Thu 27 Aug 2009
Ada yang tanya, yang mana lebih penting- sama ada memiliki laman web, ataupun memiliki blog?
Blog lebih kepada soft sell. Maksudnya kewujudan blog adalah untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita. Melalui blog yang interaktif, usahawan dapat berkongsi maklumat dan sedikit sebanyak menciptakan”no barrier to entry” dengan berkongsikan maklumat. Kredibiliti akan meningkat, maka mewujudkan kemesraan dan kesenangan bersama pengunjung.
Laman Web lebih kepada hardsell. Maksudnya kewujudan laman web adalah untuk membuat jualan. laman web sering memuatkan surat jualan atau salesletter untuk menekankan jualan sesuatu produk. Laman web sering kali bersifat statik dan tidak mempunyai interaksi sesama usahawan dan pelawat.
Apabila digabungkan kedua-dua elemen soft sell dan hard sell ini, ia memudahkan lagi segala jualan.
Contoh…
Pelawat akan melayari IrfanKhairi.com/blog (blog) yang mengandungi maklumat. Kepercayaan & kredibiliti terbina dengan perkongsian informasi di dalam blog (soft sell). Di blog juga terdapat iklan Mentor Jutawan yang menghalakan pelawat untuk melawati IrfanKhairi.com/mentor (laman web). Laman web ini pula berfungsi untuk membuat jualan ebook mentor Jutawan (hard sell).
Jadi, yang mana lebih penting, samaada blog atau laman web?
Jawapannya- kedua-dua penting oleh kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dan saling meemrlukan antara satu sama lain.
Happy blogging!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


August 27th, 2009 at 5:53 pm
Salam,
TQ for the info
August 27th, 2009 at 6:59 pm
Assalamualaikum. Terima kasih kerana datang singgah di blog saya petang ini dan meninggalkan komen yang menjadi pencetus semangat pada Newbie seperti saya.
Beberapa minggu lepas sewaktu merangka halatuju blog itu, saya ada nyatakan pada isteri begini..
“Abang ada impian untuk jemput icon jutawan internet kita, Dr Irfan untuk singgah diblog abang dan tinggalkan komen…”
Isteri saya ketawa bukan main lagi…maklumlah tidak terjangkau pada imaginasinya nobody macam saya akan berada pada bulatan kenalan somebody seperti IK
Petang ini, sedang isteri memasak di dapur, saya kejutkan dia dengan berita bahawa “impian itu sudah jadi kenyataan”
Isteri saya gembira bukan kepalang, namun apa yang lebih penting lagi adalah saya telah berjaya meyakinkannya betapa berkuasanya impian dan betapa pentingnya peranannya isteri sebagai pemangkin kejayaan sang suami.
Sebagaimana telah IK sebutkan semalam..
“Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar.”
Terima kasih kerana mengizinkan saya masuk ke dalam bulatan kenalan dan selamat datang ke dalam bulatan kenalan saya juga.
InsyaAllah moga ini akan jadi titik tolak pada long term friendship…dan insyaAllah kita dapat bekerjasama mengusahakan “sesuatu” satu hari nanti.
Salam ceria, salam inspirasi dari saya..
Oh ya, berkenaan entry di atas, saya sangat bersetuju dengan pernyataan ini..
“Apabila digabungkan kedua-dua elemen soft sell dan hard sell ini, ia memudahkan lagi segala jualan.”
Assalamualaikum
August 27th, 2009 at 9:12 pm
Ya sangat setuju! Dua-dua pun penting. Kira website dengan blog ni ibarat isi dengan kuku. Saling berkait dan memerlukan. Sejak saya ada blog ni (walaupun blogspot - baru sebulan try..) saya realize kuasa blog ni boleh membantu dari segi spread the word (brand kita) dan boleh ada loyal customer. Sungguh powerful!
August 27th, 2009 at 10:12 pm
saling memerlukan ejaan anda salah. maaf saya tegur.
August 27th, 2009 at 10:23 pm
Saya sangat menyokong kata2 IK.
Namun jika anda tidak mahir membina laman web dan mempunyai budget yang rendah, elok mulakan dengan blog terlebih dahulu..
August 27th, 2009 at 11:35 pm
Yup! Thanx IK.I’ve been thinking about it all this while.Blog or website…rupa-rupanya both are equally important.Will work on website soon …
August 28th, 2009 at 12:46 am
Salam Ramadhan IK..
