Category Archives: Perniagaan Internet

Adakah Anda Akan Membeli di… Online? (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Adakah Anda Akan Membeli di… Online? (Bahagian 1)”]

Berikut adalah keputusan survey tersebut:

  • 19%Yes. When it’s easy and convenient – YA. Bila ianya mudah untuk dilakukan
  • 47%Yes. Only from a few websites – YA. Hanya dari beberapa laman web
  • 34%Absolutely NOT.  – TIDAK sama sekali.

carta pembelian online

34% TIDAK? Adakah ini keputusan yang menggembirakan? – Dari keputusan survey tersebut, 2 kumpulan mengatakan “YA” membawa kepada jumlah keseleruhan adalah 66% mengatakan YA dan 34% mengatakan tidak.

Jadi, sudah tentulah ianya adalah keputusan yang menggembirakan dan berita baik buat para usahawan-usahawan internet!

Dan cuba anda bayangkan, keputusan ini adalah pada tahun 2006, bagaimana tahun sekarang, 2013?

Pasti bertambah lebih banyak lagi yang akan membeli secara online, dengan pelbagai kemudahan dan teknologi terkini serta media sosial yang berleluasa, kita dengan mudah dapat mengetahui sama ada sesuatu perniagaan internet itu, benar dan boleh dipercayai atau pun tidak. Lebih-lebih lagi dengan tayangan video di youtube yang begitu mudah digunakan di zaman ini, semuanya telah terbukti nyata.

Jadi, ini jelas menunjukkan majoriti masyarakat Malaysia sudah ramai yang bersedia menerima perniagaan Internet sebagai medium membeli. Ini adalah berita yang cukup baik bagi mereka yang mempunyai perniagaan Internet atau dalam perancangan memulakan perniagaan Internet!

Keputusan juga adalah amat positif, ini disebabkan perniagaan Internet kini masih lagi mempunyai banyak ruang untuk berjaya. Malah, dalam 2-3 tahun lagi, pasti semakin ramai yang akan menggunakan Internet sebagai medium untuk membeli.

Sesiapa yang ada perniagaan Internet sekarang sudah pasti akan berada dalam keadaan yang baik, kerana telah “lama” membina jenama dan berada di Internet. Anda juga telah dapat membina kepercayaan dan kredibiliti selama ini. Inilah masanya yang baik bagi bakal-bakal usahawan Internet, untuk turut bersama-sama berjaya menerokai alam siber yang akan memberi kepuasan, In Shaa Allah.

 

Adakah Anda Akan Membeli di… Online? (Bahagian 1)

Dulu-dulu, 7-8 tahun dulu, ramai yang sering mempersoalkan tentang pembelian di internet. Masing-masing masih merasa curiga, takut-takut barang tak sampai, tapi duit dah bayar. Takut juga bila dah bayar, barang yang sampai rosak pula. Akibatnya, di mana sahaja sentiasa ada orang yang akan bertanya, “Awak berani ke membeli di online?”

membeli online

Rata-rata di kala itu, boleh dikatakan ramai yang tidak berapa percaya, tetapi ramai juga yang telah terbukti nyata berjaya membeli secara online dengan mudah dan selamat. Semuanya adalah kerana mereka berhati-hati dalam memilih laman-laman yang menjual.

Yang paling penting, setiap laman web yang menjual, seharusnya mempunyai maklumat lengkap, seperti butiran diri untuk dihubungi, alamat premis jika ada, gambar-gambar produk yang asli, senarai servis-servis yang diberikan, tarikh dan waktu penghantaran dan sebagainya.

Ini semua adalah kredibiliti penting untuk membuatkan pembeli-pembeli berasa yakin dan akan membuat pembelian dengan mudah.

