Irfan Khairi – duta MIBO

dutamibo.jpgSemalam berlangsungnya majlis pengumuman & sidang media saya sebagai duta MIBO! Tentu anda tertanya-tanya… apa tu MIBO? MIBO maksudnya “Malaysian Independent Business Ownership”. Sebuah produk/perkhidmatan syarikat J & C Pacific!

Rakaman daripada berita Bernama di Astro Ria semalam boleh didapati di http://www.youtube.com/irfanTV

Pendek kata, MIBO adalah peluang keusahawan sederhana besar. Saya kategorikan MIBO ini sebagai peluang perniagaan sederhana besar di mana untuk usahawan yang benar-benar serious dalam perniagaan ICT secara offline- mungkin juga bagi mereka yang sudah sedia mempunyai pengalaman membuka kedai offline.

Saya diberitahu, kini sudah ada 150 usahawan MIBO!

Sekiranya anda ingin tahu maklumat lanjut, lawati keratan akhbar mengenai MIBO sebelum ini di…

Ini beberapa gambar daripada majlis tersebut…

 

ikmibo1.jpg
Saya bersama COO J & C Pacific, Mr Allen menandatangani poster!
ikmibo2.jpg
Sidang media menjawab soalan wartawan… terima kasih kepada wartawan yang snetiasa memberi sokongan!
ikmibo3.jpg
Terima kasih Nizal Mohammad kerana menjadi emcee majlis! I owe you millions!
ikmibo4.jpg
Persembahan Razzi Rahman “Rembulan kesiangan” bersama IK… nantikan album kami
Satu kejutan surprise semalam, rugi sapa yang tak tengok! Saya mengundang Razzi Rahman untuk mendendangkan lagu favourite saya suatu masa dulu, “Rembulan Kesiangan”!

Dan yang lagi mengejutkan, saya mengiringinya denganΒ bermain guitar! haaa… jangan terkejut. Saya boleh bermain guitar sebenarnya. Usahawan-usahawan juga… tapi rock 90-an memang saya layan πŸ˜‰

Actually, saya request special performance dari Razzi Rahman untuk nyanyikan lagu “Rembulan Kesiangan” sebab antara liriknya yang dari dulu hingga kini yang saya sering ingat-ingatkan diri saya (dan kini ingin sampaikan kepada anda…)

Apakah lumrah manusia,
Bila terang, ramailah yang datang,
Dan bila, gelap gelita,
Hilang kasih hilanglah saudara…

Namun musim bertukar ganti,
Turun hujan, kemarau pun pergi,
Yang layu kan tumbuh kembali,
Bulan terang datang memuji…

Terima kasih banyak-banyak kepada kenalan wartawan yang hadir serta tetamu-tetamu. Walaupun tak sempat beramah mesra dengan tetamu- harap maaf… saya terpaksa rush ke Melaka oleh kerana ada majlis pada pukul 2pm!

Seronok dapat main guitar & Razzi Rahman menyanyi sebab masa form 4 form 5 dulu saya minat lagu Rembulan kesiangan! Memang dulu tak pernah termimpi saya akan mengiringi Razzi dalam persembahan!

Tetapi, mimpi/impian saya untuk menjadi duta produk/perkhidmatan telah dimakbulkan dengan menjadi duta MIBO.

Malam tadi, di berita Astro Ria, disiarkan coverage majlis tersebut πŸ˜‰ Nak tengok? Lawati YouTube saya di http://www.youtube.com/irfanTV

See you there!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

78 thoughts on “Irfan Khairi – duta MIBO

  1. Bagi yang ingin mengikuti speech saya semalam… ini dia, saya cut & paste kan πŸ™‚

    “Assalamualaikum wbt & salam hormat,

    9/10 rezeki datangnya dari perniagaan
    74% jutawan di dunia datangnya daripada perniagaan
    Pakar perniagaan mengatakan bahawa satu hari nanti perniagaan akan menjadi satu keperluan untuk semua keluarga dalam menampung cara hidup.

    Melalui MIBO, Malaysian Independent Business Ownership, kami berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan dan memupuk semangat keusahawanan dalam masyarakat.

    Saya ucapkan terima kasih kepada Allen Lee dan pihak J & C pacific kerana memberi peluang kepada saya dalam mengemudi MIBO sebagai jurucakap dan juga duta MIBO.

