Tue 8 Sep 2009
Dalam pemasaran era baru, terdapat teknik menjual yang dikenali sebagai elevator pitch. Elevator = lif.. pitch = kata-kata menjual.

Maksud elevator pitch, bukannya anda menjual dan lakukan promosi ketika di dalam lif
Tetapi, maksudnya adalah untuk anda ciptakan satu “selling pitch” atau “kata-kata jualan” yang khas yang panjangnya dalam lingkungan 15-20 saat. Elevator pitch adalah terbaik oleh kerana ia akan membezakan anda dnegan pesaing-pesaing anda. Namanya dikenali sebagai “elevator pitch” kerana kononnya seumpama anda perlu promosi dalam jangka masa pendedk seperti di dalam lif.
Contoh:
Sekiranya anda seorang penasihat kewangan, apabila di tanya “apa anda buat?”, sering kali jawapannya adalah “Penasihat Kewangan”
Tetapi, sekiranya anda mempunyai elevator pitch, jawapan anda adalah:
“Saya membantu mereka yang dalam kesusahan kewangan untuk mengurus kewangan mereka dengan lebih sempurna dan menambahkan lagi pendapatan tanpa usaha dengan cara melaburkan simpanan yang sedia ada”
Sekiranya anda seorang konsultan Internet:
“Saya membantu perniagaan menambahkan keuntungan perniagaan mereka sebanyak 200% dengan memperkenalkan kaedah dan strategi perniagaan Internet yang mudah dan murah”
Elevator pitch adalah apabila anda menjelaskan apa yang anda lakukan (perniagaan anda) dengan lebih sempurna dan lengkap. Tidak lagi menjawab pertanyaan orang dengan “saya seorang arkitek” atau “saya seorang ejen hartanah” atau “saya seorang akauntan”.
Elevator pitch pastinya membezakan anda dengan pesaing-pesaing anda yang lain
Jadi, kongsikan elevator pitch anda di sini… siapa berani? (cabaran ni… siapa nak sahut?)
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


September 8th, 2009 at 2:31 pm
saya membantu membangkitkan aura pesona diri kelihatan menarik dan menambahkan lagi hidup anda dengan kemakmuran, kebahagian dan kesejahteraan yang melimpah ruah.
“make you happu life, spirit of confidence”
September 8th, 2009 at 2:32 pm
sorry salah pulak eja tu sepatutnya “happy”
September 8th, 2009 at 3:31 pm
my elevator pitch ialah “saya membantu kanak-kanak autistik tentang self-help skill agar mereka dapat belajar untuk hidup berdikari apabila mereka besar nanti”
September 8th, 2009 at 5:38 pm
First time dengar pasal Elevator Pitch ni.. Apa saya punya Elevator pitch ye, tengah pikir lagi ni IK, huhu…
Anyway thanks for the tips.
September 8th, 2009 at 5:53 pm
“Saya membantu pemilik laman web bisnes kecil membina jenama dan visibiliti mereka di enjin carian dengan berkongsi tips dan strategi tanpa perlu mengeluarkan belanja perngiklanan yang besar.”
To IK - Elevator pitch ni hampir sama dengan ‘mission statement’ tak?
September 8th, 2009 at 7:46 pm
Assalamualaikum wbt,
Dear Sir Dr Irfan Khairi,
Assalamualaikum wbt,
Dear Sir Dr Irfan Khairi,
Salam Ramadhan >_< May God bless your wonderful family
Gosh, this is my favorite part ^-^ Thanks a lot for sharing Sir!
Alhamdulillah, I always introduce myself to individual/potential clients like this:
————
“Hi, nice to meet you dear.
I’m MamaFiza, proud mom of 4 active kids. I’m a designer & homeschooler. Yes, I’m work at home mom. As web designer, I aim to cater our services in affordable price with lovely layout for work at home family to start their very own web biz.
So, please tell me about yourself. I love to know more.”
————
Alright then, hope you’ll teach us more Sir Dr Irfan
Please send my best wishes to your gorgeous wife & cute kids. Take care~
September 8th, 2009 at 8:52 pm
Alrite, biar saya orang pertama sahut cabaran Irfan.
“Saya membantu dan memberi sokongan kepada anda mendalami ilmu Visualization dalam memanifestasikan impian anda menjadi nyata, menggunakan kaedah ‘Hypnotic Visualization Technique’
Macam mana Irfan, ok tak? Kalau Irfan ada tip untuk membuatnya lebih oomph, saya amat mnghargai.
Salam,
Mona
September 8th, 2009 at 9:15 pm
Setiap patah perkataan jawapan umpama iklan yang tidak disedari oleh si penyoal. Bukan begitu ke IK?
September 8th, 2009 at 11:18 pm
yup! good elevator pitch semua tu… lepas ni boleh gunakan bila promosikan diri…
elevator pitch yang terbaik, perlu mengandungi “manfaat yang diterima oleh target market”
semua cool!
-ik
September 9th, 2009 at 9:10 am
” my elevator pitch ialah saya membantu merekabentuk dan memberi khidmat nasihat dari segi teknikal pemasangan elektrik kpd pelanggan bagi memastikan pemasangan tersebut selamat, berkualiti serta mencapai kehendak pelanggan ”
sy rasa jawapan melalui elevator pitch adalah jawapan seorang yg berkeyakinan dan memperlihatkan visi, misi seseorang kpd org yang bertanya.
thank you..IK
semoga ik berbahagia bersama family dan di murahkan rezeki..
