Mon 4 Aug 2008
Adakah anda bersedia untuk jadi kaya? Maksud saya, betul-betul minda anda bersedia untuk menerima pendapatan yang lebih?
Sekiranya seseorang itu di dalam mindanya tidak “bersedia” untuk jadi kaya, dia akan terus dalam keadaan semasanya. Contoh…
- Sering kita lihat di negara barat, bila terdapat pemenang loteri berjuta dollar hadiah kemenangan, selepas beberapa bulan, atau tahun, orang tersebut habis kesemua wangnya!
- Ada juga kisah-kisah tempatan yang terjadi pada pemilik tanah-tanah felda menerima habuan berjuta untuk tanah mereka, tetapi, tak sampai setahun atau beberapa tahun, semua wang tersebut habis dan mereka dalam keadaan sama seperti sebelum menerima wang!
- Fikirkan pula keadaan diri kita sendiri… untuk beberapa tahun yang lepas, adakah pendapatan kita lebih kurang dalam lingkungan yang sama sahaja? Kalau naik pun sedikit… sedikit dan tidak mendadak?
Ini adalah beberapa simtom-simtom apabila kita tidak “bersedia” menjadi kaya di dalam minda / mentally. Amat-amat-amat bahaya sekiranya minda kita tidak bersedia untuk jadi kaya oleh kerana, tak kira rezeki datang mencurah macam mana pun, at the end of the day, ia akan kembali ke keadaan asal!
Saya kenal ramai usahawan yang menjalankan perniagaan berpendapatan dalam lingkungan RM10,000-RM20,000… sejak 5,10 tahun yang lepas. Keuntungan di situ sahaja tidak lebih dan tidak kurang.
Mengapa jadi begini?
Jawapan saya adalah mereka tidak bersedia untuk keuntungan RM30,000… RM50,000 dan lebih dari itu sebulan!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

August 4th, 2008 at 11:32 am
salam,
quite true.
mereka ini tidak tahu bagaimana nk spend duit tersebut. lantas berbelanja sesuka hati kerana menyangka duit itu terlalu banyak..
mereka tidak tahu berapa peratus harus disimpan, berapa peratus di labur, berapa peratus utk di’jolly’, etc
ps: boleh IK elaborate sikit?
terima kasih
August 4th, 2008 at 12:50 pm
Salam,
Betul, kita tidak boleh menanti untuk menjadi kaya dalam sekelip mata. Persediaan minda untuk menjadi kaya sangat penting kerana untuk mencapai status ini kita perlu mempunyai kekuatan jasmani dan rohani yang mantap.
AAA
www.binausahawan.com
August 4th, 2008 at 2:10 pm
There is a saying that goes, “If one does not know how to manage RM10, don’t bother having RM1,000,000 in the bank account”.
He simply does not have the wisdom or not ready to have such big amount of money yet.
Great insights.
Clement Chee
http://www.The-Excellence-Blog.com
August 4th, 2008 at 2:37 pm
Kalau tak bersedia, tiba-tiba jadi kaya tentulah terkejut. Kalau dapat beransur-ansur daripada saat susah kemudian senang mungkin tak tekejut sbb dah bersedia untuk menguruskan kekayaan yang ada…..ARB Dagang
August 4th, 2008 at 3:19 pm
Dalam minda kebanyakkan mereka ini, wang adalah untuk dibelanjakan semata-mata. Mereka tidak pula berfikir bagaimana mahu mengembangkannya. Ini adalah satu faktor utama kenapa mereka ini tidak bersedia untuk menjadi kaya.
August 4th, 2008 at 4:45 pm
Irfan, best lah tajuk hari ni, menarik. Hj Samuri (Satey Kajang) selalu tanya saya soalan macam ni.
1. juruukur banyak kerja?
2. juruukur dah mewah?
3. juruukur dah bersedia untuk mewah ke?
Susah nak jawab soalan nii. Jom kawan-kawan kita kongsikan apa maksud mewah bagi seorang usahawan… bincang bincangkan… heheh
August 4th, 2008 at 5:51 pm
Beruntunglah you all semua ni cam dah tahu je membuat persediaan untuk menjadi kaya. Cam Brother Love ni tak berapa tahu nak bersedia ni camana?
Cuba kongsi sikit, minda yang macamana kita nak kena set untuk bersedia menjadi kaya ni??
