Sat 14 Nov 2009
Akan datang tak lama lagi, sebuah program TV khas mengenai Perniagaan Internet! Lama juga saya menunggu bila lah agaknya akan ada program TV mengenai perniagaan Internet… dan baru-baru ini terjawab juga.
Sebuah production company milik Erma Fatima (siapa tak kenal Erma Fatima?) telah approach saya untuk saya menjadi hos kepada program TV tersebut. Tajuknya dirahsiakan dulu ok
(banyak juga perlu dirahsiakan dahulu untuk program ini ya.. so, mungkin sesetengah soalan tak terjawab buat masa ini). Minggu lepas bermeeting dengan Kak Erma untuk mengetahui lebih lanjut isi kandungannya.
Dalam program ini, saya akan memberi tip memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, serta terdapat juga segmen tetamu jemputan di mana saya akan temubual usahawan Internet yang berjaya untuk kongsikan juga tip perniagaan Internet yang digunakan.

Alhamdulillah, pilot episod telah dirakamkan pada minggu lepas. Kalau diikutkan perancangan, ianya akan ditayangkan sekitar Disember atau Januari.
Berita baik untuk usahawan-usahawan Internet oleh kerana dengan tambahnya pendedahan perniagaan Internet kepada orang ramai, maka lebih ramai lagi akan bersedia untuk membeli secara online
ps: Workshop Jutawan Internet seterusnya akan diadakan di Kuala Lumpur pada 28hb November & Johor Bahru pada 5hb Disember. Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk workshop di KL atau klik di sini untuk workshop di Johor Bahru
Tip Satu Minit yang berkaitan:

November 15th, 2009 at 11:02 pm
thanks IK ……hm tahniah skang dah jd celeb’s ….
notes:dah setahun g ur kursus but nothing start yet!!! adus …..kengkawan semua dah ada produk but me …..hm still thinking ….
footnotes: dah baca ur book for 2 times …tp still blur lagik..
November 15th, 2009 at 11:56 pm
Wah, ini satu perkembangan yang positif. Bisnes internet Malaysia akan lebih pesat selepas ini. Semua ni juga atas usaha IK yang tak henti2 mempromosi bidang ini. Salute utk IK!
November 16th, 2009 at 12:51 am
That’s great bro! Semoga program ini akan menjadi salah satu lagi anjakan paradigma kepercayaan dan kefahaman masyarakat kita terhadap perniagaan Internet.
November 16th, 2009 at 2:22 am
Saya menantikan program tv tersebut. Dengan adanya program tersebut, ia akan merancakkan lagi perniagaan internet kerana meningkatnya kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan internet..
1 peluang yang patut direbut segera!
November 16th, 2009 at 6:51 am
Alhamdulillah…. tentu best rancangan ni kan? tak sabar rasanya nak tgk…
November 16th, 2009 at 9:10 am
Bagus. Semoga rancangan tersebut berjaya membuka mata rakyat malaysia supaya tau perbezaan antara perniagaan internet dengan penipuan. Tak sabar tgk dgr irfan jadi hos juga. good luck!
November 16th, 2009 at 9:18 am
wah.. paling berbaloi utk org cam saya yg tak berkesempatan utk pegi program2 IK kat luar. so selain baca tips 2 min dpt plak tgk program tv.tetapi semesti workshop ik tetap jadik salah satu wishlist saya
November 16th, 2009 at 9:43 am
suka3x.. nti jgn lupa inform tv channel, hari dan masa yer… TQ Ik!
November 16th, 2009 at 10:36 am
1 konsep rancangan yg amat baik…boleh menambahkan keyakinan orang ramai untuk berjual-beli di internet.
November 16th, 2009 at 10:54 am
ntuk tv mana ik.?
November 16th, 2009 at 12:08 pm
Internet marketing mungkin akan menjadi satu profession yang diterima pada masa akan datang.:)
November 16th, 2009 at 1:47 pm
wahh tak lama lagi semua rakyat Malaysia akan celik perniagaan internet la..tahniah IK.
November 16th, 2009 at 2:56 pm
mmg tersgt2 bagus betul… makin meriah im malaysia.. xsabar nak tgk nie..
November 16th, 2009 at 3:11 pm
Congrats to u IK! I wish all d best to u… Bestnye kalau dpt jadi celebrity mcm IK…yelah kan nk ikut jejak langkah mentor jutawan.
