Rahsia mencapai kecemerlangan pingat emas

Bagi yang minat olympic, pastinya terpaku didepan TV je sejak beberapa hari lepas. Saya sendiri dulu-dulu ikut juga Olympic, tapi, waktu ni sibuk sikit, so, tak sempat nak ikuti…

phelps.jpgWalaubagaimanapun, kalau tak ikut Olympic, satu nama yang pasti kita dengar Olympic Beijing kali ini adalah Michael Phelps- pemenang emas bagi acara renang dan kini beliau telah memenangi 11 pingat emas secara terkumpul daripada Olympic. Satu record baru yang dahulunya di pegang oleh atlit seperti Carl Lewis dengan 9 pingat emas.

Olympic Beijing ini sahaja Phelps sudah mengumpul 5 pingat emas.

Apakah rahsianya?

“I have so many races, so much to do in every race, I have to keep 100 per cent focused. No matter how good, you have to force it out of your head,” -Michael Phelps

  • 100% fokus
  • Jangan fikir diri kita sudah bagus (penting ni)
  • Bersaing dengan diri sendiri, dan bukan oran lain!

Walaupun kita tak masuk Olympic, tapi, strategi Phelps adalah sesuatu yang kita juga perlu ada!

ps: Mana taknya hebat berenang… saya tengok badannya pun dah macam bentuk ikan yu (shark/jaws)!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) πŸ˜‰

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

29 thoughts on “Rahsia mencapai kecemerlangan pingat emas

  1. Betul tu…
    macam cerita Initial D lakonan Jay Chou,
    kan ayah dia cakap kena fokus,latih,latih dan latih..jgn pikir diri sudah bagus, dan akhir sekali ayah dia cakap berlumba dgn diri sendiri,bukan berlumba dgn org lain…baru boleh jadi terer.

    Sesiapa yang ada cerita tu,boleh tgk lagi..best πŸ™‚

  2. Salam IK,
    Memang tepat sekali. Jika dilihat bukannya senang nak dapat kejayaan macam tu. Kalau tidak ada fokus dan semangat yang kuat, dah lama menyerah kalah. Begitu juga dalam perniagaan iye tak!

  3. 10 Petua Membina Sikap Positif

    Petua 1 : Jangkakan Kejayaan
    Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang
    Petua 3 : Ubah Penampilan Diri
    Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya
    Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan
    Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan
    Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri
    Petua 8 : Saranan Diri Positif
    Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif
    Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan

    Untuk pengetahuan semua, ini adalah petua2 yang perlu ada pada seseorang yang ingin berjaya dalam semua bidang. πŸ™‚

  4. “You must remain focused on your journey to greatness.” Les Brown. Ye amat penting fokus dalam apa jua benda yang kita buat, tambahan lagi dalam perniagaan.Saya baru lepas habis baca buku Chef Li bertajuk “Aku Tak Nak Miskin”, ada bab khusus untuk topik TUMPUAN.Chef Li menyatakan nak berjaya, kena fokus dan jangan lompat bidang, lain le dah berjaya, baru le boleh buat mcm2 bidang

  5. Salam semua..

    Bagus tips mengenai fokus utk hari ni.
    Secara jujurnya masalah besar yg saya alami sekarang adalah utk FOKUS. IK ada petua utk buatkan diri kita sentiasa fokus?

    Mungkin saya kena kuatkan minda dan luahkan keinginan dalaman agar dpt meransang diri saya menjadi seorang yg fokus.

    Saya rasa fokus ni ada kaitan disiplin dalam diri. Kena ada disiplin yg baik sebelum boleh jadi seorang yg fokus.

    Yeke cam tu?

    Hafiz
    http://www.reseller.senang-online.com
    Promosi Broadband MERDEKA 2008

  6. Salam semua,

    Kata IK..”Jangan fikir diri kita sudah bagus (penting ni)”

    Betul..Penting untuk kita yakin pada diri sendiri, tapi tak boleh fikir diri kita dah cukup bagus. Bila kita sentiasa berfikiran yg kita masih belum cukup bagus – ini beerti kita masih perlu memperbaiki diri pada setiap masa.

    Dengan itu, kita akan mudah terima kritikan dari orang lain, kita akan menimbang semula pendapat/cadangan orang lain..tanpa rasa kecil hati pada org yg bagi kritikan.

