dutamibo.jpgSemalam berlangsungnya majlis pengumuman & sidang media saya sebagai duta MIBO! Tentu anda tertanya-tanya… apa tu MIBO? MIBO maksudnya “Malaysian Independent Business Ownership”. Sebuah produk/perkhidmatan syarikat J & C Pacific!

Rakaman daripada berita Bernama di Astro Ria semalam boleh didapati di http://www.youtube.com/irfanTV

Pendek kata, MIBO adalah peluang keusahawan sederhana besar. Saya kategorikan MIBO ini sebagai peluang perniagaan sederhana besar di mana untuk usahawan yang benar-benar serious dalam perniagaan ICT secara offline- mungkin juga bagi mereka yang sudah sedia mempunyai pengalaman membuka kedai offline.

Saya diberitahu, kini sudah ada 150 usahawan MIBO!

Sekiranya anda ingin tahu maklumat lanjut, lawati keratan akhbar mengenai MIBO sebelum ini di…

  • http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_business.php?id=292999
  • http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_08.htm
  • http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ef0cf27d-cb73c03a-17ebe660-b5a2b81e
  • http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Industries/SMEs/20071102014826/Article/
  • http://web5.bernama.com/client/mecd/newsbm.php?id=276513
  • *Note… di atas beberapa keratan akhbar lepas. Bukan keratan akhbar majlis semalam… insyaallah majlis semalam akan keluar hari ini atau lusa kut di media. 

    Ini beberapa gambar daripada majlis tersebut…

     

    ikmibo1.jpg
    Saya bersama COO J & C Pacific, Mr Allen menandatangani poster!
              

    ikmibo2.jpg
    Sidang media menjawab soalan wartawan… terima kasih kepada wartawan yang snetiasa memberi sokongan!
    ikmibo3.jpg
    Terima kasih Nizal Mohammad kerana menjadi emcee majlis! I owe you millions!
    ikmibo4.jpg
    Persembahan Razzi Rahman “Rembulan kesiangan” bersama IK… nantikan album kami
    Satu kejutan surprise semalam, rugi sapa yang tak tengok! Saya mengundang Razzi Rahman (KunciCinta.com) untuk mendendangkan lagu favourite saya suatu masa dulu, “Rembulan Kesiangan”!

    Dan yang lagi mengejutkan, saya mengiringinya dengan bermain guitar! haaa… jangan terkejut. Saya boleh bermain guitar sebenarnya. Usahawan-usahawan juga… tapi rock 90-an memang saya layan ;)

    Actually, saya request special performance dari Razzi Rahman untuk nyanyikan lagu “Rembulan Kesiangan” sebab antara liriknya yang dari dulu hingga kini yang saya sering ingat-ingatkan diri saya (dan kini ingin sampaikan kepada anda…)

    Apakah lumrah manusia,
    Bila terang, ramailah yang datang,
    Dan bila, gelap gelita,
    Hilang kasih hilanglah saudara…

    Namun musim bertukar ganti,
    Turun hujan, kemarau pun pergi,
    Yang layu kan tumbuh kembali,
    Bulan terang datang memuji…

    Terima kasih banyak-banyak kepada kenalan wartawan yang hadir serta tetamu-tetamu. Walaupun tak sempat beramah mesra dengan tetamu- harap maaf… saya terpaksa rush ke Melaka oleh kerana ada majlis pada pukul 2pm!

    Seronok dapat main guitar & Razzi Rahman menyanyi sebab masa form 4 form 5 dulu saya minat lagu Rembulan kesiangan! Memang dulu tak pernah termimpi saya akan mengiringi Razzi dalam persembahan!

    Tetapi, mimpi/impian saya untuk menjadi duta produk/perkhidmatan telah dimakbulkan dengan menjadi duta MIBO.

    Malam tadi, di berita Astro Ria, disiarkan coverage majlis tersebut ;) Nak tengok? Lawati YouTube saya di http://www.youtube.com/irfanTV

    See you there!

    Pendapat Anda?