    Keunikan peluang perniagaan dibawah MIBO yang memberi 100% komisyen kepada ahli tanpa dibahagikan kepada orang tengah melalui cara tradisional adalah antara sebab saya bersetuju mengambil peranan ini. Model perniagaan yang meminimakan risiko serta bantuan latihan & motivasi juga adalah sebab MIBO patut diwar-warkan kepada masyarakat. Kini, MIBO telah mendapat sokongan dari pada badan seperti MARA, Persatuan Usahawan Muda Malaysia dan juga Persatuan Graduan Malaysia.

    Dengan peranan ini, saya harap dapat mendekatkan lagi belia kita dengan keusahawanan terutama mereka ynag berminat dalam bidang ICT dan juga perniagaan. Semoga dapat mengurangkan jumlah pengangguran (60,000 menganggur 16% computer & teknologi bermaklumat), di samping meningkatkan lagi ekonomi sendiri dan juga Negara.

    Antara matlamat utama MIBo di mana saya dan juga J& C Pacific akan usahakan adalah untuk melahirkan 1,000 usahawan ICT dalam jangkamasa satu tahun ini. Kami akan mengadakan road tour , dan melakukan promosi kesedaran keusahawan ICT melalui media masa dan juga sesi ceramah & latihan.

    Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada J & C pacific atas kepercayaan dan juga anda yang hadir atas sokongan.

    Assalamualaikum!”

  2. Salam Irfan πŸ™‚

    Tahniah atas pencapaian kali ini. Dari semalam saya tunggu update tentang ini. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan πŸ™‚

    I wish to meet you in person one day! πŸ™‚ amin.

    Go Go Glory! πŸ™‚

  3. wau..memang gempaklah …

    rupanya ini lah duta nya ya…semoga akan meningkatkan lagi semangat keusahawanan dikalangan rakyat Malaysia terutamanya orang-orang yang baru seperti saya.Tak kiralah offline ke online ke.

    Mungkin masa akan datang kita boleh jadi usahawan secara offline pula…manalah tau..

    sekali lagi buat ..selamat berduta..hehe

  4. Tahniah Irfan,

    Wah! macam-macam pencapaian tahun nie. Seronok baca blog ni. Tiap hari ada je kejutan πŸ™‚ .

    MIBO ni sape2 pun boleh join ke Atau ada syarat lain untuk join. Dah baca semua artikel, tapi tak berapa jelas lagi, yang pasti MIBO ni akan melahirkan jutawan ICT.

  5. Tahniah Doc.!! πŸ˜‰

    Semoga ramai lagi yang menjadi ushawan jutawan dengan adanya peluang sebegini. πŸ™‚

    Memang menjadi angan2 saya untuk memulakan perniagaan dalam bidang ICT. Saya rasa inilah peluang yang terbaik. πŸ˜€

  6. Gempak!! Hebat!!
    Kejayaan Irfan Khairi bukan datang dalam masa sebulan dua tapi bertahun lamanya…

    Jadi, kita yang masih baru kena usha lebih gigih dan keras untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.. Insyaallah.

    P/S : teruja bila dapat tahu yang boleh bermain gitar….

  7. Yeah Terima kasih diatas token yang diberi semalam. Dan tahniah juga. Semalam sempat juga selepas launching dengar celoteh saudara Nizal tentang programnya dan networking ngan beberapa IM. Very interesting dan pada yang berminat untuk menceburi bidang ICT. Ini mungkin peluang yang tidak patut dilepaskan

  8. salam tahniah kerana menjadi duta MIBO. semoga segala usaha akan sentiasa diberkati Illahi hendaknya..saya bangga atas kejayaan dan suprise gak coz bleh main gitar disamping bro razzi rahman, org kuat kuncicinta.com n saya tahu adlah sifu beliau.tak sabar nak tunggu album u all..thanks a lot n good luck for the future..

  9. Salam Irfan Khairi..

    selalunya saya dtg sini baca dan keluar.. byk mesej yang berguna saya dapat disini.. dan kali ini saya bagai tertarik nak bagi komen. πŸ˜‰

    Tahniah kerana menjadi Duta MIBO dan saya juga turut bangga atas kejayaan yang capai hingga kehari ini..

    seperti yang lain, teruja lihat pandai bermain gitar diiringi dengan Bro RR.. cayalah! πŸ™‚

  10. terima kasih atas sokongan semua…

    bagi yang mengikuti blog saya sejak 2006, pasti dapat melihat perkembangan saya, strategi saya dan juga usaha saya dalam mencapai apa yang saya capai hari ini sejak dua tahun lalu di Malaysia.

    mudahan dapat menjadi contoh untuk semua, bukan mencapai apa yang saya capai, malah, lebih daripada itu!

    pencapaian saya masih lagi sedikit sekiranya dibandingkan dengan ikon seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari… Tan Sri Ali Hasyim… yang jauh lagi dari capaian saya! πŸ˜‰

  11. Tahniah Irfan!

    Insya allah banyak yang dapat saya perlajari dan renungkan dari entri-entri di blog Irfan yang pastinya ia memang amat berguna.