Saya setuju dgn kate2 IK tu. Kedua2 nya adalah aset penting bagi seorang usahawan internet khususnya.
Kalau secara perniagaan offline, ibaratnya, website adalah banner,brochure,poster yg menerangkan tentang sesuatu produk atau servis. Manakala blog itu umpama diri peniaga atau usahawan itu sendiri.
Sbg contoh,seseorang yg terbaca iklan anda yg menarik,mungkin berminat utk membelinya dalam peratusan 40-60 peratus. Tetapi,bila anda sendiri yg dtg kpd pelanggan itu,dan menerangkan secara terperinci,dgn gaya dan penampilan anda yg menarik lagi meyakinkan,pastinya peratusan utk membeli produk anda akan meningkat sehingga 90-100 peratus!Btol x?
Sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman..
August 28th, 2009 at 6:07 am
Blog akan menaikkan kredibiliti diri kita.Bina kepercayaan pelawat. Dari blog juga orang akan lihat kejujuran kita.
Setlah mendapat kepercayaan…pelawat akan berani membeli dari website kita…:)
August 28th, 2009 at 7:07 am
Betul tu IK. Blog dan laman web adalah saling melengkapi.
August 28th, 2009 at 10:11 am
Ramai orang still ingat blog ni untuk politik sahaja. Masih tak ramai usahawan malaysia tidak gunakan blog sebagai medium pemasaran.
August 28th, 2009 at 12:19 pm
Saya rasa kedua-dua nya penting sekali.
Salespage untuk menerangkan tentang khidmat atau product dan Blog pula dinamakan feeder site - di mana ia boleh mendapatkan traffik yang konsisten.
Wa’salam,
Selamat Berpuasa Dari Singapore
August 28th, 2009 at 12:47 pm
Salam,
Satu info yang menarik! Saya kini ada kedua-duanya. Sekarang sedang berusaha untuk tingkatkan kredibiliti melalui blog seperti yang IK sarankan..
TQ
August 28th, 2009 at 2:15 pm
Kedua-dua sama penting dan harus jalan seiring…
Sekarang tanpa blog agak sukar pembeli membeli.. Kerana ia menampakkan kesungguhan penjual sesuatu produk..
August 28th, 2009 at 4:20 pm
hurmm correct!~
both are important..
like previously we had brick and mortar concept for our premises..
But everhthing change..All we have to do is just “clicking”..Then “zasssss” it will be appear infront of us, on what r we seaching for..
Now blog is very crucial for supporting our own brand product through website..I still thinking what type of product should i sell through this “thin wire”..
hehehehe..
gud job bro!~
August 28th, 2009 at 9:06 pm
Blog dan web adalah sama penting.
Web untuk menjual sesuatu dan di update untuk sesuatu tempoh tertentu sahaja.
Blog adalah huraian atau maklumat terkini tentang sesuatu produk. Blog juga boleh meningkatkan SEO produk kita di carta google. Blog juga boleh mendekatkan lagi komunikasi dengan pelanggan.
August 29th, 2009 at 2:58 am
setuju
web blog sama penting kewujudan web jualan untuk menjual manakala blog menjadikan web jualan menjadi lebih dipercayai dan menjadikan ia hidup. link web jualan ke blog akan menjadikan web jualan lebih ramai pengunjung.Blog dan web jualan adalah benda yang mudah untuk dibuat, walau ia sukar pada sesetengah orang, tetapi ingatlah ia bukan susah sangat atau lain kata susah tapi boleh
August 29th, 2009 at 1:35 pm
Memang benar. Kadang-kadang web jualan tidak mampu memberi info yang mendalam mengenai sesuatu produk. Kadang-kadang pengguna atau pembeli tidak tahu maklumat mengenai mana-mana produk yang dijual oleh usahawan internet.
August 29th, 2009 at 3:13 pm
Bagi saya, blog lebih banyak memainkan peranan penting .. meninggalkan 1-2 komen kat blog orang yang kita admire seolah-olah macam kita bercakap terus dengan orang tu .. masuk berpuluh kali ke blog orang yang kita admire membuat semangat bertambah-tambah naik jadinya.
personally, bagi saya, meninggalkan 1-2 komen kat blog Irfan Khairi membuat saya merasa dekat dengan dia, kerana dia orang yang banyak merubah diri saya.