TQ
August 4th, 2008 at 6:17 pm
yup!suka sgt posting kali ni..nak jadi kaya juga sebenarnya adalah satu Keputusan yg perlu kita buat dlam hidup…nak jadi kaya ni ikut KEMAMPUAN..
kemampuan di sini bukan setakat usaha jerk..nanti bila dah kaya mampu ke kita lawan nafsu daripada membazir,mampu ke kita hindar diri daripada berlagak atau takabur..kalo bongkak nanti amal pon Tuhan tak terima…so tepuk dada tanya Iman.
semoga dengan usaha yang diberi Allah murahkan rezeki dan dengan rezeki yg diperoleh semoga kita sentiasa bersyukur dan rendah diri.insyaallah..amin
www.batikofmalaysia.com
August 4th, 2008 at 6:39 pm
sedikit sbyk saya dah paham apa mksd “mereka tidak bersedia untuk keuntungan…” seperti yang IK kata masa kat gathering WC semalam. Thanks for the tips
August 4th, 2008 at 10:28 pm
Benar, ramai manusia yang Allah anugerahkan rezki mendadak tetapi mereka tidak mampu menguruskan rezeki itu dengan baik menyebabkan di akhir hayat, mereka kembali kepada keadaan asal.Contoh terdekat ialah para peneroka yang pernah mendapat jutaan ringgit tetapi akhirnya semuanya habis.
www.macam2tips.blogspot.com
August 4th, 2008 at 11:02 pm
saya rasa saya tak ada cukup persediaan untuk menjadi kaya walaupun keinginan untuk menjadi kaya sangat tinggi.
pada asalnya saya rasa cukup bersedia, tetapi ternyata ada banyak lagi perkara perlu saya teliti.
persediaan itu merangkumi fizikal, mental dan emosi. =)
http://wordsofsaramsak.blogspot.com
August 5th, 2008 at 12:44 am
bro love, saya selalunya set minda by telling myself that i have less than what i actually has. contoh, kalu saya ada RM10, saya akan fikir yg saya hanya ada…lets say dlm RM5.
sekurang2nya saya dapat kawal nafsu berbelanja
jadi kalu bank acc saya ‘meledak’, taklah habis mcm tu je..
TQ
August 5th, 2008 at 7:36 am
ada gak, contoh, masa pendapatan RM2,000, end of the month, simpanan tinggal RM500 je… bila gaji naik/naik pangkat, gaji RM5,000… alih-alih, hujung bulan simpanan masih RM500 juga…
ini juga simtom “tak sedia jadi kaya”
question is… macam bro love tanya. macam mana nak sedia?
August 5th, 2008 at 7:45 am
Insyallah, kalau asas kewangan kita teguh, kita boleh uruskannya dengan baik. Ilmu pengurusan kewangan tidak di ajar di sekolah atau universiti, ianya melalui pengalaman, tools dan product yang ada di market sekarang utk kita uruskan kewangan kita.
Pokok pangkalnya disiplin, disiplin dan disiplin sebab kita ni mempunyai musuh dalam diri iaitu diri kita sendiri atau lebih di kenali sebagai NAFSU……
Selamat Menjadi Kaya….hehehehehe
www.asasteguh.com
August 5th, 2008 at 9:11 am
Salam IK. rezeki Ik saya tengok semakin mencurah. pembelian dan pesanan e-book terbaru keluaran IK ini. Memang mengagumkan. Himpunan jutawan dalam bidang masing-masing pasti memberikan input berguna dkalangan individu yang berkira-kira untuk berjaya dalam perniagaan. Insyaaalah.
Bisnes TDTone
August 5th, 2008 at 9:19 am
Assalamualaikum…
Kaya atau miskin itu ketentuan Allah. Jika diberi pilihan siapa mahu hidup miskin, serba tak cukup, kekurangan, susah apa lagi melarat. Manusia semua mahu yang baik-baik dan memudahkan. Itu kan ke fitrah manusiawi. Lantaran itu kuasa manusia pula adalah terhad pada usaha, doa dan tawakkal. Menjadi atau tidak Allah yang tentukan.
Namun kita mesti berpegang bahawa Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang dan selalu benar dalam janjinya. Sesiapa yang bersungguh-sungguh berusaha dengan niat yang baik dan tetap ingat padaNYA pasti ia akan beri. Bila? Sekali lagi bukan kuasa kita menentukan. Utamanya kita dah mengerah segenap akal dan mengeksploit segenap fizikal untuk hajat kita tu.
