Cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan

Tentunya kita pernah dengar USP- iaitu unique selling proposition. Yang mencadangkan untuk sesuatu perniagaan berjaya dalam keadaan pesaingan yang sengit, perniagaan itu perlu mengetengahkan sesuatu yang unik.

Keunikan berkait rapat dengan kreativiti. Dan dalam perniagaan, sama ada cara melancarkan perniagaan, cara pemasaran, cara mengendalikan perniagaan, sekiranya dilakukan dengan kreatif, ia akan menjadi unik!

Tetapi, bagaimana caranya untuk kita menjadi kreatif dalam perniagaan?

1. Jadi kreatif dengan cara banyak surf internet!

Pepatah Melayu, jauh perjalanan, luas pandangan. Zaman ini, dengan adanya internet, kita tidak perlu lagi secara fizikal untuk mendapat luas pandangan.

Dunia ada di hujung jari anda sahaja.

Layari internet untuk mendapat idea-idea yang boleh diaplikasikan pada perniagaan anda. Lakukan search di Google tentang perniagaan dan industri anda, tetapi lakukan search untuk melihat perniagaan-perniagaan dan industri anda di luar negara- bukan sahaja di Malaysia.

Dengan melakukan ini, anda akan mendapat lebih banyak idea-idea yang digunakan di luar negara yang boleh diaplikasikan untuk perniagaan anda di Malaysia!

2. Tak semestinya industri anda sahaja!

Buka fikiran anda untuk idea-idea yang dilakukan oleh perniagaan lain, dan industri anda. Jangan hanya tumpu pada idea yang terdapat pada industri anda sahaja.

Adakalanya idea dari industri lain, boleh diaplikasikan untuk industri anda.

Sebagai contoh, mungkin dari search anda, anda terjumpa perniagaan kasut “Tom’s” www.toms.com. Sebuah perniagaan menjual kastu yang telah menjadi popular melalui pergerakan mereka, beli sepasang kasut, dan sepasang kasut akan didermakan oleh Tom’s kepada kanak-kanak yang susah di Afrika!

Hmmm… boleh kah idea sebegitu digunakan dalam industri tudung sebagai contoh? Beli tudung dari anda, dan sehelai tudung akan didermakan kepada mereka yang kurang berada!

Hanya sekadar contoh, tetapi anda dapat lihat bagaimana caranya menjadi kreatif? Ianya tidak susah!

3. Kreativiti adalah seperti otot. Lagi digunakan, lagi kuat!

Sering kita lihat, ada “Orang yang kreatif” ada pula “orang yang tidak kreatif”.

Sebenarnya kreativiti adalah seperti otot. Orang yang kreatif, sering berfikir dan melihat perkara-perkara kreatif. Seperti contoh-contoh di atas. Kreativiti ini akan merangsang diri sendiri untuk menjadi lebih kreatif.

Lebih banyak yang kita fikirkan untuk jadikan perniagaan kita kreatif, lebih banyak idea-idea kreatif yang kita akan dapat.

Seperti otot, lagi banyak kita bersenam dan workout, lebih kuat otot kita. Jika kita kurang fikirkan kreativiti dalam perniagaan, sebab itulah kita tidak menjadi kreatif.

Oleh itu, untuk menjadi kreatif, mula berfikir secara kreatif. Lama kelamaan, anda akan mendapat lebih banyak idea-idea yang kreatif yang anda boleh aplikasikan dalam perniagaan anda!

Contoh-contoh idea kreatif yang saya lihat yang dilakukan…

  1. Tom’s shoes menjadi kreatif melalui derma. Untuk setiap pembelian kasut, mereka menderma kasut pada kanak-kanak yang tidak mampu serata dunia.
  2. Perniagaan Sharpie (pen warna) menggalakkan pengguna-pengguna pen tersebut menghantar hasil lukisan/contengan mereka kepada sharpie untuk Sharpie paparkan di Instagram mereka!
  3. Sebuah restoran Pizza memberi satu slice pizza kecil percuma kepada pelawat mereka yang “follow” mereka di Instagram.
  4. Sebuah travel agent menjalankan pertandingan selfie. Ambil selfie di tempat-tempat menarik, dan gunakan hashtag travel agent tersebut untuk mendapat diskaun travelling akan datang!

Dan banyak lagi! Jangan lupa… fikirkan bagaimana idea yang kreatif dari industri lain boleh anda aplikasikan untuk perniagaan anda juga!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.