Ubah hidup anda dengan lebih pantas

Ini adalah antara strategi utama saya mencapai jutawan pada usia muda… syukur alhamdlillah…

Satu kebolehan yang anda perlu amalkan untuk mencapai kejayaan dengan cepat adalah kebolehan mengimplementasikan apa yang anda belajar dengan cepat.

Amalkan kebolehan ini. Sekiranya anda pelajari sesuatu yang anda fikir boleh mengubahkan hidup anda, amalkannya secepat mungkin- jangan membuang masa atau tunggu waktu yang sesuai oleh kerana waktu tersebut tidak akan muncul!

Sekiranya anda pelajari sesuatu dari Tip Satu Minit ini, cepat-cepat amalkannya. Sebagai contoh, selepas membaca tip logo, sekiranya anda mempunyai perniagaan dan tidak mempunyai logo, cepat-cepat lakukan sesuatu untuk mendapatkan logo. Sekiranya anda membaca tip mengenai merancang hari esok anda, cepat-cepat lakukannya dan rancang hari esok anda.

Kebolehan mengimplementasikan apa yang anda belajar (tidak semestinya dari Tip Satu Minit) secepat mungkin akan mengubahkan hidup anda dengan lebih pantas! Jangan tunggu lama-lama… nanti lama-lama… (siapa boleh sambung?) 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

30 thoughts on “Ubah hidup anda dengan lebih pantas

  1. Hai! betullah tu’..kena buat cepat-cepat. Tak macam saya ni, nak tunggu lebih perfect konon. Akhirnya saya dapati tak berapa sesuai. Jadi,… tertangguh lagi. Cari pulak idea yang baru.

    Begitulah yang jadi keatas beberapa idea yang lalu. Tak jadi-jadi. Arini baru tersedar lagi, dah rugi sebulan. Masih mencari, mencari dan terus mencari.

    Kena buat je. Lets do it, cepat! nanti di ambil orang.

  2. Tips yg beri memang berguna, menarik dan amat banyak. Hasrat di hati memang nak melakukan semuanya. Tapi kita harus sedar bahawa kita hanyalah manusia biasa. Kita boleh mencuba, tapi realitinya kita hanya mampu melakukan sebahagian kecilnya sahaja. Bagaimana pun teruskanlah mencuba. Moga sebahagian kita akan berupaya berjaya, sebagaimana Irfan kita.

  3. Saya menyokong apa yang tulis…setiap perancangan harus dikuti oleh tindakan diri sendiri jika kita menangguhkan sesuatu maklumat yg kita dapat kemungkinan ia hilang dan kita tidak melakukuan apa apa untu merubahnya..benda ni memang terjadi ikut pengalaman saya sendiri…masa tidak menunggu kita…saya harap saya akan berubah……

  4. “Jangan tunggu lama-lam…nanti lama-lama…
    (dikebas orang)….
    syukur alhamdulillah…
    mmg betul tu…,skrg baru saya sedar bahawa jika kita pantas mengubah hidup kita,kita akan berjaya dgn lebih pantas.skrg saya baru nak belajar menjahit…kalau dari dulu lagi saya mulakan tentu saya dah boleh menjahit dan boleh jadikan ini sebagai perniagaan saya..x pe la biar lambat dari langsung tak buat kan…

  5. Kalau kita belajar dimana-mana sekolah perniagaan, atau menghadiri sebarang kurusus keusahawanan, selalunya kita disuruh membuat kajian demi kajian demi kajian, dengan segala macam paperworks, dan entah ape-ape lagi. Tidakkah jika kita terlalu terburu-buru memulakan sesuatu, memungkinkan kita untuk jatuh dalam kategori 95% perniagaan yg gagal?

  6. betul kata bawa kita kene cepat betulkan apa yg kita inginkan dlm hidup dan fokuskan matlamat yg di tuju. salah 1 cara yg sy amalkan, apabila 1 perkara itu dah confirm BAIK, sy akan terus buat tanpa fikirkannya spt bila nampak pakaian kotor byk, terus masukkan dlm mesin n terus basuh. teknik ini telah di ajar dlm buku ‘the magic of thinking Big’.

