Category Archives: Tip Perniagaan

perniagaan internet

Teknik dan Strategi terkini Perniagaan Internet [VIDEO]

Menjalankan perniagaan Internet kini tidak semudah 5-6 tahun lepas. Semakin ramai pesaing, kos iklan semakin mahal, semakin sukar mendapatkan followers Facebook, dan macam-macam lagi. Dalam video preview di bawah, saya kongsikan:

  • Masalah yang dihadapi usahawan dan bakal usahawan kini – pasti anda juga menghadapinya!
  • Teknik dan Strategi Perniagaan Internet terkini dan paling efektif untuk berjaya di Internet
  • Maklumat Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial (bagi yang berminat)

Video [rakaman] ini agak lama (50 minit) tetapi terdapat banyak tips dan strategi saya selitkan di dalamnya. Video ini adalah rakaman #TanyaIKLive pada hari Jumaat 13hb November 2015. Klik play di bawah untuk tonton dan dengar!

 

Hanya terdapat beberapa kekosongan sahaja lagi untuk sesi pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Sekiranya anda berminat, sila klik di sini untuk SOALAN LAZIM dan PENDAFTARAN. Hubungi Cik Jay 03-77292277 untuk sebarang soalan.

*Sekiranya anda tinggal jauh dari Kuala Lumpur, sertai Program ini versi 100% online yang boleh diikuti dari keselesaan rumah anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

rintangan kritikan kesilapan

Bila berjumpa Rintangan, Kritikan dan Kesilapan!

AWAS! Dalam mencapai kejayaan, pastinya kita tidak akan lari daripada berjumpa dengan 3 perkara ini, iaitu RINTANGAN, KRITIKAN dan KESILAPAN. Setiap satu ini akan melemahkan kita dalam perjalanan mencapai kejayaan.

Sekiranya kita tidak kuat, kita akan berjumpa pula dengan KEGAGALAN.

awas

Selagi kita tahu dan faham bagaimana hendak kendalikan Rintangan, Kritikan dan Kesilapan, selagi itulah kita masih berpeluang untuk berjaya.

RINTANGAN

Dalam perjalanan dari poin A ke poin B, dari permulaan sehingga matlamat, pastinya ada rintangan di hadapan. Melihat orang lain yang sudah berjaya, mungkin kita hanya nampak kesenangan yang dikecapi. Namun kita tidak melihat rintangan-rintangan yang bertahun-tahun dilaluinya sebelum berjaya.

Perjalanan mencapai kejayaan dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Selagi kita tidak diduga, selagi itulah sebenarnya usaha kita tidak cukup. Untuk mencapai kejayaan yang berbaloi, dugaan dan cabaran akan sentiasa menjelma dan menggangu mereka yang lemah.

Yang tertewas adalah mereka yang putus asa apabila terjumpa dugaan pertama. Mereka yang berjaya adalah mereka yang mencari peluang dan melihat penyelesaian di sebalik dugaan dan cabaran pertama dan yang seterusnya.

KRITIKAN

Untuk berjaya, kita perlu berubah dan keluar dari zon keselesaan kita. Apa yang terjadi apabila kita melakukan ini adalah, kita juga akan keluar dari zon keselesaan “orang lain”. Apabila orang lain tidak selesa, maka disitulah kritikan negatif bermula untuk menarik semula kita ke zon selesa “mereka”. Mereka tidak selesa dengan anda.

Sekiranya anda terjumpa dengan golongan ini, petanda untuk anda pergi jauh-jauh. Bukan sahaja secara fizikal pergi jauh mengelakkan mereka, tetapi juga pergi jauh dari segi kejayaan anda dan tinggalkan mereka jauh kebelakang.

Apabila anda mencapai kejayaan, suara-suara kritikan ini akan berkurangan oleh kerana mereka sudah jauh dibelakang anda. Jadikan ini sebagai motivasi dan semangat untuk buktikan mereka salah.

KESILAPAN

Manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Tambahan lagi bagi mereka yang mengejar kejayaan pastinya akan melakukan kesilapan demi kesilapan. Kesilapan adalah guru yang terbaik untuk memperbaiki kan diri kita sendiri sekiranya kita mengambil iktibar daripadanya.

