Category Archives: Tip Perniagaan

3 Pesanan bila berniaga dari rumah

Menjalankan perniagaan dari rumah kini menjadi satu aktiviti yang tidak asing lagi bila makin ramai yang mula memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan keluarga hanya dari rumah. Saya sendiri mula menjalankan perniagaan dari rumah sejak tahun 2000. Cuma kini bila perniagaan dah berkembang, memiliki premis offline dan 10 staff!

anakpanjat.jpg
Perniagaan dari rumah? Satu impian untuk ramai 😉

Berikut adalah beberapa tip dan pesananan kepada anda yang ingin memulakan perniagaan dari rumah:

  1. Jadual waktu – Anggap kerja dari rumah sama seperti kerja di pejabat. Pastikan anda mempunyai jadual waktu bekerja, mula pukul 9 dan tamat pukul 5. Sudah tentu, anda menjalankan perniagaan dari rumah kerana ingin lebih kelapangan masa untuk meguruskan isi rumah, bersama anak, memasak, dan sebagainya. Namun amay penting untuk anda menjaga jadual waktu anda sebaik mungkin dan menganggap perniagaan dari rumah juga punyai jadual waktu yang anda tetapkan.
  2. Ruang yang tetap – Zaman ini, perniagaan dari rumah sering kali melibatkan Internet. Hasilkan satu ruang di rumah anda yang dinamaan “ruang kerja” di mana, apabila anda memasuki ruang tersebut, mindset anda adalah mindset melakukan perniagaan. Pada mulanya mungkin anda tidak dapat dedikasikan satu bilik khas untuk perniagaan, tetapi, mulakan dengan mungkin mendedikasikan satu sudut di rumah anda khas untuk anda masuki “zon perniagaan” anda!
  3. Sokongan keluarga – Pastikan anda mendapat sokongan dan fahaman keluarga dalam menjalankan perniagaan dari rumah. Ertinya, apabila anda di ruang berniaga anda (zon perniagaan) di atas, ahli keluarga lain faham keadaan di mana anda tidak boleh diganggu. Latih anak-anak bahawa anda perlu bekerja di ruang itu dan tidak boleh diganggu. Mungkin bergilir bersama suami/isteri untuk menjaga anak-anak ketika masa menjalankan perniagaan.

ouminirazzi

Sememangnya menjalankan perniagaan dari rumah menjadi impian ramai. Namun, ia tetap mempunyai cabarannya. Dengan disiplin diri, serta sokongan keluarga, berniaga dari rumah bukan lagi satu impian- ia akan menjadi realiti!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, dan tidak tahu di mana atau bagaimana perlu anda mulakannya, sertai Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, Open University Malaysia – IPD. Program separuh masa khas untuk usahawan, bakal usahawan dan suri rumah dalam memulakan dan menjalankan perniagaan Internet yang menjana pendapatan dari rumah. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.OpenUni.com.my. Tempat terhad, kini hanya 3 tempat kosong sahaja!

Takut menjadi kaya

Percaya atau tidak sekiranya saya kata, kebanyakan kita yang tidak kaya adalah berpunca dari sebab sindrom “˜tak mahu  kaya”™? Ok, apa maksud saya?

Maksud saya adalah, jauh di sudut minda kita, mempunyai apa yang dikatakan sebagai “penghalang kekayaan” dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. Kita tidak sedar, tetapi, ianya tetap ada.

money-fear.jpg

Saya teringat ketika saya kecil satu masa dulu, makcik di kampung sering sebut, “Duit banyok pun tak boleh bawok kubo”  (sah orang Perak!) di alih lorat Perak menjadi “Duit banyak pun tak boleh di bawa ke kubur”.  Ketika membesar, sering menoton TV cerita-cerita superhero seperti Superman dan Spiderman, di mana watak jahat pastinya orang yang kaya raya, tamak, sombong dan bongkak. Di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah pula, kawan-kawan sering mengejek “˜anak orang-orang kaya”™.  “Eleh, tengok anak orang kaya tu! macam bagus!” . Tak membantu juga, apabila dewasa membaca akhbar, sering kisah jenayah kolar putih terpapar meibatkan wang berjuta dicuri akibat ketamakan wang.