Kalau dah cuba tak dapat-dapat gak, mungkin ada yang kurang kena sama ada niat, cara atau perkara-perkara lain yang kekadang kita tak sedar pun itu suatu silap pada pandanganNYA. Kalau tak de silap, anggap sahaja yang Allah teramat suka mendengar rintihan kita padanya untuk hajat-hajat kita tu. Tak rugi pun. Muhasabah mustahak.
Insyaallah manusia akan bersedia atas apa jua keadaan tak kira gembira, sedih, sihat, sakit, miskin mahupun KAYA jika sedar hidup ni memang suatu perjalanan untuk mencapai KEJAYAAN.
Salam dari Adilla.
August 5th, 2008 at 9:36 am
Nak kaya macam mana? Apa yang perlu sediakan. Ada modal labur di mana paling baik? Laman web ok ke?
August 5th, 2008 at 10:13 am
Salam … IK.
Maaf sebab tak tegur Dr masa gathering hari Ahad lepas. Sebab tengok doktor rancak berbual dengan peserta lain, jadi tak mau ganggu walaupun sedikit teruja berjumpa doktor setelah sebelum ni pandang dalam TV aja.
Saya pernah menerima RM 400 ribu dari insuran pada tahun 2003. Namun, disebabkan ‘belum sedia’ akhirnya duit itu akhirnya habis di akhir tahun 2005. Yang tinggal pada saya hanyalah sebuah PC dan sedikit simpanan.
Dari situ saya memulakan ’semula’ laman web selepas ‘down’ tahun 2002 (lepas arwah mak meninggal).
Namun, selepas saya mendengar ucapan ringkas dan padat dari IK pada Ahad lepas, ia mencetus idea pada saya.
Terima kasih banyak - banyak kerana memberi tip yang sangat berguna pada saya. Sekian, terima kasih.
August 5th, 2008 at 10:54 am
Saya pun terfikir-fikir juga macam mana nak sediakan minda..Best juga perbincangan ni
Saya cuba ye..Pendapat saya,
Maksud sediakan minda untuk jadi kaya ialah, kita berjaya memasukkan niat yang “kita boleh jadi kaya” ke dalam minda.
Jadi, sebelum nak masukkan mindset yang “kita boleh jadi kaya”, kita kena buangkan dahulu mindset “kita TAK boleh jadi kaya”.
Sebagai contoh, hari ni kita kata, “Aku nak simpan duit RM 100 duit setiap bulan. Mana la tahu satu hari nanti ada emergency ke..boleh la aku guna duit ni”.
Sebab kita dah set dalam minda, duit yang kita simpan tu adalah untuk emergency, confirm Allah makbulkan permintaan tu…Setahun lepas tu, datang la emergency yg menyebabkan kita kena guna duit simpanan tu. (The truth is..Orang kaya tak simpan duit utk emergency)
Apa yg perlu kita niatkan adalah lebih kurang macam ni…”Aku akan simpan RM100 setiap bulan, sebab satu hari nanti, hasil simpanan RM100 setiap bulan ni la yg akan buat aku bebas kewangan & tak perlu kerja lagi”
InsyaAllah, kalau niat kita nak bebas kewangan, Allah akan bagi bebas kewangan juga - sebab, itulah yang minda kita minta (sebenarnya, apa yang terdetik dalam minda merupakan doa).
Kesimpulan:
Ada masa, kita kata dalam minda, “Aku boleh jadi kaya”, tapi kadang-kadang datang juga fikiran “Isy, boleh ke aku jadi kaya?”. Dua-dua setting ada dalam minda kita-positif&negatif. Sampai Allah pun tanya balik pada kita…”Kau ni sekejap nak jadi kaya, sekejap tanak..Kau nak yang mana sebenarnya?” So, kenalah kita ada satu set sahaja dalam minda. Buang yang negatif, masukkan yg positif. Barulah berhasil.
Mungkin inilah antara cara untuk menyediakan minda kita. Mesti ada cara lain juga.IK & Kawan-kawan..tolong beri tunjuk ajar.
Terima Kasih.
August 5th, 2008 at 10:55 am
Kekadang tu kita menganggap kehidupan seharian kita “terlalu sibuk” sehingga tak ada masa untuk membuat perancangan dan persediaan masa depan untuk diri sendiri dan keluarga.
Kalau nak jadi kaya, luangkan masa untuk membuat persiapan minda. IK pun dah keluarkan ebook tentang bagaimana jutawan berfikir sebelum mengorak langkah mereka untuk berjaya.
