Category Archives: Tip Perniagaan

Memulakan perniagaan online memerlukan…

Memulakan perniagaan online sudah menjadi topik utama sejak beberapa tahun sudah dan menjadi pilihan untuk usahawan yang bercita-cita tinggi untuk memasarkan produk mereka.

Perniagaan dalam talian sebenarnya lebih mudah untuk dimulakan kerana kosnya yang amat rendah. Ramai usahawan yang berjaya dalam talian telah pun membina perniagaan mereka tanpa menghabiskan wang yang banyak.

Namun, dua perkara yang perlu diingat pada peringkat awal memulakan perniagaan online memerlukan FOKUS dan TINDAKAN SEKARANG!

Fokus pada matlamat

Matlamat utama anda dalam perniagaan online adalah untuk membuat jualan. Dalam usaha untuk berjaya dan menjana keuntungan dari perniagaan anda, anda perlu mempromosikan produk atau perkhidmatan anda kepada kelompok dan kumpulan yang disasarkan. Sesebuah perniagaan yang berjaya melalui online adalah perniagaan yang bertindak mengikut strategi .

Adakalanya, idea-idea perniagaan lain kerap muncul dalam fikiran anda dan ini akan memberi kesan kepada fokus utama perniagaan anda. Anda perlu sentiasa fokus pada perniagaan utama anda. Bukan untuk mengabaikan setiap idea yang datang, tetapi anda perlu meletakkan semua idea-idea itu dengan pada nota dan menyimpannya untuk projek-projek akan datang.

Melalui cara ini anda dapat fokus pada matlamat utama dalam perniagaan  anda.

Bertindak Sekarang

bertindak sekarang

Melalui tindakan hari ini, anda boleh mencapai apa yang dirancangkan dengan strategi yang telah diatur untuk urusan perniagaan anda. Untuk mencapai matlamat yang dirancang, anda perlu melakukan langkah pertama untuk sampai ke matlamat anda. Lakukannya sekarang!

Tiada kaedah singkat untuk mencapai matlamat anda melainkan anda perlu bekerja keras dengan sasaran yang diletakkan. Tindakan awal dalam mengurus perniagaan anda, akan membuahkan hasil di kemudian hari. Don’t Give Up 🙂

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

 

Mulakan perniagaan dari rumah

Seperti biasa, perkara yang sering berubah dari masa ke semasa adalah pengalaman. Bagi sesetengah orang, terutamanya usahawan baru, ia tidak begitu mudah untuk memulakan perniagaan walaupun hanya menjalankan perniagaan di rumah.

perniagaan dari rumah

Perniagaan online atau offline mempunyai cabaran yang sama, keduanya memerlukan pelanggan untuk mendapatkan  keuntungan. Untuk memulakan perniagaan di rumah, mulakan dengan 3 tip dibawah:

1. Niche menguntungkan

Bagaimana anda mencari niche yang menguntungkan? Anda boleh lihat pada pasaran dan mencari maklumat di internet- di mana orang suka membelanjakan wang mereka. Mencari pelanggan ibarat seperti mencari bakal pengantin baru, perlu lihat dari jenis jantina, lelaki atau perempuan, umur , lokasi tempat tinggal, untuk anda jalankan perniagaan pada pelanggan yang tepat demi menjana pendapatan yang menguntungkan. Jika ada persaingan pada perniagaan yang dipilih, wujudkan perbezaan dengan pesaing anda, ini memudahkan pelanggan mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan anda.

2. Membina Senarai email newsletter

Kunci kepada keuntungan jangka panjang adalah apabila anda membina senarai email pelanggan dan juga prospek anda. Anda boleh memberikan hadiah sebagai dorongan kepada pelawat untuk memberi nama dan alamat e-mel mereka dengan mengisi borang/form untuk menerima mesej anda di masa hadapan melalui email newsletter.

