Tengok tajuk di atas, pasti ramai ingatkan saya nak ceritakan tentang Search Engine Ranking! Salah sama sekali kerana kali ni saya nak kongsi-kongsi santai takde kena mengena dengan perniagaan Internet ;)

So, hari ni kita santai-santai sikit ok…

Mereka yang mengikuti perkembangan saya melalui blog ini pasti tau yang saya juga minat dengan muzik/bermain muzik bukan? Dan tahun lepas, saya ada ceritakan mengenai band ‘indie’ kami, Razzi.muz.ik. Kalau nak baca posting tahun lepas, boleh klik di sini…

Anyway, tahun lepas kami main lagu saja suka-suka dan memberi lagu kita for free secara online. Antara lagunya adalah Selamanya, ciptaan komposer Johan Nawawi dan juga Reaching Higher ciptaan Zul Mahat.

Tahun lepas juga, saya mencuba buat kali pertamanya mencipta lagu sendiri- dari muzik, sampailah ke lirik lagu dan dinyanyikan oleh Bro Love, Razzi Rahman. Lagu tersebut diletakkan di YouTube, FB dan sebagainya dan mendapat sambutan yang amat hebat!

Kalau anda ingat, its’ a song about peperangan di Gaza, dan tajuknya, “Voices”. Bagi anda yang tak pernah dengar, di jemput klik pada video di bawah untuk dengar first time ever, lagu ciptaan saya “Voices”


Ok, itulah percubaan saya yang pertama mencipta lagu bermesejkan kemanusiaan untuk kita mengingati mereka di Gaza. Not bad kan? Selepas lagu “Voices” diedarkan di Internet, berbagai-bagai positif review diberikan. Dan ramai juga beri cadangan untuk kami buat lagu untuk mainstream- keluar cd… radio…tv dan sebagainya.

So, tahun ni, Saya & Bro Love, Razzi Rahman, menyahut cabaran tersebut, dan hasilkan beberapa buah lagu lagi. Atas nasihat Razzi, dia inginkan saya ciptakan satu lagi lagu…sebab Razzi kata lagu “Voices” saya best! Saya boleh cipta lagu best…

First of all, saya tak mahu cipta lagu… sebab saya bukannya pencipta lagu ;)   Tapi lepas dipujuk… dan diberi dorongan, last last saya pun setuju untuk ciptakan satu lagi lagu… manalah saya ada masa nak cipta lagu sangat…

Lagu ke-dua, saya berikan tajuk “Kerana” dan kini mula dimainkan di stesen radio! Dan paling yang tak disangkakan, lagu “Kerana” kini telah masuk carta THR Gegar dan menduduki tempat ke #3 daripada 100 lagu popular!

Wah… memang tak sangka. Terkejut & seronok at the same time sebab saya buat pun hanya suka-suka sahaja sambil release stress kerja ;)

So, bagi anda yang nak dengar lagu “Kerana”, boleh mainkan klip YouTube di bawah… no #3 tu di carta… jangan main-main ;) )


So amacam? Bila lagi boleh tengok saya main muzik! ;)

So, tip atau lesson yang boleh diambil hari ini ada 3:

  1. Adakalanya kita perlukan sesuatu hobi atau sesuatu perkara untuk kita lakukan supaya take a break daripada kerja seharian. Kerja all the time pun tak boleh juga. Perlu ada masa nak release tension kan? Dan selepas melakuka nperkara tersebut, kita akan dapat kembali kepada kerja dengan minda dan tenaga yang makin fresh dan produktif. Bagi saya, perkara tersebut adalah muzik!
  2. Kadangkala, kita tidak tahu kebolehan kita atau bakat terpendam kita. Dan sering kali, orang lain yang boleh nampak bakat apa yang kita ada. Menulis/mencipta lagu tak pernah pun jadi dalam matlamat saya, tapi sedar-sedar, atas desakan orang lain, my bro Razzi Rahman, saya lakukan juga. Dan, what a surprise, mendapat sambutan ramai ke dua-dua lagu saya iaitu “Voices” tahun lepas, dan kini “Kerana” pula masuk carta #3 THR Gegar!
  3. Cannot help it, saya nak bagi juga tip perniagaan Internet! Seperti tip saya minggu lepas- gunakan YouTube untuk memberi pengalaman kepada pelawat laman web kita. Zaman ini, pelawat inginkan sesuatu yang interaktif dengan menggunakan bunyi dan juga visual. Dengan mempunyai elemen bunyi dan visual, terutamanya clip di YouTube, pelawat laman web mendapat pengalaman tambahan bukan sekadar teks sahaja.

So, itulah dianya… hari Isnin ni, kita berhibur la sikit ya, so takde lah “Monday Blues”. Sambil-sambil menjalankan perniagaan, sambil-sambil kita santai juga ;)

Harian Metro
Baca review album RR & IK di Harian Metro. Kalau ada masa terluang, boleh baca di sini saja-saja. 

Kalau nak dengar lagu-lagu lain Razzi Rahman & IK, boleh dapatkannya di sini

ps: dapatkan NST hari ini kerana ada berita kami dalam New Straits Times today

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kuasa “Tambah Kosong” - Fikir besar dalam perniagaan
  • Networking- kualiti, bukan kuantiti
  • Perlu diversify atau perlu niche?
  • Perniagaan bukan Internet 2: Perniagaan Internet 1