Hari ini saya nak minta pendapat anda & berbincang sedikit…

As many of you know, saya seorang speaker (bukan “speaker” macam kotak pembesar suara tu! :) ). Dan saya sering mengendalikan talks seluruh malaysia dan ada kalanya luar Malaysia.

Nak katakan saya ni “pakar motivasi”, atau “trainer”, atau “motivator”, atau “pensyarah”, atau “penceramah” saya rasa bukan. Sebab most of the time, saya kongsikan pengalaman saya sahaja. So, saya tak tahu lah saya di kategori yang mana.

Anyway, soalan saya adalah tak kira apa yang anda panggil, dalam seorang “speaker”, apakah ciri-ciri yang membuat anda suka melihat/mendengar/tertarik/tak boring/tumpukan sepenuh tumpuan dan sebagainya? Jadi…

What makes a good keynote speaker?

Pendapat anda amat dihargai supaya boleh saya implementasikannya! tak lupa juga, bagi mereka yang berminat untuk menjadi speaker, boleh mempelajari melalui perbincangan ini apa yang diperlukan untuk menjadi seorang speaker yang hebat ;)

ps: bagi anda yang pernah melihat saya buat talk, pasti dah tau gaya & cara saya.

pps: sekiranya anda inginkan saya untuk buat talk untuk majlis anda (kecuali majlis perkahwinan), boleh hubungi krew saya di sini. 

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi di Brunei
  • Katakan tidak (setuju)
  • Keselamatan perniagaan Internet
  • Perbelanjaan membesarkan anak