Pengumuman Irfan Khairi sebagai duta…

Berita terkini: HARAP MAAF… jemputan ditutup oleh kerana telah penuh!!!

Bagi anda yang terbaca mesej di sini beberapa hari lepas, saya ada umumkan bahawa saya telah dipilih menjadi duta/jurucakap bagi sebuah syarikat. Yea! 🙂

Jadi disini saya ingin menjemput pembaca setia Tip Satu Minit ke majlis pengumuman & sidang media saya sebagai duta _________.

Tarikh: Selasa 27hb November 2007
Masa: 10.30 pagi -12.00 tengah hari
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur

Suka saya jemput anda untuk memeriahkan majlis, TAPI, tempat adalah amat terhad (MAAF… SUDAH PENUH!)..

Masuk percuma! Makan-makan ringan ada… pemberian percuma pun ada, sekurang-kurangnya sebuah buku dah dalam tangan :)… tapi yang lebih penting adalah peluang networking yang anda akan dapat sesama yang hadir nanti. Networking penting!

Buat masa ini, tak boleh saya umumkan lagi duta produk/perkhidmatan apa- biarlah rahsia. Tetapi, memadai kalau saya sebut ia berkaitan dengan industri ICT & keusahawanan. Perlu sokongan penuh usahawan-usahawan Internet oleh kerana lagi hebat industri ICT kita, lagi hebat peluang perniagaan Internet untuk maju, bukan? 😉

Sesiapa sahaja boleh datang- ini majlis pengumuman sahaja. So, takde jual produk / perkhidmatan punya- jangan takut 😉 Bagi mereka yang terlibat dengan industri ICT & minat bidang perniagaan, adalah yang terbaik- ada peluang perniagaan. (MAAF… SUDAH PENUH!)..

Pembayang tambahan: Produk/perkhidmatan ini bukan perniagaan Internet, ataupun MLM…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

61 thoughts on “Pengumuman Irfan Khairi sebagai duta…

  1. Pakcik saya ada tolong jawabkan… RSVP ni ada berkaitan dengan maklumat-maklumat peribadi. Saya dah faham… Sorry…

    Saya dah kirimkan ke alamat email yang Tuan Doktor bagitahu tu… Insya Allah saya hadir ke majlis Tuan Doktor…

  2. Saijuhan> RSVP maksudnya, “please respond”… kira untuk anda beri tahu kami anda akan datang. Jadi kami boleh sediakan tempat duduk, pemberian percuma & makan-makan… 😉

    Han> Tu la… bukan MLM, bukan perniagaan Internet. tak payah teka la… sebab bukan saya buat teka-teki pun. memang saya tak dapat nak umumkan lagi 😉 Mungkin esok, lusa baru boleh umumkan…

  3. Baru saya perasan.. saya sebut “peluang networking” ya? patut lah bunyi macam MLM :)… maksud saya bukan networking MLM tau… networking berkenalan!

    Namun begitu, tak salah kalau jadi duta MLM atau apa sahaja… asalkan ia adalah usaha halal kan?

  4. Tahniah Sifu, you adalah satu CONTOH yang sangat hebat buat semua usahawan-usahawan baru seperti kami ni.

    Jadi, dengan menjadi Duta produk sebegini, tentu saja Sifu sememangnya sangat layak!!

  5. Salam Irfan, apa khabar? Shueqry here.

    Tahniah, satu suntikan inspirasi yang memberi semangat pada diri saya..

    Moga satu hari nanti, saya juga mengecap peluang yang sama !

    – Shueqry –

  6. salam..saya nak sangat join majlis tu,tapi jauh sangat sebab saya sekarang kt oversea..kalau ada peluang insyaAllah saya akan datang…terima kasih kepada sebab bagi gambaran untuk orang2 seperti kita ni maju..:)

  7. Tahniah!…kerana dipilih jadi duta produk ICT..
    Bagus tu..saham bertambah naik! makin popular lak! Satu perkembangan yang bagus sekali. Harap aura akan mendapat menfaat kepada semua orang nanti…Wassalam..Yazid,KL.