3. Menambahkan ilmu dalam industri anda

Matlamat anda adalah untuk memberi tumpuan kepada prospek yang mempunyai keinginan kepada perniagaan yang anda jalankan. Pada permulaan, anda tidak semestinya mempunyai senarai email yang besar untuk menjana pendapatan. Tetapi, apa yang lebih penting adalaha, anda perlu meluangkan masa dalam mempelajari dan menyertai kursus-kursus  berkaitan bidang perniagaan anda dimana anda boleh belajar  terus daripada pakar yang berkaitan niche perniagaan anda. Melalui cara ini anda dapat menguruskan masa dalam perniagaan anda dengan lebih baik lagi.

 

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

 

 

Cara memilih topik sesuai untuk blog perniagaan anda

Apabila anda ingin membina sebuah blog atau laman web, ada beberapa persoalan asas untuk anda fikirkan sebelum membuat keputusan memilih topic untuk perniagaan anda. Antaranya,

1. adakah topik  untuk laman web blog anda minati?

2. adakah anda mempunyai pengalaman dalam topic dipilih?

3. Ataupun adakah anda  sedia mendalami kefahaman berkaitan topic dipilih?

Sekiranya anda masih tidak dapat fikirkan, saya ada beberapa  cara asas untuk membantu anda membuat  pilihan topic untuk blog laman web anda menonjol daripada orang ramai.

topik blog

#1. Potensi Jana Kewangan Untuk Anda

Apabila anda menyelidik niche / topik untuk laman web anda, anda perlu melihat peluang-peluang untuk menjana kewangan melalui laman web / blog anda. Cuba anda lihat contoh laman web yang serupa mengenai industri anda,  adalah penting di sini untuk melihat potensi besar dalam menjana kewangan melalui pengiklanan yang diletakkan pada laman web blog anda.

#2. Pengunjung Laman web blog

Kehadiran pengunjung laman web blog yang banyak dapat dibina dengan mempunyai blog yang berkualiti dan kandungan yang menarik  dan bermanfaat kepada pengunjung. Ini membantu dalam mendapatkan pelawat setia yang melawat semula dan membantu menyebarkan berita tentang laman web anda bagi pihak anda. Mendapatkan pengikut setia sebegini adalah asset yang berharga untuk anda.

#3. Pulangan masa depan

Pilih topic untuk laman web blog anda yang mana dapat menyelesaikan masalah untuk golongan umum mahupun membantu menyampaikan informasi kepada  golongan khusus berkaitan perniagaan anda. Terdapat beberapa komuniti web, laman media sosial dan forum membincangkan mengenai topic dalam industri anda.

Ambil bahagian dalam perbincangan tersebut, fahami permasalahan yang ada, dan perkenalkan jenis perniagaan anda yang dapat membantu permasalahan yang timbul.  Melalui perbincangan dan perkongsian mengenai produk perkhidmatan yang disediakan, anda dapat mempromosikan perniagaan anda daripada perkongsian ataupun nasihat yang diberikan kepada mereka. Melalui perbincangan dan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menghasilkan  idea untuk  topic laman web blog anda dalam masa terdekat ini.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

 

Resepi Asas untuk Membina Laman web Perniagaan

Berikan satu pengalaman yang menarik kepada pengunjung laman web anda, terutamanya untuk pengunjung pertama kali. Pelawat akan membuat keputusan dalam masa bebarapa saat untuk meneruskan melayari laman web anda ataupun menekan butang ‘ X ‘ untuk tidak mahu  melihat laman web anda. Halaman utama laman web adalah penting untuk memastikan pengguna laman web anda terus membaca mengenai produk perkhidmatan anda. Berikut adalah beberapa tip asas  perlu ada untuk laman web .