  7. yang baik tu semestinya dari tuhan…yg buruk itu dari manusia sendiri…

    dah tau nak buat benda baik.. tak payah pikir 2-3 kali..just do it.. 🙂

    (kata2 peransang untuk diri sendiri dan rakan2 usahawan semua )

  8. benda ni selalu terjadi pada saya. bila dah dapat sesuatu maklumat/peluang menguntungkan, kannyer saya terus apply, saya akan tunggu sampai benda yang saya buat tu nampak begitu perfect di mata saya, barulah saya apply betul2. ishh..rugi, rugi

  9. Asmk! Saya boleh sambung… jgn tunggu lama2 nanti lama2… Irfan diambil orang… kehkeh! Sebenarnya kdg2 idea kita boleh mendorong ke arah membuatkan org lain kaya.. Saya dah 15 tahun kerja 9 – 5, walaupun berjuta kali ada niat nak ‘angkat kaki’ tapi nampaknya jodoh dgn tempat kerja masih bertahan.. walaupun kategori ‘pekerja terbaik’ (naik lif tekan sendiri)tapi masih tak mampu nak ciptakan yg terbaik utk diri sendiri.. Pernah mencuba ‘bisnes’ tapi mgk cepat jemu akhirnya jd hangat2 tahi ayam.. Dah umur 33thn masih tak boleh nak cipta ‘glory’ dlm hidup.. takpa cuba lagi.. Anyway, tahniah utk u Irfan, atas pencapaian gemilang dlm hidup u… U lah idola I.. Hari2 I kena buat krgn dkt anak2 I “mengapa ibu perlu pergi bekerja”.. See someday someway…

  10. memang kerja bertangguh tak mendatangkan kesenangan pada semua orang.
    jangan lupa pada saranan agama kita tentang keburukan berlengah dalam hal yang baik.
    beri peringatan dan panduan buat kita semua.
    terima kasih.

  11. Dulu, saya takut nak buat biz kat internet. Tapi bila fikir, bila aku nak perfect? Hmm, terus setup satu web, cuba jual some product. Alhamdulillah, kini saya dah clear pasal ebiz dan dah tiada masalah nak improve kan kefahaman sebab asas dah ada hasil dari tindakan tak bertangguh. Kekadang kita perlu cuba trial & error, itu salah satu cara belajar.. 😉

  12. A’kum n Salam Sejahtera nak tanya ni macam mana nak start business…. sy pya strengh Bec of Business Admin kat IPTA tempatan…. tapi saya tak tahu darimana saya nak mula coz saya punya weeknesses tak pandai nak amik peluang, modal and semua la yang mjadi asset business. saya tak tahu nak apply apa yang saya blaja… dan tak tahu dari mana saya nak dapatkan khidmat nasihat. sy tingin mcuba tapi tak tahu dari mana nak mula. teringin gak tlibat dalam busz coz dapat bina kerja sndri n bantu family. Harap dapat membantu!!!!!!!! terima kasih

  13. Jangan harapkan bantuan orang lain kalau tak membantu diri sendiri. Apa yang saya perasan, ramai yang suka baca and reply di blog ni tapi tak ramai yang ambil inisiatif dari apa yang Irfan ckpkan. Just take your first step! Feel the power of Internet business 🙂

  14. mm.. betul tu.. saya student, n x sabar2 nk buat business.. mmg xnampak lg the true business yg nk d jlnkan..but i’ll try my best to find it!! hehehe.. bila fikir nak harapkan duit parents, mmg xsampai hati.. nk buat partime, masa lak xde.. so.. percaya @ x, dengan xmalu n selumber badaknye sya buka kedai jual jajan, maggie, mineral water n topup utk kwn2 asrama ni.. alhamdulillah.. lepas duit makan hari2.. hehehe..
    anyaway.. chaiyuk2 to everybody out there.. 🙂

  15. memang betul..
    saya ni banyak now..idea..nak bukak saloon kecantikan la..nak bukak restoran makanan western la..nak jadi weeding planner la..sume minat sgt..tapi tak berduit dah tak brapa yakinnn..dan rasanya dulu lagi dah buat bisness kecil2..an..tapi tak pernah menguntungkan..jual kain aela,jual t-shirt buat sendiri-design sendiri kat ‘U’ dulu..macam2 dah..tapi..dek kata tadi le takde duit la..tak berkeyakinan..that the main point why…saya sy=till tak berubah..tak maju makan gaji…ajer..
    tapi bila kena buang keje kot bru nak start buat bisness..
    entahler..