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pengumuman: 3 aktiviti IKSB bulan ini…
  • Duta produk untuk melonjakkan jenama perniagaan dengan cepat
  • Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm
  • Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fm

  • 78 Responses to “Irfan Khairi - duta MIBO”

    1. Irfan Khairi Says:
      Official

      Bagi yang ingin mengikuti speech saya semalam… ini dia, saya cut & paste kan :)

      “Assalamualaikum wbt & salam hormat,

      9/10 rezeki datangnya dari perniagaan
      74% jutawan di dunia datangnya daripada perniagaan
      Pakar perniagaan mengatakan bahawa satu hari nanti perniagaan akan menjadi satu keperluan untuk semua keluarga dalam menampung cara hidup.

      Melalui MIBO, Malaysian Independent Business Ownership, kami berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan dan memupuk semangat keusahawanan dalam masyarakat.

      Saya ucapkan terima kasih kepada Allen Lee dan pihak J & C pacific kerana memberi peluang kepada saya dalam mengemudi MIBO sebagai jurucakap dan juga duta MIBO.

      Keunikan peluang perniagaan dibawah MIBO yang memberi 100% komisyen kepada ahli tanpa dibahagikan kepada orang tengah melalui cara tradisional adalah antara sebab saya bersetuju mengambil peranan ini. Model perniagaan yang meminimakan risiko serta bantuan latihan & motivasi juga adalah sebab MIBO patut diwar-warkan kepada masyarakat. Kini, MIBO telah mendapat sokongan dari pada badan seperti MARA, Persatuan Usahawan Muda Malaysia dan juga Persatuan Graduan Malaysia.

      Dengan peranan ini, saya harap dapat mendekatkan lagi belia kita dengan keusahawanan terutama mereka ynag berminat dalam bidang ICT dan juga perniagaan. Semoga dapat mengurangkan jumlah pengangguran (60,000 menganggur 16% computer & teknologi bermaklumat), di samping meningkatkan lagi ekonomi sendiri dan juga Negara.

      Antara matlamat utama MIBo di mana saya dan juga J& C Pacific akan usahakan adalah untuk melahirkan 1,000 usahawan ICT dalam jangkamasa satu tahun ini. Kami akan mengadakan road tour , dan melakukan promosi kesedaran keusahawan ICT melalui media masa dan juga sesi ceramah & latihan.

      Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada J & C pacific atas kepercayaan dan juga anda yang hadir atas sokongan.

      Assalamualaikum!”

    2. Dik Mal Says:

      Salam Irfan :)

      Tahniah atas pencapaian kali ini. Dari semalam saya tunggu update tentang ini. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan :)

      I wish to meet you in person one day! :) amin.

      Go Go Glory! :)

    3. koibito Says:

      wau..memang gempaklah …

      rupanya ini lah duta nya ya…semoga akan meningkatkan lagi semangat keusahawanan dikalangan rakyat Malaysia terutamanya orang-orang yang baru seperti saya.Tak kiralah offline ke online ke.

      Mungkin masa akan datang kita boleh jadi usahawan secara offline pula…manalah tau..

      sekali lagi buat ..selamat berduta..hehe

    4. Jebat Mesranet Says:

      Tahniah Irfan,

      Wah! macam-macam pencapaian tahun nie. Seronok baca blog ni. Tiap hari ada je kejutan :-) .

      MIBO ni sape2 pun boleh join ke Atau ada syarat lain untuk join. Dah baca semua artikel, tapi tak berapa jelas lagi, yang pasti MIBO ni akan melahirkan jutawan ICT.

    5. Encik Dlie Says:

      Syabas Irfan.. Semoga perniagaan ICT semakin meluas dan berkembang di Malaysia terutamanya secara online.

      p/s : tahniah, tahniah, tahniah…

    6. P2..DotCom Says:

      Tahniah Doc.!! ;)

      Semoga ramai lagi yang menjadi ushawan jutawan dengan adanya peluang sebegini. :)

      Memang menjadi angan2 saya untuk memulakan perniagaan dalam bidang ICT. Saya rasa inilah peluang yang terbaik. :D

    7. NayanMohd Says:

      Gempak!! Hebat!!
      Kejayaan Irfan Khairi bukan datang dalam masa sebulan dua tapi bertahun lamanya…

      Jadi, kita yang masih baru kena usha lebih gigih dan keras untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.. Insyaallah.

      P/S : teruja bila dapat tahu yang boleh bermain gitar….

    8. ibu_sufi Says:

      Tahniah !!

      Emm…teruja jugak buat kezutan bermain gitar..