    “Peringatan yg datang daripada orang lain sebenarnya adalah peringatan / petunjuk / kasih sayang yg diberi oleh Allah SWT kepada kita, melalui ilham yang diberikan kepada orang lain”

  7. you have the power phenomenal power to live your dreams,if you will only control your thoughts -W.AMOS-

  8. Assalamualaikum

    Saya setuju pendapatΒ IK tntg fokus..Fokus tentang apa yg kita minat nak buat pasti membuahkan hasil jika berusaha bersungguh tanpa kenal erti putus asa.. πŸ™‚

  9. memang fokus amat pnting dalam sesuatu job,tapi soalannya mcmmana kita nak fokus sedangkan fikira kita masih memikirkan yang lain..!cth nya,dlm wokshop IK ckap kena fokus satu benda,tapi kita dah pk satu idea,tapi datang pulak idea lain,dan sampai skra masih bertangguh sbb takde fokus.. so.. IK tolong bagi tip macammana nak close dengan idea dan tutup untuk idea lain..

    aida6907.blogspot.com

  10. haha…body mcm jaws….

    ik tak nak badan cam 2 hehe…

    focus3x memang betul…

    ape jua kita harus focus…

    bak kata angkasawan kita dato dr sheikh muszaphar shukor “what minds believe the body can acheive”

    majulah sukan untuk negara…wasalam

  11. salam IK,
    Nak tanye something yg lari dr topic skit (mungkin boleh dijadikan idea utk next thoughts to ponder about). ianya pasal keuntungan dari segi pandangan islam. Ada yg mengatakan bahawa kita diharamkan letak harga barang lebih daripada 2 kali modalnya. Bagaimana pula dengan produk informasi? Saya tak rasa Islam sekuno itu,jadi saya meminta pandangan IK dan rakan-rakan.

  12. Assalamualaikum…

    Fokus@tumpuan sedap dan senang disebut. Peratus atau darjah perlaksanaan pasti berbeza menurut individu. Pandangan saya, fokus ni berkait rapat dengan passion dan minat kita tu. Minat boleh berubah dan passion ada naik turunnya menurut minat itu sendiri. Kedua-duanya sebagai variable. Namun fokus wajarnya consistent.

    Lawan fokus tentulah celaru bukan cencaru@ikan jaket ye. Ini bergantung pada personaliti seseorang juga. Jika seseorang yang terlalu mudah bosan akibatnya mungkin sukar fokus. Jadi untuk lambat bosan, mesti buat sesuatu yang anda minat dan passionate.

    Selalu mak saya kata, “Jika kita rasa kita dalam kesusahan, ada yang lebih susah dari kita. Jika kita rasa kita senang, ada yang lebih senang dari kita”. Pada saya, begitu jugalah, jika kita rasa kita bagus, pasti ada yang lebih bagus dari kita. So akan selalu ada ‘room for improvement’.

    Setuju, pesaing terhampir kita memang DIRI KITA SENDIRI. Ini dapat avoid stress dan hasad dengki pada orang lain. Lihat orang yang lebih berjaya tu sebagai contoh dan kejayaannya sebagai pembakar semangat. Kemudian, bersaing dengan diri sendiri supaya lebih baik dari sebelumnya.

    ps: sampai hati disamakan dgn ikan yu. mamat tu punyalah rasa hensem giler dengan ‘broad shouldernya’. nasib baik ikan yu, kalau ikan kod, alamat jadi scott emulsionlah dia lak lepas tu….

    Salam dari Adilla.

  13. Salam Sahabat & Sifu..

    Sememangnya kita mudah berasa diri ‘sudah bagus’.. termasuk saya. Apa pun, betul la kata sifu, badan Michael Phelps mcm shark.. laju je berenang dan memang patut la saya kureng laju berenang..rasanya mcm ikan buntal je body ni..huhuhu..

    Bro Razzi..kawe kena masuk gym nih..hnnsss..hnsss..

    Hj. Hayat @ Abu Jibril
    ps: Body Bro mcm ikan dolphin..perghh! πŸ˜€

  14. Bab fokus ni terjadi kepada diri saya sendiri sebabnya saya dah nampak peluang yang ada di depan mata tetapi disebabkan kurangnya fokus saya dalam hal ini, ianya tidak bergerak.

    Alhamdulillah selepas di motivate baru2 ini, saya fokus dan ianya membuahkan hasil….

    http://www.asasteguh.com

  15. Assalamualaikum

    Aida > Aida..jangan sedih. Semua org mengalami masalah yg sedang awak alami sekarang. Cuba buat buku idea mcm yg IK ajarkan dulu.

    http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/buku-idea-perniagaan-saya/

    Fiza > Sekadar berkongsi apa yang saya terbaca di Zaharuddin.net.

    Ulasan Ust Zaharuddin ttg berapa peratus keuntungan yang dibenarkan dalam Islam:

    Tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market.

    cth..durian di jual di malaysia dgn harga cth RM 10 untuk 3 biji. tetapi di Jepun, ia dijual RM 100 untuk 3 biji.