Pada September 2006, Irfan Khairi telah diundang untuk menjadi salah seorang panel di dalam sebuah rancangan televisyen di saluran TV2. Rancangan yang mempunyai ramai penonton itu bertajuk “Hello on Two”

Di dalam rancangan Hello On Two itu, pelbagai soalan-soalan yang mencuit hati serta info-info yang amat membantu para usahawan-usahawan internet telah dibicarakan. Tetapi, ada satu soalan yang cukup menarik dan membuka mata telah dipertonjolkan.

Soalan itu adalah di dalam bentuk SMS SURVEY di mana ianya telah diajukan kepada para penonton. Soalannya berbunyi…

  • “Would you buy products or services through the Internet?”

Apakah jawapan-jawapan para penonton di rumah agaknya kan. Dan apalah pula kata mereka ya? Sebenarnya, keputusan survey ini amat menggembirakan. Dan, kita mungkin tidak akan terduga dengan keputusan kaji selidik secara sistem pesanan ringkas (sms) itu.

[Bersambung di “Adakah Anda Akan Membeli di… Online? (Bahagian 2)”]

Potensi Media Sosial Dalam Pemasaran (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Potensi Media Sosial Dalam Pemasaran (Bahagian 1)”]

Maksimakan Penggunaan Media Sosial

Jika kita lihat, bukan peniaga-peniaga kecil sahaja yang menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka, malah syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan untuk menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka. Ada banyak alasan mengapa para pemasar (marketing) memilih pemasaran menggunakan media sosial, diantaranya adalah untuk meminimakan kos pengiklanan mereka.

Kos pengiklanan mereka dapat diminimakan dengan menggunakan media sosial ini. Tidak dinafikan lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka jika dibandingkan dengan cara pemasaran lain selain media sosial.

Banyak perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti untuk mengenalkan jenama mereka. Sebabnya adalah mereka tahu dengan pengguna media sosial yang sangat ramai, mereka dapat memperkenalkan jenama mereka dengan cara ini malah dengan harga yang jauh lebih murah lagi.

Terdapat juga perusahaan dan perniagaan yang menggunakan media sosial untuk menyediakan ruangan khidmat pelanggan mereka. Dengan cara ini sahaja mereka boleh memberikan khidmat yang lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pembeli mereka yang sedia ada. Itulah sebabnya mengapa media sosial ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran masa kini.

Mengapa Media Sosial Boleh Mempengaruhi Jualan?

blog dan facebook

Ramai peniaga yang mengakui dengan adanya media sosial ini, mereka dapat meningkatkan jualan produk mereka daripada perniagaan yang dijalankan.

Jika kita lihat dilaman-laman media sosial kini, ada banyak iklan dan tawaran yang kita lihat muncul dilaman-laman ini. Jadi anda sudah tahu mengapa pentingnya media sosial ini. Tak lain tak bukan adalah untuk menambahkan keuntungan dalam perniagaan mereka.

Pendek kata, media sosial memainkan peranan yang signifikan dalam proses pemasaran yang kemudiannya akan menampakkan peningkatan dari segi jumlah penjualan dan bertambahnya keuntungan dalam perniagaan mereka.

Media Sosial menjadi tempat pemasaran yang efektif kerana kemudahan internet itu sendiri yang kini manfaatnya boleh dinikmati oleh berbagai kalangan masyarakat termasuk menggunakannya untuk ‘bermain’ di jejaring sosial.

Proses penyebaran informasi dan maklumat di media sosial adalah sangat mudah kerana peniaga hanya perlu membuat artikel, tulisan, gambar, video, atau apa jua bentuk informasi lainnya dan meletakkannya di media sosial tertentu yang dapat dilihat oleh semua pengguna di internet.

Selain itu, dengan adanya sistem pemberitahuan atau notifikasi kepada pengguna media sosial, dapat memberitahu pengguna-pengguna ini bahawa ada posting informasi terbaru daripada peniaga-peniaga tertentu. Dengan cara ini, mereka boleh mendapatkan informasi dengan pantas dan cepat.