Thanks Irfan…
-ShueQry-
August 29th, 2009 at 9:34 pm
Saya suka pada blog sebab senang nak kontrol..dan mesra pakcik google pulak tu..hehehe.. Blog bagi saya duit…itu yg penting
August 30th, 2009 at 10:56 am
Betul, both website and blog are equally important,web as a medium of promotion while blog as a medium of communication, indirectly
August 30th, 2009 at 1:54 pm
Betul tu dua2 sama penting. Tapi jika dipilih yang mana satu perlu dimulakan dulu, baik mula dengan blog lagi-lagi jika anda newbie sebab dari blog, anda sekurang-kurangnya anda dapat membiasakan diri dengan html, kod2, plugin..jadi no problem kalau nak maintain web plak lepas nih.
September 1st, 2009 at 7:55 am
emm bagi saya dua-dua penting kerana menumpukan satu sahaja teknik pemasaran tidak berapa bagus..kalau kita ingat balik dalam 100 teknik promosi ada membicarakan hal ni……satu info yang menarik….
September 1st, 2009 at 9:59 am
saya sangat bersetuju dengan IK,, memang teman hidup yang amat memahami amatlah penting sebagai penguat semangat dan pemangkin..100% vote
September 1st, 2009 at 11:58 am
Biasanya usahawan internet mempunyai laman di mana terdapat butang Homepage (laman web atau ‘capture page’) dan juga butang Blog.
Ini bagi memudahkan pelawat melungsuri kedua-duanya kerana ada “easy buttons” di navigation menu somewhere bahagian atas laman.
Dua-dua penting kalau digabungkan dengan baik
September 1st, 2009 at 1:54 pm
Semakin ramai telah memeiliki blog sendiri samada blog percuma ataupun yang berbayar. Pelajar sekolah pun dah mahir menggunakan blog. Pemilik blog ataupun lamanweb perlu menjaga etika sebagai seorang blogger dan pemilik laman web.
September 2nd, 2009 at 8:20 am
Saya setuju blog dan website sama2 penting..Apa yang lebih penting sentiasa update blog yang kita ada. Selamat Berpuasa Semua..
September 2nd, 2009 at 10:54 pm
saya juga sangat setuju dengan IK.Memang benar kedua-duanya penting.Website adalah closing sale manakala blog sebagai pengiklan yang baik selain disukai oleh SEO.Jadi milikilah kedua-duanya.
September 8th, 2009 at 3:01 pm
Blog ni long term, buat sekali tapi trafik yang datang ke website kita berkali-kali. Kalau pandai SEO, lagi ranking naik dan lagi tinggi rating kita dapat dari blog. Blog membantu kita menambah jualan.
September 12th, 2009 at 1:41 pm
pada permulaan perniagaan, kami hanya dapat membuat jualan sedikit sahaja. ini mungkin kerana pembeli tidak mengenali kami.
tapi setelah berberapa bulan dengan lahirnya blog kami, jualan kami meningkat berkali ganda. terima kasih en irfan kerana tips-tips yang amat memberi inspirasi.
September 23rd, 2009 at 3:18 pm
sama ada web atau blog content is kena menarik power kalau bleh free gift tak lupa grafik warna yang menarik video dan info best
pastikan berlainan dari orang lain
November 3rd, 2009 at 11:30 am
saya setuju yang dua2 blog dan web sama penting…web more focus pada end product yg hendak di jual dan perlu nampak professional dan lebih berdisplin dari segi tatacara dan presentation ..tapi blog lebih flexible sbb can say almost anything…
December 9th, 2009 at 8:31 pm
info yang bagus untuk semua..thankz!
March 5th, 2010 at 12:40 pm
ya.good job info on >.tq,terima kasih..
July 23rd, 2010 at 4:21 am
Sebenarnya hanya dgn adanya website atau blogpun boleh buat keuntungan yg memberangsangkan,tapi seeloknya kita jgnlah tunjuk hebat,support amat penting,tapi kalau nk usahakan 1 je kena la ada EXPENSIVE IDEAS,betol x saya eja ni,mcm cousin saya yg sowg ni mentang2 la bisnes dia dh upgrade level n trafik tinggi.. Nk ajak mancing ikan pun susah,buang masa katanya,sebab die jarang dpt ikan kot..
July 23rd, 2010 at 4:27 am
Saya baru newbie or beginner dlm bidang ni,harap2 bulan puasa ni rezeki menjadi,assalamualaikum.. Lupa nk gtau,saya ni lahir dari hasil tunjuk ajar abg IK,adios..viva espana..