1. Meletakkan header text /image yang menarik minat pengunjung laman web anda. Pemilihan ayat yang sesuai dalam memperkenalkan pengunjung mengenai laman web anda untuk terus mengunjungi laman web anda. Pemilihan header text yang baik dan memukau para pengunjung laman web anda perlu difikirkan. Dimana syarikat-syarikat besar sanggup membelanjakan modal yang besar untuk membayar kepada pihak professional untuk menghasilkan header text untuk perniagaan mereka.

bina laman web

 

2. Mengutamakan perkara penting mengenai penyelesaian masalah pengunjung laman web.  Jika anda mempunyai sesuatu yang anda benar-benar mahu pengunjung laman web anda untuk melihat, seperti produk perkhidmatan  yang ingin diketengahkan, maka pastikan anda meletakkannya di atas, iaitu, di bahagian atas halaman sebelum pengguna perlu skrol ke bawah.

3. Meletakkan gambar produk perkhidmatan yang jelas. Gambar yang jelas dan sesuai dengan laman web anda akan memberikan impak yang tinggi kepada jualan dan dapat menarik minat pelanggan anda untuk membeli dari laman web anda.  Keburukan meletakkan gambar yang kurang jelas akan menimbulkan rasa was-was pembeli untuk mendapatkan produk perkhidmatan anda , ini juga akan memberi pengalaman buruk kepada jualan anda.

4. Mewujudkan identiti jenama yang jelas. Meletakkan gambar anda juga boleh membantu anda mewujudkan identiti jenama anda. Berbuat demikian adalah penting untuk membezakan diri anda daripada pesaing anda. Dengan meletakkan gambar anda, anda juga dapat membina kredibiliti  dalam perniagaan yang anda jalankan.

5. Sistem bayaran yang mudah. Pastikan ia mudah untuk pelanggan anda membuat bayaran untuk mendapatkan produk perkhidmatan anda dengan menyediakan pelbagai kaedah dan cara pembayaran. Memudahkan pelanggan memastikan  pelanggan anda tetap kembali mendapatkan produk perkhidmatan melalui anda, walaupun banyak diluar sana mempunyai pesaing-pesaing dalam industri anda.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

 

Mencari peluang perniagaan dari rumah?

Ramai yang mencari peluang perniagaan dari rumah, tetapi ramai yang tidak tahu di mana perlu mula.

perniagaan dari rumah

Perniagaan online atau offline mempunyai cabaran yang sama, dimana pembeli diperlukan untuk membuat keuntungan dalam perniagaan. Untuk memulakan perniagaan dari rumah, anda boleh cuba pada 4 tip dibawah:

1. Mencari pasaran niche yang menguntungkan – bagaimana anda mencari niche yang menguntungkan? Anda boleh lihat pada pasaran dan juga mencari maklumat di internet dengan mencari di mana orang suka membelanjakan wang. Mencari pelanggan Ibarat seperti mencari bakal pengantin baru, perlu lihat dari jenis jantina, lelaki atau perempuan, umur , lokasi tempat tinggal untuk anda jalankan perniagaan pada pelanggan yang tepat untuk menjana pendapatan menguntungkan pada perniagaan anda.

Beberapa kelebihan menguntungkan terlalu kompetitif untuk perniagaan kecil untuk bersaing. Namun pelanggan tetap ingin mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk perkhidmatan anda.

2. Membina Senarai email anda sendiri. Kunci kepada keuntungan jangka panjang adalah apabila anda membina senarai email pelanggan ataupun bakal pelanggan anda . Anda boleh memberikan hadiah atau sesuatu percuma sebagai dorongan orang ramai untuk memberikan nama dan alamat e-mel kepada anda dengan mengisi borang/form sebagai tanda bersetuju untuk menerima mesej anda di masa hadapan melalui email.

3. Memasarkan produk-produk yang berkaitan dengan senarai email anda. Matlamat utama anda adalah untuk mempromosikan dan memberi tumpuan kepada prospek yang mempunyai hobi yang sama, keinginan atau obsesi kepada produk perkhidmatan anda jalankan, di mana kebanyakan daripada mereka bersedia membelanjakan wang jangka masa panjang. Pada permulaan, anda tidak semestinya perlu mempunyai senarai yang besar untuk menjana pendapatan.