    Halal hukumnya, dalil, hadith nabi yang sohih menernagkan terdapat sahabat yang minta nabi buat harga maksimum atau ceiling bagi menghadkan harga jualan para peniaga, tapi nabi menolak dan menyifatkan tindakan itu sebagai zalim krn menghadkan keuntungan halal bagi peniaga. ( Riwayat Abu Daud, Albani : Sohih )

    Para ulama menghuraikan, pihak pemerintah hanya boleh masuk campur dengan meletakkan harga ceiling apabila berlaku kes monopoli barangan sahaja. Ulama besar tabien yang berpandangan begini adalah Said Musayyab, Yahya bin Said ( Manahij al-Ijtihad, Dr. Fathi Durayni, 159 )

    Walaupun peratusan keuntungan bebas mengikut pasaran, peratusan keuntungan boleh jadi haram jika ia bersifat tipu pelanggan, contoh..pelacong yang datang ke Malaysia tidak berapa faham statistik harga barang di sini, jsuteru, si penjual mengambil peluang menipu dengan menaikkan harag 3 kali ganda dan mendakwa ia adalah harag biasa, sedangkan ia tipu. ini dinamakan “Ghabnun Fahisyh” yang terkeji.

    Sekian

    ust zaharuddin

    15 Jan 07

    25 Zulhijjjah 1427 H
    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=252&Itemid=100

    Harap dapat membantu! πŸ™‚

  16. Hj Hayat ~ aduuhhh, tergelak sake kawe nih bohhh. Demo ni gak, kelakar sungguh! Mcm ikan buntal nah ko, marilah kito pakat gi gym belako!

    Actually topic ni mengingatkan bro bagaimana bro telah melakukan kesilapan dulu semasa masih menjadi penyanyi.

    Akibat terlalu nak save, takut pecah bila menyanyi di atas stage dan tidak mahu mencabar suara sendiri…akhirnya bro hanya dikenali sebagai penyanyi balada biasa. Sedangkan, I am a rockers…I love rock songs, or slow rock paling kurang…

    Bro sepatutnya challenge myself dari dulu, and show that I am a better singer! Bukan baru sekarang… Now that I know I am a better singer…bro masih terasa untuk menimba ilmu labih jauh dari biasa, demi untuk lebih berjaya πŸ˜‰

  17. Salam semua..

    Bro Razzi> Kawe oyat doh suara demo sedap. Kalu masuk akademi fantasia, sure ramai AFUNDI RAZZI..hehehe.

    Kawe pun buat kesilapan masa buat show nasyid di Jordan dulu. Akibat takut mencabar kemerduan suara kawe, kawe jadi pemukul gendang @ tabla je..kalau tak, Nazrey Raihan pun tak boleh carik makan..hehehe..

    Apa-apa pun, teringat kata-kata sahabat saya, Cikgu Amir (jutawan MLM) “Try your personal BEST’ …Cabar diri sendiri..

    Abu Jibril

    ps: Sori sifu, kerana menggunakan ruang ni bergurau dgn Bro Razzi.. πŸ˜€

  18. a’kum sifu IK,
    ni pertama kali saya masuk ruangan komen walaupun sudah lebih kurang masuk 2 thn mengikuti pekembangan IK,banyak yang saya pelajari daripada IK,apapun tahniah di ucapkan krn mdapat cahayamata ke4.Dan salam kepada Hj.Hayat semoga perkenalan kita bawa manfaat.

  19. amalia> thanks a lot… u beri i semangat baru..tak sangka IK pun camtu gak, maklumlah i baru 2 minggu berjinak jinak dgn Internet ni..so banyak yg kena blajar lagi.. anyway tq very much 4 ur advise, memang tepat untuk i..n i akan lakukan..tq amalia..wish me luck..

    aida6907.blogspot.com

  20. hj hayat… gurau ok je. jangan gaduh dah la πŸ™‚

    oh ya… bila tengok Michael Phelps sebelum berenang, mesti dok dengar muzik kat ipod dia. katanya dengar lagu rap untuk bagi “motivation” pada diri dia…

    ini dikira sebagai satu “ritual” untuk memotivasikan dirinya… satu lagi topik yang boleh dibincangkan. hmmm… mungkin lepas ni.

    memang jadi hobby saya research ahli sukan & artis2 barat apa yang memotivasikan mereka… satu lagi kisah motivasi atlit olympic kali ni yang saya suka is Yao Ming (basket ball player cina tinggi tu). Ni pun another great motivation story! insyaallah next time saya kongsikan πŸ˜‰

  21. Salam semua..

    Sifu..hehe..duk gurau je , gaduh tak berani. Sbb penumbuk Bro Razzi mcm mike tyson..pehh!

    Fazid – Salam perkenalan buat Fazid jua..serta rakan2 di Tips 1 Minit ni..

    Abu Jibril @ Hj. Hayat

Leave a Reply

Your email address will not be published.