September 9th, 2009 at 9:25 am
Saya pernah try buat dulu tapi dah jadi macam CHOO CHOO TRAIN PITCH pulak..hahaha
Anyway, ni latest punya try:
“Saya membantu pemilik syarikat kecil atau sederhana untuk menterampilkan laman web syarikat mereka secara custom made dan professional design sebagai boosting kepada misi syarikat, jenama dan kredibiliti mereka dengan kadar harga yang amat berpatutan dan murah”
September 9th, 2009 at 11:05 am
“Saya ingin berkongsi pendapatan dengan orang lain dan bersama-sama menikmati keuntungan secara senyap tanpa melibatkan kos dan tenaga yang besar “
September 9th, 2009 at 12:24 pm
“Saya membantu pelanggan untuk memilih domain dan hosting yang sesuai dan terbaik. Dalam pada itu, saya pasti domain yang saya tawarkan untuk pelanggan, pastinya friendly user. Anda boleh dapat 10 email peribadi percuma..Dengan tawaran yang mereka tawarkan untuk anda test drive secara percuma, anda boleh nilaikan kualiti mereka..Anda bukan sahaja dapat menyewa domain dan hosting dengan mereka, yang penting anda dapat menjana pendapatan tambahan dengan syarikat ini!!”
-
- Gaya Promoter
Mcmmana IK, Saya cuba sahut Cabaran Saudara
Saudara IK, Selamat berpuasa!
September 9th, 2009 at 12:38 pm
Salam ceria sihat kaya bahagia,
“Kami gembira menjadikan ‘tanggungan perbelanjaan’ sebagai suatu cara hidup dengan menjadikannya sumber hidup sihat, kaya, dan bahagia”.
September 9th, 2009 at 1:17 pm
“saya membantu setiap kenalan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum dan pendapatan yang berganda.”
To IK: so how IK ada keyakinan kan?
September 9th, 2009 at 2:07 pm
Saya membantu orang ramai menjadikan wang bekerja untuk mereka dan membolehkan mereka mencapai kebebasan kewangan dalam masa yang ditetapkan.
September 9th, 2009 at 8:50 pm
Saya adalah orang yang membantu mereka yang tercari-cari cara bagaimana untuk menambahkan duit saku mereka dengan memperkenalkan idea-idea bisnes dengan merealisasikannya!
September 10th, 2009 at 4:40 pm
ilmu baru..tapi saya xda elevator pitch sendiri sebab masih student..
so, saya try buat elevator pitch seorang student la..
’saya adalah orang yang menuntut ilmu, mencari pengalaman hidup dalam dunia penuh mencabar untuk membentuk identiti sendiri dan membantu masyarakat ke arah lebih baik’..
ok ke x?..
September 10th, 2009 at 7:30 pm
tq2 tips yang amat berguna IK
September 11th, 2009 at 11:49 am
Assalamualaikum
“Saya akan memimpin tangan agar berani memburu impian”
Ayuh mari tuliskan impian anda di sini http://fathuri.com/motivasi/
Terima kasih IK atas entry yang menarik ini.
September 11th, 2009 at 1:17 pm
salam
tips ni saya pernah belajar dgn seorang kenalan didlm bidang MLM. Memang berkesan sbb teknik ni mcm teknik cinta pandang pertama. Kalau awal2 dah kantoi mcmana nak tarik customer kan.
“Saya membantu pelajar menjadi seorang yang pakar didalam subjek matematik dengan mudah,pantas dan tepat”.
We share what We learn!.
September 11th, 2009 at 3:33 pm
“Saya cuma ingin berkongsi ikhlas bagaimana anak anda boleh cemerlang didalam pelajaran diwaktu yang sama anda juga boleh menjana pendapatan”
September 12th, 2009 at 9:48 pm
sesuatu yang menarik tentang elevator pitch..ia membina kelainan anda berbanding usahawan lain
September 13th, 2009 at 12:13 pm
“Saya menawarkan peluang kepada orang ramai untuk menjadi pelanggan kepada produk kegunaan harian yang disertakan dengan jaminan insuran setinggi RM 1 Juta!!!”
Nak kena gi prektis dalam lif nih. Sempat tak abis ayat sebelum pintu lif terbukak…:-)
September 15th, 2009 at 12:50 pm
” Kerja saya adalah membantu orang ramai ‘ Bagaimana mahu memastikan suami dapat mewariskan gaji beliau kepada anak dan isteri walaupun satu hari nanti si suami sudah tidak mampu bekerja lagi!!! “
September 20th, 2009 at 7:04 pm
pergh saya rasa saya guna elevator pitch sebelum nie
September 27th, 2009 at 11:18 pm
“keselesaan dan harga berpatutan adalah matlamat perkhdmatan bilik sewa kami”
ok ke IK?
September 29th, 2009 at 2:35 am
saya membantu mereka yang memerlukan pakaian dengan cara menjual pakaian dengan harga yang sangat murah, antara pakaian yang saya jual adalah seperti Round neck t-shirt, Polo Shirt Dan pelbagai lagi (^_^)
October 5th, 2009 at 11:09 am
cara pemikiran yang membezakan kita dengan orang lain…
October 10th, 2009 at 10:37 am
Saya di dalam bisnes yang membantu orang lain agar dapat memulakan bisnes mereka sendiri dan menjana pendapatan yang menjurus kepada kebebasan kewangan
November 10th, 2009 at 1:02 pm
saya memberikan perkhidmatan mengajar dan membina laman web dengan cara yang mudah dan murah walaupun pelanggan kami mempunyai 0% pengetahuan mengenai IT