pelanggan mudah

Ada tak cara mendapatkan pelanggan dengan lebih mudah?

Ada tak cara mendapatkan pelanggan dengan lebih mudah?

Jawapannya, untuk mendapat pelanggan dengan lebih mudah, usahawan perlu berusaha dengan lebih lagi, iaitu – dengan membina jenama perniagaan.

Cara terbaik untuk membina jenama perniagaan di Internet adalah dengan berkongsikan informasi mengenai perniagaan yang dijalankan. Contoh, sekiranya menjual tudung, anda boleh menunjukkan cara-cara berfesyen tudung dengan lebih profesional, kreatif dan menawan di laman facebook. Anda juga boleh menggunakan Youtube untuk memaparkan artis-artis yang bertudung dan fesyen yang diperagakan. Tak lupa juga dengan menulis artikel di blog mengenai fesyen dan rekacipta tudung.

Dengan berkongsikan informasi sebegini, kepercayaan dan kredibiliti anda sebagai usahawan tudung dapat ditingkatkan, dan jenama perniagaan akan sering diingati.

pelangganmudah

Ada juga usahawan yang menggunakan kreativiti dalam menggalakkan interaksi di laman sosial, seperti memberi pengetahuan melalui soalan trivia, mengendalikan pertandingan ataupun menjalankan undian di laman sosial. Interaktif sebegini, kini mudah untuk dijalankan dan seringkali mendapat sambutan yang baik. Cara pemasaran sebegini dikenali sebagai soft-sell.

Zaman ini, soft-sell adalah lebih efektif daripada hard-sell. Soft-sell di Internet memperkasakan informasi kepada pengguna dan hanya melakukan promosi sekali-sekala sahaja. Hard-sell adalah lebih kepada promosi perniagaan secara terus kepada pengguna.

Seperti yang disebutkan, oleh kerana persaingan adalah amat tinggi tak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan, dan ramai menggunakan pendekatan hard-sell di sini, usahawan yang berusaha lebih membina jenama melalui soft-sell akan mendapat habuan pelanggan yang lebih ramai.

Revolusi perniagaan Internet telah mengubah persada perniagaan. Dengan perisian seperti laman web sosial yang kebanyakannya percuma, bererti usahawan kini perlu lebih mengambil tahu dan menguasai cara pemasaran alaf baru web 2.0 ini. Mereka yang tidak mengambil endah perkembangan pemasaran di Internet, akan ketinggalan dalam perniagaan tidak lama lagi. Jangan biarkan ini terjadi kepada perniagaan anda!

Sekiranya anda berminat untuk pelajari teknik dan kaedah perniagaan Internet dari A hingga Z, sertai Program Intensif Perniagaan Interent dan Strategi Media Sosial bersama saya, Irfan Khairi. Program separuh masa 4 bulan ini akan melengkapkan anda dengan teknik dan strategi cara memulakan perniagaan Internet sehingga cara mendapatkan pelanggan dengan membina jenama perniagaan anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan baca kisah-kisah kejayaan pelajar kami.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

5 thoughts on “Ada tak cara mendapatkan pelanggan dengan lebih mudah?

  1. Setuju sangat dengan IK. Zaman sekarang pelanggan lebih bijak dan hanya memilih penjual yang boleh berikan maklumat tepat sentang sesuatu subjek. istilah yang digunakan ialah konten marketing.

  2. Setuju dengan tuan IK. Selalu follow fb dan tulisab tuan untuk tips2 perniagaan dan tips positif. Kini pelanggan lebih bijak dan mahu maklumat terperinci, lebih dari sekadar di “kotak”. Saya sedang belajar mengenai konten marketing dan copy writing.

  3. As salam En Irfan. Kupasan idea mnarik. Kadang2idea tenggelam timbul dan saya diakhiri dengan kebuntuan langsung tak tulis apa pun. Jika ada kesempatan tolong komen website saya jika sudi. Hebat Jutawanku ini! 🙂

  4. Tq utk tips tuan.kadang2 baca memang selalu tips yang diberi usahawan berjaya mcm klishe tapi yang klishe tu lah yg kite /saya selalu terlepas nak buat atau tak buat.buat endah tak endah. Saya masih baru sangat dalam berbisnes harap dapat berjaya macam tuan jugak 😉 Tengah menceduk ilmu sebanyak mungkin.terima kasih 🙂

  5. Informasi yang sangat berguna, terima kasih IK kerana selalu berkongsi tentang maklumat perniagaan, saya merupakan batch proedu59 sangat berbaloi menyertai kelas bersama IK! Pembelajaran yang mudah dan efektif

Leave a Reply

Your email address will not be published.