan. Kalau nak simpan lebih banyak dalam masa sebulan kena jual lebih banyak atau buka satu lagi bisnes internet yang lain. Kalau guna internet ni dua tiga bisnes pun boleh dijalankan serentak. Saya baru saja bermula dengan satu jual kek lapis sarawak secara online.

  4. Assalamualaikum IK

    Alhamdulillah, saya rasa semua orang sedang menunggu simpan challenge ini. Mereka inginkan sesuatu yang boleh mengubah ‘sistem’ kehidupan mereka agar menjadi lebih baik. Pastinya dari aspek kewangan.

    Saya mungkin tidak sehebat IK, Dato’ Fadzilah Kamsah dll. Cukup sekadar buat masa ini, saya sedang berusaha mencapai apa itu matlamat kebebasan kewangan. Bermula dari bawah mungkin satu pilihan yang perlu saya tempuh. Sama seperti IK.

    Bagi saya, kunci pokok utama yang menjadi panduan dan sebagai ‘base’ dalam simpan challenge ini adalah, MATLAMAT dan DISIPLIN.

    Walaupun ia adalah dua perkara yang amat berbeza, tetapi jika ia di gabungkan menjadi satu, ia akan melahirkan satu kuasa yang cukup baik untuk di asimilasi dalam kehidupan.

    Kita masih belum tahu setakat mana keberkesanan simpan challenge ini. Tetapi, bagi saya, ia adalah satu cara untuk memupuk minat rakyat melaysia ke arah financial education.

    Dengan gabungan IK, Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Zahazan Mohamed yang masing-masing sudah ada pengikut sendiri boleh memantapkan lagi program ini. InsyaALLAH.

    Saya percaya, ia adalah satu program yang baik.

    Looking forward for simpan challenge.

    Selamat maju jaya.

    Assalamualaikum.

  5. Wahh..menariknya Simpan Challenge ni.Tak sabar nak dpt tips utk mencabar diri saya buat simpanan RM1000 sebulan.. Thanks IK atas usaha yg murni ni!!

  6. salam IK..
    sy berminat benar dgn pelancaran baru IK…
    tp, sy masih lagi seorang pelajar. macam mana sy nak handle semua ni?? sy bab2 simpan duit ni sy suka la..
    usia sy baru 18 thun dan sdng belajr di kolej kat selangor.
    tia2 kali cuti sem, sy akan isikan masa tersbt dgn membuat apa yg sy mahir sprti jual kek, biskut dan sebagainya. tp secara kecil-kecilan la..
    sy harap dapt membantu sya la klu sy myertai simpan challenge ni..

  7. salam semua..
    saya ada tengok irfan dan abg abu dalam MHI baru2 nie..saya pun sebenarnya ada jugak praktik mcm abg abu cakap simpan duit syiling sikit2, mintak diskuan semasa kita beli barang dan duit diskaun kita simpan…alhamdulillah kalau kita selalu praktis insyaallah bole kita menyimpan untuk masa depan dan anak2.

  8. menyimpan seronok, dan kalau boleh jangan tengok kerap-kerap jumlah yang dah tersimpan, bukan apa, nanti rasa dah banyak pulak.

    so, kalau nak tengok pun sekali lalu je dan lupakan jumlahnya

  9. Saya baru baca blog ni slps tgk MHI hari Selala lalu, kebetulan kami sekeluarga tgh berusaha berjimat cermat utk masuk rumah baru. Kebanyakan tips yg diberi kami dh praktikkan..dan mmg berkesan.

    Selain tips minta diskaun waktu membeli brg…kami juga sering membuat survey kedai2 yg menawarkan harga patut untk brg yg mahal seperti peralatan elektrik. Hasilnya semlm kami berjaya jumpa kedai yg jual aircond dgn harga yg jauh lebih rendah drp bdget yg disediakan…budget ni pun kami buat berdasarkan survay kat kedai2 lain. Tp nak tahu…kami dpt jimat RM800…sgt terkejut sbb tk sgka blh jimat bnyk. Kedai ni pun walau nampak buruk je…tapi tokey dia tk kisah jual pada harga display sbb kedai dia pun kecik..tk muat nak letak brg tu utk display…baik dia jualkan aje.

    Moralnya…jgn le malas membuat tinjauan..bkn perlu peruntukkan masa atau wang tertentu utk meninjau…buat tinjauan sambil2 lalu jee…mcm yg kami buat…bila pi mana2…pntg nampak kedai letrik mesti singgah masuk dan tgk…hasilnya mmg tidak mengecewakan.

  10. salam..
    tak sabar nak menyertai SIMPAN CHALLENGE ni..
    moga tercapai target rm1000

  11. InsyaAllah saya akan akan sediakan hadiah RM100 pada orang pertama yang capai RM1000 bila dilancarkan pada 1 november 2009 nanti.

    Take note!