  8. Terima kasih atas sokongan… siapa tak datang rugi 🙂 sebab dengar2 cerita ramai member2 top Internet marketer Malaysia akan hadir termasuk Kidino, Gobala Krishnan, Sunny Tan (yang dah confirm) dll… boleh lah anda network dengan mereka.

    Tapi ingat, ini bukan syarikat perniagaan Internet 😉

  9. Terima kasih email undangan doktor, tidak dapat hadir kerana sebuk, namun saya akan mengikuti perkembangan dan berita baru dari doktor. kepada sesiapa yang belum memiliki Buku, CD dan Ebook doktor langgan lah cepat2. Bagus untuk masa depan

  10. Tahniah Irfan..

    Memang rasa rugi tak dapat pergi… itulah BESTNYE dan UNTUNGNYA duduk kat KL… saya kat Kota Bharu… apapun semoga majlis berjalan lancar.. sampaikan salam buat semua.. Zamri Nanyan pergi tak?

  11. thniah buat coz being promoted utk mnjdi duta produk utk ICT..pe2 pun slmt brjya..saya pun sgt teringin nk pegi tp di sebabkn keja..so tak dpt hdirlaa..

  12. Irfan ni selalu buat kejutan dan info yang berbentuk macam ni.

    Ni membuat saya tertanya-tanya dan asyik melayari blog Irfan ni.

    Apa-apa pun,tahniah saya ucapkan.Tahniah sekali lagi.

  13. Assalamualaikum,
    tahniah Saya teringin sangat nak hadir ke majlis tu TAPI masih ada tempat lagi ke? Saya cuba datang walaupun jauh nun di utara tapi saya nak pastikan masih ada kekosongan tempat, nanti datang jauh tempat dah penuh…Terima kasih.

  14. Saya ingin bertanya sekiranya ingin meletakkan iklan untuk web saya pada setiap email yang En Irfan Khairi send pada ahli-ahli. Boleh kita berbincang.

  15. Saya diberitahu pd krew2 saya, hanya 5 tempat sahaja lagi. jadi, bagi yang berminat, sila email info@rahsiainternet.com (tak boleh booking melalui blog ni)

    yang dari jauh, saya cadangkan tak perlu lah datang… penat2 je. sebab majlis ini sekejap sahaja dan merupakan pengumuman & sidang media. kalau yang berada di KL, takpe juga… 😉

    kalau ada rezeki, boleh berjumpa lain kali! 🙂

  16. assalamualikum…
    dr, tempat persidangan tu kat area mn? maafla sy bukan orang kl jd x knl sgt tmpat tu…
    jauh x dari UM?

  17. sunny tan saya kenai sangat sangat!!!!
    tapi buat kat KL tu jauh la sangat..kalu kat Penang mungkin say api jugak…maklum kerja kampung jer

  18. Assalamualaikum Irfan…

    Tahniah2.. Teringin gak sy nak pg tapi kena keje. Sy ni keje hotel, susah sikit kalau nak minta cuti in short notice. Insyaallah lain kali kita jumpa.

    Gook Luck to Irfan, semuga bertambah maju jaya..

    ps: Sy tunggu fasa 2 & 3 perniagaan ni. Jgn lupa…:-)

  19. alahai nk p tp jauh la..
    lg pun time tu tgh exm….
    hai bila la dpt join benda2 ni…
    dan yg ptg bila la nk jadik juatwan ni…hmmmm…kikik..

  20. HARAP MAAF… tempat dah penuh. Bagi yang ingin hadiri, dah tak muat tempat dah 😉

    Sesiapa yang telah menerima email undangan, insyaallah kita jumpa Selasa nanti ok.

    Bagi yang telah menghantar RSVP, please check your email.

  21. Assalamualaikum,
    Tahniah saya ucapkan kerana terpilih sebagai duta produk………
    Saya baru sahaja menjinakkan diri dalam dunia internet dan baru menyertai block ini.
    Terima kasih atas undangan tersebut. Ribuan maaf saya pohon kerana tidak dapat hadir.
    Apa-apa pun tahniah sekali lagi saya ucapkan.

    Wassalam.

  22. Saya ucapkan shabas dan tahniahke pada
    Baru nak jawab RSVP…….dah penuh.
    Inshakallah dilain acara saya akan hadir. Wasallam

Leave a Reply

Your email address will not be published.