Sejak setahun dua yang lepas, blog (Web Log) telah menjadi satu trend di Internet. Contoh blog adalah Tip Satu Minit Ini :)

Walaupun terdapat banyak blog peribadi yang menyuarakan pendapat individu, namun, blog bertemakan perniagaan adalah agak kurang. Sekiranya anda mempunyai perniagaan, bina sebuah blog bertemakan perniagaan anda. Blog bertemakan perniagaan akan dapat membantu dari segi…

  • Memberi maklumat dan info baru dan terkini. Untuk menambahkan jualan perniagaan anda, anda memerlukan pelawat yang berulang ke laman web anda. Blog dapat menarik pelawat berulang dengan memberi fresh contents dan menambahkan lagi jualan sesuatu perniagaan Internet.
  • Memberi suara yang lebih personal dan tidak formal untuk dikenali pelawat dan bakal pelanggan. Pelawat lebih mudah mendekati perniagaanyang dikenali. Blog bertema akan dapat mengenalkan pelawat kepada industri blog tersebut.
  • Memberi pautan (links) yang berguna sebagai maklumat tambahan kepada pelawat.

Esok saya akan berikan beberapa tip blog perniagaan Internet…

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tiga tip blog perniagaan Internet
  • SoHo: IK di Kosmo
  • Keselamatan perniagaan Internet
  • Kerja sambilan melalui perniagaan Internet