matlamat-2017

RAHSIA #2 menetapkan matlamat 2017: 3 Soalan penting UNTUK ANDA!

RAHSIA MENETAPKAN MATLAMAT #2: 3 Soalan paling penting untuk mencapai APA SAHAJA MATLAMAT!

Untuk mencapai matlamat 2017 anda, 3 soalan perlu dijawab…

1. APAKAH ILMU baru yang perlu anda miliki?

Ilmu yang anda miliki kini telah membawa anda ke tahap anda kini- keadaan anda sekarang. Untuk mencapai matlamat yang lebih besar, anda perlu dapatkan ilmu-ilmu BARU. Amat penting untuk faham bahawa, ilmu yang anda ada kini alhamdulillah telah membentuk anda seperti mana anda pada hari ini. Namun, untuk mencapai lebih dari apa yang anda capai kini, pastinya memerlukan ilmu yang lebih lagi dan baru.

Tidak memadai punyai ilmu sedia ada. Sekiranya ilmu yang anda miliki kini dikatakan cukup, mengapa anda masih lagi belum mencapai matlamat anda itu bukan? Ada kalanya kita bersikap ego dan merasakan ilmu di dada sudah cukup. Mudahan dijauhkan dari perasaan itu oleh kerana semakin dalam kita mencari ilmu, akan terasa semakin banyak yang kita tidak tahu.

Apa sahaja matlamat 2017 anda, pastinya anda memerlukan ilmu yang baru dan ilmu sedia ada tidak lagi mencukupi.

matlamat-2017

2. SIAPAKAH yang dapat membantu anda mencapai matlamat anda?

Dalam mencapai matlamat, jalan akan menjadi semakin mudah apabila mempunyai orang yang membantu. Tidak semestinya membantu 100%, tetapi jalan mencapai kejayaan akan menjadi semakin mudah dan pantas apabila bersama-sama mereka yang dapat memberi semangat, dorongan, nasihat, atau apa sahaja bantuan. Mungkin mereka adalah dari kenalan atau keluarga yang sememangnya kita kenali. Atau mungkin juga perlu mencari kenalan baru atau mentor baru untuk mendapat dorongan dan sokongan.

Pepatah Inggeris berbunyi, “NO MAN IS AN ISLAND” bermaksud kejayaan bukanlah atas usaha sendiri sahaja. Pastinya memerlukan bantuan dan ukhuwah bersama orang lain.

3. BAGAIMANAKAH langkah seterusnya?

Tanpa merancang pastinya matlamat akan gagal. Apakah perancangan anda untuk mencapai matalamat tersebut? Apakah langkah anda minggu ini? Minggu hadapan? Bulan ini? Bulan hadapan dan beberapa bulan lagi?

Hasilkan jadual perancangan anda oleh kerana gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Matlamat, ilmu, orang yang membantu sahaja tidak mencukupi sekiranya tiada tindakan daripada diri sendiri dan tindakan pertama adalah untuk menghasilkan jadual 2017 apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Rancangkan hari, minggu dan bulan-bulan yang akan datang. Pernahkah anda melihat rumah dibina tanpa pelan perancangan? Pastinya tidak.

Begitu juga untuk mencapai matlamat perlukan perancangan yang rapi dijadualkan.

Rahsia menetapkan matlamat #2 kali ini adalah…

1. APAKAH ILMU baru yang perlu anda miliki?
2. SIAPAKAH yang dapat membantu anda mencapai matlamat anda?
3. BAGAIMANAKAH langkah seterusnya?

Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan di Internet dari rumah dan menjana pendapatan pada tahun 2017 ini, InshaAllah saya boleh bantu. Sertai program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.