Ia mengambil masa dan pengalaman  untuk anda mengumpulkan maklumat email yang banyak.

 

4. Belajar dari mereka yang berpengalaman dalam niche anda. Anda juga boleh melapangkan masa dalam mempelajari dan menyertai kursus-kursus  berkaitan bidang perniagaan anda dimana anda boleh belajar terus daripada pakar berkaitan niche perniagaan anda, melalui ini anda bukan sahaja mendapat maklumat dan informasi dari seseorang yang berpengalaman, tetapi juga dapat menguruskan penggunaan masa dalam perniagaan anda dengan lebih baik lagi dengan belajar dari pengalaman mereka.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

3 Idea Pemasaran Internet untuk Perniagaan Anda

Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, pastikan anda melakukan pelbagai promosi untuk meningkatkan jualan anda. Penyelidikan mengatakan bahawa 96% perniagaan Internet gagal. Sebab utamanya? Tidak melakuka  promosi.

Berikut adalah 3 idea pemasaran Internet yang anda perlu lakukan sekiranya belum!

 Pemasaran Internet

Buat laman web yang menjual

Sebelum anda mewujudkan laman jualan dalam talian, anda mesti tahu tentang pelanggan sasaran anda. Setelah mengetahui sasaran pelanggan, mudah untuk mewujudkan satu laman web jualan  dimana anda mesti mempunyai komponen penting seperti : pengenalan, masalah, pergolakan masalah , penyelesaian, butiran produk/perkhidmatan anda, ciri-ciri dan faedah produk anda , barang-barang bonus , jaminan dan cara tempahan  atau  pembayaran . Anda perlu membuat prospek anda melihat dan merasakan bagaimana produk/perkhidmatan anda akan menyelesaikan masalah mereka.

Perlu ingat, tidak kira hebat mana produk atau perkhidmatan anda, sekiranya laman web anda tidak berjaya menjual, maka orang masih tidak akan membeli.

Menawarkan hadiah percuma

Jika anda sedang mencari cara untuk membuat senarai pelanggan yang berpotensi untuk perniagaan anda , menawarkan hadiah percuma kepada prospek anda adalah satu pilihan tepat. Semua orang suka hadiah percuma dan anda boleh mengambil kesempatan ini untuk mendidik mereka dan memberi mereka maklumat berharga yang akan membantu anda untuk membina hubungan yang kukuh. Digital hadiah percuma seperti klip audio atau surat berita  adalah yang terbaik tetapi jika anda masih mampu untuk memberi hadiah fizikal, anda juga boleh lakukan. Kelebihan menyediakan tawaran ini adalah  anda berpeluang  mengumpul alamat email pelawat anda untuk kegunaan masa depan.

Memberi sesuatu yang percuma akan menambahkan lagi nilai produk dan perkhidmatan anda. Ini akan memudahkan lagi pelawat membuat keputusan untuk membeli dari anda.

Manfaatkan medium Media Social untuk perniagaan anda.

Platform media sosial adalah strategi yang paling penting jika anda ingin menjalankan pemasaran secara online. Walaupun anda menyediakan perkhidmatan produk , melalui media social, ribuan dan jutaan pelanggan dapat berhubung terus dengan anda. Alat rangkaian sosial seperti Facebook  dan Twitter boleh menjadi medium untuk pelanggan anda berhubung dengan  perniagaan anda.

Media sosial kini telah berpindah daripada hanya menjadi platform bersosial di mana orang menggunakan mereka untuk pertemuan mesra sahaja. Sebaliknya , media sosial telah menjadi tulang belakang bagi setiap perniagaan yang berjaya dan orang yang menggunakan ini untuk pemasaran online. Anda boleh membuat halaman Facebook atau akaun Twitter untuk perniagaan online anda dan menggunakannya untuk mempromosikan produk perkhidmatan anda melalui iklan dan ini akan membawa faedah yang berharga kepada perniagaan anda.