  16. saya kahwin setahun lbih…bila dah kawen,bhenti keje….fullamak boring nak mampos…bukan tu sj…hari2 ngadap muka mentua n dia pon naik jemu tgk muka kita….once…saya terpikir…sblom ni aku keje kat salun slame 3 tahun…so ni la masa aku nak jd tauke s …so…aku kuarkan duit simpanan aku n suami…now salun idaman aku dah ada…..bukan tu saja aku dah dpt tlg ringankan beban suami tercinta…bila kita ada bisnes s ..semua orang pandang….lgpon apa aku nak beli aku lbih suka guna duit sendiri….yup…lepas bukak salun offer kerja dtg melambak2 tp aku tetap syg salun aku…

  17. SAYA NAK CUBA PERNIAGAAN DLM INTERNET TPI SAYA TAK TAHU MCM MANA NAK MULAKAN..SO SAYA NAK MINTA TOLONG SESIAPA YG DPT TOLONG SAYA LA…LAGIPUN SEKARANG SAYA PENING KEPALA BILA FIKIR BANYAK SANGAT YG KENA BAYAR SETIAP BULAN,DAH LA GAJI PUN CUKUP MAKAN JA….TOLONGLA K…THKS..NI EMAIL SAYA gg198585@yahoo.com

  18. SAYA BANYAK TERBACA TENTANG PERNIAGAAN INTERNET TAPI SAYA TAK PASTI MANA BETUL-BETUL BOLEH DIPERCAYAI KEBANYAKKANNYA MEMERLUKAN MODAL YANG BANYAK.. SEDANGKAN MODAL ITU SAYA TERPAKSA GUNAKAN UNTUK MENYARA KELUARGA SAYA….SAYA TAK TAHU MACAM MANA NAK LAKUKANNYA UNTUK MEMBANTU KELUARGA.. TLGLAH SAYA.. SAYA PERLUKAN PERTOLONGAN KEPADA SESIAPA YANG SUDI MEMBANTU SAYA DALAM KEKUSUTAN INI…

  19. Yang baru nak mula biz internet…saya cadangkan awak cari yang biz yang mudah, produk semua orang pakai..lagi pun awak baru nak try dan yang paling penting cuba buat network dulu…awak boleh daftar percuma dimana website yang awak minat

  20. saya adalah pekerja swasta,masalahnya saya susah untuk meluangkan masa untuk membuka perniagaan sendiri.Tolong kasih tip sikit bro….

  21. Betul..kalau nak mula bisnes tapi takda pengalaman..mulakan dgn yg kecil2 dulu..cari produk yg org memang nak guna dan modal x besar (mcm saya..jual pad herba sbg permulaan)

  22. Saya ingin memulakan perniagaan Home Cooking dan Catering kecil-kecilan dulu. Macam mana nak start business diInternet? Saya tak ada idea nak buat Website. Sesiapa yang ada cadangan tolong beri pendapat. Terima Kasih!

  23. Saya dah naik boring kerja makan gaji. So kebelakangan ni sy byk mempertimbgkan utk membuat perniagaan sendiri. Sy ada kelebihan memasak & membuat kek & muffin. Tapi masih ada rasa takut dlm diri nak buat bisnes. Takut dgn risiko2 yg terdapat dlm bisnes. So macam mana nak buat?

  24. Sharing…
    Jangan jadikan sesuatu bebanan itu pemusnah impian…Walau apa sahaja halangan kena tembuh dengan sabar & tak mudah putus asa..Semangat dan jati diri kena kuat..jangan pandang org yang berjaya itu tak pernah gagal..pandanglah mereka berjaya setelah berkali-kali gagal…
    Jangan terlalu mengharap pada orang untuk berjaya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.