Kesimpulan

Media sosial telah mengambil peranan penting dalam marketing sesebuah perniagaan. Sebagai contoh, Twitter telah berkembang pesat menjadi media yang pantas dan cepat dengan penyampaian berita terkini yang terjadi di sekitar kita atau yang menjadi trending pada waktu-waktu tertentu.

Dengan adanya media sosial ini mampu menciptakan sebuah dimensi baru untuk pemasaran internet sehingga menjadi lebih efektif, efisien dan lebih produktif jika anda mampu mempertahankannya dan mampu mengembangkannya menjadi sebuah media internet marketing yang berkualiti, dan lebih komprehensif untuk menarik pembeli yang berpotensi dan sangat berharga.

Jadi kesimpulannya adalah bahawa media sosial merupakan sebuah platform internet yang sangat berguna terutama bagi mereka yang menginginkan pemasaran melalui media internet yang produktif tanpa mempunyai kos yang tinggi untuk dikeluarkan untuk pemasarannya.

Teknik Pemasaran Media Sosial diakui merupakan alat pemasaran yang terbesar dan dominan pada masa ini. Ia sepatutnya menjadi pelan pemasaran yang paling efektif untuk semua pemilik perniagaan sama ada yang kecil ataupun besar.

Potensi Media Sosial Dalam Pemasaran (Bahagian 1)

Adakah anda sedar mengenai potensi Pemasaran Media Sosial pada masa kini? Pemasaran Media Sosial merupakan salah satu cara pemasaran yang amat berkesan jika diaplikasikan dengan cara yang betul. Perkhidmatan ‘Microblogging’ merupakan salah satu contoh Pemasaran Media Sosial. Apa yang paling penting ialah anda perlu mendapatkan ‘follower’ sebanyak yang mungkin. Oleh itu, anda haruslah sentiasa post update sekerap yang mungkin dan sentiasa mencari follower baru. Dengan cara ini bukan sahaja anda boleh mendapatkan follower malah anda boleh mengeratkan lagi hubungan rapat dengan mereka.

Media Sosial berkembang begitu pesat dan hampir semua orang menggunakan pelbagai media sosial yang ada pada masa kini. Anda tentu masih ingat dengan Friendster. Diawal kemunculannya, media sosial  ini sangat digemari oleh generasi muda. Mahasiswa mengakses internet dan membuka jaringan sosial ini untuk saling berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Tidak lama kemudian, muncul pula Facebook dan Twitter yang sehingga kini masih menjadi media sosial dengan jumlah pengguna aktif terbanyak di dunia.

Jika anda menggunakan Media Sosial untuk memasarkan perniagaan anda yang sedia ada, terutamanya yang berasaskan dalam talian, pastikan anda memasukkan pautan ke laman web jualan anda. Ianya merupakan kesilapan besar dalam pemasaran Media Sosial sekiranya anda tidak melakukan sedemikian. Tujuannya adalah supaya mereka yang temui anda di media sosial, berpeluang melihat segala yang anda tawarkan di laman web anda.

Pemasaran menggunakan media sosial merupakan salah satu teknik yang sangat membantu untuk usahawan-usahawan yang ingin memasarkan produk mereka dengan lebih meluas lagi. Dengan menggunakan media sosial sebagai aktiviti pemasaran, peniaga boleh mendapat pelanggan baru yang berpotensi dengan mudah dan mereka juga akan dapat meningkatkan jualan kerana lebih ramai lagi orang akan tahu mengenai produk anda. Bukan untuk pasaran tempatan sahaja, malah pasaran antarabangsa juga boleh didapati dengan adanya media sosial ini.

Hampir semua industri dengan berbagai jenama besar telah menggunakan media sosial sebagai pemasaran mereka. Ini adalah kerana mereka sedar bahawa media sosial adalah antara cara pemasaran yang terbaik dizaman ini.