    Salam ceria & inspirasi

    Fathuri

  12. Salam bahagia,

    Saya juga dah gunakan sebahagian cara atau tips yang IK cakap tu…tp diskaun yang dapat tu tak pulak diasingkan untuk disimpan. So, lepas ni kena kira dan simpanlah.
    Jom join ‘simpan challange’ ….

  13. salam,

    saya sangat sokong program simpan challenge ni.
    Saya ni buat bisnes sendiri.
    Memang ada orang yg minta tawar.
    Ada yang saya bg, ada yang tidak tengok margin kita lah, kalau banyak leh lah diskaun.
    Pengalaman saya kalau beli perabut ke atau barang yg mahal,cuba minta diskaun harga dulu dah tu minta pulak free gift ke.. Insyaallah dapat..

  14. Sekarang nih mmg saya menyimpan tapi tak menentu jumlahnya. yang penting setiap kali gaji bayar semua bil yang berkaitan. kalau macam bil api air tu, tutup sebelah mata bayar je selepuk untuk 3-4 bulan yang akan datang. Lepas tu tak payah fikir pasal bil api air beberapa bulan mendatang. Lebihnya terus masuk bank. Cuma pegang beberapa puluh ringgit je untuk kegunaan harian. Bila pegang duit sikit tentu wang yang digunakan sikit. Barang-barang yang tentu harganya mahal tentu tak berani jeling langsung sebab tunai di tangan sikit. jangan mimpi la nak beli. Simpan dalam bank yang paling susah nak keluarkan. kalau nak keluarkan kena beratur panjang kat kaunter. kalau pakai kad ATM, jangan harap dapat menyimpan kat bank. Saya menyimpan kat ASB yang saya buat masa umur 13 tahun. tanda tangannya pun saya dah tak mahir nak buat. Pernah dulu, benar-benar emergency nak pakai duit, saya terpaksa meniru tandatangan saya sepanjang malam. hhuhuhu. Banyak jugak borang ASB yang saya punahkan. Hasilnya, dalam 10 tahun kebelakangan ni, baru itu la sekali saya keluarkan duit dari ASB. nampaknya simpanan ASB tu memang utk anak saya la. Biar dia tuntut bila saya dah tiada nanti. Bila shopping, saya cuma beli barang keperluan yang telah saya senaraikan sahaja. Jangan tengok kiri kanan. Nanti terpedaya dengan barang yang tiada dalam senarai. Elakkan pergi ke pasaraya atau hypermarket. Kat dalam tu banyak godaan. Turunkan harga beberapa puluh barang untuk diiklankan sebagai umpan. sedangkan beribu lagi barang dijual dengan harga yang tinggi. Siapa yang datang mesti terpedaya. paling tidak pun pasti ada yang terpaksa beli sebab anak-anak menangis minta belikan mainan ataupun junkfood.

  15. Terima kaseh IK menjemput saya ka simpan challange diKuala Lumpur. saya adalah salah saorang anak buah abang abu dan rabu ini akan ada di Akhir Kata program for Suria. Program simpan challenge adalah berkesan bagi saya dan mereka yang kurang berupaya menabong, tapi dengan program ini dapat menguatkan hubungan keluarga simpanan wang dengan cara berlibur antara keluarga

  16. simpan dan jana pendapatan rm 1000 dlm masa sebulan sungguh menabjubkan saya ingin tahu lebih lanjut sekrg saya menyimpan syiling yang lebihan dari pasar kedlm tabung setakat ini memberangsangkan ckp bulan rm 200 – rm 300 terkumpul utk di bankin.

  17. pergh boleh manipulasi diskaun tue contoh la harga sesuatu benda RM100 letak la RM600 dia nak diskaun bagi la diskaun melampau gerenti dia kata mamat nie sempoi bagi diskaun amacam ok pa

  18. terima kasik irfan khairi dan abg abu,saya baru terfikir nak mintak diskaun ng penjual d kedai.boleh saya praktikkan.satu benda baru yang saya tak sedar.

  19. Saya ada praktikkan kaedah IK syorkan iaitu tidak menggunakan syiling tapi menyimpannya.Dan ia berkesan kepada saya!Simpanan saya bertambah seperti secara automatik.

  20. Salam Abg Irfan & Abg Abu..

    Saya Sokong Program yg di anjurkan nie,ia memberikan manfaat pd Ahli yg akan join nnt..
    Saya harap,program ini akan d perluaskan d seluruh malaysia.! Sbb ia msh dlm keadaan yg berbeza…mcm SAya,dr sabah.peluang perniagaan d sabah nie,tak le sama mcm d semenanjung sana. SABAH nie msh ketinggalan org nye..? hehehehheheheheh6…..

  21. part menyimpan duit ni yang paling susah.Walaupun menyimpan sedikit ,komitment kena tinggi.Saya biasanya fokus kepada berjimat ketika membeli sahaja.Kalau tak dapat simpan kita dapat tambahkan kuasa beli kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.