Sama ada pelawat membeli ataupun tidak produk dan perkhidmatan anda, gunakan media sosial untuk membina hubungan dan meningkankan lagi keyakinan antara perniagaan anda dan bakal pelanggan. Sebarang jualan akan lebih mudah terjadi apabila terdapat hubuungan dan terbina keyakinan pada perniagaan anda!

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

7 Senjata Rahsia Kejayaan Perniagaan [Bahagian 2]

… bersambung dari artikel lepas ;)

4. Mengetahui industri anda – Dapatkan maklumat sebanyak yang  boleh mengenai industri anda. Anda perlu tahu lebih banyak maklumat dalam urusan perniagaan anda . Bersedia dari segi pertanyaan-pertanyaan yang bakal disoal oleh prospek anda. Melalui jawapan yang diberikan, kemungkinan besar prospek akan bertukar menjadi pelanggan setia anda.

rahsia kejayaan

5. Sentiasa belajar – Jangan sekali-kali berhenti membaca buku-buku, artikel, ulasan, dan menghadiri workshop ataupun class mengenai perkara yang dapat memajukan perniagaan anda. Dapatkan orang yang dapat memimpin anda  mengembangkan urusan  perniagaan anda walaupun anda perlu bayar pada nasihat tersebut. Contohnya, ibarat palajar mempunyai  guru untuk dipimpin dalam urusan pelajaran mereka. Begitu juga dalam perniagaan, anda perlu lakukannya juga untuk mengembangkan perniagaan anda.

6. Memahami teknologi – Ini adalah satu kategori yang agak rumit bagi saya, tetapi cukuplah untuk mengatakan bahawa anda perlu memahami media social, pengkomputeran, dan perisian yang sesuai. Melaui kaedah ini anda dapat memudahkan setiap urusan perniagaan anda dan juga dapat memudahkan menguruskan pelanggan anda.

7. Doa –  Ini adalah senjata yang utama dan terutama, bahkan doa adalah alat yang paling berharga.Setiap urusan kita perlu diiringi dengan doa, mungkin pada permulaan perbuatan, pertengahan dan diakhir urusan harian kita perlu diiringi dengan berdoa.Jika anda sebagai usahawan, saya memahami begitu banyak  kesukaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Iringan doa amat-amatlah penting untuk kita praktikkan dalam urusan harian kita dalam keadaan yang mencabar yang sedang dan yang akan datang.

Saya juga doakan moga anda dimudahkan segala urusan harian anda 🙂

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

 

7 Senjata Rahsia Kejayaan Perniagaan [Bahagian 1]

Saya fikir apa yang orang benar-benar mencari adalah jalan pintas untuk kejayaan. Jawapan ringkasnya adalah bahawa tidak ada jalan pintas. Tetapi sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan dalam perniagaan anda yang akan meningkatkan kemungkinan untuk anda mencapai kejayaan dalam perniagaan anda.

Pada pendapat saya, ada 7 perkara asas yang anda boleh gunakan sebagai senjata rahsia untuk digunakan dalam perniagaan anda. 7 senjata rahsia ini adalah  perkara  asas yang telah diketahui dan biasa didengar, atas kelemahan dan kesibukan dalam urusan harian kita, mungkin kita belum memberi tumpuan sepenuhnya dalam 7 perkara asas yang akan anda ketahui sebentar sahaja lagi untuk diaplikasikan dalam perniagaan anda .

rahsia kejayaan

Walaupun 7 senjata rahsia nampak macam mudah jer, sebenarnya kesemua 7 kaedah asas  ini memerlukan banyak  masa dan kesabaran untuk anda menempuh jalan-jalan kejayaan dalam perniagaan anda. Antaranya adalah

1. Pemasaran – Tidak kira apa perniagaan yang anda jalankan ,sekiranya  anda tidak belajar bagaimana untuk memasarkan perniagaan anda, tiada yang akan mengetahui akan kewujudan perniagaan anda. Akhirnya , lama kelamaan perniagaan yang anda jalankan akan mati. Anda perlu belajar bagaimana untuk memasarkan perniagaan dan bukan hanya sekadar menjalankan iklan sahaja.