Bagi yang menjalankan perniagaan pastinya pernah melakukan kesilapan dalam promosi atau strategi yang tidak berkesan. Saya sendiri melakukan banyak kesilapan di awal permulaan menjalankan perniagaan Internet sehingga hanya mendapat 3 pelanggan setahun sahaja!

Tetapi, apabila kita audit diri kita sendiri, akui kelemahan sendiri, analisa kesilapan yang dilakukan, dan perbaiki kesilapan itu supaya menjadi lebih baik, maka kita telah menang. Cara untuk memperbaiki diri adalah dengan belajar dari kesilapan.

Dalam mencari kejayaan, pastinya kita tidak akan lari dari tiga perkara ini. RINTANGAN, KRITIKAN dan KESILAPAN.

Jawapan untuk memastikan kita tidak tertewas dengan keadaan ini adalah… USAHA YANG KERAS!

*Sekiranya anda ingin saya menjadi mentor anda dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.

Sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur, sertai program 100% online bersama saya. Klik di sini untuk maklumat program online.

ontable

 

kenapa tak nak beli

Mengapa pelanggan tak mahu beli dari anda?

Dalam perniagaan pastinya perlu menjual produk atau perkhidmatan. Kalau tak menjual, bagaimana pula hendak mendapat keuntungan. Namun apa yang kita jual, adakalanya tidak dibeli oleh pelanggan. Tambahan pula bagi mereka yang lebih banyak mendapat ‘rejection’ dari pelanggan berbanding dengan belian pastinya satu pengalaman berniaga yang amat menjatuhkan semangat kita.

3 tak nak beli

Amat sukar menjalankan perniagaan bila ramai yang tidak mahu membeli dari kita tak kira apa yang kita jual. Berikut adalah 3 sebab mengapa kita tidak mendapat jualan dan bagaimana menanganinya.

1. Mereka tak perlukan apa yang anda jual!

Pastikan apabila menjual, anda mendapat sasaran pasaran yang betul. Menjual sesuatu kepada mereka yang tidak memerlukan produk atau perkhidmatan anda adalah sekadar buang masa. Bukan sahaja itu, kalau dipaksa-paksa beli juga, dan nanti mereka tidak menggunakan produk atau perkhidmatan anda, nanti lebih tinggi aduan dan pelanggan yang tidak berpuas hati.

Ingat bahawa tidak semua orang memerlukan produk atau perkhidmatan anda. Tidak kira betapa hebat produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan, sekiranya ianya tidak diperlukan, maka mereka tidak akan membeli juga. Fahami bahawa dalam perniagaan, JAUH LEBIH RAMAI orang yang tidak memerlukan apa yang anda jual berbanding dengan mereka yang memerlukan.

Tugas anda sebagai usahawan yang hebat adalah mencari sasaran pasaran yang paling tepat sekali yang memerlukan apa yang anda tawarkan. Kemudian, keputusan membeli semakin mudah…

2. Mereka takut keputusan yang salah!

Pernah tak terlihat keadaan ini. Mungkin juga anda mengalaminya sendiri. Apabila seorang jurujual cuba menjual sesuatu, kemudian prospek tersebut memberi alasan

“Nanti saya perlu tanya pada isteri (atau suami) terlebih dahulu”

Pastinya pernah bukan? Kalau tidak seperti diatas pun, pastinya ada juga alasan lain yang menunda-nundakan belian.

Keadaan ini berlaku kerana mereka takut keputusan belian mereka adalah keputusan yang salah dan memerlukan pandangan pasangan atau orang lain. Perkara ini sering terjadi mungkin kerana pengalaman mereka sebelum ini dalam membuat keputusan belian yang salah. Fahami perasaan prospek anda dan cuba cari dengan bertanyakan soalan apa yang membuatkan mereka tidak membeli atau menundakan belian.

Dengan mengetahui apa masalah atau isu yang dihadapi, lebih mudah anda sebagai usahawan dapat membantu dalam merungkaikan ketakutan itu. Caranya adalah dengan bertanya!

3. Mereka tidak yakin dan percaya pada anda!

Keyakinan dan kepercayaan perlu dibina. Lebih-lebih lagi sekiranya produk dan perkhidmatan anda berharga tinggi. Adakah anda akan membeli sesuatu barangan yang murah dari seseorang yang anda tidak percayai? Pastinya TIDAK. Apatah lagi barangan yang mahal.

