Tue 20 Mar 2007
Ada yang tanya pada saya. Apa harus dilakukan sekiranya terdapat orang mengutuk, memperlekehkan, melemparkan tohmahan, dan sewaktu dengannya kepada usaha kita. Saya rasa ramai yang pernah melalui ini, termasuklah diri saya sendiri.
Ada banyak boleh dilakukan, tetapi, jawapan terbaik saya dapati dari artikel Dr H.M Tuah saya terbaca baru-baru ini. Pesan Dr. Tuah:
Anda harus BERTERIMA KASIH kerana…
- Anda mendapat pahala FREE! :)
- Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
- Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai. Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orang akan dapat lihat sendiri).
Saya cukup setuju dengan Dr. Tuah.
Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita.
Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.
Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya. Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaan :)
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

March 21st, 2007 at 7:29 am
Cuba kita tgk, dalam 10 orang, berapa ramai yang kutuk ? 1 atau paling ramai pun 2… masih ada 8 orang lagi yang menyokong anda.
Lagipun, tak rosak pun perniagaan kita dengan kutukan orang.
p/s: Tapi kalau 8 orang kutuk anda, something wrong dgn anda..
March 21st, 2007 at 9:18 am
kutukan n kritikan perkara biasa….kena jadikan ianya sebagai pendorong untuk maju….
March 21st, 2007 at 9:48 am
Memang pening kalau kena ‘kutuk’
Oh ya, nak tanya pengalaman sendiri, apakah kutukan/kritikan yang paling hebat pernah terima sepanjang menjalankan bisnes internet nie..
Harap dapat berkongsi dengan kami
March 21st, 2007 at 10:05 am
kutukan pun boleh meningkatkan populariti kita…..Terima kasih bagi mereka yang mengutuk blog saya
www.brg2.blogspot.com
March 21st, 2007 at 10:05 am
btl tu … kutuk, kritik, perli tu perkara biasa. kalu kita miskin, org kritik kita dan kalu kita kaya pun org kritik juga. kan lebih baik kaya dikritik dari miskin dikritik. btl ta ?
bila org kritik tu mmg bt saya tercabar dan hati ni membara-bara….mmg btl kata tu… dikritik ni mmg boleh majukan diri….hehe
March 21st, 2007 at 10:12 am
Akum
Saya sangat setuju dengan pendapat
Elakkan diri dari orang-orang yang suka berfikiran negatif. Mereka sebenarnya tidak suka melihat anda “melebihi” mereka sahaja.
March 21st, 2007 at 10:43 am
Saya biasa kalo org-org kutuk nie saya senyum jer. Malas nak layan. Kalo nak layan kutukkan , perli, umpat, caci, hamun semua nie.. sok kita dah tiada pun orang-orang nie tak habis lagi still kutuk kita. Cara mudahnya biarkan jer. Dah letih esok retilah diorang nak tutup mulut tu
.
March 21st, 2007 at 10:47 am
mirul > kutukan/kritikan yang paling hebat untuk saya?
mungkin kalau terima kutukan dari orang yang jauh lebih berjaya dari saya, maka, itu akan menjadi kutukan yang terhebat. buat masa ni, tiada pula orang2 berjaya yang mengutuk saya. selalunya orang berjaya tidak mengutuk orang pun.
tetapi sekiranya kutukan/sindiran datang dari mereka yang belum mencapai apa2 kejayaan, maka, ianya tidak perlu effect kita pun.
kalau kutukan melalui online forum semua tu tak aci sebab berat sebelah di mana saya terdedah kepada masyarakat. yang mengutuk, sekadar “nama cyber” sahaja online. macam main nyorok-nyorok je, betul tak?
jadi, tak perlu melayan benda2 macam tu.
jadi, jawapan kepada soalan diatas, susah juga tu sebab rasanya tiada kutukan yang hebat2. masih lagi boleh saya tersenyum kalau ada pun (jadi, tak lah hebat mana) small matter
. juga seperti kata irwan, dalam seribu orang menyokong, sudah tentu ada sorang yang mengutuk. kira halal kan sahaja
March 21st, 2007 at 11:05 am
kutukan tu kite kena tolak tepi.
put negative aside.
think positive all the time.:)
http://norakmal.blogspot.com
March 21st, 2007 at 11:46 am
ASM wr.wb. Kutukan atau kritikan sudah menjadi asam garam bagi diri saya. Dari membina website, mempromosi dan menjual ada aja yang pro dan kontra. Mula-mula pedih juga telinga, tapi lama-lama sudah menjadi merdu. Macam mana pun usaha tetap diteruskan walaupun momentum kadang-kadangkala turun. Ubatnya cari buku atau artikel kat internet macam tips 1 minit,semangat naik membara semula umpama roket yang nak dilancarkan.