    9. taza Says:

      Yeah Terima kasih diatas token yang diberi semalam. Dan tahniah juga. Semalam sempat juga selepas launching dengar celoteh saudara Nizal tentang programnya dan networking ngan beberapa IM. Very interesting dan pada yang berminat untuk menceburi bidang ICT. Ini mungkin peluang yang tidak patut dilepaskan

    10. shaliza81 Says:

      salam tahniah kerana menjadi duta MIBO. semoga segala usaha akan sentiasa diberkati Illahi hendaknya..saya bangga atas kejayaan dan suprise gak coz bleh main gitar disamping bro razzi rahman, org kuat kuncicinta.com n saya tahu adlah sifu beliau.tak sabar nak tunggu album u all..thanks a lot n good luck for the future..

    11. azwa Says:

      Salam Irfan Khairi..

      selalunya saya dtg sini baca dan keluar.. byk mesej yang berguna saya dapat disini.. dan kali ini saya bagai tertarik nak bagi komen. ;)

      Tahniah kerana menjadi Duta MIBO dan saya juga turut bangga atas kejayaan yang capai hingga kehari ini..

      seperti yang lain, teruja lihat pandai bermain gitar diiringi dengan Bro RR.. cayalah! :)

    12. Irfan Khairi Says:
      Official

      terima kasih atas sokongan semua…

      bagi yang mengikuti blog saya sejak 2006, pasti dapat melihat perkembangan saya, strategi saya dan juga usaha saya dalam mencapai apa yang saya capai hari ini sejak dua tahun lalu di Malaysia.

      mudahan dapat menjadi contoh untuk semua, bukan mencapai apa yang saya capai, malah, lebih daripada itu!

      pencapaian saya masih lagi sedikit sekiranya dibandingkan dengan ikon seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari… Tan Sri Ali Hasyim… yang jauh lagi dari capaian saya! ;)

    13. megat Says:

      Tahniah Irfan!

      Insya allah banyak yang dapat saya perlajari dan renungkan dari entri-entri di blog Irfan yang pastinya ia memang amat berguna.

      Terima kerana sudi berkongsi dan memberi kata rangsang minda di sini

    14. BenJol Says:

      Ada talent main gitar rupanya. Satu lagi contoh di mana kita perlu seimbangkan antara pelajaran/pekerjaan dan aktiviti luar.

      Jangan dok main komputer jee …

    15. produkDCL Says:

      syabas ….!!!!!!!

    16. Razzi Rahman Says:

      TAHNIAH SIFU, You memang gempak semalam!!! Bukan senang untuk terpilih sebagai duta kepada satu project besar seperti MIBO.

      Also, for me pulak…it was a day to remember, salah satu hari yang paling manis untuk diingati, Memang best sangat!!

      BEST sebab after 10years, diberi peluang menyanyi balik dan PALING BEST dapat perform pulak bersama-sama dengan Irfan Khairi tuuu…Fuuhhh!!

      WE ROCK IT!!

    17. Muhammad Farid Bin Zulkipli Says:

      Tahniah Irfan Khairi…

      Terima kasih Irfan Khairi kerana saya pembaca blog anda yang terpilih ke majlis pengumuman & sidang media sebagai duta MIBO…

      Wow,Dr pandai main gitar juga…cool! :)

      Terima kasih juga dgn pemberian buku yang sangat menarik”I walked The Dollar” by Saiful Bahri.

      br baca suku buku…boleh banyak blaja daripada pengalaman beliau menjadi salesperson yang sangat hebat…

      saya ada pantun 2 kerat nie…

      “Terima kasih Irfan Khairi,
      Panjang umur kita berjumpa lagi”.

      InsyAllah… :)

    18. JimieRay Says:

      Tahniah doc…Satu pencapaian yang membanggakan kami. Ini sebagai satu motivasi kepada usahawan semua. Pencapaian yang doc dapat bukan boleh diraih dalam sehari dua.

      Lepas ni kalau ada apa2 program yang doc terlibat mesti hadirin nak dengar doc main gitar sambil nyanyi… :)

    19. Maizul Says:

      Tahniah Irfan… moga dengan MIBO ni dapat mengurangkan lagi penggangguran di Malaysia ni.

    20. Zamri Mohamad Says:

      muka nampak letih dan kurang tenaga.
      Kerja banyak sangat ni….

