tingkatkan followers instagram

6 Cara meningkatan followers Instagram untuk usahawan

Bila menjalankan perniagaan di media sosial, pengikut atau followers adalah amat penting. Tak kira, Facebook, Twitter, YouTube termasuk juga Instagram.

Tanpa pengikut, tiada siapa yang akan lihat apa yang kita ingin sampaikan. Bila tak lihat, maka tak la beli.

Bagi usahawan, mungkin akan terasa agak sukar meningkatkan followers di Instagram. Tak seperti artis-artis popular, followers berpuluh ribu atau beratus ribu atau berjuta pun ada! Bagaimana pula dengan usahawan?

Berikut adalah 6 tip bagaimana caranya meningkatkan followers Instagram anda…

6instagram

1. Instagram yang bertema

Fikirkan tema untuk instagram anda, dan gunakan tema tersebut secara konsisten. Mungkin anda seorang jurugambar, maka tema instagram anda adalah gambar-gambar menarik yang anda tangkap. Sekiranya anda seorang motivator, maka gambar-gambar yang diletakkan adalah bertemakan motivasi. Sekiranya anda menjual makanan kucing, mungkin boleh jadikan tema instagram anda gambar-gambar kucing yang comel.

Instagram yang mempunyai tema yang khas dapat menarik peminat dalam bidang yang dipaparkan. Sekali sekali boleh lari dari tema, tetapi apa yang penting adalah, bila orang fikirkan instagram anda, orang tahu apakah tema yang anda kongsikan.

2. Konsisten dalam perkongsian gambar

Konsisten bukan hanya pada tema seperti tip di atas, tetapi, konsisten juga pada waktu berkongsikan gambar. Contoh, mungkin setiap hari anda kongsikan satu gambar. Atau seminggu sekali. Atau setiap Jumaat. Fikirkan seperti rancangan TV di mana Instagram anda mempunyai pengikut yang menanti-nantikan gambar dari anda secara konsisten.

Lagi kerap anda kongsikan gambar yang menarik, lagi bagus. Tapi jangan terlalu kerap hingga membosankan pula…

3. Kisah gambar yang menarik dan tidak bosan

Pastinya ini penting. Fikirkan apa yang menarik atau kisah yang menarik yang boleh disampaikan melalui gambar. Contoh, mungkin gambar selipar jepun anda di pantai adalah bosan, tetapi gambar selfie anda di tepi pantai adalah OK. Namun, sekiranya anda mengambil selfie di dalam air sedang snorkeling maka gambar kisah anda ditepi pantai akan jadi lebih menarik!

Fikirkan bagaimana bercerita melalui gambar dengan lebih menarik. Bak kata mat salleh, a picture paints a thousand words!

4. Gunakan #hashtag

Gunakan hashtag yang berkenaan. Tidak sahaja menggunakan hashtag2 yang popular, tetapi cuba gunakan hashtag yang berkenaan dengan gambar yang di ambil. Hashtag #cute memang popular, dan sekiranya diletakkan dengan gambar kucing, memang kena. Tapi kalau letakkan #cute pada gambar selipar jepun anda, maka pastinya tidak mengena.

Hashtag adalah untuk memudahkan orang mencari gambar yang mempunyai tema yang sama dan mungkin akan follow mereka. Oleh itu, gunakan hashtag yang betul. Satu lagi tip adalah, ciptakan hashtag anda sendiri supaya memudahkan orang mencari gambar2 bertema anda juga pada bila-bila masa.

5. Berinteraksi dengan lain

Instagram adalah media sosial. Oleh itu, anda juga perlu bersosial. Jangan jadikan instagram anda sehala sahaja, tetapi, anda juga perlu berinteraksi dengan mereka di Instagram.

Apabila seseorang follow anda, mungkin anda juga boleh follow mereka. Apabila mereka memberi komen, balas komen mereka. Like dan komen juga gambar-gambar instagramers yang lain dan jadikan diri anda sebahagian dari komuniti diinstagram- bersosial melalui gambar dan interaksi!

6. Gambar yang menarik dan cantik

Pastinya kualiti gambar itu sendiri memainkan peranan yang penting. Sebab itu juga, jurugambar sering mendapat followers yang ramai oleh kerana berjaya kongsikan gambar yang berkualiti dan menarik.

Belajar asas fotografi untuk ketahui cara-cara mengambil gambar yang menarik. Tidak semestinya pakar, tetapi dengan mengetahui elemen-elemen yang boleh menjadikan gambar anda menarik, akan berjaya menarik lebih ramai followers. Kongsikan tema anda yang konsisten, melalui kisah gambar yang menarik untuk dilihat oleh orang ramai!

Mudahan dengan 6 tip ini, usahawan akan mendapat lebih ramai followers di Instagram… dan jangan lupa pula, follow instagram saya: irfan_khairi  www.instagram.com/irfan_khairi

*Anda ingin memulakan dan mengembangkan lagi perniagaan Internet? Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah memberi bimbingan dan bantuan kepada beribu usahawan Internet bukan sekadar satu modul sahaja, tetapi dengan modul-modul Facebook, pemasaran email, blog, SEO, Affiliate, Google, Pengiklanan dan banyak lagi!

Antara kesilapan usahawan Internet adalah memberi fokus kepada satu teknik pemasaran sahaja.

Sekiranya anda ingin sertai, pengambilan terbaru hanya beberapa tempat sahaja tinggal! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.