Apa yang terjadi adalah, tanpa disedari berbagai-bagai tanggapan negatif mengenai kekayaan telah masuk ke minda kita yang menjadi penghalang kekayaan. Sejak kita kecil hingga hari ni, berbagai-bagai kisah negatif wang melanda minda kita. Bukan hendak kata tiada yang positif mengenai wang masuk ke minda kita, tetapi sering kali sesuatu yang negatif itu lebih memberi impak kepada pemikiran kita.

Pesaingan dalam perniagaan

Bila bersaing dalam perniagaan pun, biarlah tetap berkawan 😉 Rezeki ada untuk semua. Tak akan ke mana kalau rezeki itu rezeki kita kan… tak perlu bermusuh2 😉

kfcmcd_new.jpg

Kebaikan mempunyai pesaing:

1. Bila mempunyai pesaing, ia akan memotivasikan lagi kita untuk lebih berjaya dan mencari teknik dan strategi perniagaan yang baru dan kreatif. Mewujudkan pesaingan yang sihat.

2. Bila mempunyai pesaing, sesuatu industri tersebut akan lebih dikenali di kawasan tersebut. Pesaingan mempopularkan industri. Apabila industri itu popular, ia akan meningkatkan jualan keseluruhan

3. Bila mempunyai pesaing, pelanggan mempunyai pelbagai pilihan. Mewujudkan keadaan WIN-WIN-WIN. Anda menang (1), pesaing menang (2) dan pelanggan pun menang!

Selamat berniaga dan bersaing! 😉

Motivasi bermula di minda

Fikirkan masa hadapan

Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.  Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.

Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.

goal-setting1.png

Punyai matlamat dalam minda

Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.

Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas dan tuliskan dengan spesifik apa, bila dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.

Komitmen kepada kecemerlangan

Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan cara untuk menjadi hebat dalam industry mereka. Walaupun, belum mencapai kecemerlangan, fikirkan kearah itu.

Dalam apa sahaja industry sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Minda hebat, kejayaan pun pastinya hebat!

Sesi PERCUMA TERAKHIR – Perniagaan Internet & Media Sosial; Pantas, Mudah & Murah

Mulai tahun 2012 ini saya telah menghasilkan satu modul lengkap perniagaan Internet bersama Universiti bertaraf  antarabangsa, Asia eUniversity. 

Sempena usahasama bersama Asia eUniversity ini, suka saya menjemput anda ke sesi PERCUMA “Perniagaan Internet & Media Sosial, Pantas, Mudah & Murah” yang akan diadakan di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada 9hb Jun 2012.


Di sesi khas “Perniagaan Internet & Media Sosial- Pantas, Mudah & Murah” ini, anda akan pelajari:

  • Bagaimana ANDA boleh memulakan perniagaan Internet dengan PANTAS!
  • Kaedah MUDAH untuk menambahkan prospek untuk APA SAHAJA perniagaan!
  • Cara memulakan perniagaan dan mencapai BERIBU pelanggan dengan MURAH
  • Teknik promosi yang memberi pulangan TERPANTAS
  • Strategi MUDAH media sosial dalam memaksimakan KEUNTUNGAN
  • Pengiklanan online yang MURAH tetapi memberi pulangan yang HEBAT

 

Sesi khas yang sarat dengan ilmu perniagaan Internet dan media sosial menambahkan kejayaan perniagaan anda ditaja oleh “Executive Diploma in Internet and Social Media Marketing”, oleh itu, kemasukan adalah PERCUMA.

Blog perniagaan – hidup atau sudah mati?

Blog perniagaan adakah masih hidup atau mati ditelan media sosial yang lebih popular seperti YouTube, Twitter dan Facebook?