      ZAMRI MOHAMAD
      www.zamrimohamad.com

    21. salihin Says:

      tahniah kepada doc irfan dan Bro Razzi..

      note:masa senang kawan kenal kita,masa susah kita kenal kawan.

    22. Precint88 Says:

      Irfan, congratulation ! satu lagi pencapaian untuk tahun 2007. Misi yan baik untuk di kongsi dan dimanafaatkan bersama,demi kemajuan bangsa dan negara. Keep it up !

    23. Zamri Mohamad Says:

      Err siapa jutawan ditemuramah hari ini?

    24. DINI Says:

      Assalamualaikum…

      Tahniah buat Irfan..
      Hebat memang hebat…Pencapaian demi pencapaian… hari ini dah menjadi duta MIBO pulak..

      Tahniah juga buat yang dah berjaya membuat persembahan yang tentu mengasyikkan di samping penyanyi pujaan Razzi Rahman..sememangnya mempunyai suara yang gemersik dan memukau.. tak patut dilupakan…Kenangan manis tu..mana tau pasni dapat jemputan buat persembahan plak..hehe

    25. AzamWahid Says:

      Hi semua. :)

      Sifu Irfan,

      syabas dan tahniah! jadi duta tu… smart betul Sifu dalam poster gempak tu! :)

      baca saja MIBO, aik apa plak ni (saya tak pernah dengar lagi sebelum ni). saya terus surf dan surf, jumpa www.mibo.com.my. PERGHHH!!! misi dan visinya menaikkan adrenalin saya! excited amat! saya amat teruja untuk tahu lebih lagi (menyertainya insyaALLAH). tambahan pula, sebentar lagi sesi JejakJutawan bersama mastermind nya plak, Taiko Allen Lee! confirm takkan lepas! :D

      terbaca pula lirik lagu Saudara Razzi Rahman (oghe negeri sayo gok). oh, puitisnya… menikam qalbu… (sebut qalbu mengikut intonasi Ustaz Zamri TV9, heheh).

      sekali lagi saya teruja dengan kenyataan dari Sifu: “Pakar perniagaan mengatakan bahawa satu hari nanti perniagaan akan menjadi satu keperluan untuk semua keluarga dalam menampung cara hidup.” nah, ini saja sudah dapat membuktikan bahawa semua kita kena berkecimpung dalam bisnes dan wang!

      P/S:

      - Saudara Salihin, amat bernas ungkapan saudara.

      - saya cadangkan kepada Sifu Irfan, agar bawa gitar sokmo-sokmo, bila-bila rilek-rilek, yang lain boleh dengar petikan maut Sifu tu.

      - baru saja tengok rakaman di astro ria tu, hahaha, smart gak Sifu ya.

      - Sifu, bagaimana nak jadi usahawan MIBO? boleh perincikan lagi tak nanti?

      - Sifu, saya yakin Sifu dapat mencapat kejayaan Taiko-taiko Malaysia kita. asalkan ada kemahuan, yakin pada ALLAH, insyaALLAH berhasil. only time that matters.

      - Sifu, agak panjang plak post saya kali ni. harap-harap ia dapat membantu semua yang lain (dan pastinya diri saya sendiri). :D

      = AzamWahid@yahoo.com =

    26. Han Says:

      wow… …
      cemburu pula..hehe…
      memang best lah kalau serba tahu…
      apa2 pun, tahniah …satu lagi impian tercapai…

      han

    27. IKA Says:

      tahniah Irfan Khairi..dak sekolah leh ke join perniagaan ni..x de duit r

    28. Taqiyuddin Says:

      Satu kejayaan, kalau boleh diterbitkan buku cerita bagaimana mencapai semua ini dalam masa yang begitu singkat bagi saya..
      saya memang peminat blog ini dari tahun 2006, memang ada peningkatan yang lebih ketara dari graf yang mencangcang!hehe

      P/S: Kalau boleh luahkan rahsia2 dia

    29. Catriona Ross Says:

      Hi Sifu,

      I wasnt there to enjoy the show but Razzi brought my joy and spirit together w him.

      My respect for you is high,you may not be Tan Sri Mokhtar Bukhari but you are Irfan Khairi!Ur name demands crowds and belief and for me to be your anak didik and Razzi’s,make it worthwhile for me ! U rock!