    Terima kerana sudi berkongsi dan memberi kata rangsang minda di sini

  12. Ada talent main gitar rupanya. Satu lagi contoh di mana kita perlu seimbangkan antara pelajaran/pekerjaan dan aktiviti luar.

    Jangan dok main komputer jee …

  13. TAHNIAH SIFU, You memang gempak semalam!!! Bukan senang untuk terpilih sebagai duta kepada satu project besar seperti MIBO.

    Also, for me pulak…it was a day to remember, salah satu hari yang paling manis untuk diingati, Memang best sangat!!

    BEST sebab after 10years, diberi peluang menyanyi balik dan PALING BEST dapat perform pulak bersama-sama dengan Irfan Khairi tuuu…Fuuhhh!!

    WE ROCK IT!!

  14. Tahniah Irfan Khairi…

    Terima kasih Irfan Khairi kerana saya pembaca blog anda yang terpilih ke majlis pengumuman & sidang media sebagai duta MIBO…

    Wow,Dr pandai main gitar juga…cool! πŸ™‚

    Terima kasih juga dgn pemberian buku yang sangat menarik”I walked The Dollar” by Saiful Bahri.

    br baca suku buku…boleh banyak blaja daripada pengalaman beliau menjadi salesperson yang sangat hebat…

    saya ada pantun 2 kerat nie…

    “Terima kasih Irfan Khairi,
    Panjang umur kita berjumpa lagi”.

    InsyAllah… πŸ™‚

  15. Tahniah doc…Satu pencapaian yang membanggakan kami. Ini sebagai satu motivasi kepada usahawan semua. Pencapaian yang doc dapat bukan boleh diraih dalam sehari dua.

    Lepas ni kalau ada apa2 program yang doc terlibat mesti hadirin nak dengar doc main gitar sambil nyanyi… πŸ™‚

  16. Irfan, congratulation ! satu lagi pencapaian untuk tahun 2007. Misi yan baik untuk di kongsi dan dimanafaatkan bersama,demi kemajuan bangsa dan negara. Keep it up !

  17. Assalamualaikum…

    Tahniah buat Irfan..
    Hebat memang hebat…Pencapaian demi pencapaian… hari ini dah menjadi duta MIBO pulak..

    Tahniah juga buat yang dah berjaya membuat persembahan yang tentu mengasyikkan di samping penyanyi pujaan Razzi Rahman..sememangnya mempunyai suara yang gemersik dan memukau.. tak patut dilupakan…Kenangan manis tu..mana tau pasni dapat jemputan buat persembahan plak..hehe

  18. Hi semua. πŸ™‚

    Sifu Irfan,

    syabas dan tahniah! jadi duta tu… smart betul Sifu dalam poster gempak tu! πŸ™‚

    baca saja MIBO, aik apa plak ni (saya tak pernah dengar lagi sebelum ni). saya terus surf dan surf, jumpa http://www.mibo.com.my. PERGHHH!!! misi dan visinya menaikkan adrenalin saya! excited amat! saya amat teruja untuk tahu lebih lagi (menyertainya insyaALLAH). tambahan pula, sebentar lagi sesi JejakJutawan bersama mastermind nya plak, Taiko Allen Lee! confirm takkan lepas! πŸ˜€

    terbaca pula lirik lagu Saudara Razzi Rahman (oghe negeri sayo gok). oh, puitisnya… menikam qalbu… (sebut qalbu mengikut intonasi Ustaz Zamri TV9, heheh).

    sekali lagi saya teruja dengan kenyataan dari Sifu: “Pakar perniagaan mengatakan bahawa satu hari nanti perniagaan akan menjadi satu keperluan untuk semua keluarga dalam menampung cara hidup.” nah, ini saja sudah dapat membuktikan bahawa semua kita kena berkecimpung dalam bisnes dan wang!

    P/S:

    – Saudara Salihin, amat bernas ungkapan saudara.

