Berita terbaru IK di media & broadcasting

Bagi anda yang mengikuti perkembangan saya sejak tahun lepas, pasti tahu saya juga mempunyai production company. Baru-baru ini membuat project bersama KRU studios (masa muda2 dulu dok dengar lagu KRU, tak terfikir pula akan bekerjasama satu hari nanti). Dan project terbaru, insyaalah akan membuat satu “Reality cooking show” bersama Celebrity chef, Chef Ismail.

Reality show ni akan mengikuti kembara selebriti Chef kita, Chef Ismail ke Frankfurt, Germany. Malam ini Chef Ismail akan bertolak ke Germany untuk promosikan masakan Malaysia di sana (Bye-bye chef!)Β Krew production team pula akan bertolak ke sana insyaallah seminggu dua lagi…

ikchefnizal2.jpgJadi, semalam, ada sedikit meeting lah dengan Chef Ismail. Saya dah kenal Chef Ismail lama dah… memang baik & friendly orangnya. Bagi anda yang pernah ke restorannya “Rebung” di Bangsar pasti tahu bagaimana Chef melayan pelanggan-pelanggan. Infact, Chef banyak mengajar saya mengenai “branding”, dan tip-tip dari Chef Ismail juga saya menjadi duta kepada produk. Insyaallah tak lama lagi saya jadi duta satu lagi produk perniagaan telekomunikasi pula! Tunggu…. (secret #1)

Ok, kalau lihat gambar saya, Chef Ismail & Nizal, apa kena la saya pakai smart semacam je…

Actually, meeting dengan Chef berlangsung kul 10 malam. Sebelum tu, saya menghadiri Majlis Berbuka Puasa Astro di KLCC. Tu yang smart sikit tu…

Cuma, di majlis berbuka puasa tak sempat lak nak bergambar sebab dok bersembang saja dengan tetamu dan kenalan-kenalan personaliti Astro yang lain. Ramai sungguh yang datang… sampai naik pening kepala nak tegur siapa.

Yang seronoknya, Azwan Ali (saya kenal ketika Jangan Tidur Lagi) pun ada… saya sempat perli Azwan, “Datang naik apa?” (sebab dalam Melodi minggu lepas Azwan cerita pasal keretanya di curi!). AzwanΒ melawak: “Naik LRT!”

Rasanya kebanyakan personaliti Astro ada semalam, dan syok juga dapat jumpa (walaupun sekejap), Mentor Jutawan kita, Dato Dr Fadzilah Kamsah dan isteri. Cuma, sorang personaliti yang dari dulu saya nak jumpa, tak pernah terjumpa lagi… Aznil Hj Nawawi… belum ada rezeki! (Kalau Aznil terbaca ni, jemput la saya ke Macam-macam Aznil ha ha)

Mudah-mudahan, lepas ni peluang saya bersama Astro bertambah lagi! Mana la tau, sekarang saya bersama Astro Awani… lepas-lepas ni boleh Astro Oasis pula. Boleh u all panggil saya ustaz IK πŸ™‚

Insyaallah tak lama lagi, saya akan umumkan perkembangan terbaru saya dalam bidang media & broadcasting (satu lagi bidang yang menjadi minat saya dari dulu). Hopefully menjadi berita baik untuk semua. Tungguuuu juga. Masih lagi secret… (secret #2)

Ok, sebut tentang media / broadcasting/ TV dan sebagainya, saya kini cuba “experiment” dengan satu perkhidmatan baru, iaitu Twitter.com/irfankhairi. Kalau anda lihat belah atas kanan, ada logo ni…

Ha… basically, “Reality:LIVE!” adalah penambahan bagi segmen “Reality!” blog ini. Seperti kita tahu, “Reality!” menceritakan kisah-kisah benar yang terjadi pada saya.

Manakala, Reality:Live! pula adalah update-update pendek dan ringkas mengenai saya.

Β 
Menggunakan perkhidmatan Twitter, saya boleh update bahagian “Reality:Live!” dengan hanya menghantar SMS sahaja. So, kalau ada update menarik,Β saya akan SMS kepada anda semua, melalui ruang di atas nun. So, anda dapat update saya on the spot- secara LIVE! Hebat betul teknologi! πŸ˜‰

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) πŸ˜‰

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

40 thoughts on “Berita terbaru IK di media & broadcasting

  1. IK bt lar plak Program Realiti untuk peserta workshop jutawan internet mesti menarik lagipun dapat mendedahkan kepada semua rakyat malaysia mengenai business internet

  2. Prog reality untuk workshop jutawan Internet? hmmm… good idea juga πŸ˜‰

    nanti, boleh saya jadi macam donald trump. sapa buat tak betul, kena “You’re fired!”

    -ik

  3. *special note*

    To Auntie Seri,

    If you’re reading this, thanks for the birthday present for Cinta- baru dapat tadi. Actually Winnie the Pooh is my other daughter (Kasih) favourite character. So, she claims that the gift “kena share” with her. So, tonite, she’s sleeping with the cuddly toy!

    Special thanks from me & wife.

    *end special note*

  4. Wah macam-macam projek Ik ni, jadi duta lak pasni.ye la IK nyer nickname twitter pe ye, leh follow.Twitter ni memang bagus utk uddate secara pantas dan live

  5. menggunakan teknologi yg ada utk memudahkan keje……
    pas ni IK terkenal le dlm bidang mskn plak ye……..
    semoga kejayaan IK akan menjadi inspirasi kpd semua……..

