Fri 29 Dec 2006
Assalamualaikum,
Cuma peringatan buat usahawan Internet beragama Islam, bersihkan pendapatan dari perniagaan Internet (dan juga bukan Internet) anda dengan membayar zakat pendapatan tahun ini. Dah nak masuk tahun 2007 ni azam baru mungkin hendak menambahkan pendapatan… tetapi, pendapatan tahun 2006 jangan lupa untuk bersihkan!
… ingatlah baik-baik tidak berkurang harta disebabkan zakat & sedekah… ~Hadis Nabi
2 kaedah mengira zakat pendpaatan:
- 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun jika pendapatan tersebut tidak kurang dari nisab… atau…
- 2.5% atas pendapatan yang layak dizakat setahun iaitu jumlah pendapatan kasar daripada semua sumber setahun ditolak perbelanjaan perbelanjaan asasi setahun dan bakinya melebihi daripada nisab.
Insyaallah, pendapatan 2006 menjadi berkat, pendapatan 2007 pula berganda.
ps: Malam nanti kita sambung minggu memulakan perniagaan internet.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 29th, 2006 at 1:23 pm
Assalamulikum semua,
Ya betul tu . Apa yg kita ada di dunia ini adalah hak Allah s.w.t. dan jangan kita lupa bayar zakat supaya rezeki kita diberkatiNya. Jangan di pandang ringan bab membayar zakat, lihat saja kedudukannya dalam rukun islam iaitu tempat ke 3 dalam rukun islam yg 5, didahulukan dari mengerjakan haji. Bayarlah zakat pendapatan, simpanan, perniagaan, dlln)apabila melebihi nisabnya.
Semuga kita umat islam semua dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.
December 29th, 2006 at 3:45 pm
Bulan ni memang pusat zakat sebok sket.. ramai sgt org nak bayar zakat.. member saya sampai terpaksa overtime buka kuanter… dah tutup pintu pun org dok datang lagi bayar zakat…
December 29th, 2006 at 5:21 pm
Benar .
Kita kena faham bahawa dalam pendapatan kita terdapat hak2 orang lain iaitu zakat. Zakat itu sendiri bermaksud ‘membersihkan’ dan ‘bercambah’.
Semoga tahun 2007, perniagaan kita lebih berkat dan berkembang maju selepas berzakat. Berilah pada yang hak!
Alhamdulillah, Syukur!!!
December 29th, 2006 at 10:54 pm
Zakat membawa berkat..
January 9th, 2007 at 11:22 am
Saya amat bersetuju!!!
Dengan berzakat juga, cukai pendapatan boleh berkurang!!!!
September 5th, 2007 at 7:01 pm
Zakat menyucikan harta, harta dari sumber tak betul dapat dibersihkan setidak-tidaknya dgn berzakat.
November 23rd, 2007 at 2:49 pm
sy sokong anda
January 8th, 2008 at 6:11 pm
saya dengan 100 % sokong dengan berzakat kita dapat menyucikan harta kita dengan jalan yang betul dan allah akan memberi kita keberkatan dalam melakukan setiap pekerjaan
insyaalah…
February 25th, 2008 at 1:41 am
Salam
Niat zakat x boleh sebab nak kurangkan cukai pendapatan. Mesti kerana Allah swt.
Tertanya-tanya, apa rukun zakat atau syarat sah zakat ni? Boleh sesiapa kongsi…