March 21st, 2007 at 12:39 pm
Betol tu, biarkan je org kutuk kita. Kadang2 dari kutukan tu kita blh berganda2 berjaya. Saya sendiri pernah alami..
bab beri semangat ni kita perlu ikhlas jgn kerana nak mengampu org @ nak dpt balasan…
p/s: thanks abg razzi for your motivate.
March 21st, 2007 at 12:47 pm
kita buat baik pun org akan kata;
buat tak baik pun org akan kata;
jadi, buatlah apa saja yg kita fikirkan ia
baik utk kita.
saya suka senyum dan mengkaji apa
yg dikritik kpd saya.
jika ianya betul, saya akan baiki kesilapan itu, dan ucapkan terima kasih kpd pengkritik itu.
March 21st, 2007 at 2:31 pm
Kalau saya kener kutuk tak bertempat (kat blog saya) , maka saya akan detect ip commentor tuh dan ban dia selama2nya daripada comments , dan kalau nak kejam lagi, ban terus daripada baca blog saya… wordpress best!
tapi x pernah lagi saya buat.. hehehe
Just think positive. You got choice: To take it as positive or negative, why should you choose negative then??
March 21st, 2007 at 2:46 pm
Untuk menghadapi semua kutukan dan komen ‘negatif’ kita perlu kepada “extra mind”, “extra mild” & “extra mile”, betul tak Doc.?
Untuk menjadi seorang yang “lebih hebat” anda perlu mengharungi semua ini.
Hisham;
“Jangan Main-Main”
March 21st, 2007 at 3:18 pm
Saya setuju..berfikiran negatif memberi kesan kepada sikap kita…salah satu faktor penghalang untuk berjaya adalah berfikiran negatif..Thanks
March 21st, 2007 at 3:26 pm
Kalau kena kutuk itu adat la. Manusia bukan sama sifat dia. Kita mana boleh puaskan hati semua orang. Yang penting, terima kutukan dan perbaiki apa yg patut. Orang macam ni tak boleh di layan, akan membuang masa kita yg. berharga. Terukan dengan usaha kita, satu hari kita akan berjaya.
http://www.jomwebtemplate.com
March 21st, 2007 at 4:15 pm
kalau kita kena kutuk atau ada yang komen -ve terhadap usaha kita, tu maknanya kita dah berjaya atau dalam proses ke arah kejayaan. Orang yang kutuk tu dah awal-awal lagi nampak kejayan kita, so kita patut gembiralah sebab usaha kita dah berbuah. Thanks kepada mereka yang mengutuk dan teruskan kerja mengutuk anda yang ‘bagus’ tu…
March 21st, 2007 at 7:21 pm
saya juga baru memulakan progrem perniagaan di internet. mmg mcm2 kutukan yg melemahkan semangat di lemparkan. ni yg saya marah ni. sy nak buktikan apa yg sy buat ini adalah betul. tunggu la korang..
March 21st, 2007 at 10:28 pm
Kutukan dan sokongan ni perlu dlm kehidupan dan perjalanan kejayaan kita. Kalau kita dengar yg +ve jer, nanti kita lupa diri pulak. Bila kita dengar yg -ve, at least kita buat penilaian balik. Kena berterima kasih juga kpd pengutuk sbb mereka yg mewarnai kejayaan kita. Taklah nampak sekata jer perjalanan kita kan. lagikan Nabi SAW pun kena kutuk, maki, dibaling batu, inikan pula kita insan biasa, ye tak?
Betul jugak kata SmartZul, kutukan melambangkan status kejayaan kita.
Kalau hidup kita ni tak pernah kena kutuk, maknanya kita sedang tidak melakukan sesuatu untuk kejayaan…
March 21st, 2007 at 11:04 pm
Pujian semata tanpa kutukan, ibarat makanan yang tiada masin & masam, hanya manis semata. Akibatnya, gula berlebihan dalam darah, dan kita mendapat penyakit kencing manis. Itulah ibaratnya. Segalanya kena seimbang dan sekata, barulah santapan menjadi nikmat, dan hidup dilimpahi rahmat. Alhamdulillah…
Promosi Pakej Foto Perkahwinan
http://zoomer.fotopages.com/
March 22nd, 2007 at 7:59 am
Semuanya bergantung kpd minda/sikap kita nak ambil positif atau negatif terhadap kutukan/kritikan org trhdp kita.
org berjaya always think positif and sentiasa perbaiki kelemahan diri agar sentiasa lebih baik
March 22nd, 2007 at 10:45 am
kalau saya kena kutuk, saya akan terima kutukan itu, ucap terima kasih, ambil sebagai motivasi, maafkan orang yang mengutuk tu dan GO ON.