    30. olie Says:

      Tahniah ! Memang tak syak lagi memang layak menjadi duta bidang ICT. Malaysia memang BOLEH!

    31. shasha-tmn cahaya,ampang Says:

      Assalamualaikum Irfan…

      Tahniah untuk Irfan & SELAMAT MAJU JAYA!

    32. Siti Nurhaliza Says:

      IK,
      Tahniah dan Syabas. CAYALAH!!!!

      ****thumbs up 4u****

    33. redha Says:

      Salam kasih sayang,

      Tahniah Doc, gelombang kejayaan terus mengembang dah sudah pasti membawa rezeki umpama gelombang juga he he..

      Itulah ‘hukum ganjaran’ kita memberi, pasti kita akan menerima yg setimpal(baik atau buruk).
      Saya juga ingin berkongsi idea mudah-mudahan memberi manfaat. Kita fikir positif, pasti kita dpt yg positif …betul tu he he… Sebelum tu ‘niat dulu’, “AKU MAHU SESUATU YANG BERMANFAAT BAGI DIRIKU DAN SEMUA ORANG SEKARANG”. rahsia hartawan .

      Semoga diberkati. Amin

    34. Dr Azwan Says:

      1st time to visit your website…

      Harap dapat jadi jutawan beberapa tahun dengan bekalan ilmu dan tunjuk ajar dari Irfan.

      Ilmu yang Irfan kongsi dengan kami, Allah jua yang membalasnya.

      Dr Azwan
      www.drazwan.blogspot.com

    35. Fitra Alfina Says:

      Tahniah!

    36. AzamWahid Says:

      Saudari Siti Nurhaliza,

      sedap dengarkan lagu ‘biarlah rahsia’ dinyanyikan oleh adik manis di mhi tadi. tambahan pula, liriknya sungguh menikam qalbu! :)

    37. Hj. Hayat Says:

      Dr Ifan dan Bro Razzi..

      Tahniah atas pencapaian serta persembahan yang sangat2 menarik. Terima kasih jua sudi jemput personally..sayangnya bertembung dengan meeting di Kem Pelajaran..aisehhhh!

      Apa2 pun…tahniah la Sifu and Bro..

      Hayat:
      ps: Grengg..greenggg..greemgg!

    38. Rosli Says:

      Syabas Doc. dan setinggi tanhniah. Ini satu titik tolak utk memartabatkan perniagaan online di malaysia. Doc sebagai pencetus jalan untuk semua.

    39. yusoff sehh Says:

      sifu memang hebat…kalau ada peluang saya nak sertai sekali..insaallah

    40. Anonymous Says:

      Tahniah atas pencapaian gemilang penutup tahun 2007. Orang Melayu pun boleh.Saya pun ada impian nak berjaya menjadi usahawan IT

    41. zar Says:

      as’kum wbt dan tahniah atas pencapaian En.Irfan dan juga perlantikan sebagai duta MIBO baru2 ini.semoga terus success =)

    42. MOHMMAD HAMDY ABDUL MUTALIB Says:

      Syabas irfan

      setiap kejayaan tentu dilalui dengan kepayahan..teruskan usaha

      Mohmmad Hamdy Abdul Mutalib
      http://www.rahsiasaham.com
      http://www.ebook4rich.com (Under construction)

    43. putri79 Says:

      syaabas irfan..

    44. Effaismaza Says:

      Tahniah irfan,

      Doktor bukan sahaja bijak tapi tak pernah kedekut berkongsi Ilmu.
      Dr sentiasa menjadi sember inspirasi impian perniagaan online dan kewangan saya di masa depan.

    45. hasan Says:

      syabas dan tahniah…

      saya ingin jadi mcm tapi xtau mcm mana nak mula… tak ada talent la

    46. Raymond Says:

      Membantu menggurangkan penggangguran merupakan satu usaha yang mulia.

      Teruskan usaha anda.

      Attracting the best,
      Raymond Chua
      http://attractingyourgoals.com

    47. Azlan Says:

      Tahniah buat Irfan menjadi duta MIBO
      harap dengan ada nya MIBO dapat melahir kan usahawan ICT

    48. NITA Says:

      Tahniah untuk Irfan.

