Sat 4 Oct 2008
Seminggu juga Tip Satu minit cuti. Raya sakan
So, apa kata kita sambung kembali Tip Satu Minit.
Hari ni saya nak sebut tentang “Bakat Semulajadi”.
- Bila kita tengok Tiger Woods, kita kata beliau mempunyai bakat semulajadi dalam bermain golf.
- Bila kita tengok Siti Nurhaliza, kita kata beliau mempunyai bakat semulajadi dalam nyanyian.
- Bila tengok IK, ada yang kata saya mempunyai bakat semulajadi dalam perniagaan.
Sememangnya bakat, adalah pemberian Allah swt, tetapi, bakat yang tidak diasah adalah sia-sia.
- Tiger Woods mengambil masa berjam-jam setiap hari berlatih bermain golf, walaupun sedia mempunyai bakat
- Dato Siti Nurhaliza juga berlatih dan mempelajari teknik-teknik nyanyian untuk jadi lebih hebat
- Saya juga mengambil masa berjam-jam membaca dan melakukan research dalam bidang perniagaan
Bakat tanpa diasah hanyalah sia-sia. Pastinya semua orang mempunya bakat… atau bakat semulajadi. Tetapi, adakah semua orang mengasah bakat masing-masing supaya bakat tersebut menjadi hebat? Sekiranya sesuatu bakat tidak diasah, maka itulah satu kerugian yang amat sangat. Maka, bakat pun tak menjadi.
Ketahui bahawa kita sendiri mencipta bakat dalam diri dengan banyak-banyak berlatih dan mempelajari ilmu dalam sesuatu bidang tersebut. Mula asah bakat anda sekarang!
![]()
ps: IK juga berbakat makan lemang, rendang & London Almond!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


October 4th, 2008 at 12:21 pm
Wow, baru jer tadi tgk2 blog irfan, split second dah update! Nice, btw setuju sgt ttg post Irfan kali ni. Bakat + Minat atau ‘Passion’… insyaAllah money + success will come….
October 4th, 2008 at 5:49 pm
saya juga berbakat seperti ik berbakat makan lemang+ketupat+rendang+kuih almond london:)haha
hapiness first money came second
October 4th, 2008 at 6:05 pm
Salam Aidilfitri IK sekeluarga,
Saya cuma nak tambah sikit berkenaan ‘Bakat Bercakap & Bersosial:
B-Believe in yourself
A-Approach the right person at the right time
K-Know others’ requirement while communicate
A-Access through many doors (various topics) to feel comfortable and create valuable
T-Trial n error (makes failure a pleasure)
October 4th, 2008 at 6:57 pm
Betul tu,bakat yg xdiasah akan menjadi sia2 sahaja ttp saya ada kemusyikilan menngenai bakat ni-macam mana kita nak tahu bakat yg ada dlm diri kita-harap IK bleh jelaskan
October 4th, 2008 at 7:06 pm
What I always tell people who love in photography…I’m made by 10% gifted and 90% effort. Afterall, I’m still at 10% without effort and those without 10% gifted can overdo themselves more than me by 90% (eventually, they also have that 10% without they even know it)
Selamat Hari Raya IK and Family
SN
October 4th, 2008 at 10:25 pm
Assalamualaikum, semua.
Selamat Kembali!!
Untuk apa jua usaha, pasti ada ruang dan jalannya.Gunakan sepenuhnya bakat yang ada… InsyaAllah
October 4th, 2008 at 10:29 pm
Assalamualaikum dan selamat hari raya IK,
Saya sendiri kadang kala terfikir adakah setiap manusia dikurniakan bakat tersendiri ataupun kite sendiri yg mengasah bakat tersebut…artikel yg membangkitkan balek semangat..maklum ler mood2 raya nih buat jadik lemau sikit..hehe
www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan mimpi satu realiti~
October 4th, 2008 at 10:43 pm
Konklusi Dari Saya >>
Kelebihan/Bakat + Bijak Menggunakannya = $$$
,
October 5th, 2008 at 12:07 am
Ya saya setuju dengan Ik. Seperti mana yang dikatakan oleh Maxwell “Talent Never Enough.”
:)
October 5th, 2008 at 12:32 am
IK memang banyak sangat membaca…saya memang respek sangat…saya sedang berusaha nak menjadikan membaca sebagai satu amalan…selamat harai raya..bez of luck…wasalam..
October 5th, 2008 at 2:56 am
Bakat? Begitu subjektif kan?
Bagi saya, bakat itu hanya anugerah yang tuhan berikan untuk kita - memudahkan kita dalam membuat sesuatu.