November 16th, 2009 at 10:28 pm
Salam,
Sedar tak sedar ramai sekarang celebrity yang dah terjun dalam bidang IT ni..contohnya Andy Lala, Dharma dan lain - lain..diorang market guna internet produk diorang..
Satu lagi yang gah dengan Internet Marketing adalah produk Jusmate 5 Dr Rozmey…kayo kayo..
November 16th, 2009 at 11:28 pm
Salam,
1.saya ucapkan tahniah atas program baru IK.tapai TV apa ya?
2.semalam saya daftar Ikon Simpan Challenge 2009! tapi email yang saya berikan mengalami masalah dan bolehkah saya tukarkannya kepada daud_unite@yahoo.com ?
November 16th, 2009 at 11:32 pm
Saya cadangkan IK tubuhkan kelab JutawaninternetIK,pasti ramai nak kan….
November 17th, 2009 at 11:50 am
IK setapak maju kehadapan … rating pasti meletop… Akhirnya dapat juga tgk IK jadi selebriti
November 17th, 2009 at 12:09 pm
Wow… !
Teringin gak nak jadi hos… agak2 kalau nak guna extra hos ke… pak pacak ke… panggil saya eh
Good Luck IK !
November 17th, 2009 at 12:32 pm
menarik ni IK.
saya pasti takkan ketinggalan untuk menonton.
harap² ditayangkan pada salah satu saluran TV sedia ada selain astro. belum ada peluang nak pasang astro lagi
November 17th, 2009 at 4:37 pm
“yesss” nih laa yg ditunggu2!~
tk sabar program tv RAHSIA ni..
(smile)
November 17th, 2009 at 7:28 pm
Satu lagi LANGKAH BESAR untuk para tokoh internet marketing Malaysia…juga pada saya satu penghargaan untuk IK dan para pakar IM Malaysia…public akan lebih mengenali Bisnes Internet yang sebenar…bukan asyik dok sangkut ngan skim cepat kaya
November 17th, 2009 at 7:37 pm
1 peningkatan, 1 pembaharuan, 1 perubahan, 1 perniagaan, 1 malaysia dan 1 perniagaan. wujudlah program TV khas perniagaan internet. nampaknya dah ada perubahan ye IK untuk rancangan ini. Selalu asyik tengok realiti TV je kan, apa kata pula tengok realiti perniagaan internet.
November 19th, 2009 at 12:39 am
Wow..
Bagus betul projek nie…kalau David Teo dapat tahu confirm dia akan suruh Ahmad Idham “study” pasal internet marketing punya fenomena di M’sia…lepas tue buat drama ker..filem ker..
IK,kalau ada nak interview pasal lelongan online..bolehlah contact saya…
November 19th, 2009 at 2:27 pm
yeah
bagus projek rancangan tv ni
untuk Longterm,byk kemajuan untuk majukan perniagaan internet.
kita masih merangkak untuk maju dalam IM ini
:D
dgn program ni,mungkin dapat bantu serba sedikit untuk dikomersialkan
:)
November 19th, 2009 at 3:36 pm
IK, harap2 dlm rancangan tu ada tunjukkan contoh workspace yg efektif…10 item wajib bagi usahawan internet..
WAHM
dina
November 20th, 2009 at 12:57 am
allahamdullilah..
bertambah lagi ilmu utk para biz blogger..
semoga saudara IK dimurahkan rezeki
-setiap hari menjenguk IK com-
November 20th, 2009 at 2:20 pm
Alhamdulillah Tuan Irfan semakin hebat dalam perniagaan Internet. Sekadar bertanya, ada perancangankah untuk adakan woksyop bisnes Internet sekitar Kota Bharu Kelantan pula? Pasti ramai orang Cik Siti Wan Kembang menantikan kemunculan IK di sini.
November 20th, 2009 at 7:09 pm
Wajib tengok ni. wajib tengok siaran TV
November 21st, 2009 at 8:38 am
Salam…
Dapat lagi kami di Malaysia ini memperolehi lagi satu sumber ilmu bermanfaat dlm online bisnes. Bagus IK! Thank youu
November 21st, 2009 at 3:37 pm
lagu lagi langkah ke depan. =)
November 26th, 2009 at 11:38 pm
wah… best la.. boleh tgk tips online sambil santai2 depan tv.. best nie..
November 28th, 2009 at 12:09 am
apakhabr IK
terima kasih atas pegajaran IK.
January 9th, 2010 at 10:26 am
dah start ke program ni?macam tak nmpk lg je?
kalau dah nk tgk la