      2 Hari lepas baru beli buku RAHSIA JUTAWAN INTERNET.. Baca tapi oleh keran tak pakar dalam IT, masih keliru… Kalau tak dipraktikkan sayang pulak.. Walaupun dah ditunjukkan step bye step tapi blur lagilah.. Harap dapat beri pertolongan.. Tak ada ke buat seminar di Muar ?

    49. hasandin Says:

      Teruja dgr crita Sya dok tngh glakkan anak2 menceburi bidang perniagaan dgn. antar mereka belajar - klau mereka sanggup sya amat mengharapkan dpt merubah nasib keluarga. Niaga boleh diwarisi tak sprti kerja mkan gajikan…..

    50. munirnikman Says:

      tahniah irfan khairi. cayalah!!!! saya amat berbangga dgn anda. pasti suatu hari nanti saya akan menjadi sprt anda. IRFAN KHAIRI adalah adlah satu IKON saya..

      CAYALAH………

    51. shanbina Says:

      Tahniah di atas perlantikan duta sy. ICT tersebut.Bagus juga perniagaan tua.. macam mane nak join…

    52. eta Says:

      wow u look perfectlah. Berjaya, Bergaya dan Berupa. Doakan saya menjejaki langka anda.

    53. Zul Says:

      congratulation! memang hebat!

    54. yana Says:

      Tahniah dari saya, memang layak jadi ikon. mcm ne nak join eh?

    55. eusahawan Says:

      Salam,

      Nampak menarik.
      Saya dah 5 tahun ++ buka cc, jika ada peluang berkaitan ict … harap dapat hubungi saya.

      TQ

    56. zamri Says:

      Apa lagi MIBO ada tawarkan kalau berkaitan dengan produk telekomunikasi itu memang bidang saya ni… bagai mana nak apply?

      www.mizemall.com

    57. SHAIFUL MAZRI Says:

      Syabas, .IRFAN, Formula Luar Biasa ini memberi impak kepada bakal-bakal eUsahawan seperti saya dan yg lain tu. . menjadi ikon dan rolemodel kepada semua bakal eUsahawan.

    58. zmz Says:

      assalamualaikum !! Saya sbg remaja yg brkecimpung dlm dunia IT amat brbangga memiliki ikon yg mampu mnjadi perangsang kpd ank muda utk brjaya

    59. putra Says:

      congratz abg irfan..Hope u’ll be happy..especially in 2008..HAPPY NEW Year..you are the good example for me =)..

    60. ketuk_angel Says:

      Tahniah gak kat doc… Saya dah mendaftar kat Mibo.com tuh… tgah tunggu respon dari doc or mibo.com

    61. yazid yahaya Says:

      asalamualaikum..terima kasih dengan irfan khairi kerana telah menunjuk setiap langkahdidalam bisness internet.sekarang saya dapat berdiri dengan kukuh untuk web site saya yang sterusnya..di blog e_Malaysia iaitu di malaysia99.blogspot.com merupakan example website untuk saya terus maju kedepan untuk membuat website yang lebih maju,dan tahniah juga untuk irfan khairi kerana telah menjadi MIBO yang dipandang tinggi oleh orang ramai.
      Taniah

    62. Mohdnoor Says:

      Assalamualaikum…doc, saya dah daftar dan saya tengah tunggu respon dari u.

      Wassallam
      mna

    63. mohd yusoff Says:

      Saya sangat teruja bila membaca sebahagian teks ucapan Irfan. I hope suatu hari nanti saya bolih mengikuti jejak beliau itu pun sekiranya masih belum terlambat. Thanks

    64. ELIAS BIN SIDIK Says:

      Tahniah,
      Irfan membantu anak bangsa melayu dalam perniagan Internet,dan yang kurang berkemampuan, syabas,

    65. elissarahman Says:

      congrats irfan. memang hebat jadi duta MIBO! kawan saya dah dengar taklimat. pinjaman dari bank dgn kadar bunga tinggi tapi sykt J&C akan offer MIBO “private” pinjaman tanpa bunga. saya dah daftar dan tunggu respon.

      Nasihat bagaimana nak buat perniagaan kerana produk ICT seperti celcom / streamyx - dah ramai dealers buat promosi di serata tempat, mesti saingan hebat.

    66. Wan Says:

      bleh x sy nk jumpe irfan secara personal?

    67. muhamma shahrul Says:

      asslmkum abang saya nak bertanya adakah mibo ini boleh mendapat pendapatan lumayan

    68. muhamma shahrul Says:

      saya ada blog boleh tak kita menjual produk dari mibo ke kita punya blog??????