Kepercayaan dan keyakinan orang ramai pada hari ini sukar untuk dibina dengan hanya mengiklankan perniagaan anda. Membuat iklan sana sini boleh mendedahkan perniagaan anda kepada orang ramai. Tetapi, oleh kerana terlalu banyak iklan kini, pengiklanan masih belum dapat menjanjikan kepercayaan dan kredibiliti pelanggan.

Apa yang penting untuk usahawan adalan membina hubungan bersama prospek. Soalan mudah. Adakah anda lebih mudah membeli dari rakan anda produk X atau anda lebih mudah membeli dari seseorang yang baru sahaja anda temui?

Tentunya lebih mudah membeli dari seorang rakan oleh kerana kepercayaan dan kredibiliti telah dibina mungkin beberapa lamanya.

Dalam perniagaan zaman ini, gunakan media sosial untuk membina hubungan dengan prospek dan orang ramai. Hubungan ini akan menciptakan kepercayaan dan kredibiliti untuk memudahkan pelanggan membeli dari anda!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, Program yang akan membantu anda dalam mendapatkan prospek dan pelanggan yang lebih ramai untuk apa sahaja penriagaan yang anda jalankan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur, anda juga boleh mengikuti program ini secara 100% online. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

ontable

 

rezeki

Rezeki yang tidak kunjung tiba…

Rezeki di mana?

Rezeki duit dan kekayaan?

Jangan mengeluh sekiranya rezeki tidak kunjung tiba selepas berusaha kerana rezeki itu pelbagai. Rezeki yang sering diwar-warkan adalah rezeki harta kekayaan dan wang pendapatan. Namun rezeki sebenar adalah sangat luas tetapi mungkin terlepas dari pandang mata kita sendiri.

Dengan sentiasa mensyukuri rezeki sedia ada, maka ia akan membuka lagi pintu-pintu rezeki yang lain. Mungkin rezeki yang kita inginkan belum tiba masanya untuk diberikan oleh Allah swt. Maka perlu lebih banyak berusaha, berdoa dan mensyukuri terlebih dahulu rezeki yang sedia ada…

Rezeki kesihatan

InshaAllah kita diberi kesihatan yang baik bersama keluarga. Jangan pula tidak mengambil berat atas kesihatan diri dengan tidak menjaga makan dan minum serta kurang melakukan aktiviti senaman. Seringkali kita tidak mengendahkan kesihatan diri sehingga jatuh sakit.

Untuk mencapai rezeki yang lain, kesihatan diri perlu diutamakan. Bekerja siang dan malam sehingga mengabaikan kesihatan diri takutnya nanti apabila mendapat pulangan, kesihatan pula terganggu.

Sihat tubuh badan bukan sahaja memberi keselesaan diri, tetapi juga keselesaan untuk keluarga bahagia.

Rezeki bersama keluarga

Nikmat bersama suami dan isteri tidak terkira. Rezeki juga pada anak-anak yang melengkapkan institusi keluarga. Syukur dengan pasangan dan keluarga yang dikurniakan, ibu, ayah, adik beradik dan keluarga keseluruhannya.

Silaturahim sekeluarga jangan diabaikan oleh kerana ianya rezeki yang diberi dan sedia ada untuk semua. Tetapi adakalanya yang rapat dan dekat, mereka pula yang kita tidak endahkan oleh kerana mengejar kekayaan.

Jangan seperti kera di hutan disusui, anak dipangku dilepaskan.

Rezeki-rezeki yang kecil

Rezeki tidak semestinya datang dengan keadaan yang besar atau jelas. Fikirkan rezeki-rezeki yang kecil pernah diterima dan syukurkan segala-galanya. Sedangkan rezeki yang kecil kita tidak bersyukur, bagaimana pula hendak menerima rezeki yang lebih besar.

Syukur pada pencapaian kita yang lepas dan kini. Berusaha untuk mencari rezeki yang lebih.

Rezeki untuk memberi

Jangan lupa juga rezeki untuk memberi. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang kita terima. Harta kekayaan tidak akan berkurangan dengan berzakat dan bersedekah. Ianya akan bertambah lagi. Memberi akan membuatkan kita rasakan bahawa rezeki itu amat luas dan untuk dikongsikan bersama.

