Category Archives: Tip Motivasi

Tangga kejayaan… tangga yang betul?

Salah satu soalan penting anda perlu tanya pada diri sendiri adalah “Adakah saya memanjat tangga kejayaan yang betul?”

Sering terjadi dikalangan kita, kita berusaha sedaya upaya dengan tidak putus asa memanjat tangga kejayaan. Tetapi, apabila sampai puncak tangga tersebut, baru kita sedar… tangga kejayaan yang kita panjat adalah tangga yang salah.

Di sini lah terjadinya keadaan seseorang yang berjaya pada zahirnya, tetapi, sebenarnya terperangkap di dalam kejayaan tersebut sehingga terpaksa mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain.

Tetapkan matlamat anda terlebih dahulu… tangga kejayaan yang mana satu  perlu anda panjat? Usah memburu kejayaan yang hasilnya tidak bermakna kepada anda sendiri. 😉

Ubahkan Diri Anda

Anda memerlukan disiplin untuk melakukan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan. Anda perlu mempelajari selok belok kewangan, perniagaan, ataupun apa jua yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Anda pelu menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dengan cara menambahkan ilmu.

Anda perlu disiplinkan diri anda untuk bangun lebih awal, usaha lebih kuat, dan kerja lebih lewat untuk menjadi kaya. Kejayaan kewangan amat sukar untuk dicapai sekiranya kita hanya menumpukan pada waktu kerja 8 jam sehari. Kajian pada golongan yang berjaya dari segi kewangan menurut buku The Millionaires Next Door menunjukkan waktu yang mereka fokus pada kerja-kerja yang penting dan produktif secara purata adalah antara 60 hingga 70 jam satu minggu. Kebanyakan yang mencapai status jutawan memberi tumpuan bekerja secara produktif yang lebih lama- melebihi 80 jam seminggu!

Maaf, tiada short-cut di sini 🙂

Berikan 110% Komitmen

Apa jua pencapaian yang hebat akan disambut dengan berbagai-bagai masalah dan halangan disepanjang jalan. Lagi hebat matlamat anda, maka, lagi hebat masalah dan halangan yang pelu ditempuh. Pastikan anda komited kepada matlamat kewangan anda dengan memberi sepenuh tenaga dan perhatian untuk terus mencapainya walaupun pelbagai masalah dan halangan akan mengundang. Jangan sesekali putus asa.

Sebarang kegagalan yang anda temui merupakan pengalaman belajar. Jika anda baca kisah-kisah mereka yang berjaya, pasti anda akan temui kisah kegagalan. Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya tidak menemui sebarang halangan. Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya “Bagai manakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?”. Jawabnya, “Dua kali gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!”

Buat Keputusan Hari Ini!

Ramai antara kita tidak membuat keputusan untuk menjadi kaya. Sudah tentunya, ramai yang mengharapkan kekayaan. Ramai juga yang mendoakan kekayaan. Tetapi langkah yang sering dilupakan adalah untuk anda membuat keputusan menjadi kaya.

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi bebas kewangan. Tanamkan niat di hati bahawa anda akan berkorban dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Tanpa membuat keputusan, anda bagaikan berdiri ditengah-tengah pagar “Jadi kaya pun tak mengapa… tak jadi kaya pun tak mengapa”.

Mulai hari ini, tetapkan keputusan anda untuk menjadi bebas kewangan. Tetapkan keputusan untuk memulakan perniagaan. Keputusan ini akan memberi fokus kepada anda untuk mencapai matlamat anda.

Kunci Kekayaan – Keinginan

Kunci kekayaan pertama adalah keinginan menjadi kaya. Anda perlu mempunyai kehendak atau hasrat untuk menjadi bebas kewangan. Keinginan yang membakar akan memotivasikan anda untuk mencapai matlamat kewangan anda. Seperti sebuah kereta, keinginan merupakan enjin yang menggerakkan kereta tersebut. Lebih hebat enjin tersebut, maka lebih lancar dan mantap perjalanan kereta tersebut.

Apa jua pencapaian anda adalah bergantung kepada kehebatan keinginan anda. Sekiranya anda mempunyai satu atau dua sebab untuk mencapai keinginan tersebut, maka, keinginan tersebut tidak begitu besar. Tetapi, sekiranya anda mempunyai seratus sebab untuk mencapai keinginan menjadi kaya, maka, keinginan itu akan bertindak sebagai satu api yang membakar semangat anda untuk terus mencapai matlamat kewangan anda!

Sekarang, ambil sekeping kertas dan tuliskan 100 perkara yang anda boleh perolehi sekiranya anda mempunyai wang yang tidak terhad. 🙂