Pagi tadi di Astro Awani, ruangan bersama IK, saya kongsikan tips tentang psikologi membuat jualan.

Kita sedia tahu dalam membuat jualan, kita perlu mendapatkan emosi membeli daripada pelanggan. Berikut adalah beberapa tip menarik emosi seperti yang dikongsikan di Astro Awani, Awani Pagi. versi penuh perlu ikuti Astro Awani lah ok? ;)

  • Wang
    Semua orang memerlukan wang. Gunakan pendekatan “menjimatkan wang” atau “menambahkan wang” pada produk dan perkhidmatan yang dijual. Ini akan menarik perhatian orang rama oleh kerana wang adalah asas keperlua semua orang.
  • Keselamatan
    Wang adalah material. Sesuatu yang boleh dipegang. Keselamatan pula lebih kepada perasaan dalam diri. Cuba gunakan pendekatan menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang lain. Produk seperti CCTV, insurans, airbag kereta menggunakan pendekatan ini.
  • Perasaan ingin disukai
    Semua orang ingin disukai oleh orang lain. Ia merupakan satu keperluan daripada hireraki keperluan Maslow. Gunakan pendekatan produk dan perkhidmatan kita akan menambah nilai seseorang itu dan menjadikannya dihormati dan disukai oleh orang lain.
  • Kesihatan
    Tak kira keadaan ekonomi, kesihatan sering menjadi prioriti setiap orang. Produk seperti vitamins, face mask, food suppliment dan ubat menggunakan pendekatan keperluan ini

Dalam perniagaan, kita perlu melihat psikologi emosi manusia untuk memudahkan jualan. Ini kerana 90% keputusan belian adalah keputusan emosi.

ps: Dalam menjalankan perniagaan Internet juga perlu menggunakan psikologi jualan di Internet. Workshop Jutawan Internet akan mendedahkan psikologi dalam perniagaan Internet juga. Sekiranya anda ingin menyertai Workshop Jutawan Internet, ianya akan diadakan pada hari Sabtu 14hb Novemeber 2009. Lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk pendaftaran dan keterangan lanjut.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Psikologi perniagaan pusat membeli belah
  • Isu kepercayaan dalam perniagaan
  • Kupon Diskaun… Pelanggan Berulang!
  • Kebahagiaan vs Kesengsaraan