  6. w00t, pergi frankfurt tuu.. Tapi sayang IK x pergi skali, bestnyer masuk Astro.. hehe, bila laa aku nak jadi camtue, mula2 kena jadi cover majalah IM dulu..

    huhu, twitter tue amende harh?

  7. alahamdullilah, gift sampai dgn selamat.

    kasih diterima dari kami sekeluarga.

    *utk Kasih, insya Allah kalu ada masa & rezeki auntie seri kirim satu lagi

  8. Salam semua..

    IK ada hadiah tak sapa dpt teka 2 secret tu? So far secret #1 tu saya tahu dah :).. Tapi tak nak bocorkan kat sini, biar tuan empunya badan yg announce sendiri. Cuma klu nya produk telco terbaru, IK jadi duta & Nizal jadi speaker.. betul tak? πŸ™‚
    hehehe.. Nak setengah gelas.. πŸ™‚

  9. tahniah!
    IK on the right track!
    bagi anda yg mengikuti perkembangan IK pasti tahu,sebanyak mana rezeki yg IK dpt skrng ni, sebanyak itulah pengorbanan beliau.

    utk semua, pilih landasan yg betul.

    terima kasih
    seri

  10. Akum IK, tahniah dgn projek terbaru. Makin ligat buat bisnes. inilah rezeki anak namanya. Btw saya nak tanya IK pasal Forex. Saya pun bukannya faham sgt, tapi nak tau la, forex ni halal ke, sah ke, selamat ke.

  11. Selamat menjalankan ibadah Puasa utk adik IK sekeluarga…. semoga terus jadi ikon masyarakat yang cemerlang… Tak lama lagi Hari Raya menjelang tiba.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. saya gembira kerana telah memiliki buku motivasi jutawan ( buku yang paling saya sayang.. a baca berulang2 kali pun) dan kini saya tengah study tentang e-book langkah 123 …
    doakan saya semoga dapat dan berjaya buat hal web nanti.. coz akak ni tak berapa cun IT

  12. Assalamualaikum…

    Mmm…twitter lah pulak. Apa ke ia ala-ala twisties. Posa-posa ni pepaham le. Apa pun mengetahui perkembangan IK memang seronok. Bukan apa, ianya membantu mendorong kami pula supaya tidak jemu berusaha.

    ‘Reality Live’ tu nampak sesuai dan dengannya dah tentu kami peminat tip 1 minit ni rasa lebih dekat lagi dengan IK.

    KL pasti mungkin sesak, orang shopping. Maklum Selangor cuti sempena Nuzul Quran. Harap sempatlah khatam sebelum 1 Syawal. Dah lebih separuh jalan ni. Sekali lagi faktor masa…

    Salam dari Adilla.

  13. salam, tertarik pendapat dari Borhan Manan….saya nak sertai gak…huhuhu…mesti rakkyat malaysia akan buka mata lepas ni….bernas idea tu

  14. secret #1 senang sebab ada yang dah tau. takleh la dapat hadiah. kalau sapa boleh teka secret #2, boleh la kasi hadiah… haaa… yang ni gerenti takde siapa tahu! πŸ™‚

    -ik

  15. btw, “Reality:Live!” tu ada button arrow ke bawah (bentuk tiga segi) anda boleh scroll dan lihat aktiviti-aktiviti saya sebelum ni…

    sekarang anda boleh lihat apa yang saya lakukan dalam sehari πŸ˜‰

    Bagi yang mempunyai twitter account dan nak “follow”, login ID saya adalah http://www.twitter.com/irfankhairi cuma takut saya tak sempat untuk follow anda balik.

    -ik

  16. Congratz saudara IK…ape kata buat reality show pasal ushawan internet,memandangkan masyarakat malaysia masih was was dan ragu-ragu dengan potensi perniagaan ini, saye syorkan saudara buat realiti show yang mengambil orang2 yang tiada background internet…bagi mereka task mengikut tahap kemampuan sehingga mampu menjana wang dari internet..mungkin ia akan membuka mata masyarakat malaysia tentang potensi internet yang sebenar…selain dari tu, boleh juga menyemarakkan orang yang sememangnyer percayakan perniagaan internet tapi sampai sekarang tak buat satu sen pun dari internet..hehe

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com

  17. IK, nampaknya dah ada 2-3 org yg sependapat dengan saya tentang reality prog utk peniaga internet ataupun buat ala2 Nescafe Kick Start ataupun ala2 AF leh buat Akademi Jutawan.Rasanya IK kena fikir2kan n renung2kan.Hehehehe.Nanti mesti tinggi rating penonton.

  18. Tadi baru berbuka puasa di Rebung dgn business partner smpt jgk bersembang dgn (rasanya akak Chef Ismail kot,lupa tanya nama sbb iras n peramah mcm Chef jgk).Kenapa sampai 3 bulan di Jerman,panjang sgt ke episod nie.IK citer ar sikit.

  19. reality tv berkisar perniagaan internet, belum pernah ada lagi. walaupun di us.

    tetapi, reality “online tv” memang ada bertajuk “The Next Internet Millionaire” tahun lepas dari US.

    kalau untuk TV, agak sukar kerana susah nak dapatkan sponsor. Kalau untuk online, mungkin ada harapan…

    sapa nak tengok reality tv about internet biz, boleh tengok sini:

    http://www.nextinternetmillionaire.com

  20. selamat menjalankan ibadah puasa..satu ide yg baikkk….pas ni sume akan buka mata luas2…cariklah rezeki….jangan malas2…rezeki tak datang bergolek beb….

Leave a Reply

Your email address will not be published.