usahawan jutawan

4 Kunci Menjadi Usahawan JUTAWAN

Apakah kunci-kunci untuk menjadi seorang usahawan JUTAWAN?

Menurut Dr Thomas Stanley, beliau telah melakukan penyelidikan keatas beratus-ratus usahawan jutawan dan mendapati 4 kunci yang perlu ada untuk menjadi seorang usahwan jutawan adalah…

usahawanjutawan

1. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi, terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

2. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

3. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain

4. Mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira  penat lelah.

Persoalannya adalah: adakah anda memiliki 4 kunci di atas? 

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

3 thoughts on “4 Kunci Menjadi Usahawan JUTAWAN

  1. Sangat setuju berkenaan poin no4… Kita perlu minat dalam bidang perniagaan yang kita ceburi… Walauapapun berlaku, tanpa disuruh tapi kalau sudah minat, tidak dapat sebarang imbuhan pun tetap dilakukan juga… Dengan itu kita akan berterusan melakukan minat kita tu sehingga ia berjaya.. Walaupun dalam tempoh yang lama

    -Ezwan Sahwan-
    https://www.RahsiaBajuKurung.com

  2. Sangat setuju berkenaan poin no4… Kita perlu minat dalam bidang perniagaan yang kita ceburi… Walauapapun berlaku, tanpa disuruh tapi kalau sudah minat, tidak dapat sebarang imbuhan pun tetap dilakukan juga… Dengan itu kita akan berterusan melakukan minat kita tu sehingga ia berjaya.. Walaupun dalam tempoh yang lama

    -Ezwan Sahwan-
    https://www.RahsiaBajuKurung.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.