jangan putus asa

3 Sebab mengapa kita putus asa… dan cara untuk TIDAK!

Dalam mencapai apa sahaja kejayaan ketika menghadapi kesukaran, tidak kira diri, keluarga, hubungan, perniagaan atau apa sahaja asam garam dunia, seringkali membuatkan kita berfikir dua kali untuk berputus asa. Terutamanya setelah berusaha ikhtiar, namun apa yang diidamkan masih tidak menjadi.

3 Sebab Putus Asa

Untuk mengelakkan diri dari berputus asa, caranya adalah dengan mengkaji terlebih dahulu apakah sebab-sebabnya kita rasa akan berputus asa. Apabila dapat lihat sebabnya, maka, perbaiki diri sendiri supaya dapat mengubahkannya dari negatif menjadi positif.

3 sebab mengapa kita putus asa termasuk…

1. Terasa tiada jalan penyelesaian

Berbagai-bagai usaha telah dilakukan, namun, tidak terjumpa jalan penyelesaian. Mungkin semua cara, teknik, strategi, nasihat telah kita dengar dan amalkan, tetapi tidak juga dapat memperbaiki keadaan.

Sudah habis ikhtiar dan tidak terasa jalan buntu, maka kita akan rasa untuk berhenti dan putus asa. Lebih mudah daripada meneruskan lagi sesuatu yang belum tentu tercapai.

Tika waktu ini, perlu ingat kembali mengapa kita mulakan sesuatu itu satu masa dulu. Apa yang memberi inspirasi kepada kita ketika bermula? Bagaimana caranya untuk mendapat semangat it kembali. Perjalanan pastinya bermula dengan langkah pertama- mengapa kita mulakannya satu tika dulu? Cari kembali keyakinan yang satu kita dulu kita miliki.

Yakin bahawa segala masalah pastinya ada penyelesaian. Kalau di hadapan ada jalan buntu, dongak ke langit dan minta petunjuknya. Solat Istikharah untuk mencari jawapan, InshaaAllah akan diberu petunjuk.

2. Terlalu banyak kata2 negatif dalam minda

Bila terlalu banyak kata-kata negatif dikeliling kita, pastinya kita akan terasa lemas dengan kata-kata itu, dan lama kelamaan, diri kita sendiri akan percaya kata-kata tersebut.

Bila minda kita percaya tentang sesuatu kesukaran ia akan meyakinkan diri kita pula bahawa untuk berhenti dan berputus asa. Kata-kata negatif mungkin datang dari kenalan, keluarga, Internet dan banyak lagi punca. Bila negatif yang menjadi input, maka output kita juga akan turut negatif.

Usaha untuk kurangkan input-input negatif ini. Sebolehnya jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh membuatkan kita lebih terdedah kepada kata-kata negatif. Sememangnya adakalanya kita tidak boleh 100% mengelak daripada terdedah kepada negatif oleh kerana sikap negatif pastinya ada disekeliling kita, namun tanggungjawab kita adalah berusaha untuk cuba mengelakkanya selagi boleh. Sekiranya tidak boleh 100% pun, 50% pun jadi.

Kemudian, usaha pula untuk penuhi minda kita dengan kata-kata positif dari kenalan yang memahami, keluarga yang memahami dan banyak lagi mesej-mesej positif yang ada di Internet supaya minda kita akan mendapat input positif, dan memberi aksi dan output positif!

3. Letih dan penat berusaha dan tidak capai matlamat

Sudah mencuba dan mencuba tetapi tidak menjadi, akhirnya kita akan terasa penat. Mungkin bukan penat tubuh badan, tetapi kepenatan minda. Terasabeban diminda untuk teruskan lagi.

Kepenatan ini akan membuatkan kita terasa untuk putus asa. Sudah hilang tenaga dan hilang kudrat untuk melangkah mencapai kejayaan. Adakalanya sememangnya hingga fizikal pula terasa lemah.

Kepenatan minda dan badan adalah perkara biasa. Dan ubatnya, adalah agak mudah yang ramai terlepas pandang untuk melakukan. Jawapannya adalah berehat. Jauhkan fikiran dari kerja atau usaha yang dilakukan. Mat Salleh kata, take a break! Melakukan sesuatu itu dalam kepenatan, pastinya diri dan minda akan lagi terasa berat dan membebankan.

Berhenti berehat. Bukan 10 minti- 20 minit. Kalau boleh sehari dua. Kalau boleh juga, seminggu dua. Pergi bercuti dan tidak fikirkan usaha yang tidak menjadi itu buat seketika. Lapangkan dada dan tenangkan minda.

Apa yang akan terjadi adalah, apabila kita kembali selepas bercuti dari segala masalah, minda akan menjadi lebih tenang, segar dan berinspirasi untuk melakukan dan memulakan sesuatu itu semula dengan idea-idea baru mencari penyelesaian!

Dalam mencapai kejayaan, jalan bukan hanya lurus dan mudah. Kadangkala ianya ada simpang siur ke kiri, ke kanan. Ada juga round-about ada juga U-turn! Tak lupa hujan dan ribut, serta panas terik yang bahangnya tidak tertahan.

Kesemua ini akan membuatkan kita untuk rasa hendak putus asa.

Namun, dengan mengetahui sebab dan puncanya, disitu juga kita akan tahu cara menyelesaikannya semoga perjalanan kita tidak terhenti ditengah jalan, tetapi mencapai destinasi yang kita tujukan!

Anda pemilik perniagaan dan terasa ingin putus asa? Dalam apa sahaja masalah pastinya ada penyelesaiannya. Sekiranya anda ingin mengembangkan perniagaan anda, tetapi mengalami kesukaran, sertai bersama saya, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “3 Sebab mengapa kita putus asa… dan cara untuk TIDAK!

Leave a Reply

Your email address will not be published.