kuasa solat

Kuasa Solat, Al-Quran dan Doa dalam menambahkan rezeki

Setiap hari kita berusaha untuk mencari rezeki. Macam-macam yang kita lakukan, bagi usahawan mencuba kaedah dan strategi baru, bagi mereka bekerja berusaha dengan lebih. Kita sering diingatkan oleh pakar-pakar kewangan untuk berjimat, tak lupa pula berbelanja dengan bijak. Peluang juga kita cari sama ada memulakan perniagaan, melabur, dan mencari kerja tambahan.

Namun, adakalanya, rezeki tidak kunjung tiba. Bagi usahawan, rezeki 9/10 yang dijanjikan tidak mendatang. Bagi yang bekerja, usaha yang lebih tidak mendapat perhatian majikan untuk kenaikan gaji.

Di manakah salahnya? Tiba masanya untuk muhasabah diri…

kuasasolat

Kuasa solat…

Dalam dunia serba moden kini, penuh dengan informasi dihujung jari, kesihatan dan kecantikan sering disogok-sogokkan ke minda. Gaya hidup sihat seperti pergi ke gym, bersenam, memakan makanan sihat, menjadi rutin yang dikejar oleh ramai. Apabila badan kelihatan cantik, muka kelihatan cun, boleh la berselfie untuk laman sosial kerana ingin pujian dan likes yang banyak. Keterampilan yang menarik serta kelihatan cantik menjadi kayu ukur untuk diterima ramai. Sememangya tidak salah…

Namun, senaman utama, terapi minda dan kecantikan hati dengan bersolat jangan dilupakan. Yang wajib mahupun yang sunat.

Rezeki tidak datang mungkin kerana kita mengabaikan tanggungjawab wajib kita dan mengutamakan tanggungjawab yang lain. Bersenam kita lakukan berjam-jam, tetapi tidak solat. Mempelajari gaya hidup dan pemakanan sihat diluangkan melalui internet, tetapi tidak meluangkan masa solat sunat dalam mencari rezeki seperti Solat Duha untuk membuka pintu rezeki serta Solat Istiqarah apabila dalam kebuntuan.

Kuasa Al-Quran

Maklumat boleh didapati dihujung jari kini. Google sahaja. Kita ingin pelajari cara berjimat, cara menjana pendapatan, cara menguruskan kewangan. Tak lupa kita membaca pelbagai buku-buku kewangan dan perniagaan dari Robert Kiyosaki hingga ke DOnald Trump hinggalah blog Irfan Khairi yang ini. Sungguh tekun membaca mencari ilmu kerana kita tahu ilmu itu penting. Sememangya tidak salah…

Namun, kita lupakan bacaan utama iaitu Al-Quran. Kita ketepikan isi kandungan Al-Quran yang banyak menyentuh tentang mencari, membuka dan meraih rezeki yang berkat.

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7

“Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96

Hanyalah secebis daripada ilmu-ilmu rezeki dalam Al Quran. Takut kita sahaja lupakan ketika mencari ilmu rezeki…

Kuasa berdoa

Bila dalam kesusahan, kita minta bantuan keluarga. Bila dalam kebuntuan, kita minta bantuan rakan. Masalah kewangan atau masalah perniagaan, kita mula meminta-minta dibantu oleh sesiapa sahaja. Sering kita rasakan bila dalam keadaan ini, kita harapkan akan ada seseorang atau kumpulan, atau pihak yang akan membantu mengeluarkan kita dari belenggu masalah kewangan dan memberi peluang dan jalan kepada kita. Sememangnya tidak salah…

Namun, kita lupa pula meminta-minta dan berdoa kepada Allah swt, kerana Allah sahaja yang boleh mengeluarkan kita dari sebarang kesusahan, kebuntuan dan masalah.

Kuasa solat, Al-Quran dan doa tidak dapat dipisahkan dan berkait rapat dengan rezeki yang berkat. Sekiranya kita dalam kesenangan atau kesusahan, jangan lupakan pada janji Allah swt mengenai rezeki yang berkat dengan menambahkan solat, membaca Al-Quran dan perbanyakkan doa. InshaAllah pelbagai rezeki yang berkat akan sentiasa melimpahi kita.

Mengapa rezeki tidak datang dan dimanakah salah kita? Kerana rezeki itu sudah sedia ada di hadapan mata tetapi kita tidak lakukannya…

Anda pemilik perniagaan dan terasa ingin putus asa? Dalam apa sahaja masalah pastinya ada penyelesaiannya. Sekiranya anda ingin mengembangkan perniagaan anda, tetapi mengalami kesukaran, sertai bersama saya, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.