Kita mesti ingat ‘anugerah untuk kita’ ni. Ia hanya memudahkan tugas kita bukan memmudahkan dalam persaingan. Kita akan tetap gagal kalau kita pemalas.
Bagi anda di luar sana, jika anda mempunyai bakat, gunelah dengan sebaiknya. Carilah jalan yng sebaiknya untuk menggnakannya.
Tetapi, jika anda tidak mempunyai bakat, fikirkanlah sekali lagi. Jalan tetap banyak. Cuma jalan kita dapat panjang sedikit berbanding orang lain. Jika kita berlari lebih pantas daripada orang yang berbakat tetapi pemalas dan hanya berjalan, kita mampu sampai dahulu (n_n).
www.helmiasyraf.com
October 5th, 2008 at 9:27 am
Selamat Hari Raya IK
Setuju sgt dgn tips kali ni,sebab bakat yg dibiarkan memang akan jadi sia2 sahaja
P:S-IK,apa bakat yg kena ada utk jadi jutawan internet?
October 5th, 2008 at 12:11 pm
Bakat itu hanya dipinjam oleh Allah swt. Sekiranya tidak diasah dan digunakan untuk berbuat baik, apalah gunanya..
Tajamkanlah bakat itu sehingga ia menjadi luar biasa dan Happy Happy selalu!!
http://www.fadzuli.com
October 5th, 2008 at 7:04 pm
Interesting.
Bakat semulajadi mungkin tak menjadi.
Memang betul.
Michael Phelps dikatakan mempunyai badan yang “gifted” untuk acara renang (untuk sesiapa yang tak tahu, dia dapat 8 pingat emas kat dalam Olimpik 2008) dan dia jugak consume 6x lebih calories daripada orang dewasa lain.
Dan dia berlatih tiap-tiap hari.
And tak silap saya, dalam masa setahun (tak silap saya), dia hanya break 5 hari jerk.
Dia kata, “if I take a break one day, someone out there will be better than me”
Okay. Jadi, kita tahu dia memang berusaha. DAN badan yang sesuai untuk berenang.
Bayangkan kalau dia takde bakat semula jadi tersebut?
Boleh tak dia menang? Mungkin. Tapi bukan tahun ni.
Just food for thought.
- Abdul Rahman
October 5th, 2008 at 9:10 pm
betul tu ik..
bakat kalu ada..
tp x diguna..
x leh dipanggil bakat..
tp bakat yg diasah..leh jd hebat
October 5th, 2008 at 10:44 pm
Salam dan selamat hari raya…
Setuju sangat dengan tajuk kali ini… kalau ada bakat tidak diasah tak menjadi dan lebih bermakna kalau bakat bukan sekadar suka-suka tapi bakat jadi duit…:)
October 6th, 2008 at 12:35 am
salam..selamat hari raya IK and to all friend…
bakat + pengalaman + ilmu perniagaan = $$$
inilah ikatan yg paling kuat…jika jatuh dapat bangun kembali…so bakat perlu diasah or berlatih untuk dapatkan pengalaman setiap masalah yg diselesaikan…..so carilah bakat terpendam anda…dan asahlah ia jadi ..
October 6th, 2008 at 1:41 am
Yup..btol ape yg diperkatakan oleh IK. Jika terlalu bergantung pada bakat semata2 tanpa mengilap atau mengasahnya…semua anugerah itu hanyalah sia2. Thats why walau ape pun yg kite buat ade bakat mahupun tidak berbakat…”usaha” tetap menjadi taruhan dan elemen utama untuk berjaya dalam segala bidang. Minat dan bakat adalah faktor penggalak ataupun pemangkin kepada usaha yg dilakukan untuk berjaya.
http://www.grafixxcavator.com
your source of graphics
October 6th, 2008 at 10:46 am
Setiap insan yang diciptakan oleh Allah mempunyai bakat.
October 6th, 2008 at 10:46 am
Setiap insan yang diciptakan oleh Allah mempunyai bakat.
