Mon 19 May 2008
Sebelum ini, Air Asia terkenal dengan harga penerbangan rendah. Kini, MAS pula memperkenalkan harga penerbangan murah dibawah FireFlyz… Apa yang terjadi kini adalah, persaingan harga. Sudah pasti MAS lambat laun akan menggunakan strategi Air Asia juga!
Kini, apabila Air Asia vs MAS, siapa yang untung?
Pada pendapat saya, yang untung adalah Singapore Airlines kerana memberi fokus kepada penerbangan eksklusif dan layanan istemewa
Singapore Airlines adalah antara jenama hebat penerbangan dunia.
Oh ya, pelanggan juga untung kerana dapat penerbangan pada harga rendah- serta pilihan antara Air Asia & MAS lagi tu! Yipee!
Tip Satu Minit: Jauhkan daripada terlibat dalam perang harga. Ia hanya merugikan anda. Ciptakan keunikan sendiri dan kelainan sendiri- anda dapat membentuk “harga” anda sendiri.
Walaupun ianya tidak salah menggunakan strategi “harga rendah” dalam perniagaan anda, ketahui bahawa strategi harga rendah mempunyai pelbagai kelemahan seperti:
- Pesaing juga akan merendahkan harga
- Mengurangkan untung untuk mempromosikan perniagaan semula
- Menjadikan jenama anda lemah
Menjadikan jenama lemah? Yes! Kalau kita sebut barangan “berjenama” atau barangan “branded” tidakkah ianya merujuk kepada barangan mahal?
Jadi, sekiranya anda ingin mewujudkan jenama hebat, jauhkan dari menurunkan harga
ps: Tip ini bukan sekadar untuk anda yang berminat untuk buka syarikat penerbangan sendiri- Perniagaan kecil-kecilan juga boleh guna tau!
Tip Satu Minit yang berkaitan:

May 20th, 2008 at 12:43 am
IK,
Tepat sekali! Saya juga bersetuju dengan harga yang murah melemahkan brand.
Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, produk yang dijual dipasaran dengan harga rendah biasanya dianggap kurang kualiti.
Begitu juga jika anda menjual produk melalui internet terutama produk berkaitan ‘info’…orang biasanya akan ragu-ragu dengan kualitinya jika ia dijual dengan harga yang terlalu murah…
Persoalan akan timbul di fikiran bakal pembeli…”Eh betulkan apa yang dijual ini, ntah-ntah info cetak rompak?…macam vcd cetak rompak…murah dan kualiti tidak terjamin…betul tak?
Salam kekayaan,
THINKERICH
Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi
May 20th, 2008 at 1:53 am
Wow…tertarik dengan perang harga yang Abg. Irfan ceritakan. Focus on “menjadikan jenama lemah.”
Mungkin inilah rahsia workshop perniagaan internet Irfan Khairi ye.
Tanya satu soalan ye:
“Katakan, niche abg Irfan adalah menjual alat-alat untuk penjimatan (kedai jimat), keunikannya pula adalah menawarkan barang pada harga yang termurah. Tiba-tiba pesaing mengisytiharkan perang harga. Apa strategi abg untuk elak perang harga, sekaligus mengukuhkan jenama perniagaan abg?”
- Hairul
May 20th, 2008 at 8:57 am
sekiranya kita menjual produk orang lain..Kadang kala perang harga ini berlaku tapi produknya baguss!! bagaimana nak elakkan kalau begitu
May 20th, 2008 at 9:07 am
Saya setuju dengan pendapat Ik. KIta mesti mencipta keunikkan. Kerana jika kita tidak unik kita terpaksa bersaing dengan ramai persaing. Memikirkan keunikan itu agak susah tetapi berbaloi.
May 20th, 2008 at 9:09 am
yes jenama yang memainkan peranan penting…
May 20th, 2008 at 9:14 am
Selepas MAS “mnyerang” AirAsia, AirAsia tidak mudah mengalah..Mereka terus melancarkan serangan balas yang bertubi-tubi kepada MAS.
pss: Saya dapat rasai bahang “peperangan” ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah AirAsia menghantar lebih 5 emel kpd sayadalam masa 2 minggu. (sampai saya dah “ter”beli 3 tiket balik KB..yahoo!)
mungkin tu la kelebihan AirAsia yg dah lama buat bisnes scr online :p dia ada HUGE list. boleh sebarkan news&promotion tru emel dgn sepantas kilat.
May 20th, 2008 at 9:28 am
jenama itu penting. hm, nak kena mula fikir sekarang ni untuk kebaikan lagi 10 tahun akan datang.
