Kaedah jana keuntungan RM100,000!

Ramai antara kita belum mulakan perniagaan, atau baru ingin mulakan perniagaan. Ada juga yang sudah berpengalaman setahun dua dalam perniagaan kecil-kecilan.

Namun, antara kesilapan yang saya lihat adalah, perniagaan yang dijalankan tidak dirancang dengan baik dan tidak diautomasikan.

Ini maksud saya.

Usahawan dan bakal usahawan perlu fikirkan kaedah ini…

Dari segi perancangan, ramai yang tidak mempunyai matlamat perniagaan yang tepat. Contohnya, bila ditanya apakah matlamat perniagaan, jawapan yang sering diterima adalah “ingin berjaya!”

Pastinya semua orang ingin berjaya.Tetapi, cara terbaik untuk “berjaya” adalah dengan mempunyai satu sasaran yang tepat untuk ditujukan.

1. Jana keuntungan RM100,000

Contohnya, lebih baik mempunyai matlamat yang tepat seperti, ingin mencapai keuntungan perniagaan RM100,000 dalam masa setahun.

Apabila mempunyai matalamat RM100,000 keuntungan setahun, maka, lebih mudah untuk merancang aktiviti perniagaan.

Untuk mencapai RM100,000 setahun, bererti perlu mendapat keuntungan RM8,333 sebulan (RM100,000 bahagi 12).

Seterusnya, untuk mendapat keuntungan RM8,333 sebulan, perlu memperolehi RM277 sehari.

Boleh juga pecahkan mengikut jam. RM277 sehari jika dibahagikan kepada 12 jam, maka perlu menjana RM23 sejam.

Bukankah lebih mudah kita melihat sebegini? Apa yang anda perlu lakukan untuk menjana RM100,000 setahun, adalah menjana keuntungan RM23 sejam.

Bagaimana untuk melakukan ini?

Jawapannya adalah perniagaan online!

2. Automasikan perniagaan anda

Tidak kira anda menjual produk, atau perkhidmatan…

Perniagaan online berjalan 24 jam sehari (saya cuma kira 12 jam di atas) kerana mungkin selebihnya kita tidur, atau pelanggan tidur waktu perniagaan online tidak aktif.

Sebab inilah saya lebih suka perniagaan online berbanding perniagaan fizikal. Perniagaan fizikal, memerlukan kedai (sewa yang tinggi walaupun kedai tutup), ataupun perniagaan fizikal memerlukan masa kita (perlu berjumpa dengan orang bersemuka!)

Melalui perniagaan online, perniagaan boleh dilakukan secara automatik, 12 jam sehari (atau 24jam sehari)!

Membuat jualan/keuntungan RM23 setiap jam sangat boleh dilakukan. Dan itulah yang anda perlu lakukan untuk menjana pendapatan RM100,000 setahun.

Silap kita adalah, bila kita tidak mengautomasikan perniagaan, masa kita adalah sangat terhad untuk mendapat pelanggan, membalas PM, membalas Whatsapp, membalas DM, itupun, kalau kita mendapat PM, Whatsapp dan DM.

Silap cara, balasan kita disambut dengan “senyap sahaja”. Pastinya anda pernah terkena bukan?

Perniagaan sukar untuk berkembang sekiranya ia terikat dengan masa kita. Maksud saya adalah, lagi banyak pelanggan, lagi banyak pertanyaan, dan lagi banyak masa kita diperlukan untuk menjalankan perniagaan.

Apakah cara terbaik menjalankan perniagaan online dan mendapat pelanggan yang berterusan? Rancang dan uruskan perniagaan anda supaya ianya di automasikan di mana yang boleh. Seperti pemasaran, promosi dan pengiklanan, close sale dan dapatkan pelanggan berulang.

Caranya?

Saya akan membantu dan bimbing anda selama 6 bulan dengan 10 modul perniagaan internet yang sangat penting dan efektif. Klik di sini untuk maklumat lanjut…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.