Anda perlu tahu apa yang perlu dimasukkan ke dalam iklan, apa yang membuat iklan yang baik, bagaimana untuk menulis ayat pengiklanan yang tepat dan memilih imej sesuai serta  mempelajari semua bentuk pemasaran dan media yang boleh anda gunakan untuk memasarkan perniagaan anda. Anda perlu mempelajari teknik yang tepat dalam pemasaran perniagaan anda  jika tidak prospek tidak akan ketahui kewujudan perniagaan anda.

2. Kegigihan – Jangan sekali-kali berhenti! Anda perlu terus gigih meneruskan perniagaan pada peluang-peluang yang ada, anda perlu gigih walaupun  gagal pada kali pertama. Bersedia untuk mengambil bertahun-tahun untuk membina perniagaan anda. Bersedia untuk berada dalam keadaan  tertekan,rasa  nak menangis sebab peritnya nak  menguruskan sesebuah perniagaan, bertengkar dengan pasangan anda sebab terlalu sibuk menguruskan perniagaan, atau apa-apa kemungkinan keadaan, anda perlu atasi keadaan itu  dalam cara yang terbaik.

3. Khidmat Pelanggan – Kebanyakan orang berfikir jika mereka hanya menjual produk yang hebat  sahaja orang akan membeli. Sebenarnya, memberi layanan baik kepada pelanggan anda juga perkara yang perlu dititikberatkan. Bab nak khidmat pelanggan ni memang leceh nak urus, tambahan pulak pelanggan yang cerewet. Memang sukar nak uruskan. Tetapi, melalui perkhidmatan ini, anda tetap menghormati dan berterima kasih kepada mereka kerana menjadi pelanggan anda dan buat mereka berasa istimewa. Mereka akan terus menjadi pelanggan setia anda, mereka akan membeli dan terus membeli daripada anda.

Bersambung dalam artikel akan datang…

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

 

Langkah awal buat duit menggunakan Blog

Cara terbaik untuk buat duit secara online  adalah bermula dengan sesuatu yang anda suka . Adakah anda menyukai bola sepak ,minat peliharaan haiwan, atau memasak? Perkara yang ingin ditunjukkan di sini adalah bahawa anda boleh menjana pendapatan secara online dengan apa yang anda suka lakukan atau apa yang anda suka belajar dan pelajari.

Internet penuh dengan begitu banyak maklumat dan peluang menjadikan anda  mudah untuk lakukan. Dengan melakukan apa yang anda suka, sikit demi sikit , minat juga boleh dijadikan sebagai kerjaya anda.

buat duit dengan blog

Cara Mulakan Perniagaan Online dengan Bermula dari Minat anda.

Terdapat banyak cara untuk memulakan perniagaan dengan mengikut minat atau hobi anda. Berikut beberapa perkara yang anda boleh pertimbangkan apabila ingin menjalankan perniagaan online.

Blogging: Idea blog adalah pantas dan sangat popular. Anda boleh mulakan blog pada topik yang anda minat untuk dikongsikan. Ia adalah mudah untuk menulis kandungan yang berkualiti berdasarkan minat yang ada pada anda , sehingga akhirnya membina blog secara serius sehingga dapat menarik perhatian pengiklan.

Pengiklan sanggup untuk meletakkan iklan produk mereka di blog anda dengan bayaran yang ditetapkan oleh anda. Pengiklan tidak teragak-agak meletakkan iklan diblog anda jika pengiklan dapat perolehi faedah dari promosi iklan di blog anda. Selain dari itu, Syarikat-syarikat seperti Google juga bersedia untuk meletakkan iklan yang dipanggil iklan AdSense (http://www.google.com/adsense) di blog anda. Satu lagi syarikat yang juga popular untuk pengiklanan di blog anda adalah NuffNang (http://www.nuffnang.com.my)

Untuk setiap klik dari pengunjung blog anda klik pada iklan tersebut , anda akan mendapat ‘komisen’ daripada hasil iklan atau kos klik tersebut. Apa yang benar-benar yang boleh anda lakukan adalah dengan menyediakan blog yang berkualiti. Ini adalah sebab tunggal dan utama mengapa membina perniagaan online di sekitar subjek atau bidang yang anda suka adalah sangat penting untuk kejayaan anda.