Rezeki itu tidak terhad dan sentiasa tersedia untuk mereka yang sering memberi dan membantu orang lain.

[PENGUMUMAN] Sertai Irfan Khairi di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia sejak 2005 lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. 

 

girls

 

memulakan perniagaan

Mengapa perlu mulakan perniagaan?

Bagi yang belum memulakan perniagaan, mungkin terfikir mengapa perlu mulakan perniagaan? Bagi yang dah mulakan perniagaan separuh jalan bila down, mungkin terfikir juga soalan yang sama mengapa mulakan perniagaan?

mengapaperlu

Berikut adalah sebab-sebabnya…

1. Mulakan perniagaan sebab…

Jadi boss! Anda sendiri dapat mengawal perjalanan perniagaan anda. Anda in control. Bagi mereka yang ingin mengawal dan membuat keputusan sendiri setiap hari, memulakan perniagaan adalah caranya. Bukan sahaja keputusan untuk diri sendiri tetapi juga membina budaya kerja sepertimana yang diinginkan.

2. Mulakan perniagaan sendiri…

Dapat megimbangkan masa kerja dan gaya hidup. Dengan melakukan delegasi dan automasi pada perniagaan (seperti perniagaan Internet), anda dapat membebaskan lebih banyak masa anda untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka (selain daripada perniagaan!). Tidak lagi terikat dengan jam 9 malam hingga 5 petang waktu pejabat.

3. Mulakan perniagaan sendiri…

Sebagai satu cabaran oleh kerana pastinya ia mempunyai risiko. Sekiranya tidak banyak pun, ada juga sedikit risiko. Namun, dengan cara dan kaedah yang betul, pulangan perniagaan adalah berkali-kali gandanya. Berbaloi dengan cabaran dan risiko yang dilalui. Pastinya 9 daripada 10 rezeki datangnya dari perniagaan!

4. Mulakan perniagaan sendiri…

Dapat melakukan apa yang anda minat dan suka. Bayangkan sekiranya perniagaan yang anda jalankan adalah berkaitan dengan minat anda. Pagi petang siang malam, dapat melalukan kerja yang diminati. Hari akan rasa pantas dan kerja akan rasa mudah.

5. Mulakan perniagaan sendiri…

Dapat memberi momentum yang luar biasa. Apabila sendiri yang bertanggungjawab atas kejayaan perniagaan sendiri, ia memberi momentum dan semangat pada diri sendiri. Tidak lagi perlu mengikut arahan, tetapi terus mencuba dan melakukan sesuatu yang baru untuk perniagaan. Lebih pantas bermula, maka lebih pantas mencapai sesuatu!

6. Dan kalau itu tak cukup, mulakan perniagaan sendiri…

Untuk mendapat untung yang berganda. Sekiranya kita hebat bekerja makan gaji, diberi masa akan naik juga gaji. Sekiranya kita hebat melabur, diberi masa kita boleh mendapat pulangan pelaburan 20-30% setahun. Sekiranya kita hebat berniaga diberi masa kita boleh mendapat pulangan 200-300% dan lebih setahun! Perniagaan dapat memberi pendapatan tertinggi kepada usahawan.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet sertai saya, Irfan Khairi, pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran segera atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk sebarang pertanyaan!

Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya memulakan dan menjayakan perniagaan Internet mereka yang pertama melalui bantuan dan bimbingan selama 6 bulan dalam program separuh masa ini 😉

 

black_ik

 

jangan-abai-keluarga

Kerana kejayaan, korbankan keluarga?

Dalam mengejar kejayaan, pastinya memerlukan pengorbanan. Namun pengorbanan yang dilakukan, jangan pula sehingga perlu korbankan sesuatu yang lebih bermakna daripada kejayaan yang dikejar itu.

Ada juga usahawan hebat berniaga yang sibuk 24jam sehari sehingga hal rumah tangga, suami, isteri dan anak-anak dibiarkan. Walaupun matlamat, bekerja dan berniaga untuk membantu keluarga, namun dalam proses mengejar kekayaan itu sendiri, matlamat utama itu juga yang diabaikan.

jangan-abai-keluarga

1. Berikan masa kepada keluarga

Sememangnya mengejar kejayaan memerlukan usaha. Dan apabila memerlukan usaha, pastinya memerlukan masa juga. Apabila mempunyai masa terluang, itulah masanya untuk bersama keluarga.

