keyakinan pelanggan

8 cara untuk tingkat keyakinan di laman web perniagaan Internet!

Perniagaan Internet berbeza dengan perniagaan bersemuka. Di Internet, pelanggan tidak dapat melihat kita, atau berjumpa dengan kita. Oleh itu, kepercayaan dan kredibiliti menjadi antara penghalang untuk usahawan melakukan jualan.

yakin

Berikut adalah 8 perkara mudah yang boleh digunakan oleh usahawan untuk meningkatkan keyakinan dan kredibiliti perniagaan supaya mudah pelanggan melakukan belian.

1. Jaminan/Warranty

Beri jaminan atau waranti atau gerenti atas produk yang dijual. Ini mengurangkan risiko pembeli dan meletakkan risiko pada penjual. Contoh waranti adalah seperti pulangan wang/ganti/repair sekiranya produk rosak. Pembeli dapat merasa keyakinan dengan adanya jaminan.

2. Testimoni

Pelanggan akan membeli hanya selepas melihat orang lain mendapat manfaat daripada produk anda. Umpama restoran kosong yang sukar menarik pelanggan baru, restoran yang penuh akan sentiasa membuatkan orang beratur dan ingin cuba pula masakan mereka. Penuhkan laman web dengan testimoni pelanggan anda!

3. Logo bayaran

Logo bayaran seperti Visa dan Mastercard memberi kredibiliti pada sesuatu laman web. Sekiranya laman anda boleh menerima bayaran kad kredit seperti mengguna perkhidmatan PayPal.com, logo-logo ini boleh diletakkan di laman anda dan memberi gambaran yang lebih profesional.

4. Halaman mengenai kami/About Us

Jelaskan latar belakang anda dan perniagaan anda. Kredibiliti dan kepercayaan dapat dibina apabila prospek dan pelanggan mengetahui kisah/cerita perniagaan anda. Bak kata ‘tak kenal maka tak cinta’. Apabila anda kongsikan kisah perniagaan anda, maka pelanggan akan mengenali anda dan lebih mudah untuk melakukan belian.

5. Gambar anda/pasukan anda

Pengguna suka berurusan dengan manusia, bukan dengan perniagaan yang tidak bermuka. Psikologi manusia mempunyai hubungan dengan manusia yang lain. Dengan berkongsikan gambar anda dan pasukan anda, hubungan ini dapat dibina dan perniagaan anda akan nampak lebih mesra pelanggan.

6. Penggunaan Media Sosial

Zaman komunikansi dan informasi ini, hubungan adalah amat penting. Penggunaan media sosial dapat meningkatkan kredibiliti dengan cara sentiasa berhubung dengan pembeli dan bakal pembeli. Melalui hubungan yang berterusan melalui media sosial juga, jenama perniagaan dapat dibina.

7. Maklumat berguna

Pengguna sering mahukan informasi yang dapat membantu mereka. Dengan berkongsikan maklumat yang berkaitan dengan industri anda, dapat membantu pelanggan dan meningkatkan kredibiliti perniagaan anda supaya tidak hanya dilihat sekadar inginkan keuntungan semata-mata, tetapi juga membantu pelanggan dan orang ramai.

8. Tiada link mati

Link yang mati (broken link) di laman web memberi gambaran tidak profesional di laman web. Pastikan kesemua link di laman web masih hidup!

Oleh itu, pastikan anda juga mengikuti setiap cara diatas… sekiranya tidak, nanti perniagaan pula yang mati! 😉 Mudahan dijauhkan dari kita…

Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya.

Program 6 bulan separuh masa ini telah membantu ramai dalam menjana pendapatan melalui Internet. Dibawah adalah gambar peserta-peserta kelas pertama pengambilan yang lepas.

Pengambilan terbaru kini di buka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!

b24

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

2 thoughts on “8 cara untuk tingkat keyakinan di laman web perniagaan Internet!

  1. Saya juga pernah hadir kelas Irfan Khairi ni, memang bernas content dlm kursus tu, tapi dulu tak disebut perlu letak gambar penjual, tapi kini mungkin pembeli ingin mengetahui lebih lagi mengenai penjual sebelum membeli. Jadi, saya letak ler gambor penjual dekat laman web. Tip ni amat berguna kepada mereka yg serius untuk jadi IM, TQ

  2. Berkenaan poin no7 memberi maklumat yang berguna sangat diperlukan Oleh pengguna untuk mencari maklumat… Sudah semetinya pengguna mahukan sesuatu maklumat sebelum membuat keputusan untuk membeli… Sudah pasti pengguna akan membuat carian maklumat diinternet untuk menambahkan pengetahuannya kerana ini langkah pantas untuk mendapatkn maklumat.

    “Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat.(HR. Ar-Rabii’)

    -Ezwan Sahwan-
    https://www.RahsiaBajuKurung.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.