Kalau ditanya saya, jawapannya, blog dan blogging belum mati. Untuk perniagaan, blog masih lagi penting dan mempunyai manfaat yang tidak terdapat dalam media sosial yang lain. Antaranya:

  • Lebih fokus
    Blog adalah lebih fokus- pemilik blog perniagaan boleh memberi fokus pada mesej perniagaan apa yang ingin di sampaikan melalui blog. Bukan sahaja dari segi mesej, tetapi juga tema keseluruhan blog adalah bersaskan perniagaan yang dijalankan. Tidak seperti Facebook, di wall pemilik facebook akan terdapat berbagai-bagai mesej- dari kenalan, keluarga, perniagaan lain, dan juga pesaing sekiranya pemilik tersebut “like” laman FB pesaing. Inilah “fokus yang hilang” yang dimaksudkan.
  • Enjin pencari
    Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. Struktur blog dari segi programming adalah kemas- enjin pencari suka pada laman web yang mempunyai struktur yang kemas. Lakukan carian “perniagaan”, “kewangan”, “slogan perniagaan” dan banyak lagi di google… dan anda akan jumpa blog ini di muka pertama. Walaupun artikel telah ditulis bertahun-tahun lamanya!
  • Jenama sendiri
    Melalui blog, jenama sendiri dapat dibina menggunakan nama domain sendiri seperti www.irfankhairi.com. Bukan lagi menjdi satu subdomain seperti www.facebook.com/irfankhairi.fb, atau www.twitter.com/irfankhairi, atau www.youtube.com/irfanTV

Jadi, sama ada anda perlu memulakan blog atau tidak, pastinya jawapan saya adalah YA! Tak kira apa sahaja perniagaan Internet yang dijalankan, lebih banyak platform anda gunakan, lebih baik untuk perniagaan anda. Soalannya perlu atau tidak saya miliki blog, jawapannya adalah, perlu, tetapi bukan blog sahaja… malah, BLOG PERNIAGAAN, facebook perniagaan, twitter perniagaan, youtube perniagaan dan banyak lagi!

ps: Ingin mempelajari bagaimana Internet dan Media Sosial boleh membantu anda & perniagaan? Klik di sini untuk Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, di Open University Malaysia – IPD 

Majalah IK isu# 03 – Skim Wang Mudah

Alhamdulillah, kini majalah IK isu #3 sudah berada di pasaran. Walaupun masih setahun (3 bulan) jagung, tetapi mendapat sambutan yang amat hebat di seluruh Malaysia dengan berpuluh ribu pembaca! Thanks kepada semua yang menyokong Majalah IK – Inspirasi Kejayaan!

isu3_all.jpg

Ramai juga yang baru menjumpai majalah IK di pasaran, ingin dapatkan back issues, iaitu isu #1 dan juga #2 untuk dibuat koleksi. Untuk maklumat anda, info di dalam majalah IK tidak luput usia, oleh itu, isu-isu yang lepas juga boleh dibeli dan dikumpul semua untuk melengkapkan set majalah IK. Untuk melanggan majalah IK dan mendapatkan siu-isu yang lepas, sila lawati http://www.ik.com.my dan mulakan langganan anda!

Menarik dalam isu ke#03 kali ini:

  • Skim Wang Mudah
  • 5 Cara Membina Keyakinan Diri
  • Tipu, Maksiat, Tinggal solat, tetapi TETAP KAYA?!
  • Jutawan Gawat
  • Wanita lebih bijak mengurus wang
  • Ikon Islam: Khalifah Uthman B Affan
  • Ikon Niaga: Fahrin Ahmad!
  • Dan banyak lagi artikel menarik, praktikal dan pasti membantu kewangan anda!

ps: Oleh kerana Majalah IK masih lagi baru, dan pengedaran belum meluas lagi, kami kini sedang berusaha memperluaskan kawasan pengedaran. Sementara itu, untuk memastikan anda tidak ketinggalan mendapatkan majalah IK, langgan di http://www.ik.com.my hari ini 😉

Perniagaan mencari kelainan walaupun pesaingan sama

Untuk berjaya dalam perniagaan yang dipenuhi pesaing kini, usahawan perlu mencari satu “˜kelainan”™ dalam produk dan perkhidmatan yang diberikan. Untuk menonjolkan perniagaan kita dalam pasaran yang amat gamat, kelainan diperlukan.

payung.gif
Payung mana yang mempunyai kelainan?

