Cara selesaikan hutang! (*dengan lebih pantas)

Alhamdulillah, baru sahaja kita menyambut Aidilfitri, ramai yang pulang je
kampung halaman. Ada juga yang beraya di bandar. Tidak kira mana sahaja,
mudahan anda telah menyambut hari raya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan
bersama keluarga!

Baru-baru ini saya membaca berita dan laporan tentang hutang pengguna meningkat
di musim perayaan, ada yang berhutang kad kredit, berhutang dengan rakan-rakan
dan keluarga, ada juga sehingga berhutang dengan pemberi hutang tidak berlesen!

Memang benar, sekiranya hutang keliling pinggang, bagaimana hendak rasa
gembira. Saya sendiri satu ketika dulu pernah merasa bebanan hutang. Memang
tidak menggembirakan!

Tetapi, memang tidak dapat dibantu dengan pelbagai kos yang semakin tinggi
termasuk dua hutang terbesar, iaitu rumah dan kereta. Lebih-lebih lagi, ketika
musim perayaan, ada yang terpaksa menambahkan hutang mengikut laporan berita
tersebut.

Sering kita beringat kos bulanan seperti bayaran kereta, rumah dan bil-bil yang
lain. Namun, terlupa untuk meletakkan bajet kos-kos tahunan seperti musim
perayaan, musim anak-anak mula sekolah, dan juga musim cuti. Sekiranya kewangan
kita kurang stabil dan sentiasa terasa seakan-akan mengejar bayaran kos hidup
setiap bulan, maka…

Ianya belum terlewat!

Sebenarnya, ianya belum terlewat untuk menguruskan kewangan kita tidak kira di
mana pun tahap bebanan wang atau hutang. Bulan Syawal, bulan mulia kita perlu
yakin dengan rezeki dan keberkatan.

Bagi mereka yang dalam tekanan hutang, saya sering nasihatkan untuk redha
dengan keadaan kewangan, namun tetap perlu usaha untuk mendapat rezeki yang
diberkati- walaupun sedikit, ia pastinya dapat membantu kewangan.

Ramai yang bercadang untuk mulakan perniagaan untuk melunaskan hutang dan
menjana pendapatan yang tinggi seperti mana yang sering digembar-gemburkan di
Internet tentang peluang menjana pendapatan yang lumayan sana sini.

Namun, peringatan saya untuk anda dan juga diri saya sendiri, rezeki, biarlah
sedikit tetapi biarlah berkat. Tidak semestinya matlamat kita hendak jadi
jutawan atau hartawan. Tidak semestinya pendapatan kita perlu berpuluh ribu
ringgit.

Sekiranya pendapatan perniagaan kita berpuluh ringgit, beratus ringgit atau
seribu dua ringgit pun, asalkan ianya berkat, itu yang penting.

Bayangkan, tidak kira apa sahaja pendapatan anda kini, sama ada pendapatan gaji
bulanan atau melalui perniagaan, sekiranya anda menjana pendapatan tambahan
katakan RM1,000-RM2,000 sebulan dari perniagaan sambilan. Adakah RM1,000-
RM2,000 itu akan membantu kewangan anda dan membantu sedikit demi sedikit
melangsaikan hutang anda?

Pastinya YA.

Memang ada yang menjana pendapatan berpuluh ribu ringgit, beratus ribu ringgit
dan menjadi jutawan di Internet. Tetapi, sering saya tekankan, biarlah mula
dengan sedikit, asalkan ia dengan niat yang betul dan berkat.

Rezeki, kalau banyak macam mana pun dan tak berkat, kita akan rasa tidak cukup.
Hutang tidak akan berkurang, malah bertambah lagi dan jiwa pula tidak tenteram.
Betul tak?

Tetapi, rezeki, walaupun sedikit dan kita terima dengan penuh kesyukuran,
InshaAllah akan sangat mudah untuk kita melangsaikan segala hutang dan
memperbaiki keadaan kewangan kita. Percayalah!

Nasihat saya kepada mereka yang ingin memperbaiki keadaan kewangan, tidak kira
untuk merdekakan diri dari hutang, atau perbaiki keadaan kewangan keluarga…

Ambil langkah sedikit demi sedikit. Take it one step at a time!

Anda perlu perancangan & strategi

Dalam kewangan, perancangan dan strategi adalah penting. Apakah perancangan dan
strategi anda?

Pertama, adalah apa yang dikenali sebagai “multiple streams of income”, ataupun
aliran pendapatan berganda.

Antara sebab mengapa kewangan menjadi kurang stabil, jawapan mudahnya adalah,
pendapatan yang kita dapat kini tidak mencukupi, atau hanya cukup-cukup makan.
Apa yang diperlukan adalah pendapatan tambahan.

Zaman ini, jangan hanya bergantung kepada 1 atau 2 pendapatan sahaja. Mereka
yang berjaya dalam kewangan adalah mereka yang mempunyai pelbagai aliran
pendapatan, sekurang-kurangnya 3! Inilah strategi yang sering di amalkan.

Mungkin pendapatan dari gaji bekerja, melabur di ASB, menyewa rumah, atau
perniagaan online sambilan.

Diri saya sendiri bukan sahaja mempunyai 1 aliran pendapatan, tetapi,
sekurang-kurangnya 6 aliran pendapatan kini seperti, pendapatan dari
perniagaan, royalti buku, sebagai perunding syarikat-syarikat, pelaburan,
perniagaan online, sebagai duta dan sebagainya.

Pengalaman saya menemubual ramai orang yang berjaya juga mendapati perkara yang
sama. Mereka yang berjaya dalam bidang kewangan pastinya mempunyai beberapa
aliran pendapatan, termasuk juga usahawan- tidak bergantung pada pendapatan
perniagaan utama sahaja!

Perancangan Kewangan

Rancangkan bajet anda mengikut pecahan. Katakan pendapatan anda melalui
perniagaan sambilan anda adalah RM1,500 setiap bulan, maka 10% dijadikan
simpanan yang tidak boleh disentuh. 20% digunakan untuk membayar hutang. 10%
lagi digunakan untuk musim perayaan tahun hadapan. 30% dipusingkan semula untuk
pengiklanan dan mengembangkan perniagaan dan 30% lagi adalah untuk perbelanjaan
tambahan. Sudah pasti, pecahan ini anda boleh ubah mengikut keperluan kewangan
anda sendiri.

Perancangan kewangan memerlukan kesabaran, usaha dan disiplin yang berterusan.
Namun ianya lebih pantas untuk menyelesaikan hutang dan menstabilkan keadaan
kewangan sekiranya mempunyai aliran pendapatan tambahan.

Pastinya, kita ingin melunaskan hutang, dan bebas dari masalah kewangan dengan
lebih pantas lagi bukan?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.