March 22nd, 2007 at 11:25 am
saya pernah juga kena kutuk.. tapi semua itu tak pernah melunturkan semangat saya.. masing-masing ada pendirian dan matlamat.. jadi lah manusia yang tidak berhasad dengki.
“saya bantu anda.. jika anda tidak bantu saya tidak mengapa.. janganlah anda berhasad dengki dengan saya”
March 22nd, 2007 at 1:01 pm
A’kum..Kutuk? Memang banyak kali kena la. Tak kira dari siapa kawan, family..basically manusia memang macam tu. Bagi saya, lagi saya dikutuk,lagi kuat semangat saya. Apa-apa pun good luck to everybody…biarkan la orang dok asyik mengutuk tu…LIFE GOES ON.
March 23rd, 2007 at 8:17 pm
Saya suka biarkan org kutuk, saya suka hidupkan suasana supaya org kutuk saya, sebab buat kerja memang perfect siap ikut time dan hasil yang agak baik dari org lain biasanya…saya dah muak dapat pujian. saya bimbang banyak sangat pujian hasil kerja akan merosot. biar 2/10 mengutuk supaya kita dapat tekanan yang mendorong kerja lebih keras dan azam yang lebih kuat.
tapi kena ingat prinsip saya “gosok dulu luku kemudian”
March 24th, 2007 at 1:38 pm
setuju dengan meor shukri tu…kutuk tu kira benda normal la.
” kutukan adalah lesen untuk berjaya”
selagi kita tak kena kutuk, selagi tu la kita takut dikutuk… tapi bila dah kena kutuk, takdelah sakit sangat seperti yang disangkakan..
apabila kita dah tak sakit kena kutuk maka kita dah kalis kutuk.. kita dah dapat lesen kalis kutuk….bila dah dapat lesen,mudah la nak berjaya….
so, kutukan adalah lesen untuk berjaya….
March 25th, 2007 at 11:51 pm
Terima kasih .saya ada mengikuti seminar di Marriot tetapi saya masih kabur tentang barang yang perlu saya jual. Saya juga tak tau nak bukak akaun macam pay pall dan akaun yang melibatkan pembayaran melalui credit card.Harap dapar memberikan tip ini pada saya.
Boleh tak Komen tentang web saya ni..
TQ
Iliyas@binapuri.com.my
jw_malaya@yahoo.com
March 28th, 2007 at 1:41 pm
buat jahat kena kutuk, buat baik pun kena kutuk. itu memamg lumrah manusia selagi ada mulut kalau tak mengata tak sah
September 21st, 2007 at 11:50 pm
emmmm,saya setuju sangat dengan ape yg cakap…..kite kena beri semangat & kata2 positif kepada org lain sebab pada pandangan saya,bila kita beri semangat pada org sebenarnya kita juga memberi semangat pada diri sendiri…….=)
terima kasih & syabas saya ucapkan pada …
sebenarnya sy baru je dapat tahu website ni..tip2 motivasi terutamanya sangat membantu memotivasikan diri saya,tambahan pulak saya masih lagi menuntut di universiti,,,memang sangat membantu…=)
November 3rd, 2007 at 9:28 am
sy amat kagum dgn pencapaian Sy harap satu hari nt pun boleh berjaya & kita semua sama2 berjaya…
April 10th, 2008 at 7:42 pm
Pada pendapat saya kalau ada org kutuk kita buat bisnes nie…kalau dia kita kan …. kita ke mana dia ke mana …. dia susah mesti dia cari kita balik nya ……. dia kalau nak terjun lombong biar dia terjun lombong seorang2 …… org yg kutuk kita tu kita kaji balik mcm mana pula hidup dia hebat sangat ke dia nak kutuk-kutuk orang …….. asalkan kita buat perniagaan yang halal cukup ….. nak kira apa kan ……
May 15th, 2008 at 12:47 am
kutuk?pedih gak nak hadapi kutukan ni tapi kalau yang kutuk tu pun 2×5 je..lantak je r yang penting kita tau sapa diri kita sebenarnya,,bese nye orang yang kutuk ni dengki je lebih,,so kite jangan ambil pusing n jadikan kutukan 2 satu semangat untuk bawa kita ke depan….
July 13th, 2008 at 12:47 pm
Jgn terpengaruh dgn apa yg org cakap. org kita hanya suka mengutup. jarang yg nak bagi sokongan. tp kadang2 mungkin ada yg memberi nasihat kerana pernah gagal dalam apa yg dia buat. kalu ketogari camtu maybe dia risau kita juga turut gagal. Tapi kita juga mesti tahu. Tak semestinya juga kita akan gagal. Malah kita belum mulakan lagi pun. Jadi bersamalah dengan org2 yg positif. mina kita juga akan turut op[ositif untuk terus maju dalam apa jua yg kita buat.