    – saya cadangkan kepada Sifu Irfan, agar bawa gitar sokmo-sokmo, bila-bila rilek-rilek, yang lain boleh dengar petikan maut Sifu tu.

    – baru saja tengok rakaman di astro ria tu, hahaha, smart gak Sifu ya.

    – Sifu, bagaimana nak jadi usahawan MIBO? boleh perincikan lagi tak nanti?

    – Sifu, saya yakin Sifu dapat mencapat kejayaan Taiko-taiko Malaysia kita. asalkan ada kemahuan, yakin pada ALLAH, insyaALLAH berhasil. only time that matters.

    – Sifu, agak panjang plak post saya kali ni. harap-harap ia dapat membantu semua yang lain (dan pastinya diri saya sendiri). πŸ˜€

    = AzamWahid@yahoo.com =

  19. Satu kejayaan, kalau boleh diterbitkan buku cerita bagaimana mencapai semua ini dalam masa yang begitu singkat bagi saya..
    saya memang peminat blog ini dari tahun 2006, memang ada peningkatan yang lebih ketara dari graf yang mencangcang!hehe

    P/S: Kalau boleh luahkan rahsia2 dia

  20. Hi Sifu,

    I wasnt there to enjoy the show but Razzi brought my joy and spirit together w him.

    My respect for you is high,you may not be Tan Sri Mokhtar Bukhari but you are Irfan Khairi!Ur name demands crowds and belief and for me to be your anak didik and Razzi’s,make it worthwhile for me ! U rock!

  21. Salam kasih sayang,

    Tahniah Doc, gelombang kejayaan terus mengembang dah sudah pasti membawa rezeki umpama gelombang juga he he..

    Itulah ‘hukum ganjaran’ kita memberi, pasti kita akan menerima yg setimpal(baik atau buruk).
    Saya juga ingin berkongsi idea mudah-mudahan memberi manfaat. Kita fikir positif, pasti kita dpt yg positif …betul tu he he… Sebelum tu ‘niat dulu’, “AKU MAHU SESUATU YANG BERMANFAAT BAGI DIRIKU DAN SEMUA ORANG SEKARANG”. rahsia hartawan .

    Semoga diberkati. Amin

  22. Saudari Siti Nurhaliza,

    sedap dengarkan lagu ‘biarlah rahsia’ dinyanyikan oleh adik manis di mhi tadi. tambahan pula, liriknya sungguh menikam qalbu! πŸ™‚

  23. Dr Ifan dan Bro Razzi..

    Tahniah atas pencapaian serta persembahan yang sangat2 menarik. Terima kasih jua sudi jemput personally..sayangnya bertembung dengan meeting di Kem Pelajaran..aisehhhh!

    Apa2 pun…tahniah la Sifu and Bro..

    Hayat:
    ps: Grengg..greenggg..greemgg!

  24. Syabas Doc. dan setinggi tanhniah. Ini satu titik tolak utk memartabatkan perniagaan online di malaysia. Doc sebagai pencetus jalan untuk semua.

  25. Tahniah atas pencapaian gemilang penutup tahun 2007. Orang Melayu pun boleh.Saya pun ada impian nak berjaya menjadi usahawan IT

  26. as’kum wbt dan tahniah atas pencapaian En.Irfan dan juga perlantikan sebagai duta MIBO baru2 ini.semoga terus success =)

  27. Tahniah irfan,

    Doktor bukan sahaja bijak tapi tak pernah kedekut berkongsi Ilmu.
    Dr sentiasa menjadi sember inspirasi impian perniagaan online dan kewangan saya di masa depan.

  28. Tahniah untuk Irfan.

    2 Hari lepas baru beli buku RAHSIA JUTAWAN INTERNET.. Baca tapi oleh keran tak pakar dalam IT, masih keliru… Kalau tak dipraktikkan sayang pulak.. Walaupun dah ditunjukkan step bye step tapi blur lagilah.. Harap dapat beri pertolongan.. Tak ada ke buat seminar di Muar ?

  29. Teruja dgr crita Sya dok tngh glakkan anak2 menceburi bidang perniagaan dgn. antar mereka belajar – klau mereka sanggup sya amat mengharapkan dpt merubah nasib keluarga. Niaga boleh diwarisi tak sprti kerja mkan gajikan…..

  30. tahniah irfan khairi. cayalah!!!! saya amat berbangga dgn anda. pasti suatu hari nanti saya akan menjadi sprt anda. IRFAN KHAIRI adalah adlah satu IKON saya..

    CAYALAH………

Leave a Reply

Your email address will not be published.