Mengikut Wilfredo Pereto, undang-undang 20-80, bermaksud 20% daripada usaha kita akan memberi pulangan 80%. Dalam mengejar kejayaan, anda juga boleh menggunakan amalan ini. Tidak semua masa kita akan efisyen dan optimum bekerja sahaja. Beri tumpuan fokus kepada 20% daripada masa kita yang memberikan 80% pulangan dalam mencapai kejayaan.

Dengan mengenal pasti masa yang paling optimum diluangkan untuk mengejar kejayaan, ini akan memberi anda lebih banyak masa terluang untuk keluarga tercinta!

2. Berikan kasih sayang kepada keluarga

Rezeki bukan pada wang ringgit sahaja. Rezeki itu pelbagai, termasuk juga keluarga. Memberi kasih sayang tanpa had kepada keluarga akan mendapat kasih sayang kembali daripada mereka – rezeki yang amat baik!

Mengejar kejayaan adakalanya dipenuhi turun naik dan liku-liku rintangan. Adakalanya akan tertekan dengan keadaan. Di sinilah kita memerlukan sokongan dari keluarga.

Jangan pula kita mengharapkan sokongan, bimbingan dan kasih sayang dari keluarga sekiranya kita sendiri tidak memberikannya. Kasih sayang akan berbalas. Berikannya kepada keluarga tercinta.

3. Berikan kesenangan dan keselesaan

Apabila mengejar kejayaan sudah tentunya untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada keluarga. Wang bukan segala-galanya, tetapi, segala-galanya memerlukan wang. Dengan wang, dapat memberi pendidikan terbaik kepada keluarga. Dengan wang juga dapat memberi kesihatan terbaik kepada keluarga. Dengan wang pastinya hidup sekeluarga semakin selesa.

Jangan kedekut bak Haji Bakhil dalam filem P Ramlee. Wang banyak, tapi tidak pula dibelanjakan untuk kebahagiaan keluarga. Jangan juga mengejar kejayaan sehingga wang dijadikan punca melakukan kesalahan dan maksiat. Memang terjadi disekeliling kita apabila wang mengaburkan mata dan membawa mereka ke jalan yang tidak betul dan sekali lagi menyakitkan keluarga dari segi zahir mahupun batin.

Pastikan niat mengejar kejayaan adalah betul. Mengejar dunia sahaja tidak akan bahagia. Konsep umat wasattiah perlu diikuti, iaitu, hebat di dunia, hebat juga di akkhirat. Hebat dalam kejayaan hebat juga bersama keluarga!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, dan ingin bersama komuniti yang sering memberi sokongan dan bantuan dalam mencapai matlamat anda, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya.

Program separuh masa 6 bulan ini adalah terbaik untuk mereka bekerja yang ingin memulakan perniagaan dari rumah, suri rumah serta usahawan sedia ada. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

 

girls

 

sedang down

3 Nasihat kepada usahawan yang sedang down

Dalam pengalaman lebih 15 tahun saya berniaga, pastinya melalui waktu up dan down. Waktu perniagaan up pastinya seronok dan berasa puas hati. Waktu perniagaan down, bak kata lakukan apa sahaja pun tak menjadi.

Adakalanya keadaan sekeliling yang tidak terkawal membuatkan perniagaan down, seperti ekonomi atau penukaran polisi kerajaan, mungkin juga pesaingan baru yang lebih hebat memasuki industri atau lokasi/pelanggan yang berubah. Tidak kira apa pun, usahawan pastinya akan melalui keadaan perniagan down tidak kira berapa tahun pun pengalaman berniaga.

nasihat2
[PENGUMUMAN: Pengambilan terbaru Perogram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini dibuka. Klik di sini.]

3 nasihat kepada usahawan yang sedang down dalam perniagaan…

1. Fikirkan semula semangat dan tenaga yang anda ada ketika memulakan perniagaan itu…

Kumpul semula motivasi dalam diri seperti mana anda kumpulkan satu waktu dulu ketika sedang bersemangat memulakan perniagaan. Apakah sebabnya anda mulakan perniagaan satu waktu dulu? Apakah makna perniagaan bagi anda ketika anda mulakannya dulu? Apa yang memotivasikan anda ketika itu?