    69. ELIAS SIDIK Says:

      eliascd@yahoo.com
      Tahniah diatas pencapain IK,menjadi duta MIBO kali ini,
      Semuga menjadi perintis kepada anak-anak
      bangsa melayu maju kehadapan dalam bidang ini
      sekian.

    70. azlin Says:

      tahniah irfan.tapi…malu nak cakap.sebenarnya saya tak tau langsung cara nak buat laman web ni.ada buku,tapi susah nak faham.ada sesiapa bole bantu tak?

      p/s
      bangga dengan kejayaan anak muda macam irfan.

    71. alrifae Says:

      Salam… sy berminat nak join MIBO, no phone yang en irfan suruh call tu dah sy call tapi tak berjawab langsung. Sy dalam kesempitan dan ingin mencari peluang buat duit. Taraf gaji saya dan tanggungan sy melayakkan sy masuk program bersamamu tv3. Harap en irfan boleh guide sy selain dari call en SHAH. Semoga Allah membalas jasa baik en irfan. terima kasih

    72. kAmiLah Says:

      Assalamualaikum..d0c IK,salam sejahtera!!
      1st,y nkmtk maaf c0z sy bkn nk b’ckp tntang MIB0,but ape2pun tahniah utk d0c!!D0c merupakan ik0n sy sjak sy mula mngenali d0c 3yhn yg lps di akhbar.Waktu itu sy sdang mnunggu utk smbung blja di fm6.Shgga skang sy msih lg mnyimpan keratan akhbar tersebut n swktu kit0rang kena public spking masa mula2 msuk l0wer6,sy b’ckap tntang d0c sbg ik0n sy.Sy m’jadikn d0c sbg sumber inspirasi sy krn d0c ade mngatakan dlm akhbar t’sebut,juz d0 it apa yg kita minat n then secara xlgsung pulangan daripadanya akn kmbalai kpd kita semula.Sy juga m’jadikan d0c ik0n sy krn sy m’miliki bbrpa p’samaan dgn d0c spt selalu lemas dlm subjek matematik n kira mngira..isk3 =(
      Sy juga dtg drp fmili yg sderhana n sy juga s0rg yg sdrhana.Skang sy tlah mlnjutkan pelajaran di UUM,bru smggu lbih.Msih t’lalu byk yg perlu dipljari.Sy mngmbil jurusan Teknologi Media wlpun pd hakikatnya sy tidaklh t’lalu b’minatpd k0s ini ttapi sy ttapkn tnamkn minat krn sy s0rg yg positif.Emel2 yg d0c kirimkn byk m’bntu m’motivasikn diri sy n skang tmbah2 lg jurusan sy sdkit sbnyak ada kaitan dgn krjaya d0c.Hmm..ok r d0c,sy perlu b’siap utk ke kls jap lg.Thanks a lots..

    73. JEYA Says:

      hi, i ingin memulakan bisnes melalui internet, tetapi tidak tahu cara, nak promotkan barangan… tolong saya, bagaimana hendak memulakan, saya telah baca maklumat saudara di internet, very interesting… buat masa ini saya bekerja, dan mungkin nak buat dirumah sahaja,pls advise me.

      thk u.

    74. saiful510 Says:

      Terima Kasih kerana menjadi idola saya dan ramai lagi di luar sana. Teruskan dengan usaha-usaha supaya kami terus berjuang dalam mengharungi liku-liku perniagaan internet ini. Thanks again bro…

    75. LelaHamid Says:

      tahniah la bro irfan..
      seronoknya dengar ttg kejayaan org Melayu..lagi2 dlm dunia internet biz ni..hrp2 semakin ramai la yang mengikut jejak langkah bro IK ye..termasuk saya la tu..
      Doakan kami…

    76. sayhetwo Says:

      Tahniah buat bro Irfan..bangga ada anak melayu jadi jutawan.saye ni baru nak berjinak-jinak perniagaan internet.Harap bro Irfan dapat bimbing..saye suke baca motivasi bro Irfan tu..tq

    77. coklat Says:

      saya teringin nak dengar saudara baca ayat alquran,.

    78. Noor Azrin Says:

      Anda memang hebat..

    Leave a Reply