Sejarah Irfan Khairi Sdn Bhd

Sedikit kisah mengenai Irfan Khairi Sdn Bhd…

Tahukah anda Irfan Khairi Sdn Bhd bermula tanpa menggunakan wang saya sendiri?

Mungkin anda pernah dengar istilah ni “nak buat duit, kena ada duit”

Sebenarnya, ada caranya untuk buat duit- tanpa duit.

Tahun 2005, ketika saya pulang ke Malaysia (dari UK), saya menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar. Tidak menggunakan modal sendiri, saya mendapatkan TrueWealth Publishing untuk menerbitkan buku tersebut. Saya masih lagi ingat, cek royalti pertama saya terima berjumlah RM36,000 (selepas 6 bulan).

Walaupun, saya sendiri sudah mempunyai wang, tetapi, saya sering berpegang kepada konsep “bootstrap” yang bermaksud, mulakan perniagaan dengan modal sendiri yang kecil, dan kembangkan perniagaan dengan keuntungan perniagaan.

Ketika itu juga, saya mula dijemput sebagai guest speaker. tahun 2005, jemputan saya, mana ada sampai 1 jam… 2 jam bercakap. Sekadar cakap 20 minit-30 minit sahaja untuk berkongsi pengalaman. Pengalaman pertama adalah di seminar Azizi Ali (berkongsi pengalaman selama 20 minit)- for free lagi tu, sebab orang tidak mengenali saya!

Dari situ, saya mula mendapat perhatian berbagai pihak. Daripada berucap selama 20 minit, sesi seminar Azizi yang datang, saya dijemput untuk mengendalikan satu segmen selama 2 jam! (mula dibayar)

Di situlah mula saya bina keyakinan untuk memulakan seminar saya sendiri yang sehingga kini dikenali sebagai “Workshop Jutawan Internet”. Sekali lagi, tidak menggunakan sebarang modal pada ketika itu, membuka tempahan kepada orang ramai, dan menggunakan wang tempahan untuk booking hotel. Peralatan seperti microphone, projector dan sebagainya juga sewa hotel sahaja… tak beli pun masa tu.

Keuntungan daripada mengendalikan seminar, dan juga royalti buku, barulah saya mewujudkan Irfan Khairi Sdn Bhd pada tahun 2006- mempunyai pejabat, peralatan semniar sendiri dan juga beberapa pekerja. Pada awal penglibatan saya pada tahun 2005, saya hanya menggunakan syarikat perseorangan, ketika itu dikenali sebagai “Abadi Consulting” sempena nama anak! 🙂 dan dikendalikan 100% oleh saya dan isteri sahaja.

So, Irfan Khairi Sdn Bhd yang anda lihat berkembang hari ini sehingga melakukan produksi adalah hasil daripada idea dan ilmu sahaja. Idea & ilmu saya menulis buku pertama 3 tahun lepas.

Walaupun saya mempunyai wang untuk menubuhkan syarikat pada tahun 2005- terus menyewa pejabat dan terus mendapatkan pekerja, tetapi, itu bukan jalan yang saya pilih. Saya memilih memulakan perniagaan dengan tidak melaburkan sebarang wang sendiri dan bootstrap.

Tip hari ini…

Sedikit sebanyak, daripada perkongsian ini, saya harap anda dapat fikirkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan tanpa modal. Buang jauh-jauh istilah yang anda pernah dengar “Untuk buat duit, kena ada duit!”… atau “Untuk mulakan perniagaan, kena ada modal!”. Dengan kreativiti, ilmu, usaha besertakan doa, anda boleh memulakan perniagaan tanpa menggunakan wang.

Setelah 3 tahun, Irfan Khairi Sdn Bhd telah mengeluarkan berbagai produk di RahsiaInternet.com, masih mengendalikan Workshop Jutawan Internet yang laris sehingga ke Singapura dan Brunei.

Terima kasih atas sokongan anda!

ps: agak-agaknya mengapa saya ambil pilihan tidak menggunakan duit sendiri untuk memulakan Irfan Khairi Sdn Bhd?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

63 thoughts on “Sejarah Irfan Khairi Sdn Bhd

  1. betul tu ik saya minat sangat biografi berkaitan orang2 yang berjaya.ik bila lagi..? p/s:ik salah seorang idola saya

  2. salam… abg irfan…
    leh xlau nor nak kethui mengenai abg irfan…nor ad satu tugsan mengenai usahawan..
    jadi nor ingt nak bt mengenai abg irfan… mengenai kerjaya abg irfan… nor memerlukan latar belakng abg irfan tok menyiapkan tugasan ini…. agy pun nor memerlukan perkara yang berkaitan dengan abg irfan…..nor harap abg irfan sudi membantu…

  3. tahniah irfan kerana berjaya mjadi usahawan yg berjaya…saye berminat dalam bisnes internet ni..mcm mane caranye nk buat bisnes ni kerana saya tiada modal,tdak bekerja n surirumah tangga sapenuh masa dan tiada masa ,asyik mguruskan anak2.., bolehkah saya membuat bisnes internet ni…saye ingin mendapat duit yg byk…

  4. salam sjhtra…..sya hrp abg irfan dpt mnlis ltar blkng abg irfan serba sdkit untuk pra pljar mmbuat reseach tntg dri abg….hrp dpt dpertmbgkan

  5. Hi,

    Nak bertanya dimana saudara Irfan mendapat title Dr Irfan Khairi? boleh beri rujukan pengesahan? tk

  6. Saye ade membuat satu folio tntang Dr. Irfan Khairi, jdi saye akn masokan semua harapan, sejarah, dan tangga kejayaan yg diperoleh oleh Dr. Irfan ????

  7. Saya memilih Irfan Khairi sebagai tokoh usahawan untuk tugasan Entrepreneurship. Saya sangat kagum melihat kisah perjalanan IK. Ur r my inspired. Hopefully, one day dapat jumpa IK.

Leave a Reply

Your email address will not be published.