Ingatkan semula waktu itu dan emosi yang anda telah laburkan dalam memulakan perniagaan. Pastinya memulakan perniagaan ketika itu bukan perkara yang mudah bagi anda dan telah melalui juga beberapa halangan. Ingatkan semula dan catitkan diatas kertas senarai matlamat asal anda ketika memulakan perniagaan. Mungkin anda telah tersasar daripadanya kini atau mungkin juga anda telah lupakannya.

2. Tidak perlu bandingkan perniagaan anda dengan pesaing lain…

Lain orang, lain rezekinya. Kejayaan orang lain mungkin kerana usahanya yang lebih pada perniagaan. Mungkin orang lain mempunyai masa yang lebih untuk menumpukan pada perniagaan, tetapi tidak seperti kita. Membandingkan diri kita dengan pesaing yang berjaya sekiranya ia hanya akan menjatuhkan lagi semangat kita hanya akan merugikan tenaga dan masa. Melainkan, perbandingan anda memberi inspirasi untuk lebih berjaya, maka, itu tidak mengapa.

Apabila melihat kejayaan pesaing lain dan kita pula mula berfikir negatif dan mendapat perasaan ragu-ragu atas kebolehan diri sendiri sebagai usahawan hanya akan menjadikan kita lebih tertekan. Pada hakikatnya, kita juga tidak tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh pesaing. Mungkin mereka telah habis melaburkan banyak wang pada pengiklanan untuk mendapatkan pelanggan, namun masih belum dapat kembali pulangan pelaburan tersebut – kita tidak tahu kerana pada zahir ramai pelanggan!

Daripada melakukan perbandingan yang hanya menjatuhkan lagi semangat, gunakan emosi anda kearah yang lebih baik iaitu mencari inspirasi daripada perniagaan-perniagaan lain yang berjaya dengan cara yang anda suka dan setuju. Setiap orang mempunyai rezeki yang berbeza. Tugas anda adalah berusaha sekeras mungkin untuk mendapat rezeki milik anda.

3. Lakukan sesuatu yang baru dan berbeza…

Mungkin semangat dan perasaan down tiba kerana anda telah melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali selama ini. Teknik dan strategi pemasaran anda adalah sama. Sekiranya sama, maka keputusan juga akan sama. Jangan mengharapkan perubahan sekiranya diri kita dan strategi perniagaan kita tidak berubah.

Melakukan sesuatu yang baru, mungkin kempen pemasaran baru, teknik promosi baru atau strategi penjenamaan yang baru akan memberi semangat yang baru dan ‘fresh’ kepada anda untuk belajar dan aplikasikan kepada perniagaan. Sekiranya sebelum ini anda tidak pernah menggunakan Facebook marketing, maka mulapelajarinya. Sekiranya anda belum pernah menggunakan blog, youtube, atau instagram, maka, mula pelajari selok belok menggunakan teknik dan strategi ini.

Perniagaan akan tetap pada tahap lama sekiranya tidak mempelajari dan menggunakan kaedah-kaedah yang berbeza dan baru. Bukan sahaja di tahap lama, tetapi pesaing yang menggunakan teknik dan strategi baru pasti akan tinggalkan anda di belakang lagi. Dan sekali lagi, usahawan akan terus down!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet atau bawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi, sertai saya Irfan Khairi di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan ini akan membantu dan membimbing anda dari tahap awal sehingga mengembangkan perniagaan anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk sebarang pertanyaan.

 

3testi

 

duitpanas

AWAS: Duit yang panas. Rezeki yang tidak berkat…

Tidak boleh dinafikan lagi, hari ini terjadi disekeliling kita mereka yang suka mengambil kesempatan keatas orang lain. Tambah-tambah lagi dalam keadaan ekonomi yang menekankan, ada pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan pelbagai janji-janji manis yang cuma untuk keuntungan diri masing-masing dan mengzalimi orang lain.

Adakalanya juga kita pula terjerumus dalam keadaan demikian hanya disebabkan keadaan yang tertekan membuatkan “desperate” untuk mencari duit dengan apa cara sekali pun. Nauzubillah min zalik.

duitpanas

Ingat bahawa…

Duit yang tak berkat…

Kita akan rasakan ianya tak cukup. Banyak macam mana pun, ia tetap tak cukup. Kita akan sering terkejar-kejarkan lagi kekayaan dengan hasrat ingin memuaskan hati kita sendiri dan mencukupkan perasaan dalam diri. Kita dalam keadaan yang sentiasa terkejar-kejar. Namun, mengejar dunia tidak akan berjaya kerana dunia sentiasa jauh di hadapan kita.

