Adakalanya dalam menjalankan perniagaan, atau baru ingin memulakan perniagaan kita akan terjumpa atau diberi “peluang sekali seumur hidup”. Dalam kata mat salleh, “Once in a lifetime opportunity”

Peluang begini biasanya adalah sesuatu yang kita rasa kita tidak boleh lepaskan. Kalau lepaskan, terasa AMAT RUGI. Ini kerana peluang begini tidak datang selalu.

Namun begitu, perlu ingat bahawa, walau hebat mana sekalipun peluang “sekali seumur hidup” yang datang ke arah anda, sekiranya peluang tersebut tidak ada dalam matlamat utama anda atau minat anda, abaikan sahaja!

Sering kali bila kita menerima peluang sekali seumur hidup ini,  mata menjadi kabur untuk menerimanya, walaupun ianya bukan matlamat utama dan minat kita. Menerima once in a lifetime opportunity yang salah hanya akan mengsasarkan perjalanan anda dari matlamat utama anda.

Katakan “TIDAK” walaupun sekiranya lepas, terasa sayang :)

ps: Terima kasih kepada peserta-peserta Workshop Jutawan Internet di Sabah hari Sabtu lalu- FULL HOUSE!. Orang-orang Sabah amat sporting. Cantik sangat pantai-pantai di Sabah! Workshop Jutawan Internet seterusnya akan di adakan di KL pada 21hb Julai ini, jangan lepaskan!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kerja atau Karier?
  • Menulis matlamat… menulis lagi!
  • Tahu akan berjaya tetapi tidak tahu cara…
  • Erti financially free… kewangan mandiri