Teringat saya ketika ke pasar malam dan ingin membeli burger. Sudah tentunya di pasar malam, kurang-kurang ada 3-4 gerai burger. Kesemuanya menjual burger yang sama, kecuali satu gerai burger ni, mempunyai kelainan!

Si peniaga burger tersebut, sambil membuat burger tersebut, melambung daging burger itu ke udara, dan menyambut semula ke kuali. Selang beberapa saat, dia akan lakukan lagi, melambung daging burger keudara dan menyambutnya semula. Pada gerainya ditulis “˜Burger lambung”™!

Wah! Hebat sungguh dan memang ramai beratur untuk membeli “˜burger lambung”™ ni. Tidak seperti gerai-gerai burger yang lain. Usahwan ini berjaya menciptakan kelainan sehingga barisan beratur pun panjang- termasuk diri saya sendiri yang ingin merasa “˜burger lambung”™ ini.

Setelah 20 minit menunggu, baru dapat merasa burger lambung ini. Ingatkan, sedaplah sangat burger lambung ni, rupa-rupanya, rasanya sama sahaja dengan burger-burger lain! Lambung tak lambung, serupa sahaja rasanya!

Walaupun lucu juga kisah ini, tetapi, apa yang penting adalah “˜kelainan”™ yang berjaya dibawa oleh usahawan “˜burger lambung”™ ini. Walaupun produknya sama dengan produk pesaing yang lain, tetapi, kelainan perniagaan yang dibawanya berjaya menarik perhatian pengunjung-pengunjung pasar malam itu.

Akronim BLOG – mengapa perlu blog?

Mengapa blog masih lagi relevan pada zaman media sosial yang lebih aktif seperti Facebook, Twitter dan You Tube? Jom ikuti akronim B-L-O-G 😉

B – Bina Jenama

Blog amat penting dalam mebina jenama perniagaan kita. Seseorang masuk ke laman web kita sekali, dua, belum lagi akan membeli produk yang kita pasarkan. Ia memerlukan pelawat melawati laman web kita berkali-kali (5-6 kali) barulah mereka akan membeli daripada kita. Ini kerana, ia mengambil masa untuk membina kepercayaan orang ramai keatas laman kita, dan blog yang sering dikemaskini akan membina kepercayaan dan jenama perniagaan anda! 😉

blogimage.jpg

L – Letakkan imej/gambar

A picture paints a thousand words! Untuk memberi tarikan kepada blog kita, pastikan setiap posting kita mengandungi imej atau gambar (dan bukan hanya teks sahaja). Imej atau gambar pada setiap posting blog anda akan memberi tarikan untuk pelawat membaca. Satu tip tambahan, meletakkan gambar orang/manusia dapat menarik psikologi pelawat oleh kerana manusia boleh relate dengan manusia lain.

O – Optima di enjin pencari

Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. Segala mesej-mesej yang ditulis di blog akan diarkibkan untuk selama-lamanya- tidak kira sama ada artikel yang ditulis pada tahun 2006 (seperti di blog ini), masih lagi boleh dijumpai di enjin pencari di muka hadapan!

G – Gandakan pendapatan

Di blog, kita boleh menjana pendapatan tambahan dengan meletakkan iklan Google.com/adsense ataupun NuffNang.com.my. Dengan meletakkan iklan di blog kita, sambil blogging, kita boleh menjana pendapatan.Jangan lupa juga, blog merupakan platform yang amat baik untuk menjalankan perniagaan berbentuk affiliate tanpa sebarang modal!