Malam tadi saya bertemu dengan Nizal Mohammad (TV3) untuk berbincang sedikit mengenai bakal seminar komunikasi efektif yang akan diadakan. Nizal adalah personal coach saya dalam bidang komunikasi efektif (amat penting dalam perniagaan).

Saya ada tanya satu soalan yang sering saya fikirkan…

Kenapa di TV, kalau kita tengok budak-budak mat salleh kalau di interview, mereka nampak natural. Tidak takut-takut dengan camera. Mereka amat sporting dan memberi response yang baik…

Tetapi, apabila melihat budak-budak Malaysia terutamanya apabila di interview di TV, bagaikan takut-takut… malu sedikit, dan adakalanya hendak menyorok dan tidak memberi response yang lancar?

Jawapan Nizal adalah…

Eh… sebelum dengar jawapan Nizal, apa pendapat anda? :) Mengapa situasi di atas berlaku dimana budak mat Salleh yang di interview selalunya sporting dan budak Malaysia selalunya takut-takut? (walaupun keduanya tidak berpengalaman dalam interview)

ps: Bagi mereka yang telah menyuarakan minat mereka tentang seminar komunikasi efektif oleh Nizal Mohammad, insyaallah tak lama lagi akan kami umumkan laman webnya. Maklumat yang telah diterima adalah ia akan diadakan pada 24hb Disember di De Palma Hotel, Ampang (dekat dengan Ampang Point). Sesiapa yang berminat, sila email info@rahsiainternet.com dengan tajuk “Nizal Seminar”.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Komunikasi budak Mat Salleh vs budak Malaysia part II
  • Cara menjadi kreatif dan menjana idea
  • Jadualkan hari anda
  • Strategi mencipta permintaan perniagaan