Duit yang tak berkat…

Merosakkan akhlak institusi rumah tangga. Mana tidaknya, duit yang diperolehi secara tidak berkat akan menjadi makan, minum dan tempat berteduh keluarga. Nanti akhlak suami dan isteri entah ke mana dan akhlak anak-anak pula tidak terkawal. Rezeki rumah tangga pula berkurangan – semua kerana duit yang tidak berkat telah menjadi darah daging sekeluarga.

Duit yang tak berkat…

Akan menganggu ketenangan. Selalu sahaja akan dilanda masalah demi masalah yang menganggu jiwa. Belum berpeluang menyelesaikan satu masalah, masalah lain pula yang tiba. Mungkin dengan duit yang berkat, boleh kelihatan tersenyum secara zahir, tetapi batin akan tetap terganggu oleh kerana hidup yang tidak tenteram.

Duit yang tak berkat…

Akan mengundang orang disekeliling tidak suka perilaku kita. Kita akan mendapat musuh, kenalan akan memandang serong, dan keluarga juga akan berkata-kata. Akan sentiasa berasa ragu-ragu dengan keikhlasan orang sekeliling yang mendekati oleh kerana diri sendiri mengamalkan amalan yang tidak berkat, maka dengan orang lain pun akan berasa was-was sentiasa!

Duit yang tak berkat…

Telah disebutkan dalam hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: ‘Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal shalih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.’

Tidak kira betapa besarnya tarikan duit yang tidak berkat, walaupun boleh menjanjikan kesenangan dunia, namun ia hanyalah satu kepura-puraan duniawi. Jangan pula itu yang dikejarkan.

Sekiranya ingin memulakan perniagaan, mulakan perniagaan yang mengikut syariah. Pentingkan rezeki dan keberkatan.

[PENGUMUMAN: Pengambilan terbaru program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini di buka. Klik di sini]

girls

 

petua murah rezeki

4 Petua Murah Rezeki dalam Perniagaan

Rezeki itu pelbagai. Kita memulakan perniagaan kerana ingin mendapatkan rezeki perniagaan.  9 daripada 10 rezeki adalah melalui perniagaan.

4petuaniaga

Bagaimana hendak mendapat rezeki berganda dalam perniagaan? Amalkan petua-petua ini…

1. Murahkan dengan senyuman

Ketika berniaga, murahkan senyuman. Rasulullah saw ketika berniaga amat pemurah dalam memberi senyuman kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

Senyuman akan mengundangkan senyuman yang lain. Senyuman akan melembutkan hati prospek dan pelanggan untuk membina kemesraan. Jangan lupa, kalau mereka tidak membeli sekali pun, senyuman anda itu satu sedekah! 😉

2. Bantu prospek dan pelanggan

Apabila kita banyak membantu, nanti orang pula akan membantu kita. Setiap perniagaan adalah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apa sahaja penyelesaian, ia merupakan satu bantuan.

Fikirkan bagaimana perniagaan anda dapat membantu orang ramai. Sama ada sebelum mereka menjadi pelanggan anda atau selepas menjadi pelanggan anda. Lebih banyak perniagaan dapat membantu, maka lebih murah rezeki akan datang kepada perniagaan.

3. Kemas dan bersihkan tempat berniaga

Sekiranya mempunyai kedai, pastikan kedai dalam keadaan kemas dan bersih sentiasa. Sekiranya menjalankan perniagaan Internet, sama juga. Pastikan meja tempat anda bekerja adalah sentiasa bersih dan kemas.

Keadaan tempat kerja yang kemas akan memudahkan perniagaan untuk menjadi lebih teratur. Kebersihan sekeliling akan memurahkan rezeki. Jangan lupa, kebersihan diri sendiri sebagai pemilik perniagaan juga perlu diutamakan!

