Sekiranya anda lakukan sesuatu yang sama setiap hari, pastinya keputusan yang anda terima juga adalah sama.

Lebih payah lagi, sekiranya dalam perniagaan, bukan ini yang terjadi. Kerana, dalam perniagaan, sekiranya kita lakukan perkara yang sama sahaja setiap hari, lama ke lamaan keputusan yang di alami akan menurun.

Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Dan tabiat yang paling sering kita alami (dan sering kali tidak sedar) adalah tabiat tidak mengubah diri dan sentiasa dalam zon selesa sahaja.

Berhenti sebentar dan cermin diri sendiri dan perniagaan kita:

  • Apakah sesuatu yang *BARU* patut kita lakukan?
  • Apakah sesuatu yang kita sedang lakukan dan patut kurangkan?
  • Apakah sesuatu yang kita sedang lakukan dan patut 100% berhenti dari terus melakukan?

Orang-orang berjaya adalah mereka yang sanggup berhenti melakukan apa yang kurang menjadi dan lakukan sesuatu yang baru- walaupun sekiranya ia bermakna perlu menghadapi risiko baru dan mungkin menghadapi kegagalan baru.

Dalam perniagaan, untuk bersaing, sesuatu perniagaan itu perlu melakukan sesuatu yang baru, atau mengimplementasikan idea yang baru sebelum dilakukan oleh pesaing.

Workshop Jutawan Internet di Kuching, Sarawak
Saya akan terbang ke Kuching Sarawak dan mengendalikan Workshop Jutawan Internet di Kuching pada hari Sabtu ini bersamaan 20hb June 2009. Sekiranya anda berada di Kuching dan ingin pelajari bagaimana caranya menjalankan perniagaan Internet dari rumah, kita jumpa di sana! Layari http://www.rahsiainternet.com/workshop-kuching hari ini. Seperti biasa, tempat terhad dan makin dipenuhi.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Hangat-hangat tahi ayam..
  • Cuba, jangan tak cuba!
  • Perniagaan produk baru di pasaran
  • Plan B