May 20th, 2008 at 11:29 am
slmt pagi irfan..
pendapat saya, org malaysia ni suka barang murah…
mereka jarang tgk bagus ke tak produk tu…
memang kebanyakkan mcm ni…
sb tu MAS pun kena buat harga murah…hehe
han
May 20th, 2008 at 12:00 pm
Air Asia VS MAS….siapa yang menang agaknya> Saya dah pun booking tiket dengan Air Asia sebelum ni. Disebabkan harga yang Mas tawarkan.. boking pulak tiket dari Mas em tak sampai dua hari Air Asia pulak offer harga yang jauh lagi rendah…rugilah pulak dekat rm 100 beza.
Em pengalaman Air Asia dalam harga rendah berjaya sebagai salah satu strategi yang cuba ditiru oleh Mas,
Kesimpulannya:
“Sentiasa bergerak kehadapan setapak dari Pesaing”
“Kalau anda menjadi Sang Harimau anda kena berlari pantas untuk mengejar sang rusa untuk dijadikan makanan, Kalau anda Sang Rusa pun anda kena berlari pantas untuk mengelak ditangkap oleh Sang Harimau”
Anda nak jadi Apa?????
May 20th, 2008 at 1:17 pm
sesetengah orang mengutamakan mutu dan kualiti,sesetengah pula inginkan nilai yang terbaik.Bukankah lebih baik jika kita mempunyai kedua-dua produk tersebut..peace
May 20th, 2008 at 2:08 pm
Saya setuju dengan pendapat IK bukan apa, kalau harga rendah dan dikaitkan dengan kualiti yang rendah juga, buat apa,kan? Tapi bagaiman caranya untuk tawarkan harga yang sama atau berpatutan berbanding dengan pesaing jika kita masih baru dalam bisnes dan nama pun belum lagi dikenali. Boleh IK bagi cadangan dari segi strategi apa yang patut digunakan terutama usahawan yang baru dan modal yang terhad. Yang saya nampak servis dan juga cara promosi. ada idea lain?
May 20th, 2008 at 3:18 pm
Jena penting, qualiti penting dan harga pun penting….so bila harga bersaing yg untung kita lah….bolehlah pergi semenanjung sll. Kalau ada modal lah.
Dalam perniagaan mcm mn pula..? Tawarkan harga berpatutan dan qualiti produk dan perkhidmatan mesti yg terbaik lah..he he
May 20th, 2008 at 4:06 pm
Nak tau pasai apa harga tiket yang dijual begitu murah???
Kadang-kadang sampai Rm0.00 harga ‘tiket’ tuuuuuu
Air Asia Untung Sebab Selalu Lewat Tiba & Berlepas,
-jadi ramai penumpang yang interchange flight seterusnya TERTINGGAL,
-Tiket Tak boleh tukar nama
-Tukar flight kena bayar lebih mahal dari harga tiket pulak..
-Barang 15Kg aje boleh bawak…..
-Takda makanan free, hatta cekedis atau mamee…
-Air mineral aje Rm5 sebotol kecil kalau beli.
-Kita lewat 5 minit pun habis lah…. tapi kalau flight dia Lewat 2 Jam takpeeeee…..
Seat dia tak payah nombor, sapa jalan kaki cepat, hatta kalau boleh lari laju macam Watson Nyambek, dapat la seat best best, takde orang marah.
-Kalau ambil XPress Boarding, Rm20, sia sia aje sebab 5 minit AWAL keluar!!!
-Kalau Hujan….? Bawak Payung ler jawabnyaaaaaa
Air Asia - ‘ Now Everybody Can Delayed ‘
May 20th, 2008 at 4:35 pm
saya pun ada terbaca juga, jgn kurangkan harga tetapi ubah menjadi lebih kreatif dan berkualiti. Mana-mana pun boleh guna cara ni..
May 20th, 2008 at 4:50 pm
z@ph > “Seat dia tak payah nombor, sapa jalan kaki cepat, hatta kalau boleh lari laju macam Watson Nyambek, dapat la seat best best, takde orang marah.”
memang lawak… tergelak saya
tak pasal pasal Watson Nyambek punya nama keluar. ha ha…
Tip Tambahan: Meletakkan harga rendah tak salah. Antara strategy sahabat Rasulullah, usahawan terkenal Abdul Rahman bin Auf adalah meletakkan harga rendah. Tetapi, perlu ingat, kalau nak letak harga rendah, perlu hebat dalam ilmu perniagaan supaya boleh memenangi pasaran. Jangan bergantung kepada harga sahaja seperti mana yang dilakukan Abdul Rahman bin Auf.
May 20th, 2008 at 5:03 pm
salam,
that’s me!
saya tak rela turunkan harga, sebab produk yg saya hasilkan memang memenatkan.
saya stick to harga yg saya tetapkan, walaupun pesaing saya merata-rata.
i agree with, “harga rendah melemahkan jenama”
May 20th, 2008 at 7:48 pm
Assalamualaikum!
