The Millionaire Mind adalah buku tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dilakukannya keatas beratus-ratus jutawan. Menurut surveynya didapati “Having a supportive spouse” adalah dikalangan top 5 faktor-faktor kejayaan seorang jutawan!

Pepatah mat salleh mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman.

Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar.

Pesanan saya…

  • Bagi anda yang merupakan isteri kepada suami yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan!
  • Bagi anda yang merupakan suami kepada isteri yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan! (Walaupun keadaan ini agak sukar bagi sesetengah kaum lelaki)
  • Bagi anda yang masih bujang trang-tang-tang… cari pasangan yang benar-benar memahami matlamat anda yang besar itu. Sekiranya sebelum kahwin x faham… maka, dah kawin nanti pun tetap tak faham-faham ;)

Antara pembaca blog ini mungkin pernah berjumpa dengan isteri saya, Shaz ketika Workshop Jutawan Internet. No doubt Shaz berikan 110% sokongan untuk mencapai kejayaan… walaupun ketika kami duduk flat kecil tiada bilik 8 tahun dulu!

Dan hari ini, genap 8 tahun wedding anniversary kami, dan dikurniakan 4 cahaya mata ;)

wedding.jpg
Gambar kahwin 8 tahun dulu…. :)

Beri sokongan kepada pasangan hidup anda. Bukan sokongan ala kadar sahaja, tetapi 110% sokongan dengan penuh keghairahan (passion) ;) Baru la pasangan hidup kita takkan gagal…

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Selamat berpuasa!
  • Angin yang sama kita layari
  • Skill yang akan mengubahkan hidup anda - Public Speaking!
  • 2 positif lawan 1 negatif… siapa menang?