Posting REALITY kali ini, saya nak updatekan pembaca blog saya aktiviti-aktiviti saya bulan ni…

Isnin 2/3/2009 (semalam)

Saya berada di KLfm pada jam 12 tengah hari untuk sesi temubual personaliti bersama DJ Julia… was a good & fun interview di mana saya siap buat pengakuan terbuka saya minat KRU on air! Adoi… tak rock la… :)

Rabu 4/3/2009

Pertama kali saya akan mengendalikan program radio terbaru “Business Toolkit: Internet Business” di BFM 89.9fm (The Business Station). Program ini saya akan kongsikan cara memulakan perniagaan Internet dan tip-tip/strategi menjayakan sesuatu perniagaan Internet. Jangan lepaskan program ini setiap minggu!
Tak sabar untuk esok sebenarnya… dan ada sedikit nervous kerana first time mengendalikan rancangan 100% in English.

Khamis 5/3/2009 (pagi)

Segmen mingguan saya di WW, Astro Awani “Bersama Irfan Khairi”. Kali ini episod terakhir WW, kerana lepas ni Astro Awani akan ada morning talk-show pula. Insyaallah saya akan terlibat juga, tapi belum confirm. Jadi, untuk Khamis ni, special sikit kerana saya akan ceritakan tentang perniagaan Internet dari jam 10.30am-11.00am. Last saya di WW sejak setahun lebih :)

Khamis 5/3/2009 (tengah hari)

Saya mengendalikan segmen mingguan saya program “Yo!” di Radio24 93.9fm. Bagi anda yang sering ikuti saya di Facebook pasti tahu saya telah mengendalikan program ini selama 1 bulan dah ni. Program “Yo!” fokus kepada remaja & belia-belia untuk berbincang secara santai mengenai kaedah-kaedah buat duit. Topik daripada kumpul duit untuk kahwin, sampai la topik berhutang :) Ikuti “Yo!” setiap minggu pada hari Khamis jam 1 tengah hari.

Khamis 5/3/2009 (malam)

Oh ya… Khamis malam jam 10.00pm temui saya di TV9 dalam rancangan LIVE “Semanis Kurma”. bagi peminat-peminat Ustazah Norbahyah, pastinya tahu tentang program ini. Program bicara santai bersama Ustazah Siti Norbahyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah. Khamis ini, saya sebagai tetamu undangan… hmm… agak-agaknya apa topiknya kali ini???

Sabtu 7/3/2009 Saya akan mengendalikan seminar Workshop Jutawan Internet di Kuala Lumpur!

Sabtu 14/3/2009 Saya akan mengendalikan seminar Workshop Jutawan Internet di Johor Bahru!

Sabtu 21/3/2009 Saya akan mengendalikan seminar Workshop Jutawan Internet di Kota Bharu!

Sabtu 28/3/2009 Saya akan mengendalikan seminar Pelanggan tanpa Had di Kuching! (Hubungi En Syuaib di 019-8466502)

Pada hujung bulan ini…

soaljawab-coversmall.jpgJuga buku terbaru saya “RahsiaInternet: Soal Jawab” akan berada di pasaran. Buku ini memuatkan soalan dan jawapan terkumpul yang telah saya terima melalui bengkel dan seminar perniagaan Internet saya di serata Malaysia sejak tahun 2005 lagi. Buku ini akan berada di kedai-kedai buku utama di seluruh Malaysia.

Time table saya memang padat (yang di atas pun hanya ringkasan! :) ) tak termasuk jemputan-jemputan talk yang lain… tetapi, yang penting kita enjoy apa yang kita lakukan. Jadual padat camne pun, kalau kita enjoy & have fun, semua rasanya mudah kan? :)

ps: Oh ya… ada sesiapa sempat menonton saya di TV9 minggu lepas dalam program “Apa ke halnya?” bersama Mr Os & Shamsul Ghau Ghau? That was fun… sapa tak sempat, melepas la melihat teman cakap loghat Perok. Teman oghang kuale… kome tak tau? Insyaallah bila dapat copy nanti saya akan letakkan di YouTube!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Aktiviti IKSB bulan ini: Sidang Media Impian, Terhangat & Workshop
  • IK sedang menulis!
  • Katakan tidak!
  • Kerja-kerja amal… pulangan berbagai bentuk!