4. Amalkan doa murah rezeki sebelum memulakan kerja atau berniaga

doamurahrezeki

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada didalamnya dan kejahatan sesuatusesudahnya”

Sekiranya anda ingin mencari rezeki dalam perniagaan, lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan. Pengambilan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial terbaru kini di buka. Klik di sini untuk menempah tempat anda atau hubungi 03-77292277 bercakap dengan Cik Jay.

Program ini boleh dikendalikan secara bersemuka (kelas bersemuka) ataupun secara 100% online bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

ontable

 

jenis gambar

Gambar-gambar yang mendapat BANYAK LIKES di Facebook dan Instagram!

Pagi tadi di KLfm saya kongsikan jenis-jenis gambar yang mendapat lebih banyak likes di Instagram atau Facebook.

Sebelum itu, sudahkah anda follow saya di Instagram? IG: Irfan_Khairi

jenisgambar

Sekiranya anda usahawan dan ingin menggunakan platform bergambar Facebook atau Instagram, tentunya inginkan interaksi/engagement yang lebih bukan? Jadi, pastikan gambar-gambar anda menggunakan tip-tip berikut…

*Namun perlu diingat bahawa anda perlu kaitkan tip berikut dengan perniagaan anda supaya lebih efektif untuk jenama anda dan bukan sekadar hendak mendapatkan banyak likes.

1. Gambar yang mengandungi orang…

Psikologi manusia akan mudah tertarik dengan gambar manusia lain berbanding dengan produk. Ini bererti, sekiranya anda usahawan yang ingin ketengahkan produk anda, daripada meletakkan gambar produk anda, lebih baik memaparkan gambar anda bersama produk, pekerja-pekerja sedang mengendalikan produk, atau pelanggan sedang menggunakan produk anda.

orang

Gambar yang mengandungi imej seseorang (atau ramai orang) akan mendapat likes yang lebih berbanding dengan objek sahaja.

2. Gambar yang menarik emosi…

Gambar yang menarik emosi pelawat akan mendapat likes yang lebih. Gambar yang memberi seseorang itu gembira (gambar yang comel seperti kucing atau bayi), gambar yang kelakar (kartun politik atau lawak), gambar yang membuatkan kita sedih (seperti kemalangan atau berita sedih) dan sebagainya.

Contoh gambar kartun…

vroom

3. Gambar yang memberi mesej inspirasi…

Salah satu jenama di Instagram yang popular adalah NIKE yang amat bijak menggunakan konsep inspirasi melalui Instagram. Mesej dalam kesemua gambar yang dipaparkan adalah “Just Do It” yang merupakan slogan Nike.

Psikologi manusia suka pada sesuatu yang memberi inspirasi, sama ada melalui gambar manusia, tulisan, pemandangan indah, agama, dan sebagainya. Imej berbentuk inspirasi sering mendapat likes yang banyak.

4. Gambar yang mempunyai kontra warna…

Gambar-gambar yang mempunyai warna yang terang dan kontra yang kuat akan dapat menarik perhatian pelawat dan mendapat likes yang lebih. Fikirkan komposisi gambar.

Tidak semestinya anda mengambil kelas atau workshop photography (bagus kalau ada), tetapi memadai sekiranya anda baca secara online apa yang membuatkan sesuatu gambar itu menarik dek mata pelawat. Dari segi warna dan juga kandungan.

5. Gambar yang unik…

Fikirkan gambar yang unik untuk dikongsikan di Facebook atau Instagram. Sesuatu gambar yang jarang dilihat akan mendapat likes yang banyak oleh kerana ia dapat menarik perhatian orang ramai.

roti

Beberapa hari sudah, saya kongsikan gambar aiskrim roti di Facebook, dan likes mencecah sehingga berpuluh ribu! Sebabnya, ramai yang jarang melihatnya kini. Mungkin masa kecik-kecik dulu selalu makan 😉

Apabila menyebut tentang penggunaan gambar sama ada di Facebook atau Instagram, ianya berkaitan dengan kreativiti anda. Have fun dan sering eksperimen dengan gambar-gambar yang anda kongsikan. Lebih banyak anda mencuba, lebih mudah anda akan belajar gambar jenis apa yang akan mendapat banyak likes untuk perniagaan anda!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan menggunakan platform-platform media sosial dalam menambahkan pendapatan anda, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Pengambilan terbaru kini dibuka.

Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di talian 03-77292277 hari ini.

 

girls