Menarik ye persoalan perang harga. Saya taklah arif benar. Tapi saya terfikir bahawa untuk saya membeli sesuatu produk, saya tidak hanya lihat harga, kena juga lihat kualiti perkhidmatan bagi produk tersebut.Ini tidaklah terhad hanya pada tambang kapal terbang sahaja.
Kalau nak menempah pakaian sekalipun, seronok pergi pada orang yang senyum, ramah, tangkas dan paling penting kemas dan rapi jahitannya dan siap pada waktu. Semua datang dalam satu pakej. So produk kita jadi ‘unik’. Jika harga lebih sikit( sebaiknya masih dalam lingkungan harga pasaran) pun pelanggan faham dan boleh menerimanya kerana mereka tiada alasan untuk menafikan ‘keunikan’ produk dan servis yang diberi.
Merujuk pada kes di atas saya terfikir sampai bila ia boleh bertahan? (maksud saya berlumba-lumba menurunkan harga). Kita tahu bahawa harga bahan api semakin meningkat. Tambang pergi Umrah dan Haji makin naik. Dua syarikat ni bagai menentang arus. Takut lemas (air masuk hidung).
Akhirnya saya terfikir dalam jangkamasa tertentu tiada lagi tambang yang dikatakan murah itu. Mungkin kedua-duanya akan terfikir untuk ubah strategi mengutamakan kualiti perkhidmatan disamping harga yang munasabah. Ya harga MUNASABAH@BERPATUTAN.
Sorry jika andaian dan perumpamaaan saya kurang relevan. Macam mana pun IK, saya suka contoh Abdul Rahman bin Auf tu!
Wassalam.
May 20th, 2008 at 11:44 pm
Perang antara MAS dan Air Asia…
Memang penumpang yang untung! Sure Air Asia will comeout with another strategy lepas nih..
Sama-sama kita tunggu! Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar daripada MAS dan Air Asia dan di praktikkan di dalam business kita!
WanZ
May 21st, 2008 at 12:38 am
Saya rasa MAS kini dah tak mampu utk berikan kualiti perkhidmatan terbaik.
Baru-baru ini, ketika saya naik pesawat MAS dari Tokyo, soalan saya dijawab dengan nada marah oleh pramugari bila saya tanya samada makanan Jepun yang dihidangkan dalam pesawat itu adalah halal. Saya rasa, pramugari Air Asia lebih mesra.
Kesimpulannya, MAS memang eloklah rendahkan standardnya dan berikan harga murah.
May 21st, 2008 at 9:27 am
Saya rasa ada sikit confuse disini dari segi strategi jualan tiket murah MAS ini, saya rasa MAS masih lagi mengekalkan imej Eklusifnya dan hanya mensasarkan jualan tiket murah hanya pada penerbangan Firefly yang dibawah naungan syarikat MAS.Tapi apa kempen iklan yang cuba disampaikan seolah-olah mengambarkan keseluruhan perkhidmatan penerbangan MAS adalah tambang murah.
May 21st, 2008 at 9:14 pm
sebagai pengguna, saya sendiri mementingkan jenama dan kualiti. bagi saya biar bayar lebih sedikit asalkan hasilnya memuaskan.. menyentuh soal harga, saya setuju dengan pandangan IK. ia hanya akan menjadikan sesuatu jenama itu lemah. cuma jika harga atau pakej murah yang diberikan secara berkala dan bertujuan untuk menghargai loyalty para pelanggan n pengguna, itu cara yang baik malah dapat meningkatkan lagi kesetiaan pelanggan untuk menggunakan sesuatu jenama. urm, correct me if i’m wrong guyz
June 10th, 2008 at 1:47 pm
saya kurang bersetuju mengurangkan harga buleh melemahkan brand. saya juga tidak buleh kaitkan langsung antara harga rendah dengan penurunan untung.
saya dah berkecimpung selama 10 tahun dalam industri pembuatan. the truth is that we have to know our strenght and weakness in our cost structure. just 1 question, do you guys know in details what is the cost structure in every industry? untuk ini industri penerbanganga.
untuk mengurangkan harga tidak semestinya menngurangkan profit. there are hundred ways to do this.
jenama menjadi lemah? it doesn’t compute easily. kalau harga rendah, ia menjadi pilihan ramai. brand appreciation is about perception. perception is driven by quality and delivery. if we can control quality and delivery at low price. why not? it does boost your brand. the more ppl use and satisfy, the faster it will boast your brand.
war price is a norm. why back off when we are winning? and it is a good thing. monopolies can only weaken consumer power. the best thing is to be the leader and the trendsetter. air asia is a winner not bcs of monopolies or bcs its brand but simply bcs they lead and set the trend for others. these are true business entrepenuer. brand only come after that.
another example is microsoft. bill gates is not a pioneer in IT. there are other giants that time. but he and MS success bcs they lead and become the trendsetter. they are so successfull so much so nobody can even follow or compete with them.