August 5th, 2008 at 11:45 am
Bagi saya yang penting kita harus disiplin.. Misalnya, jika kita tetapkan 30% dari jumlah pendapatan untuk simpanan maka berapa pun jumlah pendapatan kita pasti 30% dijadikan simpanan..
http://www.extremetech.com.my
August 5th, 2008 at 11:49 am
Saya ada satu contoh realiti di tempat saya sendiri.
Saya rujuk contoh nombor dua yang IK kongsikan tu:
Kisah-kisah orang kampung atau orang Felda menjadi “jutawan segera” kini hanya tidak nama.
Bila ada orang mengenali anak-anak mereka, jawapan yang sering diberikan.. “owhh, anak jutawan felda lah ni yea”
Sebenarnya, hari ini banyak kita lihat mereka yang mendapat “durian runtuh” ini kembali semula ke kehidupan asal.
Minda yang tidak bersedia untuk menjadi jutawan telah menyebabkan mereka tidak meletak matlamat untuk menggandakan wang yang diterima sebaliknya, duit semakin hari habis dan susut kerana berbelanja kepada aset tidak kekal.
Bila dah tak sedia jadi kaya.. so.. semua tadi hanyalah kenangan terindah sementara.
Saya sebagai anak muda, memang mengambil pengajaran dengan kisah macam ni. Tips yang IK kongsi dalam perjumpaan di Bukit Jalil hari tu, tetap saya simpan dalam ingatan dan sedang melipatgandakan usaha ke arah itu!
August 5th, 2008 at 12:56 pm
tricky question.
mcm mana nak sedia utk jadi kaya…
hmm…
August 5th, 2008 at 4:42 pm
emmm betul jugak kan macam mana nak sedia untuk jadi kaya…..emm sebenarnya kita kena atau future plan selepas kita jadi kaya bukan angan2 plan kekayaan kita untuk disalurkan ke mana?bila niat kekayaan kita tu baik maka baik lah hasilnya…….
cuma sekadar pendapat:D
August 5th, 2008 at 4:45 pm
sape2 yang ada pendapat lain?seronok jugak topik ni..hehe
ps:bila lah nak kaya hehe
http://usahawankekal.wordpress.com
August 5th, 2008 at 5:47 pm
Bersedia atau tak kita ni nak jadi kaya bergantung kepada beberapa faktor:
1) Keinginan kita
- Sejauh mana kita mahukan kekayaan + mencapai financial freedom tu?
2) Usaha kita
- Adakah ada usaha yang dilakukan utk sampai ke tahap yg dingini? Dan cukup tak usaha tu?
3) Kepercayaan kita
- Adakah kita benar2 percaya kita mampu mencapai kekayaan seperti org lain yg telah berjaya? Adakah kita berdoa secara spesifik setiap hari utk mencapai matlamat tersebut?
Semua yg di atas sebenarnya bertitik tolak dari SETTING MINDA & KEKUATAN MINDA. Muhasabah diri kita dan tengok adakah kita jenis yg sering mahukan more and more dalam hidup, atau sekadar happy dengan zon selesa kita… cukup dengan apa yg ada.. Tepuk dada, tanya selera..
P/s: Mazny is back! InsyaAllah for good…
August 5th, 2008 at 7:22 pm
Irfan,
bagaimana bersedia dari segi mental?
maksud saya, cemana fikiran yang kita nak serapkan dalam minda dan visualisasi / bayangan cemana yang kita nak buat?
Bagimana kita nak melatih minda agar selalu bersedia menerima kekayaan?
dan ..
bagaimana pula kita nak memupuk mindset bersedia untuk jadi kaya ..
er, sorry Irfan, saya banyak tanya sebab soalan-soalan ini yang selalu bermain di fikiran saya selepas membaca post kali ni.
terima kasih atas jawapannya.
-Shueqry-
kota kinabalu
August 5th, 2008 at 11:25 pm
Bersedialah menjadi kaya dengan perancangan..
Berdikit-dikit menjadi kaya akan membantu kita lebih bersedia berbanding terus menjadi kaya tiba2 .. Dapat durian runtuh dan sebagainya..
August 5th, 2008 at 11:35 pm
Bagi saya set minda untuk mendapat pendapatan ini ada tiga.
Pendapatan kebebasan : Jumlah pendapatan bagi membayar hutang piutang
Pendapatan keperluan : Jumlah pendapatan bagi memenuhi belanja harian
Pendapatan Hayat : Ia juga dikenal sebagai pendapatan warisan, bersifat lebihan dan persediaan.
Maka nilai sasaran menjadi kaya juga berkait rapat dengan tiga jenis sasaran pendapatan ini.