Strategi Pemasaran Media Sosial Melalui Video

pemasaran video

Video Youtube juga memainkan peranan untuk meningkatkan sesuatu perniagaan. Ini adalah kerana lumrah manusia yang suka menonton video. Pemasaran video juga mempunyai strateginya yang tersendiri. Antaranya adalah dengan memasukkan tag yang sesuai terhadap video Youtube anda akan memudahkan pencarian yang akan terkait dengan perkhidmatan bisnes anda. Anda boleh menggunakan kelebihan ‘keyword tools’ daripada google untuk mencari kata kunci yang popular di kalangan ‘target audience’ anda. Penonton akan cenderung untuk share video dengan orang lain sekiranya mereka menemui apa yang mereka inginkan. Oleh itu pastikan video yang anda hasilkan adalah menarik supaya mereka yang menonton tidak bosan dan sudah pasti mereka akan kongsikan dengan kawan-kawan mereka.

[Bersambung di “Potensi Media Sosial Dalam Pemasaran (Bahagian 2)”]

Antara Strategi & Teknik (Bahagian 1)

Dalam perniagaan tradisional dan perniagaan Internet, terdapat teknik untuk menjayakan perniagaan. Juga, terdapat strategi menjayakan sesuatu perniagaan.

Strategi & teknik adalah berbeza. Ramai usahawan Internet tempatan rata-ratanya, saya dapati amat memahami teknik-teknik perniagaan Internet. Namun, kekurangan adalah pada strategi perniagaan.

Sejak dua tahun lepas sehingga kini, saya menggunakan dan mengimplementasikan strategi perniagaan dan agak kurang menggunakan teknik perniagaan. Dapatkah anda bezakan antara strategi perniagaan & teknik perniagaan? Pada pendapat anda, yang mana satukah patut diutamakan?

Another way to look at STRATEGI & TEKNIK. Ia adalah teknik menjawab kepada “WHAT?” manakala strategi pula menjawab kepada “HOW?  WHERE?  WHEN?  And  WHO?”

Sebagai contoh, untuk perniagaan Internet.

email autorensponder

Autoresponder adalah TEKNIK. Tetapi ilmu mengenai autoresponder sahaja tidak mencukupi. Perlu tahu, bilakah hari terbaik untuk hantar autoresponder, atau bagaimanakah cara terbaik menyusun autoresponder yang diterima pelanggan secara berturutan, berapa lamakah interval terbaik untuk menghantar autoresponder… itu adalah strategy

Network adalah TEKNIK. Tetapi strategi adalah dengan siapa kita patut ada network? apakah terma network? bagaimana network tersebut dapat berkembang, dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun daripada sekarang? adakah kita network dengan mereka yang melakukan perniagaan Internet sahaja atau bukan perniagaan Internet?

Mengeluarkan produk baru adalah TEKNIK. Tetapi, bilakah masa terbaik untuk mengeluarkan produk (timing)? Produk apa yang terbaik dalam cross promotion? Apakah produk susulan selepas mengeluarkan produk baru ini? Bagaimanakah produk baru ini dapat membantu menaikkan jualan produk lama?

[Bersambung di “Antara Strategi & Teknik (Bahagian 2)”]

Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 1)”]

Oleh itu, sebenarnya, alasan biasa “Tiada modal” untuk menjalankan perniagaan sudah tidak wujud lagi dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate.

affiliate

So, selepas ni, no more alasan TIADA MODAL dalam menjalankan perniagaan di Internet. Daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet (yang pastinya perlukan wang modal), lebih baik anda sertai perniagaan program affiliate. Tak perlu bayar apa-apa pun untuk menyertai. Pilihan yang lebih bijak bukan?

Sekiranya anda ingin pelajari dengan lebih lanjut cara menjalankan perniagaan Internet Tanpa Modal, hadirilah workshop yang selalu saya jalankan di IKSB.

Di mana saya akan menunjukkan kaedah 100% percuma memulakan perniagaan Internet tanpa modal – daripada memilih produk secara percuma, membina laman web percuma sehingga promosi-promosi yang percuma tetapi amat efektif!

Untuk keterangan lebih lanjut apa kata anda ke laman web, www.rahsiainternet.com

Salam Inspirasi Kejayaan,

Irfan Khairi.

Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 1)

Alasan tidak dapat memulakan perniagaan yang paling menjadi kegemaran ramai sering saya dengar adalah :-

“Tak ada modal… macam mana nak mulakan perniagaan?”

tiada modal

Jawapan saya adalah, always mulakan secara kecil-kecilan dulu. Jarang saya galakkan menggunakan pinjaman daripada Institusi kewangan. Gunakan duit sendiri atau keluarga yang memahami. Bila kita bermula kecil, makin banyak ilmu yang kita akan pelajari dalam membesarkan perniagaan kita.

Satu pilihan memulakan perniagaan tanpa modal (atau modal minima) adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk “affiliate” di Internet. – Perniagaan affiliate ialah apabila kita menjual produk usahawan Internet lain melalui laman web kita dan mendapat komisyen daripada hasil jualan.

Ramai yang beranggapan atau fikir, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan.

Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anggaplah perniagaan tersebut adalah perniagaan utama anda!

Berikut adalah tiga contoh laman web yang berkonsepkan menjalankan perniagaan affiliate (perniagaan Internet tanpa modal) :-

  • http://www.livingroom.org.au/photolog/ Laman ini menjual berbagai-bagai jenis kamera- tanpa mereka menyimpan stok satu kamera pun! Dengan hanya menyertai program affiliate daripada Amazon.com
  • http://www.gatzet.com/ juga adalah peminat gadget-gadget canggih dan menjalankan perniagaan Internet tanpa modal dengan menyertai program affiliate!
  • http://www.thetoyreview.com/blog/ pula adalah usahawan yang berminat menjual permainan kanak-kanak, tetapi tidak menggunakan sebarang modal – hanya dengan menyertai program affiliate perniagaan internet lain yang menjual permainan di Internet!

[Bersambung di “Menjalankan perniagaan Internet TANPA MODAL (Bahagian 2)”]

Perniagaan Internet bermodal… RM20,000! (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Perniagaan Internet bermodal…  RM20,000! (Bahagian 1)”]

Oleh kerana wang yang dilaburkan adalah besar, dan bayaran bulanan adalah tinggi, 100% usaha dan tenaga dicurahkan untuk perniagaan kita tu adalah 24 jam sehari!

Tapi, bila perniagaan Internet, modal yang diperlukan adalah rendah, seperti harga sekali beli barang-barang dapur di TESCO, dan sewa bulanan juga amat rendah, seperti sekali bawa keluarga makan di McDonald’s sahaja. Overhead pun tiada – Cuma tolak bayaran bil-bil asas rumah sahaja… ini menjadikan perniagaan itu TIADA TEKANAN!

JADI, untuk memberikan daya motivasi yang tinggi dalam menjalankan perniagaan Internet,

  • Anggaplah bahawa modal yang anda keluarkan digandakan 100x!

Kalau modal RM200, ertinya, anggap bahawa anda telah melaburkan RM20,000! Bayar bulanan web hosting yang RM20 sebulan, anggap anda membayar RM2,000!

modal perniagaan

Sekarang, anda akan dapat merasai tekanan dalam menjalankan perniagaan. Sudah pasti anda akan mencuba sedaya upaya mengusahakan perniagaan Internet anda agar ianya berjaya dalam masa yang terdekat. Semangat anda akan berkobar-kobar, keinginan anda juga akan membara untuk mendapatkan sebuah kejayaan!

Perniagaan Internet bermodal… RM20,000! (Bahagian 1)

YA! – Anggap perniagaan Internet anda bermodalkan RM20,000!

Memulakan perniagaan Internet memerlukan kos yang amat rendah – kurang dari RM200 pun sudah boleh memulakan perniagaan Internet. Diambil kira, bayaran bulanan untuk web hosting (sewa tapak kedai kita) dalam RM20 sebulan pun boleh menjalankan perniagaan sehingga peringkat antarabangsa.