October 6th, 2008 at 1:48 pm
[…] Berbalik kepada isu hari ini adalah mengenai bolehkah jadi jutawan internet.Ramai orang yang ingin jadi jutawan.Tidak kira jutawan internet , jutawan kereta , jutawan kedai makan , jutawan budu , jutawan barang terpakai , jutawan hartanah dan sebagainya.Tapi berapa ramaikah yang benar-benar tercapai cita-cita tersebut.Susah sangat ke nak jadi jutawan ? Saya belum pasti sejauh mana susah dan senang bergelar jutawan.Mungkin anda boleh tanya salah seorang jutawan internet muda Malaysia iaitu saudara Irfan Khairi. […]
October 6th, 2008 at 2:46 pm
Selamat Hari Raya IK,
Bakat sebenarnya boleh dipupuk apabila kita dapat melihat kejayaan kecil. Kejayaan kecil ini dinilai oleh diri kita sendiri dan bukannya orang lain. Sebenarnya bakat semulajadi ini tidak pernah wujud kecuali kita sendiri yang mewujudkannya berdasarkan minat dan tindakan ingin mencuba.Dengan kata lain ianya mestilah didorong oleh diri sendiri..
senyum dan ceria selalu..
October 6th, 2008 at 3:26 pm
Selamat Kembali !!!!
Act….sesiapa kejadian Allah pasti ada keistimewaan yang tersendiri. Yang selebihnya bergantung kepada diri kita juga untuk ,mencungkil dan mengasah kelebihan yang ada pada diri kita. Jangan sesekali sia-siakan kelebihan yang ada.
Bisnes TDTone
October 6th, 2008 at 3:29 pm
Kita seharusnya mencari bakat yang ada pada diri kita.. Bukan hanya mengikut org lain.. Kadangkala bakat kita mungkin kita tidak perasan dan boleh dijadikan satu perniagaan.. Bersama kita bongkarkan bakat kita
October 6th, 2008 at 6:44 pm
menyedari bakat yang kita ada itu mengambil masa. Bukan mudah dan mengambil masa yang lama untuk memahirkan sesuatu bakat ini..
October 6th, 2008 at 7:53 pm
macam saya memang dah ada bakat, bakat dari segi berinteraksi,malah dah memang berbakat but something i dont know i can’t move.
saya tak dapat nak mengeluarkan idea serta tak nampak jalan2 untuk memulakannya.
saya bekerja sebagai seorang pereka grafik.malah dah boleh untuk berniaga sendiri.tapi tiada sumber kewangan untuk membuka sebuah impian yang saya impikan.boleh ke ik bantu stab2 terwal untuk melangkah.jike ada bakat je tak bermakna jike diri dibelenggu tiada semangat dan kunci kejayaan.insan yg seperti saya ini kurang bergaul malah sukar untuk mencari kawan2 yang sefahaman.kalau pelangan saya memang ada,untuk buat design jelah.untuk bidang lain perlu pula ada idea yang dapat menyakinkan setiap pelanggan.dapat ke ik bantu masalah yang saya hadapi selama 3tahun ini.
October 6th, 2008 at 8:36 pm
Bakat semulajadi atau bakat alami inilah yang menajdi kunci kekayaan kepada ramai tokoh yang berjaya.
Kerana mereka melakukan perkara yang mereka rasa ‘kena’ atau ’sesuai’ dengan jiwa mereka - mereka lebih bermotivasi untuk berjaya
Tapi seperti kata IK, harus diasah juga bakat ini. Pasal tu kejayaan mereka tidak dtg bergolek, no shortcut.
Kita pun harus begitu juga!
October 6th, 2008 at 9:08 pm
bakat memang penting dalam menjayakan sesuatu perkara…namun tak semestinya kejayaan itu datang kerana bakat..usaha dan minat juga boleh mampu menempa kejayaan…
October 8th, 2008 at 12:11 pm
salam slamta hari raya.
bakat mmg perlu diasah.tp kita mesti tahu bakat yg kite ade.tp kalau xde bakat mcm mana pula?
ade ke satu modul utk search bakat kite ni??
October 10th, 2008 at 1:14 am
Salam buat IK dan semua,
Belum terlambat utk sy ucapkan Selamat Hari Raya..
baru2 ni saya dah berenti keje sbb kesihatan..saya tercari2 sumber utk bekerja dr rumah tanpa berbekalkan bakat sbb suami khuatir akan kesihatan sy.dlm hati ni Allah sj tahu betapa sy kerisauan memikirkn mcmana nk dpt duit kalau bo nk jd mcm IK..org kata sy bo berjaya sbgi kaunselor sbb sy pandai ckp tp setiap kali sy mula bekerjaya & kedudukan sy stabil sy sakit…tolonglah bg nasihat utk sy redakan risau ni..sy nk mulakn bisnes mcm IK tanpa gunakan satu sen pun duit sndiri sbb financially sy tak berapa mampu..tolong yer IK..
October 21st, 2008 at 1:08 am
mmg bakat penting..
bila diasah lagi best bakat tu…
sebab makin tajam parang bila selalu di asah