ZAMRI MOHAMAD
Video promo ebook mentor jutawan di sini
August 6th, 2008 at 9:01 am
Saya kalau dapat duit yang banyak, perkara pertama yang akan dilakukan ialah mendapatkan nasihat tentang pengurusan kewangan daripada pakar.
Bila dah faham konsep-konsep seperti ‘multiple streams of income’, after burner income’ baru plan langkah seterusnya.
Nak uruskan wang pun kena tahu caranya.
Seperti nak buat rumah, kena tahu tentukan kedudukan ruang tamu, dapur, bilik dsbnya.
Baru lah pengudaraan, pencahayaan & suasana rumah menjadi baik.
Buat apa pun kena tahu cara yang betul.
August 6th, 2008 at 9:21 am
Suka sangat jawapan dari Amalia. Membuka minda bro love.
Secara tak langsung, bro memang dah praktikkan cara tu Amalia tetapi mungkin seperti you cakap…ada dua-dua “Nak kaya & boleh ke kaya?” …hingga mind bro pun confused kan.
“Sampai Allah pun tanya balik pada kita…”Kau ni sekejap nak jadi kaya, sekejap tanak..Kau nak yang mana sebenarnya?”
August 6th, 2008 at 1:29 pm
tapi rasanya semuanya back to basic….kita kaya kerana anugerah dari pencipta kalau kita usaha banyak mana pun tapi Allah tak memberi maka takkan jadi….tapi yang paling penting kena usaha dulu dan dengan cara yang dia redha…then bila kita jadi kaya kita dah ada landasan-landasanya apa yang perlu dibuat,bayar zakat,menolong mereka yang susah,perkara itu perlu diniatkan dahulu kemudian baru buat perancangan lain dari segi pelaburan,simpanan kecemasan….Kekayaan,kemiskinan adalah ujian..jadi tempuhilah dengan mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan..
http://usahawankekal.wordpress.com
August 6th, 2008 at 5:13 pm
Hai,
best topik ni tapi pada saya takde orang yang tak bersedia untuk kaya. Sebab kalau diorang tak bersedia, mungkin mereka akan mati terkejut bila diumumkan sebagai OKB.
Pada pandangan peribadi saya orang yang selama ini miskin dan tiba-tiba dapat durian runtuh biasanya akan takut untuk berbelanja boros(kedekut).
Malah orang yang pernah bergelar jutawan pulak ramai yang dapat notis bankrap. Adakah orang seperti ini termasuk dalam golongan orang yang tak bersedia untuk kaya???
Saya yakin sebilangan besar jutawan felda menyimpan wang yang diterima dalam ASB dan ada diantara mereka membeli hartanah untuk pelaburan… Cuba tanya pada orang kaya “Adakah mereka bersedia untuk miskin?”
Pada saya kalau ilmu kewangan dipraktikkan dengan betul orang yang bergaji RM2,000.00 pun boleh hidup bahagia kan???
August 6th, 2008 at 5:17 pm
salam
semua orang tahu 9/10 kekayaan dtgnya dari perniagaan
dan org yg kaya tu berkerja 9kali ganda lebih drpd org yg tak berniaga. setuju?
ada diantara respon mengatakan ‘doa’ helps
agak2 doa apa yg paling mustajab utk jadi kaya/bersedia utk kaya/kekal kaya?
boleh kongsi?
terima kasih
seriwahyuda
August 8th, 2008 at 10:10 pm
ehm, memang ramai yang belum bersedia. Mungkin sebab banyak kekangan yang diorang tak dapat lepaskan..
August 10th, 2008 at 8:08 pm
salam,
nampaknya topik ni agak tersirat sikit maksudnya.Tapi apapun ianya bagus untuk dibincangkan..sebab kebanyakan rakyat Malaysia tahu mencari wang tetapi x semua yang tahu bagaimana menguruskannya..pengurusan wang ni perlu dipupuk dari kecil lagi. barulah diri tu betul2 bersedia untuk kaya apabila dewasa kelak.
==========================================
Ketahui rahsia terbaru meningkatkan minat
kanak-kanak untuk belajar :
http://www.kamusgambar.com/
==========================================
August 12th, 2008 at 2:53 pm
Maknanya teknik menguruskan duit mestilah seiring dengan perolehan kewangan kita sekarang. Setiap keja yang hendak dilakukan memerlukan latihan yang berterusan agar kita semua terbiasa serta mahir dalam melakukan tindakan.
======================================
Bisnes TDTone