Namun, ianya adalah satu kelemahan apabila kos rendah, kita sering tidak mengambil endah atau berikan tumpuan yang kurang terhadap perniagaan kita.

modal perniagaan internet

Saya pernah memulakan perniagaan bukan Internet (offline) beberapa tahun lalu bermodalkan RM40,000. Wow… memikirkan wang yang dilaburkan sebanyak itu, setiap masa kita akan tumpukan perhatian. Setiap hari tidak mengenal erti cuti kerana kita perlu fokus mengusahakan perniagaan kita. Kesemua kerja-kerja “leg work” yang sukar juga kita akan lakukan ke hulu dan ke hilir.

Tekanan yang diberikan adalah amat tinggi! Belum lagi dikira sewa tapak perniagaan. Anggaran RM1,500 sebulan (tak masuk kos overhead elektrik, aircond, air, internet, insurans dan sebagainya). Nak bayar gaji, overtime dan bonus staff lagi!

[Bersambung di “Perniagaan Internet bermodal…  RM20,000! (Bahagian 2)”]

Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 1)”]

Kisah tersebut sering menjadi peringatan kepada saya bahawa tidak kira apa jua industri atau minat, pastinya terdapat “produk informasi” yang boleh dihasilkan. Lihat dalam diri anda sendiri, industri dan minat anda, apakah informasi yang boleh jual di Internet?

Selepas mengetahui topik informasi yang ingin dihasilkan, langkah seterusnya adalah memilih kaedah penghantaran informasi tersebut. Samada ingin menjualnya dalam bentuk buku, video, audio, report, manual, e-book, persembahan multimedia dan sebagainya.

ebook informasi

Di sini saya juga ingin menyentuh tentang e-book atau e-buku yang merupakan kaedah penghantaran informasi yang kian popular di zaman ini. – Ebuku merujuk kepada informasi yang dikumpulkan dalam bentuk digital mirip kepada sebuah buku. Ianya adalah fail digital yang boleh dihantar kepada pembeli melalui email, atau pembeli boleh memuat turunkannya daripada Internet. Contoh sebuah e-buku boleh didapati di www.irfankhairi.com/mentor

Apa yang menariknya mengenai e-buku adalah, oleh kerana ianya berbentuk fail digital, kaedah penghantarannya kepada pembeli secara online menjimatkan wang (tidak perlu mencetak), masa (pembeli menerimanya secara segera) serta boleh mengandungi link/audio atau video supaya menjadikan e-buku anda interaktif.

Melihat potensi keuntungan e-buku juga boleh menarik minat ramai pihak. Sebagai contoh, oleh kerana e-buku adalah fail digital yang dijual oleh penjual terus kepada pembeli, sekiranya e-buku tersebut berharga RM40, penjual (atau usahawan e-buku) tersebut akan memperolehi keuntungan RM40!

Tidak seperti menjual buku biasa secara tradisional, sekiranya penulis buku menulis buku melalui penerbit dan buku tersebut dijual pada harga RM40, penulis menerima royalti atas setiap jualan sebanyak RM2 sahaja. Bandingkan keuntungan RM40 dan RM2 atas setiap jualan! Itulah antara kekuatan menjual informasi melalui digital di Internet.

Apabila anda mempunyai produk informasi untuk dijual, langkah seterusnya adalah memiliki laman web sebagai tempat mempamerkan produk informasi anda. Sekiranya pelawat laman web ingin membeli, mereka boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau membuat bayaran terus ke bank usahawan informasi tersebut.

Satu ketika dulu, zaman pertanian melahirkan ramai usahawan-usahawan tani. Kemudian zaman perindustrian pun berganti dengan menghasilkan ramai usahawan-usahawan perindustrian pula. Kini, kita memasuki era informasi, dan waktu inilah akan terlahirnya ramai usahawan-usahawan informasi – menjual produk paling laris di Internet! Anda bagaimana?

Akhir kata, Salam Inspirasi Kejayaan dari kami,

Irfan Khairi & Shazrina