Secara ringkasnya, menjalankan perniagaan secara online perlu dilakukan dengan  apa yang anda suka , sama ada khusus atau tajuk-tajuk tertentu dan sebenarnya niche khusus adalah jawapan kepada cara terbaik untuk membuat wang secara online.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my

 

Kelebihan Mencari Niche atau Pengkhususan Perniagaan Anda

Mencari  niche ataupun pengkhususan dalam perniagaan internet  adalah pilihan paling popular di kalangan peniaga-peniaga internet. Dalam entry kali ini, anda akan mengetahui  tiga kelebihan menjadikan perniagaan anda lebih khusus/niche  daripada memilih  kelompok industri yang terlalu umum.

niche perniagaan internet

Kelebihan #1:  Kelebihan utama mecari niche perniagaan adalah kerana anda boleh fokus kepada kumpulan lebih kecil dan lebih spesifik, anda akan lebih mudah memahami  kehendak pasaran anda. Anda juga akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai niche perniagaan anda.

Contohnya, jika anda menjual produk kuruskan badan, niche dalam produk kuruskan badan, anda boleh memilih untuk produk ‘ kuruskan badan untuk wanita selepas mengandung’. Dari sini anda dapat beri keutamaan pada target prospek perniagaan anda.

Kelebihan #2: Jika anda berada dalam niche perniagaan anda; anda akan mudah berada dalam kelompok yang tepat dalam perniagaan anda. Kerana setiap pengkhususan  perniagaan,  urusan pekerjaan anda menjadi lebih efektif kerana anda mengetahui pengkhususan bagi setiap perniagaan yang dijalankan.

Walaupun pada masa yang sama anda sedang menjalankan pelbagai perniagaan, anda dapat memberi fokus pada perniagaan-perniagaan yang lebih menguntungkan mengikut niche perniagaan yang anda rancangkan. Sekiranya anda memberikan tumpuan lebih dalam setiap niche perniagaan anda, sebenarnya anda telah menghadirkan diri anda sebagai penyelamat kepada pemasalahan-pemasalahan yang dihadapi oleh mereka yang dalam target niche perniagaan anda.

Disinilah, anda dapat membina perniagaan anda disamping jenama perniagaan anda dibina. Sebaik sahaja anda berada di tahap itu, pemasaran anda akan menjadi lebih berkesan. Kerana  apabila anda diiktiraf sebagai seorang pakar dalam niche perniagaan anda. Orang akan mula mengesyorkan produk/perkhidmatan anda kepada orang lain kerana kepercayaan mereka terhadap kepakaran anda.

Kelebihan #3: Niche perniagaan yang  anda lakukan akan lebih disukai oleh ramai  enjin pencari  yang wujud seperti Google , Yahoo , dan sebagainya . Apabila anda berada dalam pemasaran khusus, anda akan mengoptimumkan laman web anda untuk  menggunakan  keywords tertentu. Enjin carian sangat suka pada laman web khusus yang  mempunyai banyak maklumat yang berkualiti.

Dengan sasaran pada  pasaran khusus, ia adalah lebih mudah untuk berada pada kedudukan yang lebih tinggi pada halaman carian dan menjana lalu lintas carian yang lebih tinggi. Ini mungkin boleh membawa kepada peningkatan pengunjung laman web, lebih ramai pelanggan, dan akhirnya lebih banyak wang.

*Artikel oleh trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial” Open University Malaysia – IPD. Lawati www.OpenUni.com.my