Pejam celik pejam celik, program bicarawara “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” sudah berlangsung selama sebulan!

Seperti matlamat saya bulan lepas, alhamdulillah, kini program JUTAWAN menjadi antara program yang paling popular di Radio24! Oleh sebab itu, Radio24 kini telah memberi peluang rancangan JUTAWAN! disiarkan pada PRIME SLOT :)

Klik di sini untuk membaca matlamat saya mengenai program JUTAWAN! 

Mulai bulan ini, JUTAWAN! bukan lagi berlangsung pada setiap hari Khamis pukul 3.00pm. Waktu baru program JUTAWAN adalah pada setiap hari Jumaat bermula 8.00 malam!

5 ikon jutawan telah bersama saya di JUTAWAN sejak bulan lepas. Seronok saya mengendalikan rancangan ini dan dapat mencungkil strategi jutawan-jutawan Malaysia- sehingga saya sendiri telah mempelajari pelbagai perkara dan berjaya menambahkan pendapatan- betul!

Tip hari ini adalah untuk anda aplikasikan apa yang diajar oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan. Adakalanya saya fikir saya sudah mengetahui banyak strategi perniagaan dan strategi membuat wang. Tetapi, apabila saya membuka fikiran pada idea-idea baru daripada ikon-ikon jutawan, ternyata saya salah! Saya berjaya menambahkan pendapatan saya!

Terlalu banyak cara menjana pendapatan di Malaysia ini. Buka fikiran dan hormati semua jenis perniagaan- tidak kira perniagaan Internet, perniagaan MLM, perniagaan ICT, perniagaan insurans, hartanah, jualan, mail order, perniagaan berbentuk gerai, menjual kosmetik, perniagaan konvensional membuka kedai, membuka booth… dan banyak lagi.

Hormati perniagaan oleh kerana dengan menghormati semua jenis perniagaan (asalkan ianya perniagaan halal!), fikiran kita akan lebih terbuka pada idea-idea baru menjana pendapatan dan menjadikan pendapatan kita tiada hadnya! ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Penjaga zoo popular maut- tip hari ini!
  • “JUTAWAN!” siri #1 berjaya :)
  • Penggambaran “Aura Rasa”, RTM
  • Matlamat “Jutawan!”